Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 18

Pintu bilik dibuka. Insyirah memandang dua beranak tadi.

"Okey. Ni bilik korang. Jangan risau. Korang akan selamat dekat sini," pesan Insyirah mengukirkan senyuman ikhlas.

Arifah memasuki bilik itu sambil menggalas begnya. Farzana memandang pegawai polis itu.

"Terima kasih, puan," ucap Farzana bersyukur.

Insyirah hanya membalas senyuman lalu melangkah keluar rumah. Alif Najmi dari tadi menunggu di luar rumah sambil memerhati sekeliling. Matanya tertumpu pada Faiz Azzudin yang sedang membasuh motosikal di laman rumah. Kelihatan Aisyah Maisarah yang berbadan dua sedang memerhati suaminya di bangku. Jiran depan rumah rupanya.

"Haih, bilalah nak rasa macam tu?" monolog Alif Najmi tersengih.

"Rasa apa?" sergah Insyirah menepuk bahu Alif Najmi.

Alif Najmi tidak melatah lalu memandang Insyirah dengan wajah dingin.

Nurain Insyirah binti Farhan
Condition:
Happiness 45%

"Tak ada apa. Jomlah kita gerak," kata Alif Najmi.

"Ke mana?" soal Insyirah, hairan.

"Ke hati awaklah."

Insyirah tersenyum malu.

Nurain Insyirah binti Farhan
Condition:
Happiness 55%↑

"Pandai-pandai je dia ni," kata Insyirah, segan.

"Dah tu. Naiklah kuda kita ni," kata Alif Najmi cuba ceriakan Insyirah.

Insyirah tertawa kecil.

Nurain Insyirah binti Farhan
Condition:
Happiness 70%↑

"Dah la tu," kata Insyirah tersisa tawanya.

Pegawai polis itu menaiki motosikal milik Alif Najmi. Helmet dipakainya.

"Cepatlah jalan," arah Insyirah membonceng di belakang dengan tangan di atas bahu Alif Najmi.

Alif Najmi terlebih dahulu memindahkan tangan Insyirah dari bahunya ke perutnya. Insyirah terasa segan sedikit tetapi membiarkan sahaja. Senyumannya tercalit di bibir disalut kebahagiaan.

Nurain Insyirah binti Farhan
Condition:
Happiness 90%↑

Alif Najmi menghidupkan enjin motosikal. Dia menoleh muka ke arah Insyirah.

"Pegang kuat-kuat tau," pesan Alif Najmi.

Insyirah mendakap perut Alif Najmi di belakang. Alif Najmi memandang ke depan.

Alif Personality OFF
Farid Personality ON
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF

Motosikal ditunggang pergi dari situ dengan secara berhemah.

Tanpa disedari mereka, Isma Fatieha hanya berdiri di sebalik pokok pisang. Pandangannya dibuang ke arah mereka yang berlalu pergi lalu memandang rumah yang kini didiami Farzana dan Arifah. Sudu perak masih dipegangnya.

⭐⭐⭐

Skuad Thriller yang terdiri daripada Az, Harris, Fazz dan Firsha, tiba di lokasi pembunuhan. Firsha menggunakan kanta pembesar untuk melihat darah kering di lantai. Harris cuba berfikir. Az dan Fazz hanya melihat dua rakan sekerjanya bergerak aktif dalam penyiasatan.

"Aku rasa, pembunuh heret mayat pergi dari sini," kata Firsha melihat kesan darah kering itu.

"Ya, itu pasti. Lagipun, mangsa bukan seorang. Ada dua sebenarnya. Aku yakin membunuhnya orang yang sama," akur Harris bersetuju.

Lalu Harris dan Firsha berjalan keluar dari garis kuning. Az dan Fazz hanya berdiam melihat mereka begitu serius menjalankan misi.

"Serius betul diorang," kata Az tergamam.

"Kan?" balas Fazz sepatah.

⭐⭐⭐

Alif Najmi menunggang motosikal sekitar metropolis sambil berbual dengab Insyirah.

"Sebenarnya, aku boleh baca minda orang," kata Alif Najmi, jujur.

"Itu sebab ada cip dalam otak kau," kata Insyirah, serius.

"Apa?"

"Ya, betul. Aku dah cakap dah tadi. Aku dengan Fauzi letakkan cip tu ke dalam otak kau."

"Oh, haha! Maaflah. Aku terlupa."

Motosikal berhenti di hadapan ibu pejabat polis. Insyirah bergerak turun dari motosikal.

"Kau cubalah jejak Hantu Sudu tu. Mesti kau boleh jumpa dia nanti."

"Ya, aku cuba."

"Apapun, terima kasih sebab hantar aku. Nanti, aku call ya," kata Insyirah tersenyum.

"Okey," balas Alif Najmi.

Satu kucupan diberikan ke pipi Alif Najmi. Merah menyala wajah lelaki itu. Dia memandang wajah wanita itu.

Nurain Insyirah binti Farhan
Alias:
PDRM (Inspector)
Red Mannequin
Status: Lover
Weapon: Glock
Condition:
Happiness 100%↑
Health 100%
Stress 5%

Insyirah berlalu pergi. Alif Najmi menyentuh pipinya lalu melihat wanita itu berjalan dengan anggunnya. Dia mula cair.

"Haih, seksinya," monolog Alif Najmi tergoda.

SPLIT PERSONALITY ON

Pakk!! Satu tamparan menghinggap ke pipi Musang.

"Dasar musang sungguh! Tak habis-habis nak menggatal eh?" kata Hoshiko, marah.

"Sudah-sudahlah tu. Tak payah nak bergaduh," kata Alif cuba leraikan pergaduhan pasangan personaliti itu.

"Apa? Mana ada bergaduh? Kami tengah bersweet ni."

Farid dan Najmi hanya memandang dingin terhadap mereka.

"Bersweet?" kata Farid, dingin.

"Dengan personaliti sendiri?" kata Najmi turut dingin.

"Nampak sangat dah makin pelik korang ni," kata Farid dan Najmi, serentak.

SPLIT PERSONALITY OFF

Alif Najmi memandang hadapan lalu menunggang motosikal pergi dari situ. Dia menunggang menuju ke tempat kerjanya.

⭐⭐⭐

Darah kering pada telefon awam disentuh Firsha. Gadis itu menghidunya. Masih ada kesan bau darah lagi.

"Hmm... Mengikut bau ni, mangsa dah sehari kena bunuh, macam mangsa tadi," kata Firsha, yakin.

Harris masih berfikir. "Suspek akan heret mangsa dengan apa ya? Dua mayat kot dia kena heret."

"Kemungkinan besar dengan kereta. Setakat dua mayat, bonet belakang kereta boleh muat tiga orang. Lagipun, kedua-dua mangsa tu perempuan sebab bau darah dia agak manis sikit."

"Kereta ya. Rasanya jenis apa?"

"Kereta yang bos pakai tu."

"Proton Inspira?" celah Fazz bersuara.

"Ya, betul!"

"Kebetulan. Bos baru lalu depan kita," celah Az melihat Proton Inspira merah dipandu oleh Isma Fatieha.

Mereka bertiga terdiam lalu memandang kereta tersebut.

"Merah?" kata Firsha mula mengsyak sesuatu.

"Aku syak sesuatu dekat bos sekarang ni," kata Harris mencurigakan.

"Apa yang korang merepek ni? Waktu macam ni, bos baru balik dari sekolah," kata Az, dingin.

Barulah Firsha dan Harris teringat.

"Haahlah. Terlupa," kata Firsha tersengih.

"Itulah. Siasat sampai tak ingat dunia," perli Az mengkritik.

⭐⭐⭐


Isma Fatieha meletakkan kereta di tempat parkir berbayar. Dia bergerak turun dari keretanya lalu berjalan ke bangunannya. Secara tidak sengaja, dia terlanggar Alif Najmi yang turut baru tiba.

"Oh, sorry!" ucap Isma Fatieha.

Alif Najmi memandang gadis itu.

Nur Isma Fatieha binti Yusof
Alias: None
Status: Friendly
Heartbeat: 86/min
Condition:
Sanity 35%
Stress 30%

"Tak apa. Isma okey, tak?" kata Alif Najmi.

Isma Fatieha mengangguk sahaja. Tangan gadis itu dipegang, membuatkan dia terkejut.

Nur Isma Fatieha binti Yusof
Heartbeat: 98/min↑
Condition:
Sanity 55%↑
Stress 20%↓

"Dah. Jom kerja," kata Alif Najmi tersenyum.

Bahu Isma Fatieha pula dipeluk.

Isma Fatieha binti Yusof
Heartbeat: 121/min↑
Condition:
Sanity 70%↑
Stress 10%↓

Mereka berdua berjalan ke bangunan milik syarikat BukuFatin bersama. Entah apa yang dirasai Isma Fatieha sekarang. Alif Najmi mendapat satu idea.

Alif Personality OFF
Farid Personality OFF
Musang Personality ON
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality ON

"Kita tak payah kerjalah hari ni," kata Alif Najmi tersengih.

Isma Fatieha memandang lelaki itu. "Eh, kenapa?"

"Kita dating nak?"

"Ke mana?"

Segera, Alif Najmi menarik lengan Isma Fatieha pergi dari situ, jauh dari tempat kerja. Isma Fatieha ketawa riang dengan tindakan Alif Najmi.

Nur Isma Fatieha binti Yusof
Alias: None
Status: Lover
Weapon: Silver spoon⚠
Condition:
Sanity 90%↑
Stress 5%↓

Apakah? Desis hati Alif Najmi terkejut.

Sudu perak...

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro