MUSIM 2: BAB 1
Siling diperhatikan dalam keadaan berbaring. Sudah seminggu dia berada di dalam penjara. Hariz Daniel menolehkan mukanya ke arah rakan sebiliknya. Kelihatan Alif Najmi memikirkan sesuatu.
"Kau fikir apa tu? Lari dari penjara ke?" soal Hariz Daniel mengusik.
"Mana ada," balas Alif Najmi.
"Habis tu?"
Perlahan-lahan Alif Najmi mengeluarkan perkataan sepatah demi sepatah.
"Penjara... Kejora... Sejarah... Ke arah?"
"Hmm..."
Hariz Daniel menukar posisi duduk. Dia memasang telinga sahaja.
"Darah... Marah... Barah... Kifarah..."
"Jap... Macam ada idea."
Pintu bilik dibuka secara automatik, sudah masa waktu rehat. Hariz Daniel bergerak turun dari katil.
"Jom. Aku bawa kau jumpa kawan aku," kata Hariz Daniel berjalan keluar dari biliknya.
Alif Najmi bergerak turun dari katil lalu membelakangi rakan sebiliknya. Para banduan berarak keluar dari bilik masing-masing. Mereka berjalan ke kantin.
"Ikut aku," arah Hariz Daniel berjalan ke sebuah meja yang terdapat banduan lain.
Alif Najmi mengekori sahaja lelaki itu. Bahunya kerapkali dilanggar banduan lain, macam mahu cari pasal.
"Haha! Tengoklah siapa dekat sini!"
"Siapa tak kenal dia tu kalau bukan Jimmy?"
"Pengkhianat Black Tiger."
Memang para banduan di situ terdiri daripada bekas ahli kongsi gelap. Nama Jimmy sudah larut dengan kod nama gelapnya. Bahu lelaki itu dipegang dari belakang, membuatkan Alif Najmi berhenti berjalan.
"Kau tak boleh lari ke mana-mana lagi lepas apa kau dah buat!" marah seorang ahli Black Tiger.
Alif Najmi dengan tenang menepis tangan banduan itu. "Aku bukan Jimmy, okey? Maaf."
Langkah kembali diteruskan.
Tiba-tiba, satu serangan dibuat dari belakang.
Alif Personality OFF
Farid Personality OFF
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF
...
Jimmy Personality ON
Alif Najmi merasai serangan yang muncul itu lantas mengelak ke tepi. Tangan lawan ditangkap lalu ditarik ke bawah. Sendi pada siku lawannya jelas kedengaran dengan kuat.
"Aargh!!" raung banduan itu.
Alif Najmi memberi sepakan ke perut lawan. Lawannya terpelanting ke meja makan. Alif Najmi merenung tajam ke para banduan lain.
"Korang semua ingat eh! Aku tak takut bila seribu orang nak kalahkan aku dalam masa sehari. Apa yang aku takutkan, bila salah seorang daripada kamu nak kalahkan aku dalam seribu hari. Ingat ayat aku!" pesan Alif Najmi memberi kata-kata hikmah, bak Bruce Lee.
Mereka berdiam seketika. Alif Najmi kembali berjalan ke meja yang Hariz Daniel berada. Dia melihat dua lelaki yang menemani Hariz Danial. Sempat lagi dia menmbuat analisis.
Khalif Raihan (Karl)
Alias: Blue Blood
Status: Neutral
Condition:
Health 100%
Happiness 50%
"Pandai berlawan eh," usik Karl, dingin.
Hayabusa Nagisa (Yan)
Alias: Red Coyote
Status: Neutral
Condition:
Health 100%
Happiness 50%
Yan menggumam sinis. Dia sebenarnya sudah melihat sebahagian tatu harimau di belakang badan Alif Najmi yang bersinglet sahaja.
"Musang, ni kawan-kawan aku. Geng, ni roommate aku," kata Hariz Danial memperkenalkan diri masing-masing.
Mereka bersalaman seperti biasa.
"Black Tiger, huh?" kata Yan, dingin.
Alif Najmi memandang lelaki itu. "Bekas."
"Hmm... Bekas Black Tiger ya." Karl seperti tertarik.
"Kenapa?"
"Mr S pun bekas Black Tiger," kata Yan, dingin sahaja.
"Siapa Mr S?"
"Aku," kata Hariz Danial mengaku.
Alif Najmi memandang rakan sebiliknya itu.
Hariz Danial (S)
Alias: Black Tiger
Status: Friendly
Condition:
Health 100%
Happiness 50%
"Eh!" Alif Najmi terkejut.
"Kenapa? Terkejut?" Hariz Daniel tersenyum sinis.
"Bukan. Korang bertiga kan ahli kumpulan berbeza. Macam mana boleh bersama sedangkan tiga kumpulan ni selalu gaduh?"
Hariz Daniel tertawa, diikuti dua kawannya. Alif Najmi semakin kebingungan.
"Buat apa nak gaduh? Tak ada guna," kata Hariz Daniel berpesan.
"Tapi, diorang yang lain..." kata Yan melihat beberapa banduan saling bertumbuk.
Huru-hara jadinya. Itupun mereka berempat tidak mahu berbuat apa.
"Tapi, ada juga yang gaduh cara halus, macam sana tu," kata Karl menuding jari ke suatu sudut.
Alif Najmi memandang hujung telunjuk lelaki itu. Kelihatan beberapa banduan berkumpul melihat dua orang bertikam lidah dalam bentuk irama, rap battle.
"Menarik," kata Alif Najmi tersenyum.
"Apasal? Kau nak cuba ke?" kata Hariz Danial.
"Tak mengapalah. Aku masih kurang pasal tu lagi."
"Apapun, ada juga yang tak suka gaduh macam kita, macam dekat meja hujung sekali tu," kata Yan memuncungkan mulutnya ke arah suatu sudut.
"Diorang buat apa tu?" soal Alif Najmi melihat mereka yang berkumpul jauh dari keramaian.
"Kongsi masalah, macam rawatan psikologi. Kami selalu lepak sana."
"Hmm..."
"Eh, jomlah join sekali," ajak Hariz Danial.
"Jomlah. Tunggu apa lagi," kata Karl.
Maka, mereka berempat berjalan ke meja yang hujung sekali.
"Haa... mari duduk. Kitorang baru je nak mula," kata seorang banduan yang berusia itu.
Mereka yang baru tiba, mengambil tempat masing-masing.
"Baiklah, semua. Nama saya, Zam ataupun Loi," kata Zam memperkenalkan dirinya dengan lembutnya.
Loi Zamarul
Alias: None
Status: Gay?
Condition:
Health 100%
Lust 70%
Alif Najmi berpucat wajah sebaik membaca maklumat tentang lelaki itu. Wajahnya yang seperti ada masalah, menarik pandangan Zamarul.
"Ya, sayang. Ada apa-apa masalah yang boleh diceritakan?" kata Zamarul kepada Alif Najmi.
"Eh! Err... Tak ada apa-apa," kata Alif Najmi bengang sedikit.
"Okey, kalau macam tu... siapa nak mula bercerita dulu?" Zamarul memandang banduan yang bersama dengannya itu.
Karl mengangkat tangannya. "Saya."
"Ya, Karl. Silakan," kata Zamarul mempelawa Karl.
Karl bergerak ke depan khalayak. Dia berdiri menghadap mereka. Dengan nafas tenang, dia menceritakan jalan kisah hidupnya. Begitu dengan mereka yang lain.
***
Habis selesai waktu berehat, mereka kembali masuk ke dalam bilik masing-masing. Pintu ditutup secara manual.
"Jadi, kau dah faham kan jalan cerita diorang? Masing-masing ada jalan sendiri," kata Hariz Daniel berjalan mendekati katilnya.
Alif Najmi menggumam sinis. "Tch. Aku ingatkan aku seorang sahaja yang khianat kumpulan aku sendiri."
Hariz Daniel merebahkan badannya ke atas tilam keras itu. "Setiap manusia ada helah tersendiri. Syaitan bertopengkan senyuman malaikat bukannya boleh percaya, macam buah yang dah masak di luar tapi mentah di dalam."
Alif Najmi bersandar pada sel besi penjara itu. Dia melihat bilik-bilik penjara yang lain dari biliknya. Kelihatan seorang warden mendekati biliknya. Sepucuk surat dihulurkan oleh pengawal itu.
"Untuk Alif Najmi," kata warden itu.
Alif Najmi mengambil surat itu dengan tanda tanya. "Surat... dari siapa?"
"Bacalah sendiri." Warden itu beredar dari situ.
Sampul surat di tangan, segera dibuka. Alif Najmi mengeluarkan surat itu. Kelihatan tulisan indah berdakwat biru memudahkan lelaki itu membacanya. Dia melihat nama pengirim surat itu, Isma Fatieha.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro