Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MUSIM 2: BAB 17

"Kau ingat aku akan dengar cakap kau ke? Aku tikam dia dan kau tembak aku. Sekurang-kurangnya, kami mati bersama."

Kata-kata itu membuatkan Ilyana Zhamuri buntu. Tangannya dari tadi memegang pistol. Mata pisau di tangan Aliya Syakira sudah menyentuh halkum Alif Najmi.

Hanya satu cara.

Bang!

Pisau terlepas dari tangan. Aliya Syakira terkejut dengan tembakan tepat itu. Dia memandang abangnya semula. Alif Najmi pantas mencengkam leher Aliya Syakira lalu menghempas ke lantai. Dia duduk di atas badan wanita psiko itu.

"Kau jangan nak gerak!" kata Alif Najmi, serius.

Ilyana Zhamuri mendekati mereka berdua dengan pistol masih dibidik ke arah Aliya Syakira.

"Mana budak tu?" soal Ilyana Zhamuri kepada Alif Najmi.

"Dekat dalam," jawab Alif Najmi dengan pandangan tertumpu pada Aliya Syakira.

Ilyana Zhamuri bergerak ke pintu pejabat yang berada di sudut gudang itu. Dia memasuki bilik itu lalu melihat Maimunah diikat pada kerusi.

"Siapa tu?" soal Maimunah menengking.

Sementara itu, Alif Najmi masih lagi bergelut dengan adiknya. Dia menumbuk wajah Aliya Syakira yang tidak dapat bangun dari perbaringan. Hidung Aliya Syakira terkeluar darah. Begitu juga dengan mulutnya. Kalau boleh, biar mati sahaja sang pembunuh ini.

"Abang..."

Ungkapan itu membuatkan lelaki itu terhenti menumbuk.

"Maafkan... adik."

Alif Najmi mengunci mulut. Rupa paras yang garang bertukar dingin.

Perlahan-lahan, sepasang tangan Aliya Syakira mengusap dua pipi lelaki itu. Senyuman manis tercalit di bibirnya. Kepala Alif Najmi dipegang.

"Hehe..." Jelingan Aliya Syakira bertukar sinis.

Pantas, tangan kanannya memenggal kepala abangnya.

"Sekarang, abang milik Dini!"

***

"ALLAHUAKBAR!" jerit Alif Najmi bangun dari katil.

Matanya meliar melihat sekeliling. Kelihatan seperti dia berada di hospital. Lehernya sudah dibalut dengan kolar servikal.

"Argh! Apa dah jadi?" Alif Najmi tidak tahu apa.

Dia bergerak turun dari katil hospital itu. Kakinya menjejak ke lantai. Sakit bagai renjatan elektrik. Baru sedar kakinya disimen. Dia terjatuh, terus pitam.

"Abang!" Iman Shamimie menghampiri Alif Najmi.

Wanita bertudung hijau itu duduk di sebelah lelaki itu. Dia menggerakkan tubuh lelaki itu.

"Abang! Okey tak ni?" Iman Shamimie kerisauan.

Pandangan dibuang ke sekeliling.

"Nurse! Doktor!"

***

Mata dicelik semula. Lelaki itu seperti di tengah khalayak ramai. Dia mengangkat tangannya lalu melihat dirinya.

"Aku... macam sedar sesuatu."

"Selama ni..."

"...aku koma."

Bahu Alif ditepuk dari belakang.

"Memang betul pun," ujar satu suara dari belakang.

Pandangan ditoleh ke belakang. Matanya mengecil melihat susuk tubuh yang sama dengan dirinya. Yang pasti bukan kembar, Arif Hakimi.

"Kau..." kata Alif kenal lelaki itu.

"Ya, ini aku. Aku ni adalah kau, dan kau tu adalah aku," kata Farid dengan wajah dingin.

"Mustahil!"

"Bukannya mustahil sebab kita manusia yang sama," kata satu suara dari belakang Alif.

Alif menoleh ke belakangnya. Matanya melihat dirinya yang berhoodie hitam.

"Musang."

Musang tersengih sambil bermain pisau. Alif memandang satu susuk yang muncul. Wajahnya pucat melihat manusia yang memakai fon kepala sambil bermain Gameboy Advance.

"Hoshi?" Alif ingin kepastian.

Hoshiko yang asyik bermain tiba-tiba marah akibat kalah bermain. Konsol di tangannya terus dihempas ke lantai dengan geramnya. Dia menghampiri Alif lantas mencengkam kolar baju.

"Jangan panggil aku waktu main game boleh, tak?" tengking Hoshiko, marah.

Alif menelan air liur. "Maaflah!"

"Dah la tu. Jangan gaduh," celah satu suara.

Pandangan dibuang ke arah punca suara itu.

"Najmi."

Najmi mengukirkan senyuman manis. Hoshiko melepaskan Alif dengan keluhan. Alif melihat empat personaliti di depan matanya.

"Macam mana..." Alif masih terpinga-pinga.

Puntung rokok dicampak ke lantai lalu dipijak.

"Macam mana apa lagi?" Jimmy mencelah dengan rupa dingin.

Alif memandang lelaki itu. "Jimmy."

"Dah tu siapa lagi?"

Alif kembali memandang mereka yang lain. "Aku tak faham. Apasal korang... boleh muncul dalam dunia realiti ni?"

"Sini, dunia koma tau. Kau sedang koma sekarang," jelas Najmi, sungguh.

Berkerut dahi Alif mendengarnya.

"Kau kena bangun dari koma sekarang," pesan Farid, dingin.

"Biar aku tikam kau. Manalah tahu kau boleh bangun dari koma," cadang Musang tersengih memegang pisaunya.

Dbush!! Satu tumbukan menghinggap muka Musang.

"Orang tengah seriuslah, baka!" marah Hoshiko, baran.

Jimmy hanya berdiam melihat mereka.

"Sekarang, kita nak buat apa?" Alif benar-benar buntu.

"Kita cari Kira," kata Najmi bercadang.

"Cari Alane la. Dia boleh bunuh sesiapa saja." Musang sambil menahan penangan dari Hoshiko tadi.

"Aku rasa Admex bahaya lagi," kata Farid berwajah kosong.

"Tak ada siapa nak cari Aizad ke?" celah Hoshiko dipalau.

"Hmm... aku tahu Dini dekat mana," celah Jimmy baru bersuara.

Semua memandang Jimmy. "Dekat mana?" Serentak.

"Itu tak penting buat masa sekarang! Apa yang sekarang..."

"Kerjasama!" celah Musang, ceria.

Satu tendangan udara menghinggap belakang badan Musang.

Hoshiko menjadi baran. "Orang tengah serius. Kau boleh buat ala-ala Wonderpets tu dah kenapa?"

Muka Musang terhempap ke lantai. "Erkk..."

Alif kembali memandang Jimmy. "Apa yang penting tu?"

Jimmy mengeluh. "Kau kena sedar dari koma."

"Tapi... macam mana?"

Musang mendongak kepalanya. "Kan aku dah cakap biar aku tikam..."

Tendangan kapak diberikan ke kepala Musang. Senyap.

"Selesai masalah." Puas hati Hoshiko.

Hoshiko memandang mereka yang lain. "Teruskan perbincangan."

Alif mengeluh. Bahunya dipegang Najmi.

"Tak apa. Kita sama-sama cari jalan penyelesaian," kata Najmi cuba menenangkan Alif.

"Okey," kata Alif mengangguk kecil.

"Geng... aku nak lenyap," kata Farid melihat dirinya menjadi kertas yang terkoyak perlahan.

Mereka melihat lelaki itu. Memang jelas Farid semakin lenyap menjadi cebisan kertas.

"Farid!" Alif terkejut.

Farid memandang lelaki itu dengan rupa tiada emosi.

"Dah sampai masa aku nak sedar dari koma," katanya.

"Tapi, apa kau takutkan?" soal Alif kehairanan.

"Aku takut... buku aku tak dapat diterbit sebab dateline dah expired. Itu yang aku paling takutkan."

"Apa?"

"Kau kena cari sesuatu yang kau takutkan. Itu saja cara untuk kau keluar dari dunia ni."

Hanya dengan tiupan angin sepoi bahasa, tubuh Farid lenyap bagai cebisan kertas yang berterbangan. Alif hilang kata. Dia memandang mereka yang masih ada.

"Apa yang aku takut selama ni?"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro