BAB 21
Telefon Alif Najmi berdering. Panggilan dari nombor tidak dikenali direnung seketika lalu dijawab.
"Helo," kata Alif Najmi, perlahan.
Suara nafas tidak teratur kedengaran.
"Siapa tu?" soal Alif Najmi, hairan.
"Fazz ni. Farid dekat mana?" balas Fazz, cemas.
"HBKL. Kenapa?"
"Malam nanti, nak jumpa boleh?"
"Dekat mana?"
"Macam biasalah. Ajak Insyirah sekali."
"Okey."
Panggilan dari telefon awam ditamatkan. Fazz mengeluh lega. Alif Najmi pula kehairanan.
"Kenapa Alif?" soal Maizatul masih setia di sisinya.
"Fazz, dia ada masalah. Malam nanti, kami akan berjumpa," kata Alif Najmi terasa risau.
"Oh, begitu."
"Okeylah. Jaga diri awak ya."
"Baik."
Alif Najmi berlalu keluar dari wad. Dia segera menghubungi Insyirah.
Alif Personality OFF
Farid Personality ON
Musang Personality ON
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF
"Helo," kata Insyirah.
"Yo, Insyi! Malam nanti, kita jumpa sebab dah dapat maklumat baru," kata Alif Najmi, selamba.
"Okey. Nanti, share location."
"Alright, sayang," balas Alif Najmi dirasuk Musang.
⭐⭐⭐
Malam itu, Insyirah menemui Alif Najmi dan Fazz. Dia melabuhkan punggung di sebelah Fazz.
"Okey, boleh cerita apa terjadi?" pinta Insyirah.
Fazz berdiam, masih tersisa ketakutan.
Wan Nur Fazzarah binti Mat Don
Alias: None
Status: Friendly
Condition:
Stress 50%
Fear 80%
Insyirah dengan sikap baran, cuba lebih tegas. "Boleh bagitau apa yang terjadi?"
Wan Nur Fazzarah binti Mat Don
Condition:
Stress 60%↑
Fear 90%↑
Alif Najmi memegang tangan Insyirah. Pegawai polis itu memandang lelaki psiko itu.
"Biar aku yang cakap," kata Alif Najmi, lembut.
Insyirah berdiam. Alif Najmi mengambil alih perbualan.
"Fazz, boleh bagitau apa terjadi?" soal Alif Najmi, lembut.
Wan Nur Fazzarah binti Mat Don
Condition:
Stress 50%↓
Fear 70%↓
Fazz memandang wajah ketua bahagiannya, masih ketakutan.
"Tak apa. Jangan risau. Kami akan tolong," kata Alif Najmi, lembut.
Wan Nur Fazzarah binti Mat Don
Condition:
Stress 40%↓
Fear 50%↓
"Tadi, korang pergi tempat Hantu Sudu ke?" soal Alif Najmi ingin kepastian, santun bicaranya.
Wan Nur Fazzarah binti Mat Don
Condition:
Stress 30%↓
Fear 30%↓
Fazz mengangguk kecil.
"Apa yang Fazz buat dekat sana?" soal Alif Najmi ingin tahu, kekalkan kelembutan.
Wan Nur Fazzarah binti Mat Don
Condition:
Stress 20%↓
Fear 10%↓
"Fazz tunggu dekat luar dengan Az. Firsha dan Harris masuk ke dalam. Lepas tu, bos Isma datang. Lepas tu pula, kami dengar Firsha jerit. Kami pun lari. Az kena perangkap... dan dibunuh. Fazz pula larikan diri," kata Fazz, jujur.
"Dekat mana rumah tu?" soal Alif Najmi.
"Dalam hutan, tapi Fazz tak tahu tempat tu. Tak pernah pergi pun."
"Cukuplah ni. Nanti, kami akan siasat," kata Insyirah, tenang.
"Yalah."
"Pergilah balik. Kalau ada apa-apa, call Farid," kata Alif Najmi, dingin.
"Baik. Terima kasih." Fazz bingkas lalu beredar pergi.
Alif Najmi dan Insyirah melihat Fazz beredar. Mereka saling memandang. Senyuman membalas.
"Jom pergi boling!" ajak Insyirah.
Nurain Insyirah binti Farhan
Alias:
PDRM (Inspector)
Red Mannequin
Status: Lover
Weapon: Glock
Condition:
Happiness 80%
Stress 25%
"Boleh juga," balas Alif Najmi, ceria.
Mereka beredar dari situ dengan tangan berpegangan.
Nurain Insyirah binti Farhan
Condition:
Happiness 90%↑
Stress 20%↓
"Tak apa ke biarkan dua beranak tu tinggal dekat rumah kau?" kata Alif Najmi.
Insyirah meletakkan kepalanya ke bahu Alif Najmi. "Tak apa. Jangan risau."
⭐⭐⭐
Arifah bangun pada larut malam. Dia melihat Farzana tiada di situ.
"Mama," panggil Arifah.
Tiada sahutan.
"Mama!"
Sunyi.
Arifah bergerak turun dari katil lalu berjalan keluar dari bilik. Kelihatan seseorang berdiri di hadapan Farzana menarik minat kanak-kanak itu.
"Siapa ni?" soal Arifah kehairanan, tidak gentar.
Isma Fatieha menoleh ke arah Arifah. Hoodie dipakainya. Jari perlahan-lahan diletak di bibir.
"Shh... Mama kamu sedang tidur," pesan Isma Fatieha tersenyum.
"Tidur? Selalunya dia tidur dalam bilik dengan Arifah," kata Arifah.
"Mama kamu penat. Itu yang tertidur di sini."
"Oh..." Arifah mengangguk sahaja.
Arifah melihat perut Farzana dipacak dengan sudu perak. Mulut Farzana mengalirkan darah sedikit.
"Benda apa yang merah dekat perut mama tu?" soal Arifah tidak tahu apa-apa.
"Oh, cuma sos. Mama kamu penat kerja dekat dapur. Habis bersepah barang dapur sampai sos tertumpah kat atas badan mama kamu ni," bohong Isma Fatieha.
"Oh..."
"Dah pergi tidur."
"Tapi, mama selalu buat susu untuk Arifah sebelum tidur."
"Tak apa. Biar mak cik buat ya."
Isma Fatieha beredar ke dapur dengan langkah tenang. Arifah mendekati Farzana lalu memegang tangab ibunya. Sejuk.
"Mama sakit ke? Sejuk ni," kata Arifah serba tidak tahu.
"Susu dah siap!" kata Isma Fatieha kembali muncul dengan secawan susu.
Arifah memandang pembunuh bersiri itu. Secawan susu diambil dari tangan Isma Fatieha.
"Mak cik, boleh tak bawa mama masuk bilik. Dia sejuk," pinta Arifah lalu menghirup susu, selera.
"Oh, sudah tentu," kata Isma Fatieha, ikhlas.
Mayat Farzana didukung lalu dibawa ke bilik tidur. Arifah hanya mengekori dari belakang. Isma Fatieha meletakkan mayat ke atas katil. Dia memandang Arifah.
"Ada apa lagi?" soal Isma Fatieha tersenyum sahaja.
"Dodoikan Arifah. Selalunya mama dodoikan Arifah, tapi mama dah tidur awal pula," pinta Arifah lagi.
"Oh, boleh. Boleh!"
Susu dihirup habis. Cawan diletakkan di atas meja. Arifah bergerak ke atas katil lalu tidur sebelah mayat ibunya. Isma Fatieha menutup tubuh mereka berdua dengan selimut. Dia duduk di atas kerusi.
"Nak mak cik dodoikan lagu apa? Lagu Inggeris boleh?" kata Isma Fatieha.
"Apa-apa je la. Asalkan Arifah dapat tidur," balas Arifah memandang Isma Fatieha.
"Okey kalau macam tu."
Lalu Isma Fatieha mendendangkan lagu kegemaran Hantu Sudu.
Ding dong
I know you can hear me
Open up the door
I only wanna play a little
Ding dong
You can't keep me waiting
It's already too late for you to try and run away
I see you through the window
Our eyes are locked together
I can sense your horror
Thought I'd like to see it closer
Ding dong
Here i come to find you, hurry up and run
Let's play little game and have fun
Ding dong
Where's it you've gone to?
Do you think you've won?
Our game of hide and seek he's just begun
I hear your footsteps
Thumbing loudly through the hallways
I can hear your sharp breaths
You're not very good at hiding
Just wait you can't hide from me
(I'm coming)
Just wait you can't hide from me
(I'm coming)
Just wait you can't hide from me
(I'm coming)
Just wait you can't hide from me
Knock knock
I'm at your door now
I am coming in
No need for me to ask permission
Knock knock
I am inside your room now
Where is it you've his?
Our game of hide and seek's about to end
I'm coming closer
Looking underneath your bed but
You're not here I wonder
Could you be inside the closet?
Ding dong
I have found you
Ding dong
You're hiding here
Now you're it
Ding dong
Finally found you dear
Now you're it
Ding dong
Looks like I have won
Now you're it
Ding dong
Pay the consequence
Ding dong
Looks like I have won
Now you're it
Ding dong
Pay the consequence
Hide and Seek
-Lizz Robinett
Lalu kanak-kanak lapan tahun itu terlelap. Isma Fatieha mengambil kesempatan untuk beredar dari situ, membiarkan Arifah tidur dalam keadaan memeluk mayat ibunya.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro