MUSIM 2: BAB 16
Van dipandu masuk ke dalam gudang lama lalu berhenti berdekatan dengan pintu pejabat. Maimunah dari tadi menjerit mohon dilepaskan.
"Wei! Tak faham ke suruh lepaskan aku!" jerit Maimunah.
"Diamlah kau!" marah si penculik itu.
Dbush!! Satu tumbukan menghinggap muka Maimunah.
Gadis itu pengsan, senyap.
"Hmm... senyap pun," kata penculik itu.
Lelaki itu bergerak keluar dari van. Dia berjalan ke pintu bahagian penumpang laly membukanya. Tubuh Maimunah dipikul.
Puu~
"Pergh! Sempat lagi kau kentut!"
Maimunah dibawa masuk ke bilik kecil. Kerusi kayu sudah tersedia di situ. Tubuh gadis itu diletakkan di atas kerusi itu. Dia diikat dengan tali entah dari mana. Seseorang muncul di muka pintu bilik itu.
"Abang nampak sibuk je? Nak Alane tolong?"
Mendengar sahaja suara tu, pandangan dibuang ke belakang belakang. Susuk tubuh Aliya Syakira berdiri di situ dengan dua bilah pisau, tidak seperti dirancang. Topeng ditanggalkan.
"Kenapa kau ada dekat sini?" Alif Najmi terkejut.
"Hmm... saja. Salah ke nak tengok abang buat kerja?" kata Aliya Syakira tersenyum.
Mata Aliya Syakira melihat Maimunah masih tidak sedarkan diri itu.
"Oh, budak ni..." Aliya Syakira tersengih.
"Kenapa?" Alif Najmi menghalang laluan Aliya Syakira.
"Hmm... abang tahu tak maksud homicide?"
"Pembunuhan beramai-ramai."
"Ya, tepat sekali. Semalam, adik buat homicide."
Terbeliak mata Alif Najmi mendengarnya. Memang betullah apa yang Maimunah kata sebelum ini.
"Lepas tu, adik serang minah tu. Adik letak 'coklat' ke dalam mulut dia. Biar dia tidur dengan tenangnya. Bijak tak adik?" Aliya Syakira tersenyum lebar.
"Kau masukkan apa?" Alif Najmi mencengkam leher baju Aliya Syakira.
"Alaa... yang warna merah tu. Rupa macam Panadol Actifast."
"Tu pil kuda!"
Dbush! Satu tumbukan menghinggap pipi Aliya Syakira.
Kepala Aliya Syakira tertoleh ke kanan. Tawanya beransur sinis. Dia kembali memandang Alif Najmi. Pisau yang dipegangnya tadi terlepas.
"Kau marah ke, Hoshi?" kata Aliya Syakira tersengih.
Aliya Personality OFF
Admex Personality ON
Alane Personality OFF
Aizad Personality OFF
Syakira Personality OFF
Renungannya bertukar tajam. Senyumannya pudar.
"Kau jangan cabar aku!" kata Aliya Syakira, serius.
Tangan yang mencengkam leher Aliya Syakira, digenggam kuat. Aliya Syakira membuat satu gerakan. Kakinya diangkat lalu diletakkan di belakang leher Alif Najmi. Badan direbahkan, sekaligus mengunci gerakan Alif Najmi. Lelaki itu tahu gerakan itu.
~Throwback~
Badan Iskandar ditolak berkali-kali sampailah dia membuat kejutan. Tangan Alif Najmi yang menolak tubuh Iskandar, terus dipegang. Iskandar yang bertubuh kecil terus menyerang rakannya itu, membuat flying triangle choke lalu menjatuhkan badan.
~End Throwback~
Dari mana dia belajar benda ni? Desis hati Alif Najmi.
"Macam mana rasanya? Suka, tak?" Aliya Syakira mendingin sahaja.
Alif Najmi bangun dengan sedaya upaya sambil mengangkat tubuh Aliya Syakira dengan sebelah tangannya. Aliya Syakira terpegun.
Alif Personality OFF
Farid Personality OFF
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF
...
Jimmy Personality ON
"Kau..." Alif Najmi mengukirkan senyuman lebar.
Tangannya menggenggam penumbuk lalu diangkat, menarik lajak. Aliya Syakira melihat penumbuk di tangan kiri abangnya.
"...dah lama tempah kubur ke?"
Satu tumbukan diberikan. Tubuh Aliya Syakira terpelanting keluar dari bilik itu hingga menghempas van. Dia mengaduh kesakitan.
"Erhh... bunyi apa tu?" Maimunah baru sedar dari pengsan.
Alif Najmi mendekati gadis itu. Kain buruk yang terdampar di atas meja, sempat diambil. Lelaki itu menutup mata gadis itu.
"Hei! Apa ni?" Maimunah menjerit dek terkejut.
"Kau duduk diam je dekat sini!" arah Alif Najmi, tegas.
"Kau lepaslah aku!" Maimunah belum lihat lagi wajah 'penculik' itu.
Alif Najmi berjalan keluar dari bilik itu. Dia melihat tubuh Aliya Syakira yang cuba berdiri. Wanita itu mengesat hujung bibirnya yang berdarah. Renungannya menjadi tajam. Anak matanya berubah kemerahan.
Aliya Personality OFF
Admex Personality OFF
Alane Personality OFF
Aizad Personality OFF
Syakira Personality OFF
...
Adini Personality ON
"Heh? Tu je?" Aliya Syakira tersenyum sinis.
"Rasa dah lama kita tak gaduh macam ni ya," kata Alif Najmi mengambil dua bilah pisau yang terlepas tadi.
Aliya Syakira memandang tajam ke arah Alif Najmi. Sebilah pisau dilempar ke arahnya lalu disambut kemas. Dia bermain pisau dengan lajunya.
"Abang ingat tak waktu kita gaduh besar dulu?" tanya Aliya Syakira tersengih.
"Tch. Dini hampir-hampir bunuh abang," jawab Alif Najmi, sinis dan dingin.
"Apa kata kita recreate balik scene tu?"
"Itupun kalau Dini tak kisah."
Aliya Syakira berlari ke arah Alif Najmi dengan pisau digenggam kuat. Alif Najmi turut berlari ke arah adiknya. Pisau akhirnya berlaga dengan laju. Bunyi angin dibelah pisau turut kedengaran.
Satu sepakan mengenai buah lutut Alif Najmi. Lelaki itu mengerang kesakitan. Serangannya terhenti. Aliya Syakira mengambil kesempatan untuk menerkam.
Dush!!
Mujurlah Alif Najmi sempat menendang rusuk Aliya Syakira dengan kakinya yang sakit itu. Aliya Syakira mengeluh kasar.
"Ugh! Puih!" Muntah darah disimbah ke lantai.
Mulut dikesat. Senyuman tercalit.
"Hebat," puji Aliya Syakira, sinis.
Alif Najmi berdiri menghadap adiknya. Buah lututnya diusap. Sakit masih tersisa. Pisau masih di tangannya.
"Dah menyerah?" sindir Alif Najmi.
Aliya Syakira berlari ke arah abangnya. Alif Najmi masih tercegat, bersedia untuk bertahan.
Satu tendangan udara mengenai tubuh lelaki itu hingga tercampak ke pintu van. Alif Najmi mengaduh kesakitan.
"Apa dah jadi ni? Mana abang Jimmy yang kuat tu?" sindir Aliya Syakira pula.
Alif Najmi melihat adiknya mendekatinya. Aliya Syakira duduk bercangkung di depan abangnya. Pisau diacu ke muka Alif Najmi.
"Abang dah kalah." Aliya Syakira tersenyum sinis.
Mata pisau dihulur ke tekak Alif Najmi.
"Berhenti!" jerit satu suara.
Aliya Syakira berhenti menggerakkan pisaunya. Mata pisau betul-betul di depan halkum Alif Najmi. Lelaki itu terdiam dengan rupa paras dingin. Anak mata mereka melirik ke arah Ilyana Zhamuri yang muncul di situ. Ilyana Zhamuri membidik pistol ke arah Aliya Syakira.
"Lepaskan dia! Kau tikam dia, aku tembak kau!" ugutnya.
Aliya Syakira tersengih.
"Kau ingat aku akan dengar cakap kau ke? Aku tikam dia dan kau tembak aku. Sekurang-kurangnya, kami mati bersama."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro