PROLOG
Situasi begitu menyedihkan ketika kematian gurunya yang tersayang. Alif Najmi buat pertama kali menitiskan air matanya. Dia menangis tanpa sebak, hanya mampu mengalirkan air mata ke pipi.
"Alif."
"Alif."
"Alif!"
Mata Alif Najmi dicelik terus. Mimpi rupanya tetapi rasa pernah berlaku. Biarpun sudah 11 tahun kejadian itu, dia masih ingat situasi itu. Dia melihat siling putih di atasnya. Dia menoleh ke kiri lalu melihat Siti Sarah duduk di sebelahnya.
"Awak okey?" kata Siti Sarah sebagai doktor psikologi peribadi Alif Najmi.
Alif Najmi bangun dari penbaringan lalu mengurut belakang lehernya. "Saya okey. Jadi, saya ada apa-apa masalah ke?"
"Ya, awak sekarang dah ada simptom MPD, Multiple Personality Disorder atau dikenali sebagai split personality."
"Yang tu saya tahu. Dari zaman sekolah lagi, saya dah ada simptom tu."
"Mengikut apa yang saya nampak, awak ada lima personaliti."
"Nani?"
"Split personality awak setakat ni taklah bahaya sangat saya nampak."
Alif Najmi bergerak turun dari kerusi. Jaket hitam dipakainya. Topi LA hitam turut dipakai. "Bagi awak, personaliti mana yang agak bahaya sikit?"
"Tak pastilah. Sebab personaliti awak ada peringkat-peringkatnya. Cuba teroka dunia dengan keramaian. Mesti awak jumpa diri awak yang lain."
"Ya, baiklah. Terima kasih."
Belum sempat Alif Najmi hendak beredar, Siti Sarah sempat menghalangnya. "Ermm... Kalau ada apa-apa, jumpalah saya. Tak pun telefon saya."
"Okey. Terima kasih sekali lagi."
"Sama-sama."
Alif Najmi berjalan keluar dari bilik rawatan psikologi. Dia berjalan keluar dari Hospital Besar Kuala Lumpur. Udara malam yang segar dan dingin dihirupnya. Alif Najmi berjalan kaki pulang ke rumahnya. Kenderaan awam seperti bas dan LRT dinaikinya sebelum menyusun langkah pulang ke apartmen.
Setibanya di rumah, Alif Najmi memasuki rumahnya di tingkat tujuh. Sofa panjang di ruang tamu menjadi tempat dia berbaring. Televisyen dibuka. Saluran televisyen ditukar satu demi satu sebelum televisyen ditutup semula. Dia seorang sahaja yang tinggal di rumahnya. Dia bangun dari sofanya lalu melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka. Sebiji buah epal hijau diambil.
Ngap! Ngap! Buah epal dimakan.
Alif Najmi mengeluarkan telefonnya. Dia memasuki ruang makan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Buah epal masih dinikmatinya. Jam sudah 8:45 malam.
Tiba-tiba, satu mesej masuk ke WhatsApp. Datangnya dari bos syarikatnya.
-WhatsApp POV-
Bossy pussy
Farid
Esok, kau kena pindah cawangan
Ke mana?
Dekat KL
Esok, aku nk kau punggah barang kau kt pejabat tu
Yela2
-End WhatsApp-
Alif Najmi bangun dari kerusi lalu melangkah ke dapur. Batang epal dibuang ke dalam tong sampah. Tangannya dibasuh lalu dilap. Dia kembali membuka aplikasi WhatsApp. Sambil bermesej, dia berjalan ke bilik tidurnya.
-WhatsApp POV-
Nasi Kandar😋
Kandar
Ya Najmi
Ada apa?
Kau free tak esok?
Tak rasanya
Sebab esok aq nak jenguk kelas lama kita tu
Oh
Ok
Tak apa
Nak ajak kau lepak esok
Sebab aq baru kena tukar cawangan
Ouh
Kat mana pula?
KL
Haa...
Dah kebetulan tu...
Datang la kelas lama kita
Ok
-End WhatsApp-
Telefon Samsung Galaxy diletakkan di atas meja. Alif Najmi duduk di atas tilamnya lalu menutup tubuh dengan selimut. Dia bersandar pada dinding. Matanya dikatup lalu dia memulakan perhubungan dalaman.
=Split Personality Mode=
"Tahniah, Farid sebab dapat pindah kerja kat KL!" sorak Alif tersenyum kecil.
Musang, personaliti yang psiko, muncul dengan perangai gilanya. "Hell yeah, baby! Mesti tempat baru tu ada awek cun kan?"
Dbush!! Satu tumbukan tepat mengenai pipi Musang.
"Baka! Kau tak habis-habis dengan perempuan eh! Dasar miang!" kata Hoshiko, personaliti baran dan peminat anime.
Musang memandang Hoshiko, tajam. "Sakitlah!"
"Tahniah, Farid sebab dapat pindah cawangan. At least, tempat kerja kau tu lagi dekat," ujar Najmi, satu-satunya personaliti yang optimis dan baik.
"Ya, ya, terima kasih semua untuk ucapan," ucap Farid, personaliti yang dingin mengalahkan ais beku.
=Dari pandangan luaran=
Alif Najmi kelihatan ketawa, menangis dan marah seorang diri di dalam biliknya. Bukan dirasuk, tetapi personaliti bercampur baur dalam dirinya. Begitulah dia setiap kali sebelum tidur.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro