Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9

Bahu Insyirah dirawat Fauzi. Alif Najmi menelefon Isma Fatieha tidak jauh dari mereka berdua.

"Okey. Pertama kali, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat keluar dengan awak malam ni," kata Alif Najmi.

"Ermm... Tak apalah. Awak kan sibuk. Saya okey je," balas Isma Fatieha dengan nada pasrah.

"Betul ni?"

"Ya, tak apa."

Alif Najmi tersenyum paksa. "Okey. Lain kali ya."

"Ya..."

Panggilan ditamatkan. Alif Najmi kembali mendekati mereka berdua.

"Kau okey?" soal Alif Najmi.

"Okey, cuma tak boleh tumpu sasaran tepat dengan keadaan macam ni," kata Insyirah.

"Bahu kanan kau kan okey lagi."

"Aku kidal la. Apapun, aku cuba guna tangan kanan nanti."

"Oh, okey."

Fauzi memandang Alif Najmi lalu mencelah perbualan. "Boleh aku pergi?"

"Boleh. Terima kasih," balas Alif Najmi kepada Fauzi.

Fauzi berlalu pergi. Hanya tinggal mereka berdua sahaja.

"Boleh kita pergi?" kata Alif Najmi, ramah.

"Boleh," balas Insyirah.

Mereka berjalan bersama di kompleks beli-belah KL Central.

"Kenapa kita kat sini? Baru teringat nak tanya," soal Insyirah memandang wajah dingin Alif Najmi.

"Sebab kat sini ada banyak kemudahan. LRT, MRT, RapidKL, Teksi, Grab, KTM dan semuanya ada kat sini. Suspek boleh bergerak ke semua arah. Cuma, satu je kebenaran," jawab Alif Najmi dengan matanya meliar ke semua tempat.

"Kalau kau jadi suspek, kau buat apa kat sini?"

Alif Najmi berfikir sejenak lalu memandang ke arah satu arah. "Aku makan ais krim."

"Ais krim?" Insyirah menjongketkan keningnya.

Tangan kanan Insyirah dipegang. Alif Najmi terus menarik Insyirah ke francais McDonald. Mereka memasuki ruang pesanan. Tidak ramai di situ walaupun waktu sudah malam.

"Kenapa kita kat sini?" Insyirah terpinga-pinga.

"Sebab aku selalu lepak sini. Kenapa?" balas Alif Najmi berwajah kosong.

"Oh, okey. Teruskan."

Alif Najmi berdiri menghadap kaunter di hadapannya. Seorang pengurus yang amat dikenalinya, sedia menerima pesanan dari pelanggan tetapnya.

"Selamat petang, Musang. Set biasa ke?" kata Saranisa, pengurus francais McDonald itu dengan mesra sekali.

Alif Najmi memetik jari dengan senyuman senget. "Seperti anda tahu."

"Bungkus atau..."

Tanpa disangka, hidangan disediakan dalam masa singkat oleh seorang pekerja francais tersebut, Nurliyana.

"Siap dah, awak. Makak sini kan? Harga macam biasa, RM11.05 tapi saya turunkan jadi 11 ringgit je," celah Nurliyana dengan senyuman.

Alif Najmi hanya mengukirkan senyuman sahaja. "Thanks, Liyana. Oh, ya. Buatkan ais krim Latte with Choco Chip dua kon."

"Okey. Nanti, saya bagi ya."

Saranisa menggulingkan matanya. "Sibuklah budak ni. Tak padan dengan pendek."

Nurliyana menjeling tajam ke arah Saranisa. "Saya tak pendeklah. Akak tu yang panjang!"

"Dah. Pergilah buat ais krim tu."

Nurliyana terus beredar dari situ dengan wajah masam. "Yela. Yela."

Alif Najmi tertawa kecil melihat telatah pengurus dan pekerja itu. Duit kertas merah dan biru diletakkan di atas kaunter. Hidangan atas dulang diambil. Alif Najmi memusing ke belakang lalu mendapati Insyirah tiada. Matanya meliar sekeliling lalu ternampak Insyirah duduk di satu sudut yang jauh dari kaunter. Langkah diatur menghampirinya. Dulang diletakkan di atas meja.

"Jauh termenung. Fikir apa tu? Minta maaf kalau buatkan kau tertunggu," kata Alif Najmi.

Insyirah memandang lelaki itu lalu mengukirkan senyuman paksa. "Eh, tak apa. Aku tengok korang rapat. So, aku tak nak ganggu."

Alif Najmi tersengih. "Kau cemburu ke?"

"Huh?! Cemburu? Mana ada?" Muka Insyirah mula naik merah.

"Yelah tu. Kau tunggu sekejap. Aku nak ambil ais..."

Squekk!! Terasa sesuatu yang sejuk dan beku melekit di belakang badan Alif Najmi.

Alif Najmi menoleh ke belakang lalu melihat Nurliyana memegang dua kon ais krim. Wajah Nurliyana kelihatan cuak dek perbuatannya menempek ais krim ke baju Alif Najmi secara tidak sengaja.

"Err... Sss... Sorry, awak," ucap Nurliyana takut.

"Eh, tak apa. Saya okey," kata Alif Najmi tersenyum paksa.

Tanpa disedari, seseorang mengelap belakang badan Alif Najmi yang melekit dengan ais krim. Alif Najmi menjeling ke tepi lalu melihat Insyirah mengesat ais krim di belakang badan.

"Tak apa. Saya lap untuk awak," kata Insyirah, ikhlas.

Alif Najmi berdiam lalu kembali memandang Nurliyana. Ais krim yang separuh cair diambil dari tangan gadis 19 tahun itu.

"Eh, tak apa ke?" kata Nurliyana terkejut dengan tindakan lelaki itu. "Saya boleh buat yang lain."

"Tak apa. Nah." Duit sebanyak 7 ringgit diletakkan ke dalam poket baju Nurliyana.

Nurliyana terasa malu sedikit dengan tindakan tanpa sengaja tadi. "Okey, saya pergi dulu eh."

"Yana, mana kau?" jerit Saranisa, geram.

Nurliyana mengeluh geram. Dia terus beredar dari situ lalu berloghat Kedah. "Aku nak mai la ni!"

Alif Najmi menoleh ke arah Insyirah pula. "Dah habis lap ke?"

"Dah," balas Insyirah, lembut.

Alif Najmi melabuhkan punggung menghadap Insyirah. Kelihatan wanita itu termenungkan sesuatu. Satu kon ais krim dihulurkan di depan Insyirah.

"Fikir apa tu? Jauh sangat termenung tu," tegur Alif Najmi sambil membuka bungkusan McFurry Chicken.

Insyirah memandang wajah Alif Najmi dengan pandangan kosong. Dia mengambil ais krim di depannya. "Untunglah ada orang suka kat kau."

Alif Najmi tertawa kecil. "Nampak sangat kau cemburu."

"Mana adalah! Apapun, balik ke kes kita."

"Okey. Bagi pandangan akulah, kediaman suspek tak jauh dari sini."

"Sini? Tengah bandar ni?"

"Tak, bukan sini. Kalau dia tinggal kat sini, dia mesti ada kenderaan sendiri. Jadi, kemungkinan besar dia orang kampung. Ngam!" Alif Najmi menikmati hidangannya.

"Orang kampung?"

"Ya, sebab dia banyak gunakan kenderaan awam berbanding kenderaan sendiri. Kau tahu tak kampung-kampung kat KL ni?"

"Aku tak tahulah sebab aku tinggal kat rumah teres di Ampang."

"Oh..."

Insyirah menghabiskan ais krim latte. "Hmm... Sedap juga."

Air karbonat milik Alif Najmi dihirup Insyirah. Kentang goreng turut diambilnya.

"Kau tahu tak setiap laluan LRT, MRT, RapidKL dan monorel?" tanya Alif Najmi sambil habiskan hidangan.

"Err... Aku tak guna kenderaan awan. Aku banyak meronda dengan kereta peronda," jawab Insyirah sedikit malu.

"Tak apa. Aku tanya je."

Hidangan dihabiskan lalu dibiarkan di atas meja. Saranisa muncul mengambil sisa makanan dan sampah di atas meja makan. Alif Najmi terpandang Saranisa. Mereka berbalas senyuman, membuatkan Insyirah bertambah cemburu. Entah mengapa dia boleh rasai perasaan itu.

"Lepas ni, awak nak ke mana?" soal Saranisa tersenyum.

"Tak ke mana. Cuma, nak selesaikan kes," jawab Alif Najmi.

Kening Saranisa menjadi senget. "Kes? Kes apa?"

"Kes pembunuhanlah. Ada orang psiko bunuh kawan saya dengan sudu. Jadi, saya nak siasat kes ni."

"Bunuh dengan sudu? Saya tak tahu nak gelak atau takut sekarang ni sebab tak logik tau."

Alif Najmi kembali berfikir. Ada benar juga kata-kata Saranisa. Tidak masuk akal kalau bunuh manusia dengan sudu.

"Tapi, saya pernah ada pelanggan ni. Dia makan Burger Korea dengan sudu perak je. Yang pasti bukan sudu plastik atau sudu milik francais ni," kata Saranisa, jujur.

"Betul tu. Aku pun perasan semasa lap meja. Dia makan Nasi Ayam McCurry dengan sudu perak juga," celah Nurliyana mengakuri pernyataan Saranisa.

Alif Najmi mula bereaksi serius. "Siapa?"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro