Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MUSIM 2: BAB 12

Mereka terpinga-pinga mendengar penjelasan Alif Najmi tadi.

"Apa kau kata?" Maimunah kelihatan marah.

"Sekejap. Biar aku jejak dia," kata Alif Najmi berfikir.

"Macam mana?" kata Bunny, cemas.

Alif Najmi memejamkan matanya lalu menjadi roh. Dia melayang di sekitarnya lalu melihat satu tubuh diheret Aliya Syakira. Segera dia kembali ke tubuh asal.

"Dia dekat blok belakang sekolah." Alif Najmi membuka larian ke blok tersebut.

Dua gadis itu hanya mengekori lelaki itu, menuju ke sebuah blok yang jauh di belakang sekolah. Langkah lelaki itu terhenti di tempat dia terjumpa Aliya Syakira mengheret gadis remaja.

"Ke mana dia?" soal Maimunah.

Alif Najmi kembali melayang seperti roh lalu mencari mereka. Dia terlihat Aliya Syakira mengheret mangsa menaiki tangga. Dia kembali ke tubuh asal.

"Dia naik ke tingkat teratas." Alif Najmi membuka langkah ke tangga, diekori dua gadis itu.

Mereka memanjat ke tingkat paling atas. Langkah diatur perlahan sebaik tiba di tingkat tiga, paling teratas. Mereka berjalan dengan senyap di sepanjang koridor.

Jeritan kedengaran.

"Ika!" kata Bunny terdengar jeritan itu.

Lantas, Bunny berlari ke arah jeritan itu.

"Nanti!" Alif Najmi cuba menghalang.

Maimunah turut berlari, mengejar Bunny. Alif Najmi terpaksa mengejar mereka. Bunny memasuki sebuah kelas.

Jeritan bergema sebelum lesap begitu sahaja. Maimunah terhenti larian sebaik tangannya dipegang Alif Najmi. Mereka saling memandang.

"Lepaslah!" arah Maimunah, geram.

"Tak boleh! Dia..." kata Alif Najmi belum habis bicara.

Aliya Syakira berjalan keluar dari kelas sambil mengheret dua mayat perempuan. Maimunah melihat dua rakannya mati di tangan wanita psiko itu.

"Bunny... Ika..." Maimunah menjadi takut.

Perlahan-lahan, Maimunah bergerak ke belakang badan Alif Najmi. Air mata mengalir di belakang badan.

"Kenapa?" rintih Maimunah.

Alif Najmi tumpang simpati. Dia merenung tajam ke arah Aliya Syakira.

"Sudahlah tu, Aliya. Cukuplah dengan permainan ni!" kata Alif Najmi, geram.

"Abang tak nak jumpa 'anak' abang ke?" kata Aliya Syakira dengan wajah tidak bersalah.

Alif Najmi terdiam. Arifah?

"Dia tengah tunggu abang tu," kata Aliya Syakira, sudah hilang waras.

Langkah ke depan mahu dibuka, tetapi dihalang Maimunah. Alif Najmi memandang gadis itu. Kelihatan air terjun mengalir deras ke pipi.

"Jangan!" Maimunah mengeras di belakang badan.

Lengan lelaki itu digenggam erat. Alif Najmi memandang ke depan semula. Susuk tubuh Aliya Syakira sudah lenyap entah ke mana.

"Mana dia pergi?" Alif Najmi kehairanan.

Pandangan kembali dibuang ke arah Maimunah. Gadis itu sudah menangis.

"Kita pergi sama-sama eh," kata Alif Najmi.

Maimunah menggeleng lajunya. Mahu sahaja dia lari dari situ. Alif Najmi memandang ke kelas yang disyaki terdapat Arifah. Kakinya melangkah perlahan. Maimunah terpaksa mengekori lelaki itu. Mereka berjalan mendekati kelas itu. Langkah mereka terhenti di hadapan pintu kelas. Alif Najmi menghulurkan tangannya. Maimunah hanya melihat lelaki itu mahu membuka pintu.

"Janganlah! Saya takut!" kata Maimunah menggeletar.

"Dia tu anak aku. Aku ada tanggungjawab tau," balas Alif Najmi, dingin.

Maimunah terdiam. Alif Najmi membuka pintu kelas yang buruk itu. Matanya terbeliak melihat Arifah diikat pada kerusi. Kelihatan Arifah diseksa sepenuhnya.

"Apa kau dah buat!" marah Alif Najmi.

"Tak ada. Cuma... bagi topik pelajaran baru untuk dia." Aliya Syakira melepaskan ikatan Arifah dari kerusi.

Arifah bangkit berdiri dengan kepala ditunduk. Fikirannya entah melayang ke mana. Dia bagaikan bukan dirinya. Sebilah gunting yang menikam perut Atiqah tadi, diletakkan di tangan Arifah.

"Bunuh perempuan tu," pesan Aliya Syakira berbisik.

Arifah menggenggam gunting jahit itu. Dia berjalan mendekati mereka berdua, barangkali ke arah Maimunah. Aliya Syakira memandang mereka berdua yang dari tadi berdiri di situ.

"Say hello to my little friend," kata Aliya Syakira, seperti satu sketsa dari filem Scarface.

Mereka berdua sudah kebuntuan melihat Arifah dipukau hanya dalam masa sejam. Alif Najmi menggenggam erat tangan Maimunah. Dia masih ingat situasi yang sama seperti ini.

~Throwback~

"Firsha!" seru Aya mendekati kawan lamanya.

"Nanti!" tegas Alif Najmi cuba menghalang tetapi gagal.

Aya berdiri di depan Firsha. "Firsha, kau sihat?"

"Bunuh... Bunuh... Bunuh..."

Firsha berjalan ke depan. Aya memberi laluan kepada kawannya. Dia kehairanan. Fazz mendekati Firsha pula.

"Firsha, macam mana kau..." kata Fazz belum habis bicara.

Tidak disangka, Fazz ditolak sehingga terbaring. Firsha duduk di atas Fazz lantas menikam muka kawan baiknya bertubi-tubi. Semua orang yang menyaksikan pembunuhan itu terus ketakutan sehingga menggigil. Alif Najmi dan Aya terkejut melihat tindakan Firsha membunuh sahabat sendiri di depan mata, di dalam pejabat pula.

"Fir... Firsha!" panggil Alif Najmi cuba menghalang.

Firsha berhenti menikam muka Fazz lalu mendongak ke atas. Dia lantas mengelar lehernya sendiri. Sudu perak dicampak ke lantai. Darah memancut deras dari leher Firsha, terpercik ke arah Alif Najmi. Habis tubuh Alif Najmi dibasahi darah pekat Firsha.

~End Throwback~

"Kita kena lari!" kata Alif Najmi.

Pantas, mereka melarikan diri. Arifah mengejar mereka berdua hanya dengan berjalan. Aliya Syakira hanya memerhati dua mangsanya yang lari entah ke mana.

"Kau boleh lari, tapi tak boleh sembunyi. Hahahahahahahaha!!!" Aliya Syakira tertawa sakan.

Sementara Aliya Syakira melayan perasaan, Alif Najmi berlari ke pintu pagar sekolah itu. Maimunah sudah kepenatan.

"Sekejap! Berhentilah!" Maimunah semakin penat.

"Sabar. Kita nak keluar dah ni," kata Alif Najmi masih menarik lengan Maimunah.

Mereka mendekati kereta yang terletak di luar pagar sekolah.

"Cepat naik!" kata Alif Najmi berjalan ke pintu kereta.

Mereka berdua menaiki kereta itu. Alif Najmu menghidupkan enjin kereta. Maimunah duduk di sebelah lelaki itu. Matanya terlihat satu susuk di depannya.

"Dia dah muncul!" Maimunah ketakutan.

Arifah melompat ke atas hud kereta. Alif Najmi terkejut. Segera gear undur dimasukkan. Pendikit ditekan kuat. Arifah terjatuh ke tanah. Kereta terus dipandu pergi dari situ. Aliya Syakira melihat mereka melarikan diri. Senyuman lebar terukir. Sempat lagi mengusap kepala Arifah.

"Let's have some fun, little girl. Kita akan gunting 'kertas' tu jadi kepingan."

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro