BAB 24
Berhadapan dengan lapan samseng memang mustahil baginya. Alif Najmi terus menjatuhkan almari di sebelah lalu menjadikannya kubu. Samseng di situ terus menyerang Alif Najmi yang berseorangan.
"Korang ni memang tak reti nak sabar ke?" kata Alif Najmi, marah.
Dengan gabungan personaliti Musang dan Hoshiko, Alif Najmi bertindak menembak samseng yang lain.
"Welcome to Malaysia!" jerit Alif Najmi melepaskan tembakan.
Habis ketujuh-tujuh samseng ditembak tepat mengenai kepala, macam main permainan video pula. Seorang samseng yang tertinggal masih mengacu pistol ke arah Insyirah. Alif Najmi menumpukan sepenuhnya ke arah sasaran terakhir. Senjata ditukar. Pistol dikeluarkan lalu dibidik ke arah muka lelaki itu.
"Kau tembak. Aku tembak polis ni!" ugut samseng itu, tegas.
Alif Najmi berfikir sejenak. "Hmm..."
Mata Alif Najmi meliar ke sekeliling. Lampu siling di atas kepala suspek dijadikan sasaran.
Bang! Tembakan dilepaskan sekali.
Kepala suspek terus dihempuk dengan lampu siling. Suspek terakhir rebah. Insyirah berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan.
"Terima kasih," ucap Insyirah tersenyum.
Alif Najmi menyimpan pistolnya lalu mengambil dua pucuk SMG Uzi. Dia bergerak lalu lepasi Insyirah tanpa banyak kata. Insyirah hairan melihat telatah dingin Alif Najmi.
Objective:
-Clean the building-
Find Maizatul
Secure Maizatul and Insyirah
Get out from the building
Lose the cops
Mereka menaiki tangga kecemasan. Tembakan dilepaskan Alif Najmi mengenai seorang suspek yang muncul. Mereka menuju ke aras satu lalu bergerak menuju ke wad yang didiami Maizatul.
"Cari Maizatul sebelum diorang jumpa," kata Alif Najmi sejurus menembak seorang samseng.
Tiba-tiba, seorang samseng muncul dengan pisau. Alif Najmi menepis serangan lalu berlawan dengan tangan kosong.
⭐⭐⭐
Sementara Alif Najmi dan Insyirah mencari jalan menyelamatkan Maizatul, Aya mengekori Isma Fatieha ke dalam hutan. Mereka tiba di kabin usang, tempat simpan mayat mangsa Hantu Sudu. Kereta yang dipandunya merempuh bamper belakang kereta Isma Fatieha. Kereta Proton Inspira merah itu hilang kawalan lalu terlanggar dinding kabin. Aya terus menyekat jalan keluar dengan keretanya. Dia bergerak turun dari kereta sambil menyandang pedang katananya. Isma Fatieha merangkak keluar dari keretanya dalam keadaan sakit. Dia bangun lalu berdiri menghadap Aya.
"Marilah!" seru Aya mengeluarkan sebilah pedangnya dari sarung.
Isma Fatieha berjalan ke tengah arena lalu berdiri menghadap lawannya. Sudu perak sedia di tangannya.
=Split Personality Mode=
"Spoon, takkan kau nak bunuh orang lagi?" kata Isma, resah.
"Peduli apa aku! Dia tu suka-suki je jilat leher Musang! Dia kena terima padahnya!" kata Hantu Sudu, berdendam.
=End Split Personality=
Isma Fatieha menanggalkan tudungnya. Terserlah rambutnya paras bahu biru gelap.
"Kau dah sedia?" kata Aya mengacu katana, sedia.
Dua bilah sudu digenggam kuat. Isma Fatieha mencela Aya untuk menyerang. Aya terus berlari ke arah Isma Fatieha dengan larian ninja lantas menyerang dengan pedang. Mujurlah Isma Fatieha sempat menahan serangan, hanya menggunakan sudu perak.
"Apakah? Dengan sudu je?" kata Aya terkejut.
Isma Fatieha menepis serangan itu lalu berlawan. Bunyi logam berlaga kedengaran bergema di rimba. Aya hanya berlawan pedang dengan satu tangan sahaja, menepis setiap serangan dua sudu perak.
Shing! Satu libasan mengenai perut Isma Fatieha.
"Argh!" keluh Isma Fatieha tersedak.
Gadis psiko itu berundur. Dia menyentuh perutnya lalu melihat darah melekat pada tangan. Dia kembali memandang pemain pedang itu.
"Macam mana? Sedap tak?" kata Aya mencemuh.
Isma Fatieha cuba mencari ketahanan dan kekuatan.
"Kau tahu, tak? Tadi, kan? Hoshi hilang teruna dalam trafik. Comel muka stim dia tadi. Kau bila lagi?" kata Aya, sengaja membangkitkan kemarahan Isma Fatieha.
Anak mata Isma Fatieha menjadi kejinggaan dan lebih kecil, macam mata harimau. "Berani kau!"
Lantas, Isma Fatieha menyerang Aya dengan perutnya yang cedera.
⭐⭐⭐
Bunyi tembakan jelas kedengaran dari dalam wad yang didiami Maizatul. Alif Najmi dan Insyirah memasuki wad lalu melihat riada orang di situ.
"Mai?" kata panggil Insyirah.
Maizatul yang menyorok di dalam tandas kecil, terus mengintai lalu munculkan diri. Alif Najmi segera mendekati Maizatul lalu mendakap gadis kecil erat.
"Alhamdulillah, kau selamat!" ucap Alif Najmi bersyukur.
Insyirah menggulingkan matanya, cemburu. Maizatul yang melihat reaksi pegawai polis itu terus melepaskan pelukan. Wajahnya kekal dingin.
"Dah la, Alif. Kita keluar dari sini," pinta Maizatul.
"Okey," balas Alif Najmi akur.
"Cepat. Ikut aku!" arah Insyirah mengetuai gerakan.
Objective:
-Clean the building-
-Find Maizatul-
Secure Maizatul and Insyirah
Get out from the building
Lose the cops
Alif Najmi dan Maizatul mengekori Insyirah dari belakang. Maizatul dilindungi sepenuhnya.
"Itu dia! Budak..." kata seorang pengganas munculkan diri.
Insyirah menembak tanpa perasaan.
"Sebenarnya, apa yang diorang nak dari Mai?" soal Alif Najmi kepada Maizatul, hairan.
"Ermm... Mai, anak kepada ketua Blue Blood. Mai takkan mengaku ketua mafia tu ayah Mai. Tak berperikemanusiaan," kata Maizatul seperti rimas.
"Blue Blood," kata Alif Najmi cuba mencari maklumat dengan mata kanannya manakala mata kiri fokus menembak.
Blue Blood
Type: Mafia
Moto: Stay cool
Member:
Zack (Leader)
Leone
Ramsy
Enemy:
PDRM
Black Tiger
"Apa kau dapat?" kata Insyirah, menembak lawannya.
Alif Najmi masih meneruskan carian sambil meneruskan langkah ke depan.
Zakaria a.k.a. Zack
Alias: Blue Blood (Leader)
Status: Dead
Asset:
10M USD
Heart-shaped Ruby Diamond
Safehouse:
Rome, Italy
Osaka, Japan
Chicago, USA
"Ayah kau ada simpan permata berbentuk hati. Itu yang diorang nak rasanya," kata Alif Najmi.
"Permata? Bentuk hati? Maksudnya..." Maizatul membuka loket pada rantainya.
Loket dibuka. Permata berbentuk hati tersimpan di situ.
"Ma... Mai tak tahu pun pasal ni," kata Maizatul terpinga-pinga.
"Tak apa. Ketepikan tu dulu. Kita kena keluar dari sini!" pinta Insyirah kepada mereka berdua.
Mereka bertiga bergerak keluar dari hospital. Pihak berkuasa susah munculkan diri.
Objective:
-Clean the building-
-Find Maizatul-
-Secure Maizatul and Insyirah-
-Get out from the building-
Lose the cops
"Cepat! Ke kereta peronda!" arah Insyirah.
Lantas mereka bertiga berlari ke arah kereta peronda yang tidak jauh dari situ. Salah seorang pegawai bertugas di situ terlihat mereka melarikan diri.
"Hoi, berhenti!" jerit pegawai itu.
Mereka bertiga enggan mengikut arahan. Kereta peronda dinaiki mereka. Arifah yang menunggu mereka dari tadi, hanya mampu berdiam. Insyirah terus memandu kereta pergi dari situ. Alif Najmi duduk di sebelah wanita itu. Arifah dan Maizatul hanya berdiam di kusyen belakang. Mereka bergerak keluar dari kawasan hospital itu.
"Alif," panggil Insyirah sambil memandu laju.
Alif Najmi memandang wanita di sebelahnya. Senjata AKM dihulurkan.
"Ambil ni," pinta Insyirah. "Hentikan diorang semua. Jangan cederakan sesiapapun."
Alif Najmi mengambil senjata itu. "Roger!"
⭐⭐⭐
Dua pesaing semakin penat. Aya sudah kepenatan sementara Isma Fatieha cedera teruk dilibas.
"Let's finish this!" kata Aya bersedia.
Isma Fatieha turut bersedia biarpun lemah. "Come here, bitch!"
Lantas, mereka berdua membuat serangan terakhir dengan senjata yang masih di tangan.
Tang! Bunyi logam berlaga, bergema ke pelosok rimba membuatkan burung di dahan berterbangan pergi.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro