Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 28

Sekali lagi pergaduhan besar berlaku di pelabuhan. Kali ini, dua ahli Black Tiger lawan seratus ahli Red Coyote pula. Mereka berlawan bermati-matian. Hanya dengan ilmu Muay Thai, pasangan kembar itu berlawan menentang musuh bersenjata pedang katana. Tulang-temulang musuh jelas kedengaran dipatahkan dengan mudah oleh dua pendekar Black Tiger itu.

Tiba-tiba, pasangan kembar mula merapu.

"Rasengan!" seru Alif Najmi menghasilkan bebola biru di tangan.

"Chidori!" seru Arif Hakimi pula membuat bebola elektrik dengan tangannya.

Lantas, pasangan kembar itu menggabungkan dua kuasa itu

Kababoom!!! Letupan besar berlaku.

Asap berterbangan, membuatkan Insyirah dan Maizatul terbatuk. Mereka berdua menyaksikan pergaduhan epik itu. Kepulan asap menghilang. Ramai musuh ditolak ke laut. Selebihnya rebah di lantai dek renjatan elektrik.

Hanya dengan gabungan kuasa, seratus orang ahli Red Coyote mati. Ketua Red Coyote itu terkejut menyaksikan perlawanan sengit yang dimenangi pasangan kembar itu. Dia berundur, cuba melarikan diri.

"Dia nak lari tu!" kata Alif Najmi melihat ketua Red Coyote berlari.

Bang! Satu tembakan mengenai belakang badan lelaki cina itu.

Lelaki cina itu rebah tertiarap, mati ditembak. Insyirah yang memegang pistol, berasa lega setelah segalanya tamat. Alif Najmi mendekati pegawai polis itu.

"Insyi," panggil Alif Najmi menghampiri Insyirah.

Insyirah memandang Alif Najmi lantas mendakap seerat-eratnya. "Alhamdulillah, kau okey."

Alif Najmi tidak membalas pelukan, membiarkan Insyirah memeluknya. Pandangan dibuang ke belakang. Susuk tubuh Arif Hakimi sudah tiada di situ. Bukan Arif Hakimi sahaja yang hilang, beg bimbit berisi jutaan ringgit pun hilang.

"Nanti!" Alif Najmi melepaskan pelukan lalu menoleh ke arah kereta milik musuh.

Memang benar beg bimbit hilang, dicuri Arif Hakimi.

"Tak guna kau, Kimmy!" marah Alif Najmi, geram.

"Dah la. Jomlah balik! Pasal duit tu biarlah," pinta Maizatul dari tadi di dalam kereta.

Alif Najmi memandang Maizatul, pasrah. "Yalah."

Lalu mereka bertiga beredar dari situ, meninggalkan mayat-mayat di pelabuhan.

⭐⭐⭐

Kereta dipandu ke laman rumah Maizatul. Insyirah sudah tertidur di dalam kereta. Maizatul bergerak turun dari kereta. Alif Najmi turut bergerak turun dari kereta, menemani Maizatul ke pintu rumah.

"Terima kasih sangat sebab tolong Mai," ucap Maizatul tersenyum kecil.

"Tak apa, perkara biasa je," balas Alif Najmi.

Maizatul menundukkan mukanya. "Sebenarnya kan... ermm..."

"Sebenarnya apa?"

Satu kucupan kecil diberikan ke pipi Alif Najmi. Merona merah Alif Najmi dibuatnya. Lelaki itu tergamam. Dia memandang hairan terhadap Maizatul.

Nurul Maizatul Akma binti Zakaria
Alias: None
Status: F? ! e ¿lo ¡  r
Condition:
Happiness ???

"Satu masa nanti, Mai bagitau," kata Maizatul, malu.

Alif Najmi terdiam, berkerut dahi. Beritahu apa?

"Dah la. Terima kasih tau. Jaga diri," kata Maizatul lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumahnya.

Alif Najmi melangkah ke arah kereta peronda yang dari tadi asyik diguna. Dia melabuhkan punggung di kusyen pemandu. Dia mengeluh kecil.

"Okey, jom balik. Kesian Arifah tinggal seorang dalam rumah," monolog Alif Najmi memakai tali pinggang keledar.

Tidak semana-mana, kepala Insyirah terletak ke bahu Alif Najmi. Nyenyak betul dia tidur. Alif Najmi terkejut sedikit dengan pegawai itu lalu memandangnya. Tudung labuh yang dipakai wanita itu diusap lembut. Lelaki itu menolak kepala Insyirah ke kusyen sebelahnya lalu memasang tali pinggang untuk wanita itu. Kusyen yang Insyirah duduk itu didatarkan sedikit.

Dalam cuba mendatarkan kusyen, tangan Alif Najmi tersentuh dada Insyirah yang sedang tidur lena.

"Alamak!" keluh Alif Najmi terkejut.

Insyirah tiba-tiba mengigau. "Najmi... ahh... Janganlah... zzz"

Segera, Alif Najmi mengalihkan tangannya dari dada Insyirah yang kecil itu. "Mengigau apa budak ni?"

Badan Insyirah beralih dari kanan ke kiri. Alif Najmi melihat punggung Insyirah yang kecil itu. Nafsu cuba dikawal dengan istighfar.

"Astaghfirullahalazim," ucap Alif Najmi memejamkan matanya.

=Split Personality Mode=

Musang menjadi gatal.

"Musang, bawa bertaubat," pesan Najmi, dingin.

Musang menjilat bibirnya sendiri, miang.

=Dari pandangan luaran=

Alif Najmi cuba hendak menyentuh punggung Insyirah dengan tangan kirinya.

Tiba-tiba, tangan kanannya menangkap tangan kirinya pula.

"Jangan Musang!" arah Alif Najmi menghalang yang tangan kanannya dirasuk Najmi.

"Oh, ya! Polis pun jadilah. Bukan selalu wei," kata Alif Najmi lagi cuba menyentuh punggung dengan tangan kiri yang dihasut Musang.

"Tak, aku takkan benarkan kau rogol anak dara orang."

"Ya, aku akan buat."

"Tak."

"Ya."

"Tak!"

"Ya!"

=Dari sudut dalaman=

Najmi dan Musang yang asyik bergaduh, tidak sedari Hoshiko mendekatinya.

Pak! Pak!

Akhirnya mereka berdua berhenti bergaduh dengan kesan pipi merah dek tamparan dari Hoshiko.

"Aduh," keluh Musang.

Najmi mengusap pipinya yang sakit.

"Korang berdua ni tak pernah berbaik langsung. Oh, lupa! Korang kan personaliti yang selalu bermusuhan? Seorang macam malaikat. Seorang lagi macam syaitan. Betul, kan?" kata Farid bernada sinis dengan rupa dingin.

"Dah la tu. Tak payah gaduh. Jomlah balik. Kesian Arifah tinggal dekat rumah tu," kata Alif, lembut.

Najmi dan Musang menundukkan kepala, malu. Farid mengambil alih tubuh Alif Najmi.

=End Split Personality=

Alif Najmi mengusap pipinya. Pandangan dibuang ke hadapan semula. Alif Najmi memandu kereta, menuju ke destinasi.

Tidak jauh dari situ, Isma Fatieha kembali muncul dengan sudu peraknya. Matanya direnung ke arah rumah Maizatul. Langkahnya diatur ke rumah itu. Pintu pagar dilepasi. Langkah diatur ke pintu depan pula. Pintu dibuka dengan master key. Isma Fatieha memecah masuk ke dalam.

Maizatul yang asyik menulis pada sehelai kertas sambil mendengar lagu menerusi fon telinga, tidak menyedari rumahnya dipecah masuk.

"Yeay! Dah siap!" sorak Maizatul dari dalam bilik.

Isma Fatieha terdengar sorakan itu lalu melangkah ke arah bunyi itu.

"Harap-harap Alif suka apa yang aku tulis ni," monolog Maizatul, teruja.

Mendengar sahaja kata-kata gadis kecil itu, Isma Fatieha terfikir sesuatu yang bernas. "Hmm... Ni mesti menarik."

Tiba-tiba, bunyi benda terjatuh kedengaran, menarik perhatian Maizatul.

"Bunyi apa tu?" kata Maizatul, hairan.

Maizatul memasukkan kertas yang tertulis ke dalam sampul surat terlebih dahulu lalu meletakkannya ke atas meja. Dia berjalan keluar dari biliknya.

Kuak... Pintu dibuka.

Mata Maizatul meliar ke sekeliling. Apa yang ditemuinya hanya sudu perak yang terdampar di depan pintu bilik.

"Eh?" Maizatul kehairanan.

Sudu perak yang bersinar itu diambil.

"Kenapa sudu ni ada dekat sini?" soal Maizatul kehairanan.

Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Lampu flash dipasang lalu menyuluh kegelapan rumah.

Sedang asyik menyuluh dalam gelap, terlihat Isma Fatieha sudah betul-betul berdiri di depannya, depan bilik tidur Maizatul. Gadis itu kecut hati, hilang kata.

"Ka... Kau... si... si... siapa?" Maizatul menggigil ketakutan.

Isma Fatieha segera menolak Maizatul masuk ke dalam bilik. Telefon dari tangan Maizatul terlepas lalu terhempas ke lantai, membiarkan lampu menyuluh ke siling rumah.

"Ahhh, tolong!!" Jeritan Maizatul terbiar tiada sahutan.

"Shh... Biar aku tolong kau bawa ke dunia lain," kata Isma Fatieha mengukirkan senyuman mengerikan.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro