BAB 3
Lima orang menikmati hidangan tengah hari bersama. Az dan Harris duduk di meja sebelah, hanya memerhati Alif Najmi berbual dengan Fazz dan Firsha.
"Tak sangka, dia jadi ketua kita," kata Az terkejut.
"Entahnya. Kita dah kerja bertahun. Tak naik pangkat pun," kata Harris.
"Korang marilah duduk semeja dengan kitorang ni. Apasal duduk jauh tu?" kata Firsha memandang dua lelaki itu.
Hampir terkejut dibuatnya. Dua lelaki itu tersengih sahaja.
"Tak apa. Korang bual je la. Kitorang duduk sini je," kata Az tersenyum kambing.
Firsha memandang Fazz yang duduk di sebelahnya. Dia terus menepuk belakang badan kawannya yang sedang makan nasi ayam. "Fazz cakaplah sesuatu."
Akibat tepukan belakang badan itu, Fazz tersedak ketika mengunyah makanan. Segera dia minum air teh ais limau. Dia memandang tajam ke wajah Firsha dengan raut muka masamnya. Lalu dia menampar bahu kawannya.
"Kot ya pun bagilah aku makan habis dulu!" marah Fazz.
Firsha tertawa kecil lalu menjeling ke arah Alif Najmi. Fazz memandang Alif Najmi lalu terasa malu.
"Ermm... Minta maaf ya, Farid. Tiba-tiba,..." Fazz terus memijak kaki Firsha, kuat. "...marah tadi."
Firsha yang merasai kakinya dipijak dengan tumit tinggi, cuba menahan sakit. Tawanya masih tersisa.
"Eh, tak apa." Alif Najmi melihat wajah dua gadis yang awet remaja itu. "Korang masih sekolah eh?"
"Eh, tak! Kitorang sebaya 23 tahun," jawab Firsha.
Alif Najmi mengangguk faham. Telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej masuk. Alif Najmi mengeluarkan telefonnya. Az dan Harris melihat telefon berjenama Samsung milik Alif Najmi.
"Samsung? Euwww..." kata dua lelaki itu.
Firsha sekilas memandang dua rakan sekerjanya itu. "Apa masalah korang dengan Samsung?"
Alif Najmi melihat mesej dari Siti Sarah menerusi WhatsApp.
-WhatsApp POV-
Dr Sarah
Macam mana interviu tadi?
Ok tak?
Ok je
-End WhatsApp POV-
Alif Najmi tersenyum kecil, menarik pandangan dua gadis di depannya.
"Bini chat ke tu?" soal Firsha menyibuk lalu menghirup air sirap bandung.
Alif Najmi memandang dua gadis itu. Dia tersengih. "Mana adalah. Saya bujang lagi."
Pffft!! Air sirap bandung disembur ke muka Alif Najmi dari mulut Firsha.
"Apa? Bujang lagi?" Terkejut sakan Firsha dibuatnya.
Fazz menghulurkan tisu. Alif Najmi mengambil tisu itu lalu mengesat wajahnya.
"Ya, saya bujang lagi," kata Alif Najmi, jujur.
Firsha mengukirkan senyuman nakalnya. "Bos pun belum kahwin lagi. Tapi tu la, ramai kata dia gila. Gelak, menangis, marah sorang-sorang."
Alif Najmi berfikir seketika. Takkanlah Isma pun split juga?
"Dia mula dah sesi membawang," celah Az menyibuk.
Firsha memandang tajam ke arah Az. "Kau diamlah!"
"Alaa... Janganlah gaduh. Apapun, saya gerak dulu," kata Alif Najmi bangun dari tempat duduk.
"Nak pergi dah? Haa... Jaga diri ya," kata Firsha, ceria.
"Ya."
⭐⭐⭐
"Awak biar betul," kata Siti Sarah duduk di sebelah Najmi.
"Ya, dia cakap macam tu. Kalau betullah bos aku tu ada split, rasanya... aku boleh faham situasi dia," kata Alif Najmi duduk di bangku taman.
Cuaca di luar agak redup dan dingin. Angin sepoi-sepoi bahasa menyejukkan lagi suasana.
"Jadi, awak nak kaji pasal dia?" kata Siti Sarah memandang wajah Alif Najmi.
"Ya, aku akan kaji pasal dia. Dia mungkin macam aku juga. Mungkin aku boleh tolong dia," kata Alif Najmi bertekad.
"Baguslah macam tu."
"Macam mana tadi dekat kelas lama kita?"
Siti Sarah bertukar wajah ceria. "Seronok. Ramai juga datang. Yasmine pun datang juga. Siap pakai uniform tentera lagi."
"Macam tu? Dah berubah ya semua."
"Mm..." Siti Sarah mengangguk.
"Ada yang jadi cikgu. Ada yang jadi tentera. Ada juga yang jadi doktor." Alif Najmi memandang Siti Sarah dengan senyuman.
Siti Sarah memandang wajah lelaki itu lalu membalas senyuman kecil.
"Oh, ya. Minta maaf pasal semalam," kata Alif Najmi mengurut belakang lehernya.
"Eh, tak apa. Saya rasa bahagia waktu tu," kata Siti Sarah, malu.
"Hah?"
"Bila awak cakap macam tu dekat saya, saya dapat rasa kebahagiaan dekat situ."
Alif Najmi hilang kata. Dia hanya mampu berdiam.
"Saya... sebenarnya... sayang awak, Alif."
Alif Najmi mengunci mulut. Siti Sarah mula berasa janggal dengan situasinya.
"Err... Tak apalah. Lupakan. Apapun, boleh hantar saya ke hospital. Waktu rehat habis pukul 2 petang," pinta Siti Sarah, gelabah.
"Ah, jomlah! Aku hantar kau ke hospital," balas Alif Najmi bangun dari tempat duduk.
Maka, mereka berdua pun beredar dari situ. Tanpa disedari, seseorang memerhatikan pasangan itu dari sebalik pokok. Tangannya menggenggam sudu perak yang bersinar.
⭐⭐⭐
"Awak ambil tempat duduk dulu. Nanti, saya datang," pinta Siti Sarah.
"Okey," balas Alif Najmi berjalan ke kerusi.
Punggung berlabuh di kerusi empuk itu. Alif Najmi merehatkan badannya di atas kerusi itu, bersandar. Siti Sarah membuka laci rak lalu mengambil fail Alif Najmi. Dia kembali mendapatkan pesakit psikologinya. Dia duduk di sebelah lelaki itu.
"Okey, Alif. Macam mana hari ni?" kata Siti Sarah sedia mendengar cerita.
"Macam biasa. Saya bangun pagi tak gosok gigi. Mandi kerbau tak letak syampu walaupun syampu tu dah beli bulan lepas. Tak pernah sentuh pun," terang Alif Najmi bercerita.
"Hmm... Teruskan."
"Breakfast cuma maggi je. Disebabkan first time kerja kat KL, saya makan ramen ekstra pedas. Waktu makan tu, Farid muncul. Dia tak rasa pedas pun. Katanya, kurang cili. Padahal, yang lain macam nak menangis bila makan ramen tu...."
Lalu, masa terus berlalu sehingga ke petang.
"Okey, Alif. Nampaknya, awak ada perkembangan sikit hari ni," kata Siti Sarah tersenyum.
Alif Najmi bangun dari pembaringan. Dia menggosok belakang kepalanya. "Maksud kau?"
"Farid, nampak lebih dingin dari sebelum ni. Mungkin dalam kerja nanti, awak akan temui peringkat personaliti awak yang seterusnya?"
"Peringkat personaliti?"
"Contohnya, Farid dalam peringkat pertama, dia seorang penulis dingin. Dan sekarang, Farid dalam peringkat kedua, buatkan dia lebih dingin dalam pangkat ketua bahagian penulis thriller. Mungkin dalam peringkat ketiga, Farid akan jadi lagi dingin. Kalau berubah perangai, tu boleh jadi kemungkinan. Boleh jadi kemungkinan juga jikalau personaliti awak yang lain berubah lebih baik dan lebih buruk," terang Siti Sarah.
"Begitu ya."
"Ya. Mungkin awak boleh jadi pakar paikologi juga. Manalah tahu, kan?"
"Eh, mana adalah."
"Baiklah, sampai sini saja ya."
"Okey, terima kasih."
Alif Najmi bergerak turun dari kerusi. Dia memberi kucupan ke dahi Siti Sarah. Muka wanita itu menjadi merah.
"Okey, aku balik dulu," kata Alif Najmi tersenyum.
"Ya, hati-hati bawa moto," balas Siti Sarah.
Alif Najmi beredar keluar dari bilik rawatan psikologi. Tanpa disedarinya, seorang gadis bertopi hitam memasuki bilik tersebut sejurus Alif Najmi hilang dari pandangannya. Dia mendekati Siti Sarah yang sibuk merekod keadaan Alif Najmi. Siti Sarah memandang gadis tersebut.
"Ya, nak rawatan psikologi ke?" kata Siti Sarah, mesra.
Sementara itu, Alif Najmi berjalan ke arah motosikalnya. Helmet milik Siti Sarah lupa diberikan kepada tuannya. Alif Najmi mengeluh. Dia mengambil topi keledar merah jambu itu lalu melangkah masuk ke hospital semula. Dia berjalan ke bilik rawatan tadi.
Tiba di selekoh menuju ke bilik rawatan psikologi, Alif Najmi terlanggar bahu gadis bertopi itu.
"Oops... Sorry," kata Alif Najmi tanpa memandang gadis itu.
Mereka berlalu pergi begitu sahaja. Alif Najmi mendekati bilik rawatan psikologi lalu melangkah masuk ke dalam.
"Sarah, helmet kau..." kata Alif Najmi belum habis bicaranya.
Mulutnya terkunci. Matanya tertumpu pada tubuh Siti Sarah yang terbaring kaku di lantai dengan perutnya terpacak sebatang sudu perak. Helmet yang dipegangnya jatuh dari tangannya. Alif Najmi melutut kerana lemah untuk berdiri lagi. Siti Sarah yang dahulunya banyak mengisi masa lapang bersama Alif Najmi, kini tidak ada lagi.
"Sarah..." panggil Alif Najmi, perlahan.
=Split Personality Mode=
"Innalillahi wainnalillahi rajiun," ucap Najmi bersimpati.
Alif cuba menahan sebak melihat keadaan doktor psikologinya. Farid hanya mampu berdiam dingin walaupun hatinya menanam kasihan terhadap Siti Sarah. Musang dan Hoshiko hanya mampu berdiam, memendam perasaan geram bercampur dendam.
"Siapa yang sanggup bunuh doktor aku?" kata Musang, geram.
"Berani dia buat macam ni kat perempuan tak bersalah!" kata Hoshiko pula, marah.
Alif yang tak mampu menahan sebak terus teriak.
=End Split Personality=
"SARAH!!!"
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro