BAB 5
Hari pertama bekerja kelihatan dingin sekali. Alif Najmi tidak bersuara seperti sebelum ini. Az muncul sambil membaca surat khabar Harian Metro. Dia melabuhkan punggung di tempatnya.
"Mangsa dibunuh dengan sudu? Lawak apa ni?" kata Az tersenyum kecil.
Alif Najmi yang sibuk menaip kekunci komputer riba, menjeling seketika ke arah Az. Perasaan syak wasangka mula terbenam ke hatinya. Az merasai suatu aura yang tidak menyenangkan lalu memandang Alif Najmi. Seekor musang merenung tajam ke arahnya.
"Er... Jangan makan aku!" kata Az ketakutan.
Mereka yang lain melihat Az cuak. Mereka kehairanan.
"Dah kenapa kau ni?" kata Harris menjongket keningnya.
Az menunding jari ke arah Alif Najmi dengan tangannya menggeletar. "Dia... nak makan aku!"
Harris dan Firsha memandang sekilas ke arah Alif Najmi lalu kembali memandang Az. Fazz hanya berdiam membuat kerja sambil mendengar lagu K-pop. Harris terus menampar pipi kawannya itu.
"Kau ni dah kenapa?" kata Harris kebingungan.
Az menjadi bengang seketika. Dia melihat Alif Najmi bekerja seperti biasa. Dia mula kebingungan.
"Farid, bos panggil," pinta Maizatul berdiri di muka pintu pejabat bahagian Thriller.
Alif Najmi memandang Maizatul tanpa senyuman. "Ya, aku datang."
Lalu, Alif Najmi bangun dari tempat duduknya. "Minta diri dulu ya."
Mereka berempat melihat Alif Najmi beredar keluar dari pejabat. Firsha mula mengesyak sesuatu lalu memandang Az.
"Kau ada buat apa-apa ke dekat Farid?" kata Firsha mengesyak.
"Mana adalah," balas Az, sungguh.
Sementara itu, Alif Najmi memasuki pejabat Isma Fatieha. Dia mengambil tempat duduk. Isma Fatieha memandang lelaki itu dengan rupa paras dingin.
"Ya, Isma. Ada apa..." kata Alif Najmi belum habis bicara.
"Apa dia? Isma? Saya Cik Queen, okey! Dan saya ni bos kau. Jangan pandai-pandai sebut nama saya tu," kata Isma Fatieha berubah sifat.
Alif Najmi berwajah kosong melihat perwatakan Isma Fatieha. Dalam kawalan personaliti Farid, Alif Najmi berwajah dingin.
"Apa yang bos nak sampai panggil saya ni?" kata Alif Najmi, selamba.
Isma Fatieha menjeling tajam ke mata Alif Najmi. "Hei, jaga sikit mulut tu."
"Saya dah lama jaga mulut saya. Cuma tunggu masa nak jaga hati awak."
"Euww... Pickupline tak sampai. Pigidah"
"Memanglah tak sampai sebab ada roadblock. Saya terpaksa tangkap hati awak sebab awak disyaki mencuri hati saya," kata Alif Najmi dengan rupa paras dingin.
Isma Fatieha bangun lalu menghentam mejanya. Tali leher yang dipakai Alif Najmi terus ditarik sampai lelaki itu berdiri. Wajah mereka hampir bersentuhan.
"Kau jangan cabar aku!" kata Isma Fatieha, geram.
"Cabar? Huh!? Saya suka cabaran," balas Alif Najmi tersenyum sinis.
"Baru masuk sehari, dah tunjuk kepala eh."
Alif Najmi tersenyum sahaja. "Apa awak nak buat sekarang? Nak buang saya? Teruskan. Sekurang-kurangnya, saya boleh siasat sepenuhnya kes kematian kawan saya tu. Tambahan lagi, bolehlah saya cari pembunuh yang cuma guna sudu tu."
Kemarahan Isma Fatieha semakin reda sebaik mendengar kata-kata dingin itu. Tali leher yang digenggamnya terus dilepaskan. Mereka memandang sesama sendiri.
"Oh! Jadi, kawan awak la yang doktor tu. Isma tumpang simpati," kata Isma Fatieha menunduk malu.
Alif Najmi memandang wajah Isma Fatieha yang sayu itu.
=Split Personality Mode=
"Tadi, nama Cikqueen. Sekarang, tukar nama Isma pula?" kata Musang, pelik.
"Farid, biar aku ambil alih," pinta Najmi.
=End Split Personality=
Wajah Alif Najmi bertukar muram. "Isma..."
Isma Fatieha memandang Alif Najmi dengan wajah murung. Alif Najmi terasa ragu-ragu lalu melihat jam dinding di dalam pejabat itu. Sudah waktu tengah hari. Dia kembali memandang wanita itu.
"Sekarang, dah waktu rehat. Jom makan sekali," kata Alif Najmi mengajak.
"Boleh juga," kata Isma Fatieha.
⭐⭐⭐
Di restoran berdekatan, Alif Najmi dan Isma Fatieha makan tengah hari bersama. Mereka berdiam sahaja, tidak tahu hendak berbual apa.
"Err... awak.... Maksud saya, bos ada split juga ke?" kata Alif Najmi ingin tahu, memulakan perbualan.
Isma Fatieha memandang Alif Najmi seketika lalu mengangguk kecil. "Najmi pun macam Isma juga ke?"
Alif Najmi terdiam seketika.
=Split Personality Mode=
Semua orang terkejut.
"Najmi?" kata mereka berempat takjub.
Memang jarang orang panggil Najmi. Selalunya Alif, Farid dan Musang sering disebut orang ramai. Kalau panggil Najmi pun, hanya Iskandar sahaja yang panggil dia sebegitu.
"Najmi, kau pergilah," kata Farid, tenang.
Najmi mencari keyakinan untuk bersuara.
=End Split Personality=
"Err... Ya, lebih kurang," kata Alif Najmi, ragu-ragu.
"Jadi,... Isma taklah jadi gila seorang diri lagi," kata Isma Fatieha tersenyum.
Alif Najmi membalas senyuman. "Ya, sebab Isma ada Najmi sekarang. Mesti awak pandang pelik, kan? Sebab saya ni psikopat."
"Bagi saya, awak ni taklah pelik sangat," kata Isma Fatieha menjadi segan.
=Split Personality Mode=
"Wah, sweetnya kau, Isma!" puji Nad Kenny, personaliti yang terpengaruh K-drama dan K-pop.
"Huh, sweet la sangat," kata Cik Queen yang dingin dan ego.
"Dah. Dah la tu. Kau ni janganlah dengki sangat," kata Miss Teha kepada Cik Queen dengan bicara santun.
Satu lagi personaliti menyepi di satu sudut.
=End Split Personality=
"Eh, mana adalah," kata Alif Najmi tersengih.
"Awak... dah kahwin ke?" soal Isma Fatieha, malu.
Alif Najmi terdiam seketika. "Ermm... Belum."
Senyuman terukir di bibir Isma Fatieha sebaik mendengar jawapan itu.
"Kenapa tiba-tiba tanya? Awak dah kahwin ke belum?" kata Alif Najmi kehairanan.
"Saya baru 19 la, awak. Awal lagi nak fikir pasal tu," balas Isma Fatieha, segan malu.
Alif Najmi tertawa kecil. "Manalah tahu kan. Dia tanya tu ada makna la tu."
"Eleh... sibuk je. Apapun, saya sebenarnya tumpang simpati dekat kawan awak tu."
"Eh, tak apa. Lagipun, benda tu dah lepas."
"Ermm... awak free tak malam ni? Kalau awak free, bolehlah kita keluar sekali," kata Isma Fatieha, malu.
Alif Najmi kelihatan ragu-ragu. "Err... Saya hargai ajakan tu... tapi terpaksa tolak... sebab ada kerja lain."
"Eh! Awak... kerja apa malam-malam? Part time ke?" soal Isma Fatieha, ingin tahu.
"Lebih kuranglah."
"Okey." Isma Fatieha, pasrah lalu melepaskan keluhan.
Alif Najmi melihat reaksi gadis itu. "Kalau esok boleh tak?"
Isma Fatieha memandang wajah lelaki itu dengan harapan. "Boleh."
Hidangan sudah habis dimakan. Alif Najmi terlebih dahulu untuk bangun, diikuti Isma Fatieha. Mereka beredar dari situ bersama. Tanpa disedari, Az dan Harris mengintai mereka dari tadi. Sempat lagi Harris menangkap gambar mereka berdua.
"Dah. Jom balik office," kata Harris memandang Az.
Segera, dua lelaki itu beredar dari situ.
⭐⭐⭐
Alif Najmi kembali bekerja seperti biasa. Anak buahnya sudah berada di situ sambil membuat kerja mereka. Az dan Harris merenung tajam ke mata Alif Najmi lalu mereka saling memandang. Az mencetuskan sedikit kontroversi.
"Dengar cerita esok ada orang nak date dengan bos," kata Az memulakan perbualan hangat.
Firsha memandang Az manakala Fazz hanya menjeling, tertarik sedikit.
"Siapa?" soal Firsha.
Az memuncungkan mulutnya ke arah Alif Najmi yang sibuk bekerja. Firsha memandang Alif Najmi lalu kembali memandang Az.
"Alaa... Biarlah. Dia kan baru lagi dalam syarikat ni? Biarlah dia keluar dengan bos. Salah ke?" kata Firsha, tenang.
"Eleh... Tadi, dia dah makan sekali dengan bos waktu rehat," kata Az, sinis.
Harris menunjukkan gambar yang ditangkapnya tadi. Dua gadis itu melihat gambar pasangan menikmati makan tengah hari bersama.
"Wah, sweetnya diorang! Secocoklah! Jap, dah dapat idea ni," kata Firsha memuji lalu kembali memandang komputer ribanya, kembali menulis novel.
Az dan Harris kehairanan. Selalunya Firsha akan marah jikalau mana-mana lelaki keluar bersama Isma Fatieha.
"Kau... tak marah?" kata Az kehairanan.
"Buat apa nak marah kalau dah terjodoh kat situ," kata Firsha selamba.
Alif Najmi yang berdiam dari tadi, mula ketawa. Az dan Harris memandang ketua mereka, hilang kata.
"Tak perlu nak susah-payah stalk kitorang sebab Firsha dan Fazz selalu stalk kitorang. Mula-mula tu memanglah Firsha marah saya dulu. Lepas tu, saya bagilah beberapa idea untul novel dia menerusi WhatsApp... sebab saya dah baca karya korang setakat ni. Jadi, tak perlulah nak berdengki sangat. Setakat kelas 5E, kelas 5A kami mampu kalahkan... ibarat seekor tikus berjaya tundukkan seekor singa," kata Alif Najmi dengan nada sinis.
Sempat lagi ungkit cerita lama, desis hati Az dan Harris.
"Yeay, dah siap bab 46! Terima kasih, Farid," sorak Firsha teruja.
"Ya, sama-sama," balas Alif Najmi tersenyum.
"Kalau macam ni gayanya, Farid keluarlah dengan bos sesuka hati awak... asalkan idea tu ada."
"Boleh. Saya belanja awak cendol lepas kerja nanti."
"Bagusnya!"
Az dan Harris terpaksa mengalah untuk kali ini. Mungkin hari lain mereka akan menang juga. Mereka pasti.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro