Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MUSIM 2: BAB 4

Situasi menjadi sunyi di bilik siasatan. Alif Najmi hanya duduk tersenyum menghadap kawannya.

"Seperti yang dirancang?" kata Alif Najmi tersengih.

Iskandar turut senyum sekali. "Macam kita rancang."

Dokumen jenayah diletakkan di atas meja. Alif Najmi mengusap mukanya, tertawa sinis.

"Jadi, kita nak buat apa lepas ni?" soal Iskandar.

Syed Hamzah dan Syarifah Izzati yang berada di situ mengesyak Iskandar berkomplot dengan Alif Najmi. Mereka keliru.

"Kau berkomplot dengan dia ke?" tanya Syarifah Izzati dengan wajah pucat.

Iskandar memandang dua rakan sekerjanya. "Bukan aku, tapi dia yang berkomplot dengan aku."

"Eh!?" kata pasangan kembar itu, keliru.

Alif Najmi tertawa kecil. "Aku cadang nak korang beritakan tentang penangkapan aku. Biar geng Black Tiger tahu pasal 'berita' ni. Lepas tu, suruh salah seorang antara dua badut ni menyelinap masuk markas diorang.

"Kau panggil kitorang, badut?" marah Syarifah Izzati.

"Err... sabar, kak. Kita dengar dulu apa yang nak dibincangkan," ucap Syed Hamzah yang berdiri di sebelah kembarnya.

Syarifah Izzati berdiam diri.

"Aku akan bagi beberapa informasi pasal Black Tiger. Manalah tahu korang boleh alert," kata Alif Najmi mengambil dokumen jenayah.

Dokumen jenayah dibuka. Beberapa fail jenayah diperiksanya satu per satu.

"Kimmy, Sam, Brian, Yana, semua ni OG Qay Yen. Lagipun, aku dah masak perangai diorang," kata Alif Najmi melihat intisari fail.

"Jadi, bila boleh mula?" soal Iskandar.

Fail jenayah diletak ke atas meja semula. Senyuman diberikan.

"Bila-bila kau nak."

***

Syed Hamzah akhirnya menyelinap masuk ke Black Tiger dengan identiti palsu. Dia sertai kumpulan kongsi gelap itu untuk pertama kali.

"Kau kena ingat, Ami atau Kimmy tu memang teliti orangnya. Dia akan periksa maklumat sampai terperinci. Selemat berkawan baru ya."

Itulah pesanan Alif Najmi kepada Syed Hamzah sebelum dihantar ke kumpulan itu.

"Geng, macam kita tahu, Jimmy dah kena tangkap. Jadi, hari ni, kita ada orang baru!" kata Arif Hakimi memperkenalkan Syed Hamzah kepada ahli yang lain.

Syed Hamzah melihat setiap wajah ahli kumpulan itu. Dia melihat Samantha Lee dan Brian Lee.

"Sam dan Brian tu adik beradik Amerika-China. Diorang pakar dalam mekanikal. Kau bagilah benda apapun. Diorang boleh modify dengan cara sendiri."

"Hai!" sapa Samantha Lee, ceria.

"Yana atau Ilyana, bekas pengganas Rusia. Dia pakar dalam senjata. Selalunya dia akan suruh Sam simpan senjata baru. Dia ada adik, tapi tak pernah bagitau."

Bahu Syed Hamzah ditepuk dari belakang. Kelihatan Ilyana Zhamuri mengenyitkan mata.

"New kid in the block," kata Ilyana Zhamuri tersenyum senget.

"Welcome to family," ucap Brian Lee.

Sejak itu, Syed Hamzah kerapkali terlibat dalam jenayah. Setiap pesanan dari Alif Najmi masih diingatnya.

"Ini amaran keras. Kalau diorang tahu kau tu polis, nyawa orang yang kau sayang akan hilang."

Keluhan dilepaskan. Air teh coklat Tealive masih belum diusik.

"Awak?" panggil satu suara di depan lelaki itu.

Syed Hamzah terlepas dari termenung lalu memandang Aina Farhana di depannya dari tadi.

"Dari tadi termenung. Fikir pasal perempuan lain eh?" Pipi Aina Farhana merona merah.

"Tak, mana ada," kata Syed Hamzah cuba menafikan.

Tangan Aina Farhana dipegang remaja lelaki itu.

"Aina, percayalah saya. Saya tak minat perempuan lain pun," kata Syed Hamzah berlembut.

"Betul?" Aina Farhana inginkan kepastian.

"Ya."

Aina Farhana tersenyum kecil lalu memegang tangan lelaki itu. Dia bukannya tahu kekasihnya itu anggota polis.

Telefon berdering, memotong sketsa romantik itu. Syed Hamzah mengambil melepaskan tangan kekasihnya lalu mengambil telefonnya. Panggilan dari kembarnya diangkat.

"Helo, kak," kata Syed Hamzah menyapa.

Aina Farhana mengerutkan wajahnya sebaik tangannya dilepaskan.

"Oh, okey. Adik ke sana sekarang." Syed Hamzah meletakkan telefon.

Dia memandang wajah buah hatinya. Aina Farhana berpaling muka.

"Aina, saya kena pergi," kata Syed Hamzah berlembut.

"Pergilah. Family business, right?" Aina Farhana sedikit pun tidak memandang Syed Hamzah.

Syed Hamzah tersenyum kecil. Dia memegang tangan gadis itu lalu mengucupnya. Aina Farhana merah muka. Dia memandang lelaki itu, melihat Syed Hamzah bangkit beredar. Elegan tidak dapat dinafikan bagi sifat lelaki itu.

Tidak jauh dari situ, seseorang berhoodie hitam memerhatikan mereka dari tadi. Dia meliriknke arah Aina Farhana, seperti hendak merancang sesuatu.

***

Beberapa hari berlalu. Sudah masanya untuk membelot.

"Jadi, kita ikut plan aku. Zai akan undercover macam biasa di tempat mesyuarat. Is dan Izz akan serbu tempat tu dengan anggota lain," terang Alif Najmi merancang.

"Kau pula?" soal Syed Hamzah kepada Alif Najmi.

Alif Najmi memandang remaja itu. "Curi duit diorang untuk bayar kos rawatan adik aku."

Pasangan kembar itu baru sedar kesusahan yang dihadapi Alif Najmi.

"Okey, Zai boleh pergi sekarang," kata Alif Najmi.

"Hati-hati," pesan Syarifah Izzati.

Syed Hamzah mengangguk faham. Dia beredar dari situ. Mereka yang lain saling memandang.

"Jadi, kita pula bila?" soal Syarifah Izzati, sedikit janggal.

"Lima minit selepas Zai pergi," jawab Iskandar.

"Dia pergi sana dengan apa?" soal Alif Najmi mengisi peluru pistolnya.

"Sam ambil dia," jawab Syarifah Izzati.

"Kita ikut diorang."

Mereka mengangguk tanpa kata.

Sementara itu, Syed Hamzah menunggu Samantha Lee di perhentian bas. Kelihatan trak Pajero berhenti di depan Syed Hamzah.

"Naiklah," pelawa Samantha Lee melihat lelaki itu menunggu.

Syed Hamzah menaiki kereta jalanan. Enjin mengaum kuat. Samantha Lee memandu keretanya pergi dari situ dengan lajunya.

Tidak jauh dari mereka, sebuah kereta Mitsubishi Lan Evo X mengejar mereka dari belakang.

"Siapa pula ikut ni?" kata Samantha Lee melihat kereta itu menerusi cermin pandang sisi.

Iskandar yang memandu keretanya itu segera membelok ke kiri di sebuah simpang. Dia sedar dirinya dikesan.

"Dia tak ikut kita la," kata Syed Hamzah, tenang.

Samantha Lee menghela nafas lega. "Nasib baik."

"Tempat meeting dekat mana tu?"

"Luar bandar, dekat dengan Petaling Jaya."

Kata-kata Samantha Lee dirakam menerusi telefon Syed Hamzah. Syarifah Izzati mendengar perbualan mereka. Dia memandang Iskandar.

"Diorang pergi Petaling Jaya," kata Syarifah Izzati.

Iskandar memandu kereta ke lokasi tersebut.

***

Trak Pajero berhenti di hadapan gudang lama. Kumpulan Black Tiger sudah berkumpul menanti arahan. Samantha Lee dan Syed Hamzah berjalan mendekati mereka.

Tidak lama kemudian, muncul Qay Yen untuk memberi penerangan.

"Woi, dengar sini. Malam nanti, kita pecah dua kumpulan. Brian jadi ketua kumpulan A untuk serang Geng 96 kat Subang Jaya. Ami pula jadi ketua kumpulan B untuk serang White Jaguar kat Chow Kit. Jelas?" arah Qay Yen selaku ketua Black Tiger.

"Jelas, bos," balas Arif Hakimi sebagai orang kanan Qay Yen.

Arif Hakimi dan Brian Lee saling memandang lalu menepuk lima jari. Samantha Lee hanya tersenyum melihat dua sahabat itu bersama.

"Baiklah, kita serang malam ni juga!" kata Qay Yen bersemangat.

Tiba-tiba, pasukan polis menyerbu masuk ke dalam markas. Situasi menjadi panik.

"Semua angkat tangan!"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro