BAB 33
Fatin Shahira memasuki pejabatnya. Dia melihat Insyirah tiada di tempatnya, malah melihat komputer di tempat Insyirah terbuka dari semalam. Dia memandang sekeliling.
"Pelik. Insyirah mana pula ni? Takkan keluar tak tutup komputer sendiri? Ke dia pergi tandas," kata Fatin Shahira kehairanan.
Detektif itu mendekati meja kerja Insyirah lalu melihat suatu koordinat yang terpapar pada skrin monitor.
"Rasanya,... dia pergi tempat ni."
⭐⭐⭐
Alif Najmi menjadi buntu. "Aku tak nak bunuh dialah!"
"Kalau macam tu, biar saya tolong," kata Isma Fatieha.
Tubuh Alif Najmi didakap erat dari belakang. Tangan dipegang lalu diangkat. Sudu perak diacu ke arah Insyirah. Perlahan-lahan langkah diatur ke depan secara paksa. Isma Fatieha mengawal pergerakan lelaki itu.
"Tak nak! Aku tak nak!" desak Alif Najmi, lemah.
Senjata merbahaya itu semakin dekat, menghampiri leher Insyirah.
"Aku kata, aku tak naklah!" kata Alif Najmi, tegas.
Lantas, Alif Najmi membuat side kick ke perut Isma Fatieha. Wanita psiko itu berundur sambil menyentuh perutnya yang ditendang tadi. Dia memandang Alif Najmi. Lelaki itu memotong ikatan pada tangan, kaki dan tubuh Insyirah.
"Insyi okey, tak?" kata Alif Najmi, resah.
Insyirah mengangguk lemah. "Okey."
Mereka berdua memandang Isma Fatieha. Kelihatan gadis itu menggenggam sudu perak. Bahu Alif Najmi ditepuk. Insyirah melangkah ke depan, menghadap musuhnya.
"Kau rehatlah. Biar aku lawan dia," kata Insyirah, rela hati.
Alif Najmi terdiam seketika. "Insyi..."
Insyirah melangkah ke depan semula. Ves dan uniform ditanggalkan, menampakkan susuk tubuh tegap pegawai polis itu. Pisau dapur dari pinggangnya dikeluarkan.
"Marilah," kata Insyirah bersedia.
Isma Fatieha tersenyum sinis. Dia mencela Insyirah untuk menyerangnya. Insyirah berlari ke arah Isma Fatieha. Alif Najmi hanya menyaksikan perlawanan antara dua gadis itu; seorang yandere dan seorang tsundere. Pisau dapur dan sudu perak saling berlaga, membingitkan ruang bilik bawah tanah.
Satu hayunan sudu perak ke kepala Insyirah berjaya dielak. Insyirah menunduk. Dia bergerak ke depan, berselisih dengan musuhnya seraya mengelar pinggang lawan. Isma Fatieha merasai kesakitan itu. Insyirah yang berada di belakang badan lawan, terus membuat side kick. Isma Fatieha terpelanting ke depan lalu rebah tertiarap.
"Aduh," keluh Isma Fatieha.
Wanita itu bangun. Pinggangnya yang berdarah disentuhnya. Dia menjilat darahnya yang melekat pada jarinya. Pandangan tajam dibuang ke arah lawannya. Insyirah berlari ke arahnya. Pisau masih di tangannya. Isma Fatieha membuka kekuda, sedia hadapi serangan. Dengan badan yang kecil, Insyirah meluncur tiba-tiba, melalui celah kangkang Isma Fatieha. Dia kembali berdiri di belakang musuh.
Debush! Satu tendangan dari belakang menghinggap kemaluan Isma Fatieha.
Senak dibuatnya. Sekali lagi Isma Fatieha rebah.
"Itu hukumannya sebab rogol Najmi aku!" marah Insyirah geram.
Isma Fatieha bangun. Dia kembali menghadap lawannya. Sudu perak dilepaskan dari tangan. Kali ini, dia keluarkan garfu perak.
"Oh, jadi hantu garfu pula!" cemuh Insyirah, sinis.
Isma Fatieha berlari ke arah lawannya. Begitu juga dengan Insyirah. Senjata yang dipegang, sedia membuat serangan maut.
Ching!
Alif Najmi melihat kesudahan pertarungan epik itu. Isma Fatieha melihat tangannya tiada garfu.
"Eh! Mana garfu aku?" kata Isma Fatieha berkerut dahi.
Insyirah rebah terbaring tiba-tiba dengan perutnya terpacak garfu perak. Isma Fatieha melihat garfunya itu. Dia tersenyum.
"Oh, itu dia!" kata Isma Fatieha, tersenyum psiko.
Isma Fatieha memandang Alif Najmi, masih tersenyum. "Magik, kan?"
Alif Najmi tergamam, melihat Insyirah terbaring di lantai itu. Nafasnya tidak teratur. Dia terus berlari ke arah Insyirah lalu melutut di sebelah pegawai itu. Kepala Insyirah diletakkan di atas ribanya.
"Insyi, cakap sesuatu," pinta Alif Najmi, resah.
Insyirah dengan lemahnya meletakkan pisau dapur ke dalam genggaman Alif Najmi. Lelaki itu melihat sahaja kelakuan Insyirah.
"Nah, pisau kau," kata Insyirah, lembut.
Alif Najmi memandang wajah Insyirah. "Insyi, bawa bertahan."
"Pergilah. Saya tunggu."
Alif Najmi hilang kata. Dia memandang Isma Fatieha lalu bangkit berdiri. Matanya naik merah.
Alif Personality OFF
Farid Personality OFF
Musang Personality ON
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF
"Dah habis drama? Aku tak suka berdrama. Kau tahu, kan? Dunia ni hanyalah pentas lakonan di mana semua orang adalah wataknya," kata Isma Fatieha.
"Rasanya kau je watak antagonis. Mana watak protagonis?" kata Alif Najmi, geram.
"Oh, dia tengah makan brownies, celup ke dalam mayonis," balas Isma Fatieha menyambung dua baris pantun Alif Najmi.
Alif Najmi terdiam seketika. "Sempat lagi kau ya."
"Whatever. Anyway, I love you."
"Oh! Shut the **** up."
⭐⭐⭐
Kereta peronda berhenti di tepi jalan. Fatin Shahira melihat kereta milik Insyirah berada di situ lalu mendekatinya. Dia mengintai. Kelihatan Arifah sedang leka bermain Mobile Legends tanpa menyedari keadaan sekeliling.
"Arifah," panggil Fatin Shahira.
"Ya," balas Arifah acuh tak acuh.
"Kak Insyi pergi mana?"
"Masuk hutan. Entahlah dia buat apa. Arifah tidur semalam."
Fatin Shahira memandang skuadnya. "Baiklah, kita masuk ke dalam hutan!"
⭐⭐⭐
Alif Najmi berlawan dengan Isma Fatieha. Mereka bertarung penuh bertenaga. Dua psikopat bertarung, menjadikan perlawanan bertambah epik. Garfu perak dan pisau dapur saling berlaga, lebih kuat serangan dan bunyinya.
"Kau dah bunuh Sarah! Kau dah bunuh semua orang! Kau dah buat hidup aku merana!" kata Alif Najmi marah sambil menyerang.
Isma Fatieha hanya menepis serangan dengan garfu peraknya. "Oh, jangan risau! Saya akan buat hidup awak tak sengsara lagi."
"Tak guna kau!"
Satu serangan ditepis kuat. Pisau dapur terlepas dari tangan Alif Najmi. Isma Fatieha tiba-tiba ditolak sehingga terbaring.
"Aduh!" keluh Isma Fatieha.
Garfu perak terlepas dari tangan lalu dirampas. Alif Najmi menggenggam kuat garfu perak itu. Isma Fatieha melihat cintanya hendak membunuhnya.
"Sekarang, dah tamat," kata Alif Najmi.
Isma Fatieha tersenyum sinis lalu ketawa. "Kau nak bunuh aku lepas apa semua ni terjadi? Sedarlah. Buka mata kau tu. Semua orang dah tak ada. Hanya kita berdua sahaja di sini," kata Isma Fatieha tersenyum.
Fikiran Alif Najmi tidak terkawal, sepertimana dia melihat Iskandar hilang kawalan ketika zaman sekolahnya.
"AAAAAAAAAAAAAAAARRRGGGHHH!!!" jerit Alif Najmi, hilang waras.
Alif Najmi terus menyerang dengan garfu perak. Isma Fatieha yang terkejut melihat wajah bengis Alif Najmi, terus memejamkan mata.
Seketika kemudian, mata Isma Fatieha dicelik semula. Alif Najmi masih di depan matanya. Garfu perak jelas terpacak di sebelah kepalanya.
"Musang," kata Isma Fatieha, perlahan.
Alif Najmi bangun lalu mendekati Insyirah.
"Musang, kenapa kau tak bunuh aku?" kata Isma Fatieha.
Langkah Alif Najmi terhenti.
"Perlukah aku bunuh orang yang aku sayang? Walaupun aku psikopat, aku ada perasaan juga... sebab cinta kita lain daripada yang lain," kata Alif Najmi.
Isma Fatieha tertunduk malu. Alif Najmi melutut di sebelah Insyirah lalu meletakkan kepala wanita itu ke ribanya.
Tiba-tiba, ketukan pintu depan kuat didengar.
"Polis! Buka pintu!" arah Fatin Shahira mengetuk pintu kabin.
Alif Najmi dan Isma Fatieha terdengar suara itu lalu saling memandang.
"Lebih baik kau lari. Kau ada tiga minit," arah Alif Najmi.
"Tapi kau... macam mana?" Isma Fatieha menahan sebak.
"Pergilah. Kalau kau sayang aku, kau lari."
Segera, Isma Fatieha berlari keluar dari bilik bawah tanah lalu terus meluru ke arah tingkap. Pegawai polis di situ melihat Isma Fatieha melarikan diri.
"Tangkap dia!" arah salah seorang pegawai polis.
Pintu kabin dirempuh masuk. Skuad polis menyerbu setiap ruang. Fatin Shahira melangkah ke bilik bawah tanah lalu ternampak Alif Najmi meratapi tubuh Insyirah. Sebak di dada menguasai diri. Air mata menitis membasahi tubuh Insyirah yang longlai.
Sementara Alif Najmi menangis perlahan di bilik bawah tanah, Isma Fatieha berlari ke dasar hutan sambil menangis. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia ditangkap bersama Alif Najmi. Namun, dia terpaksa.
"...cinta kita lain daripada yang lain."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro