PEWARIS KERAJAAN AWAN
"Tegakkan dada kamu. Jangan biar mahkota kamu jatuh, Pelangi." Daguku diangkat gaya angkuh. Tegak memandang langit yang indah membiru hasil daripada pembiasan warna dari sang mentari.
"Tapi mana ada mahkota pada kepala Pelangi, ibu. Kenapa Pelangi perlu belajar semua ni?" rungut aku apabila tubuh aku ditolak untuk berjalan dengan gah dan sombong tetapi mampu menawan setiap mata yang melihat.
"Pelangi kan puteri, perlulah belajar semua ni untuk takluki hati sang putera." Ibu tersenyum menuturkan kata-kata yang beribu-ribu kali sudah aku dengar. Itulah yang menjadi jawapan setiap kali aku merungut. Entah apa yang ibu merapukan, aku bukan seorang puteri! Dan untuk berjumpa seorang putera, ianya amat mustahil kerana aku dan ibu hidup di tengah-tengah hutan, jauh daripada manusia-manusia lain.
"Pelangi bukan puteri, ibu." Aku mengeluh perlahan.
Ibu masih dengan senyuman kecilnya. Dia mula berdiri di hadapan aku, rambut biru awan aku diselitkan pada belakang telingaku, menyerlahkan lagi keindahan yang sedia ada pada wajahku. Wajah mulus aku diusap penuh kasih.
"Kamu puteri, Pelangi Kaira. Puteri terindah yang pernah ibu temui. Bakal permaisuri terkuat yang bakal memerintah kerajaan awan."
"Apa ibu merepek ni? Kerajaan awan mana wujud, itu semua cerita dongeng."
Kerajaan awan, cerita dongeng yang sentiasa ibu ceritakan pada aku sedari kecil. Bagaimana ia wujud, bagaimana rakyatnya hidup dengan aman dan sentosa, semuanya ibu ceritakan pada aku dan semua itu terlalu sempurna untuk wujud.
"Esok hari jadi Pelangi, kan?" Ibu tiba-tiba menukar topik.
"Ya! Pelangi mahu hadiah terbesar dari ibu sempena hari jadi yang ke-18 tahun Pelangi!" Aku terus terkinja-kinja gembira. Selama hampir 18 tahun dia hidup, ibu tak pernah memberikan dia hadiah kerana katanya, pada hari jadi aku yang ke-18, dia berjanji akan memberikan aku hadiah yang terbesar yang mampu mengubah hidup aku. Aku tak faham apa maksud yang hadiah itu bakal mengubah hidup aku... tapi aku tetap gembira! Aku bakal mendapat hadiah!
Senyumku semakin melebar memikirkan hal itu.
"Iya, Pelangi.... Tapi sekarang, Pelangi perlu belajar pedang pula. Kamu perlu bersedia untuk esok."
"Pelangi sudah pandai bermain pedanglah, ibu. Biarlah hari ni Pelangi rehat." Aku merengek manja. Beginilah rutin harian aku. Setiap pagi, aku akan belajar etika di istana. Cara jalan, cara makan, cara menari, cara ketawa, cara senyum dan bermacam-macam etika istana lagi! Dan aku masih buntu kenapa perlunya aku untuk belajar semua ini.
Selepas selesai belajar etika istana, ibu akan mengajar aku cara berlawan pedang. Ibu ada menghadiahkan aku pedang langit apabila aku sudah pandai bermain pedang dengan kayu. Entah dari mana ibu mendapatkannya, namun seni ukir pada pedang itu sungguh indah. Ada logo seperti putaran awan pada pemegang pedang emas itu.
Dan apabila selesai bermain pedang, ibu akan mengajar aku sesuatu yang aku tidak pasti apa gunanya. Cara menggoda lelaki— in a smooth way. Apabila aku memberontak kerana bagi aku, apa yang aku sedang buat ini amatlah tidak wajar, ibu akan mengulang kata-kata yang sama, aku akan menjadi puteri dan aku perlu menggoda putera! Mengarut! Tapi apabila dikaji dalam, semua benda yang terjadi dalam hidup aku kelihatan mengarut.
Tinggal di hutan bersendirian dengan ibu.
Mempunyai rambut beralun lembut berwarna biru awan.
Mempunyai mata berwarna biru laut.
Malah didada aku ada simbol putaran awan, bukan tatu, tapi seperti tanda lahir.
Dan tidur aku, sentiasa bermimpikan seorang raja dan permaisuri yang mirip wajah aku. Dan di alam mimpi sana, kami sebuah keluarga yang bahagia. Tapi setiap di akhir mimpi, akan ada perpisahan yang menyeksakan... sehingga semuanya seperti amat nyata.
"Pelangi Kaira! Cepat ambil pedang kamu, kita berlatih di medan."
Aku mengeluh apabila disergah oleh ibu. Akhirnya, aku hanya menurutinya seperti selalu....
🍃
Aku kaku di situ. Ternyata, hadiah terbesar aku ialah kenyataan yang aku sememangnya seorang puteri Kerajaan Awan! Pagi tadi, bila aku bangun... ibu terus menyuruh aku memakai sebuah gaun yang indah. Fabriknya diperbuat daripada gumpalan awan yang lembut berwarna biru terang, sepadan dengan warna biru lembut rambutku.
Dan apabila aku memakainya, ibu memakaikan aku sebuah tiara dengan lambang gumpalan awan, seperti yang ada pada dada aku. Ibu membawa aku naik ke awan menggunakan tangga yang tiba-tiba wujud di tengah-tengah rumah kami, membawa aku memasuki satu portal terus ke hadapan istana kerajaan awan! Di sini, aku terkaku!
"Ibu... ini semua jauh dari logika!"
Ibu hanya tersenyum, namun ada hambar dalam senyum itu.
"Namun inilah kenyataannya, Pelangi. Kamu puteri sebenar Kerajaan Awan! Kamu pewaris dunia ini dan kamu bukan anak sebenar ibu... Pelangi. Ada kisah gelap disebalik keindahan putih suci kerajaan awan. Kerajaan kamu ditakluk oleh Kerajaan Guruh." Ibu mula membuka kotak rahsia yang selama ini disimpan dalam jiwanya.
"Kerajaan Guruh?"
"Iya.... Rakyat kamu menderita, Pelangi. Pada awal kehadiran kerajaan Guruh, Raja Firdaus Al-Fateh terkorban kerana mahu selematkan bonda kamu, Permaisuri Cinta yang ketika itu baru sahaja selamat lahirkan kamu. Ibu sebagai pembantu istana peribadinya diamanahkan untuk membawa kamu lari dari kerajaan awan dan sorokkan kewujudan kamu. Rakyat menjadi kacau-bilau bila permaisuri dan raja terkorban. Keindahan kerajaan awan yang kamu lihat kini hanya fizikal semata. Kamu perlu selamatkan mereka, Pelangi... mereka bergantung pada kamu."
"Ibu, macam mana Pelangi mahu selamatkan mereka? Pelangi tak ada apa-apa kuasa!" Aku mula gelabah. Dia hanya seorang gadis yang hidup di hutan! Seorang gadis yang tiba-tiba diangkat menjadi puteri.
"Kamu ada, sayang... di hati kamu, itulah kuasa sebenar kamu! Tundukkan Putera Mahkota Lucas yang sedang memerintah kerajaan kamu! Kemudian takluki semula kerajaan Awan. Kerajaan Guruh tak layak memerintah kerajaan seindah ini, Pelangi. Kamu perlu merampasnya kembali! Demi rakyat kamu... Mereka hanya berharap pada puteri raja dan permaisuri yang hilang. Hanya itu sinar harapan mereka untuk terus hidup. Jangan musnahkannya, Pelangi. Demi kerajaan yang bonda dan ayahanda kamu pernah bermati-matian untuk menegakkannya!" Ibu menggenggam tangan aku erat. Menyalurkan seluruh semangat dari dalam dirinya.
Saat itu, aku memandang perkampungan rakyatnya sebelum memandang semula ke arah istana yang sedang menunggu kepulangan puterinya.... "Baik ibu... Demi mereka yang pernah terseksa kerana ingin mengekalkan keamanan rakyat kerajaan Awan! Pelangi bersedia!"
Iya. Bersedia untuk menawan segalanya semula, hati sang Putera Mahkota... dan kerajaan Awan yang sememangnya miliknya!
Words : 995 tak termasuk perkataan yang di-bold-kan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro