MUSIM 2: BAB 7
Larian diteruskan.
"Long time no play," kata Aliya Syakira gembira.
Aliya Syakira memakai fon telinganya. Sempat lagi memasang lagu Play dari Alan Walker. Dia berlari masuk ke stesen monorel. Token Touch N Go yang sudah lama dibeli segera dikeluarkan. Aliya Syakira melepasi pagar token dengan lagak orang biasa. Namun, Alif Najmi melompat melepasi pagar itu.
"Coming through!" kata Alif Najmi mengejar Aliya Syakira.
Mereka bergerak ke platform. Tren monorel sudah pun bergerak pergi. Aliya Syakira yang terlewat memasuki tren berjaya ditangkap. Alif Najmi memegang tangan wanita itu.
"Kira," panggil Alif Najmi, lembut.
Aliya Syakira memandang ke belakang. Dia melihat abang angkatnya sudah berada di depannya. Topeng mulut dialihkan. Memang tepat sangkaannya.
"Betullah," kata Alif Najmi tersenyum dengan sendiri.
"Masih ingat Kira lagi ya," kata Aliya Syakira tersengih.
Kedua-dua bahunya dipegang. Wajah ceria Alif Najmi bertukar wajah serius.
Alif Personality OFF
Farid Personality ON
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality ON
Najmi Personality OFF
"Kau bunuh orang lagi ke?" soal Alif Najmi dengan geram dan berwajah serius.
Aliya Syakira ketawa dengan persoalan itu.
Aliya Personality OFF
Admex Personality OFF
Alane Personality ON
Aizas Personality OFF
Syakira Personality OFF
"Takkanlah abang tak kenal perangai adik yang comel ni?" kata Aliya Syakira ceria, seperti tiada apa berlaku.
=PERSONALITY MODE ON=
"Arghh!! Aku kalah! Musang, kau cakap dengan dia!" marah Hoshiko geram, tidak tahan dengan perangai gila si Alane.
"Hey, chill. Rilex. Aku masak perangai dengan dia," kata Musang dengan tenangnya.
=PERSONALITY MODE OFF=
Alif Najmi mengeluh kecil. Kelihatan sebuah tren muncul. Tangannya digenggam. Aliya Syakira menarik tangan Alif Najmi masuk ke dalam tren itu hingga terpaksa berasak dengan keramaian. Mereka mengambil tempat duduk saling bersebelahan.
"Tak sangka boleh jumpa abang juga. Dah 12 tahun kita tak jumpa ya," kata Aliya Syakira memandang abangnya itu.
"Erhh... Alane duduk dekat mana sekarang?" soal Alif Najmi ingin tahu.
Tidak menjawab apa-apa, Aliya Syakira mengucup pipi lelaki itu. Kepalanya diletakkan di atas bahu.
"Hmm... nantilah bagitau. Nak tidur atas bahu abang puas-puas," kata Aliya Syakira tersenyum.
Alif Najmi menggulingkan matanya sambil mengeluh. Memang menjengkelkan baginya, tetapi tidak dapat dinafikan kecomelan wanita itu. Tren bergerak ke stesen berikutnya.
"Ni... Abang dah bertunang. Hujung bulan ni dah nak kahwin," kata Alif Najmi memberitahu kebenaran.
Segera Aliya Syakira mengalihkan kepalanya dari bahu lelaki itu. Wajahnya pucat.
"Apa?" Sepatah perkataan disuarakan.
"Abang dah tunang," kata Alif Najmi mengulangi ayatnya.
"Oh! Haha! Semoga bahagia!"
Aku akan bunuh tunang kau, abang. Adik takkan biarkan korang bersama, desis hati Aliya Syakira.
Alif Najmi berasa curiga terhadap reaksi adik angkatnya itu. "Alane okey?"
"Eh, Alane okey! Err... Siapa tunang abang Musang tu?" kata Aliya Syakira menyembunyikan hasrat dendamnya.
"Oh, mana boleh bagitau! Rahsia~"
"Hmm... yalah." Aliya Syakira berpaling muka dengan wajah cemburu.
Alif Najmi masih curiga dengan adik angkatnya.
"Kau banyak berubah sekarang," kata Alif Najmi.
Aliya Syakira memandang abang angkatnya. "Eh, abang pun sama. Berubah banyak."
"Apa yang berubah?"
"Huh? Nanti, kata kuat sembang. Apa yang berubah kat abang, cuma muka dah berjambang. Ni mesti bertapa dengan mambang, kan? Eh, terikut rap pula macam abang," kata Aliya Syakira berirama.
"Nak lawan dengan abang ke?" Alif Najmi tersengih seribu makna.
"Eh, tak naklah. Dah tentu Alane kalah. Musang kan banyak bicara, dan ada seribu cara." Sekali lagi percakapan Aliya Syakira beritma.
"Alane..."
"Eheks!"
Tren berhenti di stesen. Orang ramai berasak keluar dari tren monorel.
"Jom, abang!" Aliya Syakira memegang tangan lelaki itu lalu melangkah keluar dari tren.
Alif Najmi hanya mengekori perempuan itu. Diam, tak banyak bersuara. Pagar token dilepasi bersama. Mereka bergerak keluar dari stesen monorel lalu melangkah masuk ke dalam bas RapidKL yang baru tiba. Sekali lagi mereka duduk bersebelahan.
"Kita nak ke mana sebenarnya ni?" soal Alif Najmi kebingungan.
"Nanti, abang tahulah," jawab Aliya Syakira.
Telefon berdering di poket seluar lalu dikeluarkan. Alif Najmi melihat panggilan dari tunangnya. Dia memandang Aliya Syakira seketika.
"Siapa call tu?" tanya Aliya Syakira cuba melihat nama yang tertera pada skrin telefon.
Alif Najmi mengalihkan telefon ke tempat lain. "Sibuklah."
Panggilan dijawab.
"Helo," sapa Alif Najmi.
"Abang dekat mana sekarang? Tadi, Ael cakap abang kejar seseorang. Betul ke?" kata Insyirah dengan nada risau.
"Ya. Abang... sesat sekarang ni." Terpaksa berbohong.
"Sesat? Dekat mana?"
"Err... tak tahu. Jalan tak seberapa familiar sangat. Apa-apa nanti, abang call balik eh."
"Hmm... ya la, abang. Jaga diri."
"Insyi pun."
Panggilan diletak. Alif Najmi menjeling tajam ke arah Aliya Syakira.
"Uuu... curang dengan tunang eh?" usik Aliya Syakira.
"Tch. Ni pun sebab abang nak bela kau, okey," kata Alif Najmi, serius.
"Abang suka Alane ke?"
Alif Personality OFF
Farid Personality ON
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF
"Dengar ni. Kita cuma adik-beradik angkat. Tak lebih dari tu," kata Alif Najmi, serius.
"Hmm... Yela. Yela," kata Aliya Syakira acuh tak acuh.
Bas berhenti di perhentian. Sekali lagi tangan Alif Najmi ditarik. Aliya Syakira berlari ke kawasan perumahan sambil berpegangan tangan. Alif Najmi jelas sekali tidak ingin memegang tangan.
Tiba di sebuah rumah, Aliya Syakira membuka pintu pagar. Alif Najmi melihat rumah teres setingkat itu. Lamannya bersih. Hanya basikal dan skuter di anjung rumah. Segar mata memandang.
"Abang masuklah," pelawa Aliya Syakira tersenyum.
Alif Najmi menolak perlawaan itu. "Tak apalah. Abang tal mahu."
"Kalau macam tu, Alane buat teh ya."
"Jangan cakap yang Alane nak letak racun dalam teh bagi abang pengsan. Lepas tu, culik abang."
"Eh, kantoi pula. Haha!"
Alif Najmi mengeluh kecil.
"Berapa banyak dah kau bunuh orang?" tanya Alif Najmi dengan wajah serius lagi.
"Hmm... bagi Alane fikir sekejap." Aliya Syakira berlagak berfikir dengan jari di bibir.
Lama juga dia berfikir.
"Entah." Itu jawapannya.
Alif Personality OFF
Farid Personality OFF
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality ON
Najmi Personality OFF
Leher Aliya Syakira dicekup lalu diangkat tinggi. Aliya Syakira tidak dapat menjejak tanah. Dia cuba melepaskan diri.
"Bagitau atau..." Kata Alif Najmi terhenti.
Hidung mengesan sesuatu dari dalam rumah.
"Atau... apa?" kata Aliya Syakira tersekat.
Renungan tajam diberikan ke arah Aliya Syakira. Dia syak bau busuk itu datang dari dalam rumah.
"Ni bau mayat, kan?"
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro