Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6

Kedai makan disinggahi. Firsha dan Fazz menikmati cendol yang dibelanja Alif Najmi. Mereka berasa teruja apatah lagi Firsha.

"Wah, sedapnya!" ucap Firsha tersenyum.

Alif Najmi melihat Firsha habiskan hidangan.

"Terima kasih, Farid! Esok, belanja lagi eh?" kata Firsha tersengih.

"Ya, bila-bila masa yang awak nak," balas Alif Najmi, mesra.

Alif Najmi bangun dari tempat duduk. "Okey, saya gerak dulu. Ada kerja sikit."

"Baik. Jaga diri," balas Firsha, ceria.

Dari jauh, Az dan Harris memerhatikan mereka dari dalam kereta. Az meneropong mereka dari kusyen pemandu.

"Tengah hari tadi, keluar dengan bos. Petang ni pula, keluar dengan dua minah tu. Malam nanti dengan siapa pula?" monolog Az.

"Tak apa. Kita ikut je. Lagipun, aku dah tangkap gambar tadi," kata Harris memegang telefon OPPO miliknya.

Az memandang Harris dengan senyuman jahatnya. "Bagus."

Alif Najmi bergerak dari situ dengan motosikalnya. Az memandu kereta Proton Saga miliknya, mengekori Alif Najmi.

⭐⭐⭐

Bilik rawatan psikologi dimasuki Alif Najmi. Fauzi melihat pesakitnya tiba.

"Oh, Alif. Duduklah dulu," pinta Fauzi masih sibuj menguruskan rak berisi ubat.

Alif Najmi melabuhkan punggung di atas kusyen empuk. Fauzi menutup laci rak lalu memdekati Alif Najmi.

"Sebenarnya, aku nak tunjukkan sesuatu dekat kau," kata Fauzi memperbetulkan cermin matanya.

"Benda apa?" soal Alif Najmi kehairanan.

Fauzi berjalan keluar dari bilik rawatan psikologi. "Ikut aku."

Alif Najmi mengeluh kecil lalu mengekori Fauzi. Mereka berjalan ke tempat yang ditetapkan Fauzi.

"Kau nak tunjukkan apa?" soal Alif Najmi inginkan jawapan.

"Adalah. Benda ni ada kaitan dengan kes Sarah," balas Fauzi biarkan rahsia.

Alif Najmi tiba-tiba ambil serius. "Apa dia?"

Fauzi memasuki bilik pengawasan, diikuti Alif Najmi. Mereka melihat pengawal keselamatan mengawasi kamera litar tertutup itu. Insyirah turut berada di situ.

"Saya dah bawa saksi," kata Fauzi kepada dua orang itu.

Insyirah memandang Alif Najmi lalu berkata, "Haa... Boleh tak kamu tengok rakaman CCTV ni?"

Alif Najmi mendekati pegawai beruniform pegawai polis itu. "Mana Fatin?"

"Dia ada kes lain. Saya pula kena ambil alih."

"Oh, okey."

"Jadi, boleh tolong tak?"

"Boleh. Bagi saya masa sikit."

"Okey." Insyirah memandang pengawal itu. "Boleh rewind balik rakaman tadi?"

Rakaman diputar semula. Alif Najmi memerhati kamera litar tertutup itu, menonton rakaman yang tertumpu pada bilik rawatan psikologi. Seorang manusia bertopi hitam datang membunuh Siti Sarah. Rakaman itu membuatkan Alif Najmi hilang waras sedikit. Dia memerhatikan gerak-geri pembunuh itu dalam rakaman. Pembunuh itu berlanggar dengannya di satu selekoh.

"Berhenti sekejap," pinta Alif Najmi berfikir.

Rakaman dihentikan seketika. Alif Najmi melihat pelanggaran tanpa diduga itu.

"Kenapa?" soal Insyirah, hairan.

Alif Najmi menunding jari ke arah rakaman yang memaparkan tempat dia bertembung dengan pembunuh misteri itu. "Saya bertembung dengan pembunuh kat sini."

Mereka yang lain melihat rakaman yang terhenti itu.

"Tapi, saya tak nampak muka dia. Tak tahu pula dia pembunuh tu," kata Alif Najmi kecewa.

Bahu Alif Najmi dipegang. Alif Najmi memandang pegawai polis wanita itu.

"Tak apa. Kita cari sama-sama," kata Insyirah memberi semangat.

Alif Najmi mengangguk kecil dengan senyuman tawar. Dia kembali memandang rakaman CCTV. "Okey, kita sambung."

Rakaman yang terhenti, dimainkan semula. Pembunuh yang terlanggar Alif Najmi tadi, bergerak ke tangga kecemasan. Alif Najmi mencari rakaman lain lalu mendapati tiada rakaman menunjukkan pembunuh itu.

"Ada tak rakaman kat tangga kecemasan?" soal Alif Najmi kepada pengawal.

"Tak ada," jawab pengawal keselamatan.

Alif Najmi berfikir seketika.

Pandai juga dia ni. Kalau aku jadi dia, memang aku guna tangga kecemasan. Tapi, lepas tu, dia pergi mana? Desis hati Alif Najmi.

"Encik," panggil Insyirah.

Alif Najmi memandang Insyirah. "Ya?"

"Boleh bagitau tak ciri-ciri pembunuh tu? Encik kan pernah bertembung?" Insyirah mengeluarkan nota dari poket baju.

Alif Najmi berdiri menghadap wanita itu. "Boleh. Dia perempuan. Rambut dia lebih kurang merah hitam, sampai paras dada... dan dia bertopi hitam. Itu je yang saya boleh terangkan."

Insyirah menulis isi penting yang disuarakan Alif Najmi tadi. Dia kembali memandang lelaki itu. "Okey. Terima kasih bagi kerjasama. Awak boleh pergi."

Alif Najmi berjalan keluar dari bilik pengawasan. Fauzi yang menunggunya, melangkah keluar bersama Alif Najmi.

"Jadi, kau tahu apa tadi?" soal Fauzi mengiringi Alif Najmi.

Alif Najmi berdiam sahaja lalu terhenti melangkah. Fauzi turut berhenti melangkah.

"Kenapa berhenti?" soal Fauzi kehairanan.

"Tempat ni... aku jumpa pembunuh tu," kata Alif Najmi melihat lokasi pertembungannya dengan pembunuh Siti Sarah.

"Begitu... Jadi, apa kau dapat?"

Alif Najmi melihat sekeliling lalu menemui tangga kecemasan. Dia melangkah masuk ke kawasan tangga. Dia menuruni tangga, diekori Fauzi.

"Kau nak pergi mana?" soal Fauzi kehairanan.

"Ikut jejak pembunuh tu," jawab Alif Najmi.

Tiba sahaja di tingkat bawah, Alif Najmi berhenti melangkah lalu melihat sekeliling. Tiada keramaian di situ dan tiada kamera litar tertutup di situ. Lelaki itu memandang ke bawah tangga. Gelap di situ.

"Rasanya, pembunuh mungkin dah tukar pakaian sebelum beredar dari sini," kata Alif Najmi berpendapat.

"Kenapa pula dia nak tukar pakaian?" soal Fauzi kehairanan lagi.

"Sebab... dalam rakaman CCTV tadi, aku tak nampak pun dia kat lobi utama. Kita tak tahu dari mana dia muncul. Jadi, sebelum dia lakukan pembunuhan, suspek akan bertindak seperti orang biasa. Disebabkan dia perempuan, dia kemungkinan bertudung atau sebaliknya. Gayanya seperti orang tak bersalah. Semasa pembunuhan tu, dia tukar pakaian untuk menyamar sebagai orang lain. Selepas kejadian tu, dia tukar pakaian macam biasa di sini," terang Alif Najmi menganalisis.

"Jadi, dia tau selok-belok hospital ni? Kalau macam tu, suspek mesti staf hospital ni."

"Tak semestinya dia staf hospital ni. Dia kemungkinan besar orang luar. Kalau dia orang dalam, dia mesti kena berhati-hati dengan staf yang lain. Takut dipanggil buat kerja atau seupama."

Fauzi mengangguk faham.

"Jadi,... suspek beredar dari sini seperti biasa. Kita dah tak boleh buat apa dari sini. Hanya bergantung pada aku je sebab muka suspek tu aku kena ingat balik," tambah Alif Najmi.

"Okey. Semoga berjaya," ucap Fauzi menyokong.

"Terima kasih."

"Kau sibuk tak malam ni?"

"Sibuk jugalah. Kenapa?"

"Tak ada apa. Cuma, nak ajak kau keluar."

"Oh, tak apa. Kau join dengan aku jumpa orang sekali malam ni."

Fauzi menjongketkan keningnya. "Siapa?"

⭐⭐⭐

Malam itu, Fauzi hanya menadah telinga sambil menikmati jus oren. Muzik bingit jelas mengkhayalkan penghuni kelab malam itu. Alif Najmi berbual tentang kes kematian dengan Insyirah.

"Kau okey tak nak buat kerja ni?" kata Insyirah duduk menghadap Alif Najmi.

=Split Personality Mode=

Alif hanya mampu berdiam. Begitu juga dengan Najmi.

"Aku boleh je handle benda ni. Korang okey tak?" kata Farid, dingin.

"Ah, biar aku handle kes ni! Aku nak bunuh pembunuh Sarah tu! Berani dia bunuh orang baik macam dia! Musang, kau on tak?" marah Hoshiko.

Musang tersenyum lalu ketawa jahat.

=End Split Personality=

"Musang on je," balas Alif Najmi tersenyum sinis.

Fauzi melihat personaliti Alif Najmi berubah.

"Kalau macam tu,..." Insyirah mengeluarkan sesuatu dari pinggangnya.

Sepucuk pistol diletakkan ke atas meja lalu dihulurkan. Alif Najmi hilang kata. Fauzi yang menghirup jus oren, hanya memerhati.

"...kau ambil ni," pinta Insyirah.

Alif Najmi mengambil pistol Glock itu. Pertama kali dia memegang senjata api sebenar. Pistol diselit di pinggang. Wajah Alif Najmi kelihatan dingin ketika memegang senjata itu.

"Kenapa kau bagi tu kat dia?" kata Fauzi kehairanan.

Insyirah memandang Fauzi. "Sebab... benda ni libatkan nyawa dia."

"Benda apa? Buat apa?"

Alif Najmi memandang Fauzi di sebelahnya. "Esok, kau tahulah."

"Okeylah. Boleh kita gerak sekarang?" celah Insyirah bangun dari tempar duduk.

"Boleh juga," balas Alif Najmi memandang Insyirah, tersenyum.

Maka, mereka bertiga pun berjalan keluar dari kelab malam itu bersama. Tanpa disedari, dua lelaki memerhatikan mereka.

"Amboi, sakan nampak musang ni!" kata Harris berwajah kosong.

Kachak! Gambar sempat diambil Az dengan telefon Huawei.

"Nampaknya, dia bukan calang-calang musang kali ni," kata Az melihat mereka dari dalam kereta.

Alif Najmi menaiki kereta Proton Preve milik Insyirah, menumpang di sebelah wanita itu. Fauzi duduk di belakang manakala Insyirah duduk di kusyen pemandu. Mereka terus beredar dari situ tanpa menyedari diekori oleh Az dan Harris.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro