MUSIM 2: BAB 2
Untuk Abang Najmi...
Assalamualaikum, abang. Sebelum Isma bagitahu lebih lanjut, Isma nak minta maaf kalau Isma buat salah dekat abang. Semua salah Isma, Isma tahu tu. Isma pengecut, ya Isma pengecut. Isma pengecut sebab takut abang cari lain. Disebabkan cemburu, Isma... jadi orang lain. Isma minta maaf sangat-sangat.
Abang,
Maaf abang. Isma terpaksa pergi jauh. Isma malu nak letak muka kat sini. Isma bawa diri. Isma tahu, abang mesti nak bebas. Maafkan Isma. Kalau kita bertemu lagi, itu mungkin jodoh kita. Isma akan berangkat ke negara yang kaya dengan hiburan.
Bak kata Nad Kenny, Saranghae oppa!
Abang...
Isma ada sertakan sesuatu dengan surat ni. Isma sertakan pengakhiran penderitaan abang dengan sifat psiko 'hantu sudu'.
Isma minta maaf sekali lagi dan kesekian kalinya.
Yang benar,
-MaQueenSpooNadEha-
____________________
Surat di tangan terlepas begitu sahaja selepas membaca. Alif Najmi hilang kata. Fikirannya melayang entah ke mana buat masa sekarang. Dirinya seakan-akan bercampur emosi.
Alif menangis. Musang ketawa. Hoshiko marah. Farid berdiam. Najmi bawa mengucap.
Hariz Danial melihat rakan sebiliknya bercakap 'seorang diri'. Dia berasa kurang senang seketika. Surat yang terdampar di lantai, diambilnya. Dia membaca intisari surat itu. Barulah dia memahami apa yang dihadapi Alif Najmi.
"Begitu ya," kata Hariz Danial, faham.
Alif Najmi terduduk ke lantai. Lutut dipeluknya. Air mata bersama tawa jelas kedengaran.
"Dia dah lari," kata Alif Najmi tersisa dengan tawanya.
"Dasar pengecut betul!" katanya geram dengan rupa dingin pula.
Keluhan dilepaskan.
"Redha je la," ucapnya lagi dengan nada pasrah.
"Kau kena terima semua ni," pesan Hariz Danial cuba menenangkan diri Alif Najmi.
Alif Najmi memandang sahabatnya itu.
"Okey, aku cuba."
***
Beberapa hari berlalu, malah berminggu-minggu Alif Najmi hidup di penjara bersama Hariz Daniel. Setiap kali gilirannya untuk bercerita, dia pasti menolak perlawaan.
"Pass."
"Tak nak."
"Bagi orang lain."
Itulah yang dikatakan olehnya. Dia hanya memasang telinga untuk mendengar cerita orang lain sehinggalah beberapa bulan kemudian.
"Terima kasih untuk kawan kita, Karl. Seterusnya, siapa pula?" kata Hariz Danial duduk berkumpul dengan kawan banduan.
Mata Hariz Danial tertumpu pada Alif Najmi.
"Musang, ada apa-apa nak kongsikan?" kata Hariz Danial.
"Pass," balas Alif Najmi acuh tak acuh.
"Alaa... kau selalu macam ni. Share la sikit pasal hidup kau... walaupun agak private."
Alif Najmi mengeluh kecil. "Yela..."
Dari tempat duduknya, Alif Najmi berhujah.
Ibu ayah aku mati kemalangan.
Aku ibarat anak buangan.
Tiada lagi satu ruangan
Untuk diberi kesayangan.
Aku jadi ahli Black Tiger waktu 15 tahun
Sebab mahu lihat adik sedar dari koma 15 tahun.
Aku menanti bertahun-tahun.
Sayangnya, aku dipenjara 5 tahun.
Aku berhenti jadi samseng ketika usia 20.
Aku mahu jalan gelap aku disuluh.
Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Tanam benih, tunggu daun tumbuh.
Bak kata arwah cikgu,
'Jangan ulang kesilapan macam dulu.'
Aku masih ingat lagi waktu dulu
Di mana aku cuba bunuh cikgu.
Sepanjang aku bernafas,
Aku seringkali kurang waras.
Biarlah cinta tidak kenal rupa dan paras
Kerana ia kabur dan kurang jelas.
Namun, segalanya makin jelas bila dipertemukan dengan satu gadis.
Dia bekerja sebagai anggota polis.
Dia sanggup korban nyawa dan masa untuk satu kes
Untuk menangkap suspek dalam blacklist.
Nama dia agak kompleks
Tapi ada dalam konteks
Kali pertama aku jadi mangsa seks
I feel like, 'What the heck?'
Bila Insyi datang selamatkan aku.
Sayangnya dia kalah dengan Hantu Sudu.
Aku biarkan suspek lari diri dulu
Dan biarkan aku dihantar ke Penjara Pudu.
-Alif Najmi
Mereka yang mendengar, berasa kagum dengan hujahan Alif Najmi. Hariz Danial menepuk tangan kepada rakan sebiliknya itu.
"Sungguh menyentuh hati," kata Hariz Danial.
Karl menepuk tangan, memberi sambutan kepada jalan cerita yang pertama kali disuarakan Alif Najmi.
"Subarashi (Mengagumkan)," puji Yan berbahas Jepun.
"Kisah hidup yang menarik," puji Karl pula.
"Sekejap. Belum habis lagi," kata Alif Najmi.
Mereka kembali berdiam. Alif Najmi merenung ke arah sekumpulan banduan yang lain, terutamanya bekas ahli Black Tiger. Jelingannya tajam dengan aura musang.
I already told you my whole life story
Not just based on my description
Cause where you see it from where you're sitting
Is probably a hundred and ten percent different
Beautiful
-Eminem
"Mark my words."
Alif Najmi terus beredar dari situ tanpa banyak kata. Mereka yang lain hilang kata. Hariz Danial segera mengekori lelaki itu.
"Musang," panggil Hariz Danial.
Di kaki lima bilik penjara, langkahnya terhenti sebaik namanya diseru. Alif Najmi memusingkan badan ke belakang lalu melihat Hariz Danial berdiri jauh darinya.
"Apa?" kata Alif Najmi dengan rupa paras dingin.
"Aku tak sangka, kau ada bakat macam tadi," kata Hariz Danial memuji.
"Tu je?"
Hariz Danial menggumam sinis lalu mendekati rakannya itu. Alif Najmi masih tercegat di situ.
"Aku sebenarnya tertanya-tanya juga pasal ni," kata Hariz Danial.
Langkahnya berhenti di sebelah lelaki psiko itu.
"Kenapa kau sanggup khianat geng kita tu?" soal Hariz Danial ingin mengetahui.
Diam.
Perlahan-lahan, bunyi tawa kedengaran lalu bergema di dewan bilik penjara itu. Hariz Danial melihat lelaki itu mula hilang kewarasan.
Pakk! Satu tamparan diberikan.
Alif Najmi terdiam. Pipinya diusap. Pandangan dibuang ke arah Hariz Danial.
"Hariz," katanya perlahan.
"Boleh tak buang psiko kau tu? Aku tanya ni..." Hariz Danial terus menggenggam kolar singlet Alif Najmi.
"Kenapa kau khianat geng kau dulu tu?" soalnya sekali lagi.
Alif Najmi tersenyum sinis. "Kan aku dah cakap tadi."
...Sebab mahu lihat adik sedar dari koma 15 tahun...
"Boleh faham, kan?"
Jelas.
Genggaman dilepaskan. Alif Najmi menyambung langkahnya ke bilik penjara. Hariz Danial berdiam sahaja.
"Setahu aku, ada dua pengkhianat dalam kalangan Black Tiger masa tu. Siapa seorang lagi?" soal Hariz Danial lagi.
Sekali lagi langkah Alif Najmi terhenti. Dia menoleh muka ke tepi. Ekor matanya melirik ke Hariz Danial. Senyumannya terukir dengan lebarnya.
"Zai a.k.a. Syed Hamzah."
~Throwback~
Tahun 2016
Dalam asyik bergaduh di antara Blue Blood dan Black Tiger, siren kereta polis kedengaran. Pantas mereka melarikan diri. Ada yang menaiki kereta. Ada juga yang menaiki motosikal. Ada pula yang sanggup curi kenderaan lain untuk melarikan diri. Mereka semua berpecah.
Alif Najmi berlari masuk ke lorong kecil. Dia segera menyorok di sebalik kegelapan. Matanya mengintai pasukan polis yang baru tiba di situ.
Perlahan-lahan dia mengatur langkah pergi dari situ. Hoodie jaket dipakainya. Alif Najmi berjalan seperti orang biasa di keramaian pada malam itu. Dia melintas jalan raya.
Di tengah jalan, seseorang mengacu pistol ke arah Alif Najmi.
"Berhenti! Jangan bergerak!" arah seorang lelaki dari belakang Alif Najmi.
Langkah terhenti. Alif Najmi menoleh muka ke belakang lalu melihat pegawai polis membidik pistol ke arahnya. Matanya melihat tag nama pegawai itu, Syed Hamzah.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro