Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MUSIM 2: BAB 15

"Apa kau cakap?" kata Alif Najmi dengan reaksi terkejut.

"Dia datang rumah aku petang semalam," kata Maimunah, sungguh.

"Eh. Aku tak nampak pun dia semalam."

"Betul! Lepas kau balik, dia berdiri depan pintu bilik aku."

"Aku... tak percaya. Kalau dia datang ke rumah kau, dia akan bunuh kau tau, tak?"

"Betul! Aku sumpah!"

Alif Najmi menggulingkan matanya. Keluhan dilepaskan.

"Okey. Okey, aku percaya," kata Alif Najmi acuh tak acuh.

Maimunah menjenguk keluar. Pandangan tertumpu pada suasana sunyi di kota raya itu.

"Kita nak ke mana?" tanya Maimunah.

"Jumpa kawan aku," kata Alif Najmi, dingin.

Fikiran Maimunah melayang seketika. Dia masih ligat berfikir tentang perbuatan lelaki itu padanya semalam. Bibirnya disentuh. Pipinya naik merah. Gadis itu menutup kedua-dua pipinya. Alif Najmi memandang gadis itu sekilas.

"Kau pakai blusher ke?" soal Alif Najmi salah jangka.

Maimunah memandang lelaki itu, terkejut. "Eh! Err... ya."

Lelaki itu menggumam sinis. Dia kembali fokus pada pemanduan.

"Hmm... kawan kau dekat mana?" soal Maimunah, terfikir.

"Tak jauh je dari sini. Kita nak sampai," jawab Alif Najmi.

Kereta dipandu masuk ke lorong kecil. Ilyana Zhamuri melihat kereta putih dipandu masuk ke lorong itu. Dia mengecam wajah Alif Najmi lalu mengangkat tangan.

"Itu dia," kata Alif Najmi.

Alif Najmi memberhentikan kereta di sebelah wanita itu. Ilyana Zhamuri mendekati mereka.

"Mana dia?" soal Ilyana Zhamuri kepada Alif Najmi.

"Sebelah aku ni," jawab Alif Najmi.

Ilyana Zhamuri memandang Maimunah. Dia melihat ciri fizikal gadis itu. Dia kembali memandang Alif Najmi.

"Dia budak sekolah menengah, kan?" kata Ilyana Zhamuri membuat sangkaan.

"Ya, kenapa?" Alif Najmi menjongket kening.

"Bawah umur tak boleh masuklah," tegas wanita Rusia itu.

"Alaa... biarlah dia masuk. Nyawa dia dalam bahaya tau!"

Ilyana Zhamuri mengeluh, tanda pasrah. "Okey, boleh masuk."

Alif Najmi memandang Maimunah di sebelahnya. "Kau ikut dia."

Maimunah sedikit gentar. "Ikut ke mana?"

"Ikut je la. Nanti, aku masuk."

"Okey." Gadis itu bergerak keluar dari kereta.

Alif Najmi melihat Ilyana Zhamuri membuka pintu belakang gimnasium. Maimunah melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Alif Najmi memandu pergi dari situ, mencari tempat letak kereta.

Sementara itu, Ilyana Zhamuri membuka suis lampu. Maimunah melihat gimnasium itu.

"Wah, besar juga eh!" puji Maimunah.

Ilyana Zhamuri mengalihkan plastik dari alatan senaman. "Kau pergilah buat senamrobik dulu. Panaskan badan."

"Hmm... yela..."

Dengan gerakan malas, Maimunah memanaskan badannya. Regangan demi regangan berjaya memecahkan sendi.

"Uuu... sedapnya bunyi." Itulah apa yang dia rasa semasa sendi di belakang berbunyi.

Ilyana Zhamuri menyapu lantai, termasuklah lantai gelanggang tinju.

"Sebenarnya, ni gimnasium siapa punya?" tanya Maimunah sambil meregang bahagian pinggang.

"Kimmy. Dia pindahkan barang-barang dari rumah tok dia ke sini," jawab Ilyana Zhamuri.

Alif Najmi memasuki gimnasium itu lalu melihat dia wanita itu melakukan aktiviti masing-masing.

"Okey. Bila boleh mula?" Alif Najmi berdiri di sebelah gelanggang tinju.

"Boleh mula sekarang. Naiklah atas ni," kata Ilyana Zhamuri meletakkan penyapu di penjuru gelanggang.

Maimunah berjalan ke gelanggang tersebut. Badannya yang kecil, tidak dapat naik ke atas gelanggang yang tinggi itu. Alif Najmi tertawa kecil melihat gadis itu cuba naik.

"Pfft... pendek," ejek Alif Najmi perlahan.

Jelingan maut diberikan ke arah lelaki itu. Maimunah mendekati lelaki itu.

Krak!! Dua telur pecah dek tendangan mengejut.

Alif Najmi melutut sambil memegang celah kangkang. Keperitan cuba ditahan sebaik mungkin. Alif Najmi meletakkan kepala ke lantai. Sakit!

Maimunah memijak belakang badan lelaki itu lalu naik ke atas gelanggang tinju. Dia mendekati Ilyana Zhamuri.

"Okey, boleh mula," kata Maimunah bersemangat.

Alif Najmi bangun sambil menahan sakitnya itu. Dia bergerak naik ke arena tinju lalu merangkak mendekati dua wanita itu.

"Mulakan je la," kata Alif Najmi cuba bertahan.

"Okey." Ilyana Zhamuri memandang gadis itu.

Wanita itu memulakan perguruan.

"Mula-mula, kita mulakan topik dengan pertahanan."

Maimunah mengangguk faham. Dia belajar teknik bertahan dan menyerang sehingga faham. Alif Najmi hanya menjadi 'punching bag' bagi gadis itu.

Selama tiga jam lebih mereka di gimnasium itu. Ilyana Zhamuri membawa bekalan sarapan kepada mereka.

"Tangkap." Botol minuman dibaling.

Alif Najmi menangkap botol tersebut. Penutup botol dibuka. Air berkarbonat dihirup membasahi tekak.

"Nanti, kita buat ujian," kata Ilyana Zhamuri kepada Maimunah.

"Ujian?" Maimunah mengerutkan dahi.

Botol minuman bertukar tangan.

"Dekat luar nanti." Ilyana Zhamuri memandang Alif Najmi.

"Kau boleh balik. Biar aku ambil alih," tambahnya.

Alif Najmi mengambil jaketnya. "Okey."

"Eh! Habis tu, siapa nak hantar aku balik?" Maimunah berpucat wajah.

"Tak apa. Aku ambil kau la nanti. Gerak dulu." Alif Najmi berlalu pergi.

Kini hanya dua wanita itu sahaja di gimnasium itu. Mereka saling memandang.

"Jadi, akak kawan dia ya?" tanya Maimunah bersahaja.

"Ya, kami satu kumpulan waktu dulu," jawab Ilyana Zhamuri dingin.

"Kumpulan apa?"

"Kau tak payah ambil tahu. Kami dulu jahat orangnya."

"Alaa... cerita je la."

"Hmm... nanti-nantilah. Sekarang, kita breakfast dulu. Nanti, kita keluar."

"Okey." Maimunah menundukkan wajahnya, kecewa sedikit.

Ilyana Zhamuri memakai semula jaketnya. Sarung tangan biker dipakai. Pistol dan pisau sudah sedia pinggang.

"Jom gerak," kata Ilyana Zhamuri.

Wanita itu berjalan ke pintu masuk gimnasium, diekori Maimunah.

"Kak dah kahwin ke?" soal Maimunah sambil berjalan di belakang.

Ilyana Zhamuri tertawa kecil. "Soalan menarik."

Mereka berdua bergerak keluar dari gimnasium itu. Ilyana Zhamuri mengunci pintu gimnasium itu.

"Sebenarnya, akak tak kahwin lagi walaupun dah nak masuk 40," jawab Ilyana Zhamuri tersenyum.

"Kalau adik nak tahu, akak ada anak," tambahnya lagi.

Maimunah terkejut. "Siapa?"

Ilyana Zhamuri mengatur langkah pergi. "Jai Morris. Tapi, dia dah tak ada."

Maimunah berjalan di sisinya. "Kenapa? Apa dah jadi?"

"Kimmy bunuh dia sebab bersepakat dengan Zai waktu dulu." Sebatang rokok diletakkan di celah bibir.

Maimunah melihat janda itu menghisap rokok. Dia memahami keperitan yang dialami wanita itu. "Oh, sedihnya."

"Kadang-kadang, aku geram dengan Kimmy tu. Memanglah aku sayang dia, tapi... tergamak dia buat macam ni... dekat anak sendiri."

"Apakah? Jangan cakap yang anak akak tu..."

"Anak luar nikah. Kenapa? Terkejut?"

Maimunah hilang kata. Ilyana Zhamuri menghembuskan asap rokok ke udara sejuk itu.

"Setiap negara akan ada zaman gelap dan zaman gemilang. Begitu juga dengan manusia, akan hadap hidup gelap dan gemilang juga. Sayangnya, mereka tak pernah merdeka walaupun negara sendiri dah merdeka."

Maimunah menundukkan wajahnya sebaik mendengar ayat wanita Rusia itu.

"Sejak tu, hubungan aku dengan Kimmy makin goyah. Kami jarang nak bergaul macam dulu. Apa yang ada sekarang, hanya Jimmy, kembar dia," kata Ilyana Zhamuri lagi.

"Sekejap." Maimunah kembali mendongak.

Ilyana Zhamuri memandang gadis itu dengan wajah hairan. "Kenapa?"

"Siapa Kimmy? Dan siapa Jimmy?"

"Adik tak kenal lagi ke diorang?"

Maimunah menggeleng, membuatkan Ilyana Zhamuri mengeluh.

"Jimmy tu laki yang jaga kau. Kimmy pula..."

Sebuah van berhenti mengejut di sebelah mereka berdua. Seorang lelaki bergerak turun dari van itu lalu mendekati mereka berdua. Ilyana Zhamuri menarik Maimunah ke belakang badannya. Pistol di pinggang dikeluarkan lalu dibidik ke arah lelaki itu.

"Kau nak apa, hah?" Ilyana Zhamuri menegas.

Pantas, lelaki itu menepis tangan Ilyana Zhamuri, mengalihkan pistol ke tepi.

Bang!

Ilyana Zhamuri diserang, ditumbuk di bahagian rusuk. Tangan yang memegang pistol dipatahkan. Dia mengerang kesakitan. Dia dicampak ke tepi jalan. Maimunah keseorangan. Ketakutan menguasai diri. Tangannya dipegang kuat.

"Kau ikut aku!" arah lelaki misteri itu.

"Lepaslah!" jerit Maimunah cuba melepaskan diri.

"Diam! Kalau tak, kau jadi macam dia!"

Maimunah diheret lalu dicampak masuk ke dalam van. Lelaki berhoodie itu menaiki van hitam itu lalu membawa gadis itu pergi. Ilyana Zhamuri masih lemah. Dia cuba bangun berdiri. Pistolnya diambil semula. Bahagian rusuk yang sakit disentuh.

"Erhh... Kimmy."

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro