Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8

Tren berlalu dengan laju di depan Alif Najmi. Jam sekarang menunjukkan pukul 6.30 petang. Sebatang rokok diletakkan di bibir biarkan terdapat papan tanda 'Dilarang Merokok' di sebelah.

"Awak ada 500 ringgit ke nak bayar saman kerana merokok?" kata Insyirah merampas batang rokok dari mulut Alif Najmi.

Alif Najmi melihat Insyirah beruniform pegawai polis itu. Dia mengeluh kecil. "Yalah awaknya."

"Saya tak suka laki merokok."

Lelaki itu terdiam seketika. Sekotak rokok dikeluarkan dari poket seluarnya lalu dibuang ke dalam tong sampah di sebelah.

"Bagus," ucap Insyirah.

Alif Najmi memasukkan tangan ke dalam poket jaketnya.

"Oh, ya. Saya lupa nak tanya. Siapa nama awak?" kata Insyirah tertanya-tanya.

"Farid," balas Alif Najmi, dingin.

Pakk!! Satu tamparan terhadap diri sendiri membuatkan Insyirah kehairanan.

"Sorry! Saya Musang," kata Alif Najmi tersengih.

Pakk!! Sekali lagi Alif Najmi menampar pipi sendiri.

"Saya Farid, okey." Alif Najmi kembali dingin.

"Err... Awak okey tak ni?" kata Insyirah kerisauan.

"Saya okeylah."

Lalu Alif Najmi terus menerus menampar pipi sendiri.

=Split Personality Mode=

Farid dan Musang saling menampar diri sendiri. Mereka bertiga yang lain hanya melihat mereka bergaduh.

"Kau ni apasal, Musang?" kata Farid dingin.

"Aku pun nak kenal dia," balas Musang, geram.

"Kenapa? Sebab dia cantik?"

"Habis tu, apa lagi?"

Mereka terus dan terus menampar sesama sendiri.

"Haih, cinta itu buta," kata Najmi mengeluh.

"Tak apa. Biar saya handle benda ni," kata Alif, malu.

Farid dan Musang terus berhenti bergaduh, memandang Alif. "Eh?"

=End Split Personality=

Alif Najmi berhenti menampar diri sendiri. Dia memandang wajah Insyirah.

"Ermm..." Alif Najmi terasa malu sedikit.

"Awak okey tak ni?" kata Insyirah mahu kepastian.

"Saya okey. Cuma,... split tadi. Maaf ya kalau buatkan puan jadi tak senang tadi."

"Oh! Split ke? Tak apa. Apapun, jangan formal sangat. Panggil je Insyirah macam biasa. Saya tak kisah."

"Betul ke?" Alif Najmi kembali tersenyum, barangkali dihasut Musang.

"Ya, betul. Panggil je Insyirah."

Alif Najmi terus mendekati pegawai polis itu. "Jadi, Insyi tak kisahlah saya sentuh badan awak."

Dbokk!!! Tumbukan padu menghinggap ke pipi Alif Najmi.

"Jangan nak menggatal! Kau tak kenal aku lagi!" marah Insyirah geram.

"Yela. Yela. Aduh," kata Alif Najmi mengusap pipinya yang sakit.

Insyirah ketawa kecil melihat karenah Alif Najmi yang pelbagai ragam. "Awak ni kelakarlah."

Alif Najmi memandang Insyirah dengan wajah masamnya. "Sakit tau."

"Alalalalalaaa... Sakit ke?" kata Insyirah manja lalu mencubit pipi Alif Najmi.

"Sakit!"

Insyirah mengeluh, kembali serius. "Dah. Kalau terus layan, sampai bila kes ni nak siap?"

"Yela. Yela."

"Kita sebenarnya nak ke mana?"

"Ke tempat yang kemungkinan suspek berada."

"Kat mana?"

Alif Najmi berfikir sejenak.

~Throwback~

"Okey... Okey... Kau takkan jumpa hantu sudu tu," kata lelaki itu, lemah.

Alif Najmi membakar muka lelaki itu.

"So, what?" balas Alif Najmi tanpa perasaan.

"Sebab dia hantu. Kau carilah kat manapun. Kau tetap takkan jumpa dia sebab dia hantu," terang lelaki itu.

~End Throwback~

"Sebab dia hantu ya," kata Alif Najmi berfikir.

Tren LRT singgah di stesen itu. Pintu dibuka. Dua penyiasat itu masih di luar tren. Insyirah memandang Alif Najmi.

"Aku rasa tempat tu. Ikut aku," kata Alif Najmi melangkah masuk ke dalam tren, diekori pegawai polis.

Tanpa disangka, tiga orang bertopeng berlari masuk ke dalam tren itu sebelum pintu ditutup. Mereka kepenatan. Tren kembali bergerak ke stesen berikutnya. Tiga orang tadi menanggalkan topeng masing-masing, terdiri dua lelaki dan seorang perempuan. Salah seorang dari lelaki itu melihat Insyirah, pegawai polis. Insyirah turut memandang mereka. Mereka membalas senyuman. Alif Najmi sedar sesuatu. Lelaki yang memandang Insyirah tadi mengeluarkan pistolnya lantas mengacunya ke arah Insyirah. Mujurlah Alif Najmi sempat menepis tangan lelaki.

Bang! Tembakan spontan dilepaskan.

"Argh!" raung Insyirah menerima tembakan pada bahu kiri.

Alif Najmi bergelut dengan lelaki bersenjata itu lantas menjatuhkannya. Pistol cuba dijauhkan. Dengan tenaga kuat, Alif Najmi menarik hujung pistol ke dagu lelaki itu lantas melepaskan tembakan. Seorang perompak mati ditembak. Alif Najmi berdiri semula lalu diserang tiba-tiba dengan dua bilah pisau. Dia mengelak setiap serangan tanpa gerakkan bahu.

"Guna pisau nampak," kata Alif Najmi, sinis.

Tangan lawan berjaya ditepis. Mereka tiba-tiba berhenti berlawan. Alif Najmi memandang tajam ke arah lawan di depannya. Seorang wanita berdiri di belakang Alif Najmi sambil mengacu pistol ke kepalanya. Alif Najmi mengeluh kecil.

"Ah, shit. Here we go again," keluh Alif Najmi terikut kata Carl Johnson dalam permainan video Grand Theft Auto: San Andreas.

Pantas, Alif Najmi menangkap tangan penjenayah wanita itu lalu bergelut dengan pistol. Dia mengacu pistol ke arah lelaki di depannya.

Bang! Bang! Bang! Beberapa tembakan dilepaskan ke arah badan penjenayah lelaki itu.

Seorang lagi sasaran mati. Alif Najmi terus menyerang wanita di belakangnya lantas mengeluarkan pistolnya dari pinggang. Pistol diacu ke kepala wanita itu. Pada masa yang sama, wanita itu mengacu pistolnya ke arah Alif Najmi. Lebih mengasyikkan bidikannya ke arah kemaluan Alif Najmi. Alif Najmi hilang kata.

"Amboi, awak... Kita nak tembak kepala awak. Awak nak tembak telur kita dah kenapa?" kata Alif Najmi sempat mengkritik.

Wanita itu menarik picu pistolnya. Sayangnya, pistolnya tidak mengeluarkan peluru.

"Tak guna!" maki wanita itu.

Alif Najmi ketawa kuat lalu menarik picu pistolnya. Namun, tiada peluru juga dilepaskan.

"Shit!" carut Alif Najmi mengeluh.

Lantas, mereka beradu kekuatan, berlawan satu lawan satu. Tren sudah berhenti di stesen berikutnya. Wanita itu cuba melarikan diri tetapi sempat ditarik Alif Najmi.

"Awak jangan nak lari ya," kata Alif Najmi tersengih.

Penjenayah wanita itu ditumbuk bertalu-talu. Langkah Muay Thai yang dibuat Alif Najmi jelas mematahkan tulang rusuk wanita itu.

"Ah!" raung wanita itu kesakitan.

Satu tendangan kuat membuatkan wanita itu terpelanting dalam keadaan berpusing. Tubuh wanita itu terhempas ke lantai, tertiarap. Dalam keadaan tidak bermaya, wanita itu mencelikkan matanya lalu melihat pintu tren hendak ditutup lalu lehernya dipotong oleh pintu tren LRT. Darah pekat jelas terpancut keluar dari leher mayat itu. Orang ramai yang melihat, hanya tergamam. Ada yang menjerit. Ada juga yang pengsan. Alif Najmi pula tersenyum dan masih mampu ketawa melihat mayat tanpa kepala itu.

"Alif win! Flawless victory! Fatality!" ucap Alif Najmi, psiko dengan ayat dari permainan video Mortal Kombat.

Tawa gila bergema di dalam koc tren LRT.

"Alif? Farid? Musang?" panggil Insyirah, dingin.

Alif Najmi memandang pegawai polis itu dengan wajah dingin sedikit. "Ya. Kau okey tak?"

Insyirah melabuhkan punggung di atas kerusi sambil menahan kesakitan pada bahunya. "Kau rasa?"

Alif Najmi menghampiri wanita itu sambil melangkah mayat penjenayah. Dia duduk di sisi wanita itu lalu melihat bahu yang parah ditembak itu. Dia segera menghubungi Fauzi.

"Helo, Fauzi. Minta tolong."

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro