Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 30

Tengah hari yang begitu terik setelah semalamnya hujan lebat. Jalan tar yang kering dilalui menuju ke rumah Maizatul.

"Kau biar betul Aya dah mati?" kata Alif Najmi terkejut.

"Habis tu? Nak aku tunjuk mayat dekat kau?" kata Insyirah marah.

Alif Najmi terdiam. Arifah hanya berdiam dari tadi sambil menggalas begnya. Mereka bertiga tiba di rumah Maizatul.

"Assalamualaikum!" kata Insyirah memanggil.

Alif Najmi dan Arifah hanya berdiam. Insyirah memberi salam tiga kali, resah. Dia cuba membuka pagar. Walhal, pagar tidak terkunci dan pintu terbuka. Mereka memasuki rumah Maizatul. Sunyi sahaja rumah itu.

"Assalamualaikum, Mai!" ucap Insyirah melangkah masuk ke dalam rumah.

Mereka memasuki ruang tamu. Insyirah memandang Alif Najmi.

"Kita kena cari Mai!" arah Insyirah.

Nurain Insyirah binti Farhan
Alias: PDRM (Inspector)
Status: Lover
Weapon: Glock
Condition:
Heartbeat 184/min
Fear 25%
Stress 100%

"Bawa bertenang, Insyi," pinta Alif Najmi cuba menenangkan Insyirah.

"Cepat!" Insyirah terus mencari Maizatul di rumah itu.

Alif Najmi mengeluh. Dia memandang Arifah. "Arifah duduk diam dekat sini ya."

Arifah melabuhkan punggung di atas sofa. Dia melihat Alif Najmi dan Insyirah mencari Maizatul. Telefon dikeluarkan lalu permainan video Mobile Legends dibuka.

Sementara Arifah leka bermain permainan video, Alif Najmi dan Insyirah asyik mencari Maizatul. Alif Najmi mencari di dapur dan tandas. Tiada seorangpun. Insyirah pula mencari di setiap bilik.

Sebaik Insyirah membuka pintu bilik utama, matanya terbeliak melihat suatu di luar jangkaan.

"Najmi!" jerit Insyirah dari tingkat atas.

Alif Najmi segera meluru ke tingkat atas rumah teres itu lalu mendekati Insyirah yang terpinga-pinga di depan bilik. Arifah ditinggalkan di ruang tamu, sedang asyik push rank Mythic bintang ke-98.

"Kenapa ni?" kata Alif Najmi melihat wajah pucat Insyirah.

Nurain Insyirah binti Farhan
Condition:
Heartbeat 218/min↓
Fear 40%↑
Stress 100%

Insyirah menunding jari ke arah sesuatu. Alif Najmi melirik ke hujung telunjuk Insyirah. Matanya terbuntang luas.

"Allahuakbar," ucap Alif Najmi takjub.

Mayat Maizatul terbiar tergantung di bilik. Mata terbuka dengan anak mata tiada warna.

Nurul Maizatul Akma binti Zakaria
Status: Dead

Alif Najmi memasuki bilik tidur itu, mendekati mayat Maizatul. Dia menunduk kecewa. "Innalillahiwainnalillahirajiun."

Mata Alif Najmi meliar ke sekeliling lalu ternampak sepucuk surat di atas meja. Lelaki itu mendekati meja tulis. Dia mengambil sampul yang tertulis 'Utk Abg Najmi'. Sampul surat dibuka. Sekeping kertas bertulis dikeluarkan dari sampul.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Kerana buah halkum,
Dihalau dari syurga;
Assalamualaikum,
Pembuka bicara.

Salam sejahtera cintaku, Alif Najmi. Apakah saudara di sana sihat?

Saudara,
Sejak kita bertemu buat pertama kali di Syarikat Buku CikFatin Sdn. Bhd., aku mula berasa getaran di hatiku. Mungkin saudara tidak nampak riak wajahku menggambarkan percintaanku terhadap saudara. Tetapi, itulah wajahku yang sebenar. Dingin. Kosong. Tiada emosi.

Sebenarnya, aku seringkali memerhati saudara biarpun dari jauh. Di tempat kerja, di luar, di mana-mana sahaja, aku memerhatikan saudara. Hatiku terguris sebaik melihat saudara berpunya. Hatiku retak lalu pecah seribu satu. Namun, aku masih mampu tersenyum biarpun perit diukir.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana saudara banyak membantu aku selama ini. Saudara melindungiku ketika bergaduh dengan Wawa. Saudara setia mendengar luahan aku. Paling tidak dapat dilupakan, saudara selamatkan aku dari ancaman kejam. Jutaan terima kasih aku ucapkan pada saudara.

Saudara,
Selamat berbahagia dengan pasangan hidup saudara. Maizatul berharap, kita tidak akan berjumpa lagi selepas aku berhenti kerja dari dunia penulisan. Apabila bertemu semula, anggaplah kita tidak pernah bersua.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kerana muncul dalam hidupku.

Sekian.

Aku mahu ungkapkan,
Kata kasih dariku;
Hanya tiga perkataan,
Aku cinta padamu.

Setulus ikhlas,
ɱɑizɑtuʆ

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Kertas direnyuk sejurus tamat membaca. Alif Najmi menitiskan air mata kecewa.

"Kenapa?" kata Alif Najmi mencampak kertas ke atas meja, kecewa.

Insyirah melihat reaksi lelaki itu sambil menahan sebak.

"Kenapa sekarang baru nak bagitau, Mai?" marah Alif Najmi.

Lalu Alif Najmi mendekati mayat Maizatul. Dia terus menumbuk mayat itu, macam menumbuk punching bag di gimnasium. Segala kekecewaan dan kemarahan dilepaskan di situ.

"Kenapa tak bagitau awal-awal?" Alif Najmi terus menumbuk dan menumbuk.

Insyirah mendekati Alif Najmi lalu menarik lelaki itu, menahannya dari belakang. "Najmi, dah la tu!"

Alif Najmi berhenti bergerak. Dia menunduk dengan penuh kesal.

"Dah la. Benda dah lepas," kata Insyirah, lembut.

Tangisan cuba ditahan sedaya mungkin. Alif Najmi menenangkan dirinya.

"Kenapa semua ni berlaku dekat aku?" kata Alif Najmi, kecewa.

"Najmi kena terima hakikat semua ni," pinta Insyirah.

"Nak terima macam mana? Ni kes bunuh diri tau!"

Split Personality ON

"Alif, kau fikir balik pasal Mai," kata Najmi berdepan dengan Alif.

Alif berdiam sahaja.

"Mai kan orang kuat agama? Penulis spiritual pula tu. Tak tergamak ke dia buat macam ni kat diri dia?" celah Farid, dingin.

"Jadi, ni bukan bunuh diri," kata Alif, hairan.

"Ya, ni kes pembunuhan," kata Musang, yakin.

Split Personality OFF

"Ni kes pembunuhan," kata Alif Najmi, perlahan.

Insyirah yang masih menahan Alif Najmi, terasa hairan. "Pembunuhan?"

Tubuh Alif Najmi dilepaskan. Alif Najmi membongkok ke bawah lalu mengambil sesuatu dari bawah mayat. Insyirah kehairanan.

"Kau ambil apa?" soal Insyirah, hairan.

Alif Najmi menunjukkan sudu perak yang diambilnya tadi. "Sudu perak."

⚠Silver Spoon⚠
Condition: Extremely Strong
Made of: Steel
Fingerprint ID: MAS06209462 // Nur Isma Fatieha
Blood ID: MAS13818486 // Nur Maizatul Akma

Insyirah terkejut. "Dia... datang sini?"

Alif Najmi berjalan ke arah meja tulis tadi. Sampul surat yang terbuka tadi diambil. Alif Najmi membelek sampul tersebut lalu ternampak pesanan yang tertulis di situ dengan kesan darah.

-KLC
-McD
-9 mlm
P/s: aq nk kau seorang

Itulah yang tertulis pada belakang sampul itu. Alif Najmi memandang Insyirah. Pegawai polis wanita itu mendekati lelaki psikopat itu. Pesanan tersebut ditunjukkan kepada Insyirah.

"Kau nak pergi sana ke?" kata Insyirah kurang yakin.

"Ya, aku tak nak Mai mati sia-sia macam tu je," kata Alif Najmi, serius.

"Tapi, dia orang merbahaya! Kita tak tahu taktik kotor dia tu."

"Tiada sesiapa lebih bahaya dari seekor musang. Singa dan beruang pun boleh tertipu dengan musang. Inikan pula dengan hantu... dan sudu."

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro