MUSIM 2: BAB 3
Tahun 2016
"Berhenti! Jangan bergerak!" arah seorang lelaki dari belakang Alif Najmi.
Langkah terhenti. Alif Najmi menoleh muka ke belakang lalu melihat pegawai polis membidik pistol ke arahnya. Matanya melihat tag nama Syed Hamzah.
Orang awam di situ segera menjauhkan diri dari mereka berdua. Ada yang terkejut hingga melarikan diri dan terjerit.
"Angkat tangan!" arah Syed Hamzah.
Perlahan-lahan Alif Najmi mengangkat kedua-dua tangannya. Syed Hamzah mendekati suspek itu dengan pistolnya sedikitpun tidak terhala ke arah lain. Gari dikeluarkan.
Sebaik sahaja menyimpan pistol bagi memudahkan kerja menggari, Alif Najmi terus mengambil peluang menyerang. Syed Hamzah menerima tumbukan di dada. Dia berundur. Alif Najmi menyerang lagi.
Mujurlah Syed Hamzah sempat menepis setiap serangan. Remaja itu membalas serangan dengan seni Taekwondo. Giliran Alif Najmi pula berundur.
"Huh? Boleh tahan." Sempat lagi Alif Najmi memuji.
Syed Hamzah menyerang Alif Najmi pula. Dia membuat tendangan, tetapi ditepis lawan hanya menggunakan kaki. Mereka berlawan tanpa berhenti.
Satu tendangan terbang mengenai perut Alif Najmi. Lelaki itu berundur beberapa langkah. Pisau dikeluarkan. Alif Najmi menyerang pegawai polis itu.
Baru hendak menikam lawan, tangannya yang memegang pisau disepak. Alif Najmi terkejut dengan tendangan tepat itu. Dia sudah tiada apa-apa lagi, hanya tangan dan kaki.
"Tak guna."
Satu cara sahaja, lari.
"Hoi, berhenti!" Syed Hamzah mengejar Alif Najmi.
Alif Najmi cuba melarikan diri. Dia berlari ke stesen monorel. Pagar token dilepasi hanya dengan melompat.
"Hei! Berhenti!" Pengawal di situ mengarah Alif Najmi untuk berhenti.
"PDRM, coming through!" ujar Syed Hamzah yang turut melompat melepasi pagar token.
Dia mengejar Alif Najmi hingga ke platform. Kebetulan, sebuah monorel tiba di situ. Mereka berdua sempat memasuki koc monorel walaupun berlainan. Monorel bergerak ke stesen berikutnya.
Dalam kesesakan manusia di dalam monorel, Syed Hamzah bergerak ke koc lain untuk menangkap suspek. Alif Najmi mengintai pergerakan Syed Hamzah dari jauh.
Tanpa disangka, seorang pelajar perempuan yang berdiri di belakang Alif Najmi, terus mencekup leher suspek dari belakang. Alif Najmi terasa sesak mafas akibat dicekik.
"Zai!" jerit gadis itu.
Syed Hamzah mengenal amat suara itu. Dia mendekati suara itu. Alif Najmi cuba melepaskan dirinya. Sikunya terus menyerang rusuk gadis itu.
"Argh!!" raung gadis itu kesakitan sekaligus melepaskan Alif Najmi.
Syed Hamzah mendekati gadis itu. "Akak okey, tak?"
"Aku okey," kata Syarifah Izzati, kakak Syed Hamzah.
Alif Najmi melihat dua wajah beradik itu. Kembar tidak seiras rupanya.
"Kembar rupanya," kata Alif Najmi, sinis.
Dua beradik itu melihat suspek di depan mereka.
Bang! Satu das tembakan sudah cukup menakutkan orang awam.
Mereka menjauhkan diri dari situasi itu. Dua pucuk pistol Glock diacu ke arah pasangan kembar itu.
"Diminta semua unit membuat laporan diri!" Suara dari walkie-talkie menarik pandangan mereka.
Walkie-talkie di pinggang Syed Hamzah. Alif Najmi mengangkat bahu dengan kepala disengatkan seketika, tanda memberi kebenaran. Syed Hamzah perlahan-lahan mengambil walkie-talkie.
Bang! Tembakan tepat mengenai walkie-talkie di tangan sampai terlepas.
Pasangan kembar itu kebuntuan. Pistol di pinggang mereka belum dipegang lagi disebabkan Alif Najmi sudah mengacu pistol ke arah mereka. Sentuh sahaja pistol sendiri pasti melekat tompok darah di dahi.
"Hmm... sekurang-kurangnya bunyi tembakan dah jadi bukti kejadian dekat sini," kata Alif Najmi tersenyum.
"Apa kata kita berunding," katanya lagi.
"Berunding?" Dahi Syarifah Izzati dikerut.
"Kau lepaskan aku, semua orang akan hidup," kata Alif Najmi mengugut.
Syed Hamzah berlagak sinis. "Macamlah kau boleh bunuh semua orang."
"Stesen lepas ni, Masjid Jamek. Lepas Masjid Jamek, akan ada stesen Chow Kit. Landasan antara Masjid Jamek dan Chow Kit dah dipasang bom," terang Alif Najmi tersengih.
Alif Najmi menunjukkan nama konteks yang tertulis "Bom" pada telefonnya. Pasangan kembar itu hilang kata.
"So, what's the deal?" soal Syarifah Izzati.
"Aku akan keluar dari Masjid Jamek. Kalau kau lepaskan aku, aku takkan letupkan bom tu. Kalau tak nak lepaskan aku juga, semua akan mati," ugut Alif Najmi.
Monorel akhirnya berhenti di Stesen Masjid Jamek. Dua anggota polis undercover itu terpaksa melepaskan Alif Najmi.
"Kita nak biar macam tu je?" kata Syarifah Izzati kepada adik kembarnya.
Syed Hamzah berlari keluar dari koc iti, diekori Syarifah Izzati. Mereka berasak melepasi orang ramai di situ.
Biarpun ramai manusia berpusu-pusu keluar masuk monorel, merela berjaya mengesan suspek. Alif Najmi sekali lagi melompat lepasi pagar token, diekori pasangan kembar itu. Mereka bergerak ke tangga. Syarifah Izzati berhenti berlari lalu mengeluarkan pistolnya.
Baru sahaja hendak menuruni tangga, dua tembakan mengenai kaki Alif Najmi. Suspek rebah lalu jatuh tangga. Syed Hamzah segera mendekati suspek. Alif Najmi terbaring lemah di kaki tangga sambil mengerang kesakitan.
Pasangan kembar itu mendekati suspek. Syed Hamzah mengeluarkan garinya sementara Syarifah Izzati mengacu pistol ke arah suspek. Alif Najmi digari akhirnya lalu diangkat untuk berdiri.
Telefon yang tercampak keluar dari poket Alif Najmi, berbunyi. Syarifah Izzati mengambil telefon tersebut lalu melihat nama konteks yang tertulis "Bom". Pasangan itu saling memandang. Alif Najmi pula tersenyum dan tertawa kecil.
"Buatlah kalau berani," kata Alif Najmi mencabar.
Syed Hamzah mengangguk sahaja. Syarifah Izzati ragu-ragu untuk memetik jari ke butang jawab panggilan. Panggilan dari "Bom" dijawab.
Seketika kemudian, tiada apa yang berlaku.
"Tak ada apapun," kata Syarifah Izzati kebingungan.
Tiba-tiba, muncul satu suara dari panggilan itu. "Hoi, Jimmy! Kau dekat mana?"
Alif Najmi ketawa sakan melihat mereka ditipu. Padahal, "Bom" sebenarnya ialah kembarnya, Arif Hakimi.
"Dasar musang," kata Syed Hamzah, dingin.
"Dah! Ikut ke balai!" arah Syarifah Izzati bertegas.
Alif Najmi ditahan jua. Sepandai-pandai musang melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
~End Throwback~
"Sekejap. Mana part kau belot Black Tiger ni?" kata Hariz Danial duduk di birai katil.
Dia tertunggu-tunggu plot twist dari Alif Najmi. Alif Najmi bersandar pada dinding.
"Sabarlah. Dah nak cerita plot twist la ni," kata Alif Najmi dengan muka rimas.
Keluhan dilepaskan.
~Throwback~
Tahun 2016
Alif Najmi duduk di bilik soal siasat sambil ditemani Syed Hamzah dan Syarifah Izzati. Seorang pegawai polis memasuki bilik soal siasat itu. Dia melabuhkan punggung menghadap suspek itu.
"Lama tak jumpa kau, Musang... atau aku patut panggil kau, 'kawan lama'," kata pegawai polis berpangkat sarjan itu.
Alif Najmi mendongakkan kepalanya lalu melihat pegawai polis itu. Senyuman terukir dengan sendirinya.
"Lama juga tak jumpa kau, 'kawan lama'... atau aku panggil kau, Serigala," balas Alif Najmi, sinis.
Ya, memang mereka sudah lama tidak bertemu. Siapa lagi kalau tidak lain tidak bukan sahabat sebayanya, Iskandar.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro