BAB 27
Suasana menjadi janggal seketika dengan ketibaan Kimmy. Rambut hitam Jimmy bertukar jingga kemerahan, seperti warna bulu musang. Rambut Kimmy pula menjadi kelabu kebiruan, seperti warna bulu serigala.
"Apa khabar, Jimmy?" sapa Kimmy tersengih.
"Jimmy?" kata Insyirah kehairanan.
Jimmy tertawa sinis. "Jimmy ya. Lama dah tak dengar nama tu. Kenapa kau datang sini, abang?"
"Abang?" Insyirah mengerutkan dahinya, semakin pelik.
Kimmy, abang kembar Jimmy tersenyum sinis. "Sam kata ada orang gaduh kat sini. So, aku pun datanglah sini. Rupanya, kau yang gaduh. Boleh tahan juga kau sampai makan 100 orang."
"Well... Biasalah tu," balas Jimmy tersengih.
Sebaik mereka hendak bersalaman, serangan mengejut dibuat oleh Jimmy. Mujurlah Kimmy sempat menepis serangan itu lantas menolak kembarnya. Jimmy berundur lalu mengesat peluhnya pada dahi.
=Split Personality Mode=
Lima personaliti Alif Najmi terpegun dengan kemunculan personaliti tahap legenda itu, Jimmy. Mereka berdiam seketika.
"The legends is back," ucap Musang terpaku.
"Tak mungkin dia..." kata Alif terkejut.
"Sensei..." kata Hoshiko bersinar matanya.
"Selamat kembali, Jimmy," ucap Farid, dingin.
Najmi berdiam, memerhati Jimmy yang mempunyai aura kejam yang kuat. Jimmy menjeling ke arah Najmi, tersenyum sinis.
=End Split Personality=
Jimmy merenung ke mata Kimmy.
"Kau tak pernah berubah ya," kata Kimmy, selamba.
"Memang tak pernah," balas Jimmy, sinis.
"Ingat tak salam perpisahan kita waktu dulu?" soal Kimmy bersahaja.
Jimmy mendongak, berpejam. "Kau lari."
~Throwback~
Skreeettt!!! Gedegang!!
Sebuah kemalangan jalan raya berlaku di persimpangan empat. Kereta Proton Wira putih terbalik dek dilanggar sebuah bas ekspres. Si bapa yang memandu dan si ibu yang mengandung, maut di kusyen hadapan di dalam kereta Proton Wira putih. Seorang remaja 13 tahun merangkak keluar dari kereta itu dengan luka parah pada dahi. Dia melihat kereta milik bapanya terbalik. Dia melihat ibubapanya mati di dalam kereta.
"Abah! Ibu!" jerit Arif Hakimi.
Alif Najmi, kembar Arif Hakimi merangkak keluar dari kereta menerusi pintu sebelah lagi. Dia menoleh ke belakang lalu mengeluarkan adik bongsunya. Kanak-kanak perempuan tujuh tahun dikeluarkan oleh Alif Najmi lalu didukung. Arif Hakimi melihat kembarnya mendukung adiknya. Alif Najmi mendekati abang kembarnya lalu melutut. Tubuh si adik bongsu dibaringkan. Alif Najmi memeriksa kadar nadi Nur Shamimi, adiknya. Adiknya masih hidup. Alif Najmi memandang Arif Hakimi.
"Mimie hidup lagi," kata Alif Najmi, serius.
Arif Hakimi terkejut. "Apa?"
Bau benda terbakar menusuk ke hidung Arif Hakimi. Remaja itu memandang kereta yang terbalik itu.
Kababoom!! Letupan kereta putih jelas di depan mata tiga budak itu.
"ABAH!!! IBU!!!" teriak Alif Najmi melihat ibubapanya rentung di dalam kereta itu.
Arif Hakimi tergamam. Dia memandang kembarnya. "Jimmy, kita kena lari!"
"Tapi, abah dengan ibu macam mana?" kata Alif Najmi menahan sebak.
"Dah! Kita kena pergi!" desak Arif Hakimi.
"Aku tak nak pergi tanpa abah dengan ibu!" Alif Najmi berdegil.
Arif Hakimi berwajah dingin. Hatinya mula terasa beku. Alif Najmi pula berwajah pucat. Hatinya keras mengalahkan batu.
"Dahlah. Aku nak lari," kata Arif Hakimi, dingin.
Alif Najmi melihat kembarnya melarikan diri. "Kimmy! Hoi! Kimmy!"
Arif Hakimi hilang dari pandangan Alif Najmi.
"Tak guna!" keluh Alif Najmi, semakin gila.
~End Throwback~
"Kau blah macam tu je. Tak ambil peduli langsung pasal Mimie," kata Jimmy, geram.
"Huh, Mimie macam mana?" kata Kimmy, selamba.
"Kau tak perlu ambil tahu. Biar aku uruskan dia."
Kimmy mengeluh. "Fine."
Tiba-tiba, Jimmy menyerang Kimmy dengan tumbukan. Mujurlah Kimmy sempat mengelak. Dia membuka langkah Muay Thai lalu menolak Jimmy. Sekali lagi Jimmy berundur.
"Ingat tak waktu pertemuan semula kita tu?" soal Kimmy menanggalkan jaketnya.
"Kau cuba nak kalahkan aku dengan Meyraiyuth," kata Jimmy, selamba.
"Alright. Let's recreate that scene!" kata Kimmy mencampak jaket ke lantai lalu bersedia dengan langkah Meyraiyuth, Muay Thai mabuk.
Dalam basah kuyup di tengah hujan, pasangan kembar itu bertarung dengan seni pertahankan diri Thailand. Kimmy mengelak setiap serangan Jimmy, hanya dengan melompat-lompat gaya tinju. Terserlah tatu kepala harimau di belakang badan Kimmy. Dia kembali membalas serangan dengan tarian break gaya jalanan. Kaki Jimmy mengenai tendangan Kimmy lalu terjatuh. Kimmy terus meloncat ke arah kembarnya. Jimmy dengan pantas menggulingkan badannya ke tepi lalu bingkas. Giliran dia menyerang pula. Tendangannya mengenai kepala Kimmy.
"Ugh!!" keluh Kimmy terpusing ke belakang.
Jimmy terua menyepak ke celah kangkang dari belakang. Senak terus Kimmy dibuatnya.
"Argh!!!" raung Kimmy menyentuh kemaluannya.
Jimmy berhenti menyerang. "Sedap tak?"
Kimmy memusing menghadap kembarnya semula.
"A..." Belum sempat Kimmy lagi mengaduh kesakitan.
Insyirah sudah mengaduh terlebih dahulu. "Aduh!"
Jimmy memandang pegawai polis itu. "Kenapa tu?"
Insyirah memandang 'Alif Najmi'. "Insyi rasa, Insyi tergigit lidah."
Lidah jelas kelihatan terjuntai di mulut Insyirah.
"Tidaaaaaaakkkkk!!!!" laung Jimmy tidak dapat terima hakikat.
Muka Kimmy yang pucat masih menahan senak, terus disepak. Kimmy rebah serta-merta. Jimmy membuat serangan penamat dengan tendangan kapak. Bukan sekali tendangan dibuat, tetapi bertubi-tubi. Insyirah yang menyaksikan pergaduhan kembar itu, terasa resah.
"Alif... Najmi, dah la tu," ujar Insyirah cuba menghalang dari jauh.
Jimmy berhenti menendang lalu memandang Insyirah.
=Split Personality Mode=
Najmi mendekati Jimmy dari belakang. Bahu kiri Jimmy ditepuk. Jimmy melihat Najmi berlalu ke depan begitu sahaja.
"Najmi," kata Jimmy, perlahan.
Najmi berhenti melangkah lalu menoleh muka sedikit ke arah Jimmy, tetapi tidak memandangnya. "Apa?"
"Tolong jaga Mimie ya," pinta Jimmy berharap.
"Insyaallah."
Najmi meneruskan langkah, mengambil alih tubuh Alif Najmi.
=End Split Personality=
Alif Najmi menjadi tenang semula. Rambut merahnya kembali menjadi hitam semula.
"Cukuplah tu, Najmi. Jangan gaduh-gaduh dah!" pinta Insyirah.
Alif Najmi memandang Arif Hakimi semula. Kembarnya bangkit berdiri. Rambut Arif Hakimi turut kembali hitam.
"Aduh, rasa senak gila!" rintih Arif Hakimi.
"Kimmy, kau okey, tak?" kata Alif Najmi, risau.
Arif Hakimi memandang kembarnya, kabur. "Jimmy? Kau ke tu?"
Pakk! Satu tamparan menghinggap ke pipi Arif Hakimi.
Terus Arif Hakimi segar penglihatannya. Dia melihat kembarnya betul-betul di depannya. "Tak mungkin!"
Ketua Blue Blood cuba melarikan diri, tetapi berjaya dikesan Alif Najmi. Arif Hakimi melihat ketua mafia itu berjengket dari situ.
"Apasal dia tu?" kata Arif Hakimi, lembab.
Sebaik pasangan kembar berdiri bersebelahan, jelas dilihat tatu belakang mereka bercantum menjadi seekor harimau lengkap tubunya. Arif Hakimi ada tatu bahagian kepala manakala Alif Najmi pula bahagian ekor. Ketua Red Coyote itu terkejut.
"Black Tiger!?" kata Red Coyote itu.
Ketua Blue Blood menemui jalan mati. Dia berpusing lalu melihat kembar itu muncul.
"Mustahil!" kata ketua Blue Blood itu ketakutan.
Serta-merta, pasangan kembar itu memberi tendangan serentak ke perut ketua mafia itu. Ketua Blue Blood terpelanting ke belakang, terjunam ke dalam lautan. Namun, urusan belum selesai.
"Hei, kamu!" jerit ketua Red Coyote itu.
Pasangan kembar itu memandang lelaki cina itu.
"Ku sangkakan padi. Rupanya, pagar ya! Pergi bunuh dua Black Tiger tu!" kata ketua Red Coyote, marah.
Lantas seratus orang ahli Red Coyote berlari ke arah pasangan kembar itu sambil membawa pedang katana dan pemukul. Insyirah pula tidak diserang, malah melihat puak Red Coyote mendekati kembar itu.
"Haih, aku dah kenyang makan seratus tadi. Kau pula," kata Alif Najmi mengeluh.
"Alaa... Rezeki kenalah dikongsi. Jomlah," balas Arif Hakimi tersengih.
"Okey, kau makan dulu."
Pasangan kembar itu terus bersatu menentang seratus ahli Red Coyote hanya dengan tangan kosong.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro