Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MUSIM 2: BAB 9

"Abang!"

"Abang!"

"Najmi!"

Mata Alif Najmi dicelik. Alif Najmi melihat sekelilingnya. Insyirah duduk di sebelahnya.

"Jalanlah. Tunggu apa lagi?" kata Insyirah kehairanan.

"Oh, okey," kata Alif Najmi lalu memandu kereta keluar dari tempat parkir.

Perasaan pelik muncul. Sejak bila aku mengambil alih pemanduan? Bukankah aku kemalangan sebentar tadi?

"Ada kes kemalangan langgar lari dekat pusat bandar," kata Insyirah.

"Okey," balas Alif Najmi walaupun masih kebingungan.

Kereta dipandu ke lokasi kejadian. Alif Najmi melihat papan tanda yang "PERMAINAN BERMULA".

"Permainan bermula?"

Tidak semana-mana, tubuh Alif Najmi seperti melayang ke udara. Dia melihat kereta yang dipandunya tadi, bergerak dengan sendiri.

Eh! Apa terjadi?

Sekelip mata, Alif Najmi berada di dalam van ambulans. Dia keliru. Siren ambulans kuat kedengaran.

"Apa dah jadi ni?" soal Alif Najmi dengan tangan memegang stereng van ambulans.

"Kita ada mangsa dalam kemalangan tadi. Cepat bawa ke hospital!" kata paramedik di sebelahnya.

"Eh! Pesakit?"

"Lori langgar mangsa dekat simpang besar. Dah! Bawa ke hospital cepat sebelum ada yang mati nanti!"

Anak mata Alif Najmi melirik ke arah dua dokumen mangsa. Masing-masing dengan gambar Alif Najmi, dirinya dan Insyirah, tunangnya. Walhal, dia sendiri sedang memandu.

"Okey. Okey. Kita hantar diorang dulu!" Alif Najmi cuba bertenang.

Pendikit ditekan habis-habisan. Buat pertama kali Alif Najmi memandu ambulans hanya mahu selamatkan 'diri'nya yang terlibat kemalangan. Kenderaan awam habis dirempuh kasar.

"Ke tepi! Kecemasan ni!" arah paramedik di sebelah Alif Najmi.

Tidak lama kemudian, Alif Najmi selamat tiba di hospital.

"Okey, dah sampai!"

Sekali lagi, Alif Najmi melayang ke udara. Dia menjadi bingung. "Not again!"

Roh Alif Najmi kembali merasuk tubuhnya.

"Wow!" Alif Najmi terkejut sakan.

"Kenapa ni?" Insyirah kepelikan melihat tunangnya seperti nampak hantu.

"Insyi mesti tak sangka, kan?"

"Dah kenapa abang ni?"

"Abang bawa ambulans tadi!"

"Jadi?"

"Dan abang hantar kita pergi hospital."

"Hospital? Buat apa?"

"Sebab kita kemalangan!"

"Kemalangan? Kita di dalam kereta sekarang ni. Sejak bila kita kemalangan?"

Alif Najmi hilang kata. Dia kebingungan. "Tapi sungguh!"

Insyirah bereaksi dingin. "Abang minum ketum lima gelas ke?"

"Be... Betul! Tadi..."

Roh Alif Najmi kembali ke udara lagi.

"Dia jadi lagi!"

Sebuah teksi berlalu di depan mata.

"Okey, aku cuba." Alif Najmi terus merasuk pemandu teksi.

Lelaki itu melihat tangannya memegang stereng teksi. Kini, dia memandu teksi pula.

"Hoho! Berhasil!" Alif Najmi tersenyum.

"Apa yang berhasil?" kata penumpang di belakangnya.

"Err... pendapatan rutin harian."

Mata Alif Najmi melirik ke cermin pandang belakang untuk melihat penumpang itu. Dahinya berkerut sebaik melihat Aliya Syakira menumpang teksi itu.

"Aliya?" Alif Najmi terlepas cakap.

"Apa? Macam mana pak cik tahu nama saya?" Aliya Syakira kehairanan dengan pemandu teksi itu.

Alif Najmi baru sedar dia di dalam tubuh lain. Dia segera bergerak keluar dari tubuh teksi itu, melayang ke udara.

"Bahaya betul!" kata Alif Najmi tercungap.

Matanya tertumpu pada kereta sport berjenama Ford.

"Nice!"

Pemandu kereta Ford Mustang GT dirasuknya.

"Jadi, macam mana keadaannya? Boleh komen sedikit?" kata pemilik kereta itu yang duduk menumpang.

"Hmm..." Alif Najmi berfikir. "Kereta ni boleh buat apa ya?"

"Boleh mencecah 250 kilometer sejam. Pengendalian cukup bagus."

"Okey."

Pendikit ditekan. Kereta dipandu laju.

"Ehei, bukan sekarang. Lepas encik beli, barulah mencuba," kata pemilik itu mula berasa takut.

"Tak salah mencuba sekarang," balas Alif Najmi tersengih.

Dengan kelajuan pantas, Alif Najmi membuat aksi drift di simpang dengan kereta yang sedang diuji pandu. Dia memintas beberapa buah kenderaan.

Dalam asyik memandu dengan laju, matanya sempat menangkap kereta Proton Preve yang dipandunya.

"Itu... diri aku."

Segera, dia kembali ke tubuh asal. Dia mencari nafasnya. Insyirah melihat lelaki di sebelahnya. Keadaan lelaki itu seperti menghidap asma.

"Abang okey tak ni?" kata Insyirah, hairan.

Alif Najmi memicit kepalanya, serabut dengan apa yang dihadapinya.

"Insyi mesti percayakan abang!" kata Alif Najmi merayu.

"Percaya apa?" Insyirah seperti rimas.

"Abang bawa teksi tadi!"

"Bawa teksi? Abang sekarang bawa kereta Insyi tau."

"Tak. Tak. Tak. Okey, sekejap."

Kereta berhenti di tepi jalan. Alif Najmi cuba menenangkan fikirannya. Insyirah melihat gelagat tunangnya itu. Mereka berdiam seketika.

"Abang... boleh tukar badan," kata Alif Najmi, jujur.

"Tch. Buktikan," kata Insyirah, sinis.

Alif Najmi memandang sekeliling. Dia memandang seorang lelaki yang minum arak di tepi jalan. Jari dituding ke arahnya.

"Insyi nampak laki tu?" kata Alif Najmi, yakin.

Insyirah melihat lelaki yang dikatakan itu. "Ya, kenapa?"

"Abang akan rasuk badan dia dan tampar punggung perempuan."

Insyirah berkerut dahi. "Apa?"

Sekelip mata, Alif Najmi merasuk lelaki mabuk tersebut. Botol yang dipegangnya, diletakkan di atas lantai. Dia melihat sekeliling. Mata tertumpu pada seorang perempuan seksi. Perlahan-lahan dia mendekatinya

Pakk! Satu tamparan mengenai punggung wanita itu.

Wanita tersebut memandang lelaki itu dengan reaksi terkejut. Wajahnya bertukar geram.

Dbush!! Satu hayunan beg tangan mengenai muka lelaki itu.

Mujurlah Alif Najmi sempat kembali ke tubuh asalnya. Dia memandang Insyirah.

"Insyi nampak, tak?" soal Alif Najmi tersenyum.

"Tak. Insyi tak percaya. Lagipun, dia kan mabuk," kata Insyirah menundukkan kepala.

Alif Najmi mengeluh. "Okey, sekali lagi."

Sekali lagi, Alif Najmi merasuk badan lelaki tadi. Dia bangun berdiri semula. Dia memandang sekeliling, mencari mangsa. Seorang pegawai polis trafik wanita berjalan mendekati motosikal berkuasa tinggi. Mangsa dikesan. Alif Najmi menghampiri wanita itu.

Pak! Pakk!! Dua tamparan mengenai punggung polis trafik itu.

Wanita itu memandang lelaki itu. Satu tumbukan menghinggap muka.

"Insyi percaya, tak?" Alif Najmi berkata tiba-tiba.

"Oh, mak kau!" latah Insyirah terkejut setelah diam memerhati.

Dia memandang tunangnya itu. "Insyi... percaya sedikit je. Sikit je, tak banyak."

"Okey kalau macam tu." Alif Najmi memandang lelaki yang ditahan polis trafik itu.

Pantas dia merasuk lelaki itu. Alif Najmi membalas serangan. Polis trafik yang mahu menggarinya segera dielaknya. Giliran Alif Najmi pula menggari polis itu lalu mencampaknya ke lantai.

Insyirah yang melihat 'lelaki mabuk' itu menggari polis trafik. "Whatta..."

Alif Najmi menunggang motosikal milik polis trafik itu lantas menunggang pergi dari situ.

"Dia dah lari!" Insyirah melihat 'penjenayah' itu.

'Alif Najmi' memandu kereta, mengejar 'penjenayah' itu. Insyirah melihat 'Alif Najmi' memandu keretanya. Senyap sahaja. Tidak bersuara langsung.

Motosikal ditunggang masuk ke lorong kecil lalu berhenti di tepi lorong. Kereta pula berhenti di tepi jalan besar. Alif Najmi kembali ke tubuh asalnya. Insyirah leka memandang 'penjenayah' itu.

"Sekarang, percaya?" soal Alif Najmi tiba-tiba.

"Opocot!" latah Insyirah lantas memandang Alif Najmi.

"Insyi percaya, tak?"

"Err... Ya." Insyirah percaya akhirnya.

Alif Najmi memandu kereta pergi dari situ. Insyirah hilang kata. Dia mula hairan dan bingung.

"Sejak bila abang... boleh buat benda tu?" soal Insyirah tertanya-tanya.

"Baru je. Tak sampai sehari lagi," jawab Alif Najmi senang hati.

Insyirah terdiam.

"Jadi, kita nak selesaikan kes mana satu dulu ni?" soal Alif Najmi ceria.

"Err... Kes pembunuhan bersiri tu dulu," kata Insyirah ragu-ragu.

"Roger!"

Dengan 'kuasa' ni, mungkin boleh jejak Aliya Syakira. Kau tunggu saja, desis hati Alif Najmi.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro