Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MUSIM 2: BAB 5

"Semua angkat tangan!" arah salah seorang anggota polis dengan pistol diacu.

Semua ahli Black Tiger terus melutut dengan tangan diangkat. Ada yang cuba melepaskan diri. Arif Hakimi dan Brian Lee bertindak berlawan dengan anggota polis. Samantha Lee turut membantu.

Dbuk! Dbak! Krakk!! Setiap serangan Muay Thai berjaya dibuat.

"Ami." Brian Lee memandang Arif Hakimi

Arif Hakimi memandang kawannya itu lalu menyambut kunci kereta yang dilambung Brian Lee.

"Pergi!" kata Brian Lee berwajah serius.

"Tak!!! Kau kena lari!!" kata Arif Hakimi tinggikan suara.

"Tak!!!!! Pergi jelah!!!!"

Arif Hakimi terus berlari ke pintu keluar. Sayangnya, anggota polis menyekat laluan. Dia terus berlari ke tingkat atas bangunan. Aksi parkour dibuat melepasi halangan sehinggalah dia terjun bangunan dari tingkat satu. Dia mendarat di atas trak UTK, terus berguling lalu mendarat di atas jalan. Dia berlari masuk ke dalam trak Mitsubishi Pajero milik kawannya lantas melarikan diri.

Sementara Iskandar dan Syarifah Izzati menangkap segerombolan Black Tiger, Alif Najmi mengambil kesempatan mencuri duit di markas Black Tiger. Duit dari kotak simpanan dimasukkan ke dalam beg.

"Jimmy!" Ilyana Zhamuri muncul dengan pistol diacu dari belakang.

Tangan Alif Najmi berhenti mengutip duit.

"Tak sangka eh. Kau khianat keluarga ni. Aku ingatkan kau dah kena tangkap," kata Ilyana Zhamuri mendekati lelaki itu.

Alif Najmi berdiri lalu perlahan-lahan memusing ke belakang. Dia berdiri menghadap wanita Rusia itu. Hanya mereka berdua yang berada di situ.

"Kenapa? Kenapa kau sanggup buat macam ni dekat kami? Kau tu adik Kimmy. Tergamak kau khianat abang kau sendiri!" Ilyana Zhamuri cuba menahan sebak.

"Aku buat benda ni untuk adik aku juga," kata Alif Najmi, dingin.

Pistol diturunkan. "Apa?"

Alif Najmi kembali meneruskan kerja mengutip duit. Pistol kembali diacu ke arah Alif Najmi.

"Berhenti! Kalau tak, aku tembak kau!" ugut Ilyana Zhamuri, tegas.

"Sanggup ke kau tembak adik buah hati kau?" balas Alif Najmi dengan nada sinis.

Ilyana Zhamuri terdiam.

"Selama aku dalam kumpulan ni, aku perhati je perangai korang. Kau memang suka Kimmy, kan?" tambah Alif Najmi.

Memang ya. Sudah tidak dinafikan lagi. Sejak dulu lagi, Ilyana Zhamuri memendam perasaan terhadap Arif Hakimi. Keluhan dilepaskan.

"Kau menang," kata Ilyana Zhamuri menyimpan pistolnya.

Alif Najmi bangun. Dia berdiri menghadap wanita itu sambil menyandang beg berisi duit. Ilyana Zhamuri memberi laluan. Lelaki itu berjalan keluar dari markas itu.

"Sekejap." Langkah Alif Najmi terhenti melangkah.

Ilyana Zhamuri memandang lelaki itu. Alif Najmi menoleh muka sedikit dengan ekor mata tertumpu pada wanita itu.

"Kau... cinta pertama aku. Tapi, disebabkan kau suka Kimmy dari aku, aku biarkan saja," kata Alif Najmi, pasrah.

Entah apa yang Ilyana Zhamuri rasakan. "Jimmy, aku..."

"Dah la. Kita tak ada apa-apa tau. Proshchay (Selamat tinggal)."

Alif Najmi berlalu pergi dari situ, meninggalkan Ilyana Zhamuri bersendirian. Dia menaiki motosikal yang ditunggang Syed Hamzah.

"Okey, jom gerak!" kata Alif Najmi sejurus memakai helmet.

Tanpa disedari, Arif Hakimi melihat dua pengkhianat itu melarikan duit. Hendak mengejar sudah tiada guna sebaik mereka hilang dari pandangan matanya.

"Tak guna! Aku akan seksa korang hidup-hidup!" Arif Hakimi bertekad untuk berbalas dendam.

***
Alor Setar, Kedah

Alif Najmi melangkah ke wad yang didiami adiknya, Iman Shamimie. Duit yang dicurinya terus diletakkan ke atas kaunter.

"Boleh mulakan pembedahan," kata Alif Najmi dengan wajah serius.

Pandangan Alif Najmi dibuang ke arah Syed Hamzah yang berada di sisinya.

Telefon Syed Hamzah berdering. Syed Hamzah mengeluarkan telefonnya. Panggilan entah dari siapa, dijawabnya.

"Helo," sapa Syed Hamzah.

Tawa sinis kedengaran. "Hebat permainan kau, Zai! Sanggup kau tipu kitorang eh!"

"Apa? Ada masalah ke?"

"Sekejap..."

Suara teriakan pula kedengaran.

"Syed!" jerit Aina Farhana.

"Kau dengar, kan?" kata Arif Hakimi, sinis.

Kemarahan Syed Hamzah meletus. "Berani kau!"

"Kau datang jumpa aku. Kalau kau bawa polis, nyawa dia aku sapu."

Panggilan diletakkan.

"Tak guna!" marah Syed Hamzah.

"Tak apa. Aku tolong kau balik," kata Alif Najmi memegang bahu remaja itu.

Syed Hamzah memandang lelaki itu, seperti cahaya sedang menyuluh hatinya.

"Okey, kita gerak sekarang!"

***
Kuala Lumpur

Sebuah blok bangunan yang usang, diredahi dua lelaki itu. Pistol masing-masing dipegang.

"Kita berpecah," kata Alif Najmi.

Syed Hamzah mengangguk faham. Mereka berdua berpecah kepada dua kawasan. Syed Hamzah berjalan masuk ke dalam rumah manakala Alif Najmi memeriksa di bahagian luar rumah.

Syed Hamzah berjalan perlahan-lahan masuk ke ruang tamu. Kelihatan dua susuk tubuh di depannya. Aina Farhana menjadi tebusan Arif Hakimi. Pistol sudah di belakang gadis itu.

"Jangan dekat!" jerit Arif Hakimi.

Jeritan itu menarik pandangan Alif Najmi yang sudah berada di belakang rumah. Dia cuba merempuh pintu belakang dengan kuat.

Arif Hakimi yang mendengar bunyi dentuman kuat itu hanya tersenyum sinis. "Begitu ya. Kau bawa orang lain rupanya. Kau tahu apa jadi nanti?"

"TAK!" Syed Hamzah membulat matanya.

Bang!

Fikiran Syed Hamzah menjadi buntu sebaik melihat Aina Farhana ditembak oleh Arif Hakimi.

"Minta maaf, budak! Budak-budak tak boleh bercinta, macam orang-orang tua kata, 'Belajar dulu sebelum nak bercinta pun!'," kata Arif Hakimi berdiri di depan gadis yang tersungkur di lantai itu.

Aina Farhana merangkak perlahan-lahan menghampiri Syed Hamzah. "Syed!" Lemah.

Syed Hamzah baru sahaja membuka satu langkah mendekati Aina Farhana.

Bang!

Langkah Syed Hamzah terhenti. Matanya tertumpu pada kepala Aina Farhana yang sudah ditembak. Mayat Aina Farhana terkaku di depan matanya.

Bang! Bang! Bang! Tembakan dilepaskan ke badan mayat.

Sakit hati Syed Hamzah dibuatnya. Kemarahannya meletus.

"Kau memang melam..." marah Syed Hamzah belum habis kata.

Bang!

Syed Hamzah hilang kata lalu melutut tiba-tiba. Perutnya yang terdapat tompokan darah, disentuhnya. Remaja itu terjatuh tertiarap lalu berpejam.

Pintu belakang terbuka luas dek rempuhan. Alif Najmi melihat dua remaja terdampar lemah. Dia memandang Arif Hakimi.

"Sanggup kau buat macam tu!" marah Alif Najmi.

"Jimmy?" Arif Hakimi terkejut melihat kembarnya muncul.

Satu tendangan menghinggap perut Arif Hakimi hingga terpelanting badan ke dinding. Alif Najmi tidak menyangka dia mampu menendang kembarnya sekuat itu. Dia melihat darah yang sudah menjadi lopak merah. Kelihatan Syed Hamzah masih lagi belum sedar. Alif Najmi mendekati Arif Hakimi lalu menggenggam leher baju. Arif Hakimi mengaduh kesakitan.

"Kau sedar tak apa kau dah buat?" marah Alif Najmi.

Satu tumbukan diberikan.

"Aku khianat pun ada sebab tau!"

Satu lagi tumbukan diberikan.

"Semua ni sebab aku nak tengok Mimie senyum dengan kita. Aku nak tengok Mimie gelak dengan kita. Aku nak tengok Mimie seronok dengan kita. Tapi apa kau buat!?"

Tumbukan kuat diberikan. Arif Hakimi rebah dengan tumbukan adik kembarnya.

"Uhuk! Uhuk! Mana Mimie?" kata Arif Hakimi terbatuk.

"Kau tak payah ambil tahu. Kau sedar balik apa kau dah buat sebelum ni!" kata Alif Najmi.

Leher baju digenggam lagi.

"Mulai saat ni, aku tak nak tengok muka kau lepas ni."

~End Throwback~

"Sejak tu, hubungan aku dengan kembar aku dah goyah. Kitorang dah jarang nak berjumpa. Kalau berjumpa pun, bukannya bercakap, mendingin saja," kata Alif Najmi menamatkan ceritanya di khalayak ramai.

Sebahagian banduan di situ mula terasa sebak mendengar kisah perit Alif Najmi. Ada juga yang menundukkan kepala kerana malu.

"Aku sayang abang aku tu. Aku pun sayang adik aku. Sebab tu, aku sanggup khianat geng sendiri, sebab aku tahu keluarga kandung lagi penting dari segalanya," tambah Alif Najmi.

Kedengaran bunyi sebak bergema dewan makan itu.

"Bodohnya aku waktu dulu."

"Mak, aku rindu mak!"

"Kenapa aku buat macam tu dekat arwah ayah waktu dulu?"

"Aku tak pernah jumpa keluarga aku."

"Huwaaaaaaaaaa!! Adik bila nak jenguk abang!"

Rintihan dan air mata jelas dilihat. Alif Najmi yang melihat mereka menangis, hanya mampu menghela nafas. Air matanya sempat diseka.

"Aku nak berubah lepas keluar dari sini."

Tanpa disedari, air mata menitis ke lantai yang dibasahi tangisan. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan para banduan yang hidup di penjara, apatah lagi mereka yang tidak pernah bersua dengan ibubapa.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro