Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17

Air teh panas dituang ke dalam cawan. Alif Najmi duduk di birai katil. Pintu bilik terbuka memudahkan dia melihat Arifah melayan Sword Art Online: Alicization di kaca televisyen. Alif Najmi kembali memandang Farzana.

"Jadi, aku kat mana ni?" soal Alif Najmi kepada Farzana.

Farzana menghulurkan secawan teh panas keoada Alif Najmi. "Rumah kitorang. Dekat Cheras."

Alif Najmi mengangguk faham lalu memandang ke ruang tamu semula. Arifah begitu khusyuk menghayati jalan cerita anime itu.

Tanpa disangka, mata Alif Najmi dapat melihat nombor dan huruf yang terpapar pada anak matanya.

"Apa ni?" kata Alif Najmi terkejut.

Farzana memandang lelaki itu, hairan. "Kenapa?"

Alif Najmi memandang Farzana lalu mengimbas wanita itu lalu mendapat maklumat.

Nur Farzana binti Ramzi
Date of Birth: 23/3/1996
Place of Birth: Pasir Puteh, Kelantan
Alias: Red Mannequin (Leader)
Status: Friendly
Condition:
Health 100%
Stress 15%

Red Mannequin? Desis hati Alif Najmi.

Red Mannequin
Type: Gang
Moto: Orang lemah bukan boneka
Member:
Farzana (Leader)
Zack
Tommy
Enemy:
PDRM
Black Tiger

"Black Tiger... Lama tak dengar nama tu," kata Alif Najmi berwajah kosong.

"Black Tiger? Kau..." Dalam diam, Farzana keluarkan pisau dari pinggang. "...dari kumpulan tu ke?"

"Ya,... tapi bekas."

Hampir sahaja Farzana menikam anak mata Alif Najmi dengan pisau. Alif Najmi berwajah dingin sahaja. Tangannya perlahan-lahan mengalihkan pisau dari wajahnya. Dia mengimbas Farzana sekali lagi.

Nur Farzana binti Ramzi
Alias: Red Mannequin (Leader)
Status: Hostile
Weapon: Knife
Condition:
Stress 75%↑

"Bawa bertenang. Jangan bertindak melulu," pesan Alif Najmi, tenang.

Farzana menghela nafas. Pisau di tangannya dilepaskan. Sekali lagi Alif Najmi mengimbas wanita itu.

Nur Farzana binti Ramzi
Alias: Red Mannequin (Leader)
Status: Neutral
Weapon: None
Condition:
Stress 55%↓

"Minta maaflah sebab aku bunuh ayah kau hari tu," ucap Alif Najmi cuba menenangkan Farzana.

"Tak apa. Aku okey," balas Farzana menunduk.

Nur Farzana binti Ramzi
Alias: Red Mannequin (Leader)
Status: Neutral-Friendly
Condition:
Stress 40%↓

"Hmm... Kau kerja apa?" soal Alif Najmi.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu diketuk kuat.

"PDRM!" seru Insyirah dari luar rumah kayu.

Arifah memandang pintu kayu rumah. Televisyen segera ditutup. Arifah berlari ke bilik lalu memeluk Farzana.

Siti Nur Arifah binti Ramzi
Status: Neutral
Condition:
Fear 60%

Soalan tadi terbiar tiada jawapan. Alif Najmi melihat dua beranak itu berpelukan.

"Buka pintu ni!" arah Insyirah mengetuk pintu lebih kuat.

Arifah mula bergelinang air mata.

Siti Nur Arifah binti Ramzi
Condition:
Fear 80%↑

Alif Najmi meletakkan secawan air teh ke atas meja lalu bangun. Dia berjalan ke pintu depan. Farzana melihat tindakan lelaki itu sambil mendakap erat anaknya.

Wooden Door
Condition: Weak

Alif Najmi membuka pintu dari dalam. Dia melihat Insyirah berdiri di luar rumah.

Nurain Insyirah binti Farhan
Alias: PDRM (Inspector)
Status: Friendly
Weapon: Glock
Condition:
Health 100%
Stress 20%

"Insyi, macam mana kau tau aku dekat sini?" soal Alif Najmi, hairan.

"Semalam, semasa kau pengsan, aku dengan Fauzi masukkan cip ke dalam otak kau. Cip tu buatkan kau boleh baca maklumat sesuatu benda dan kami boleh cari kau sebab cip tu," jawab Insyirah.

"Oh, begitu rupanya. Kenapa tak cakap awal-awal?"

"Dah kau pengsan, macam mana nak bagitau?"

Pakk!! Satu tamparan menghinggap ke pipi Alif Najmi.

Mata Alif Najmi memaparkan mod personaliti dirinya.

Alif Personality ON
Farid Personality OFF
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF

Alif Najmi mengusap pipinya. "Aduh, sakit."

"Siapa culik kau ke sini?" soal Insyirah.

"Err..." Alif ragu-ragu menjawabnya.

Farzana munculkan diri bersama Arifah. Wajahnya serba tidak kena. Pistol sedia di pinggangnya, takut kejadian di luar kawalan. Alif Najmi dan Insyirah melihat dua perempuan itu muncul.

"Jangan apa-apakan diorang. Diorang tak bersalah," kata Alif Najmi cuba membela nasib dua beranak itu.

Insyirah menjeling tajam ke mata Alif Najmi.

Nurain Insyirah binti Farhan
Status: Neutral-Friendly
Condition:
Stress 35%↑

"Kau cuba nak bela penjenayah ke?" soal Insyirah, sesikit geram.

Farzana dan Arifah hanya berdiam.

Nur Farzana binti Ramzi
Status: Neutral-Friendly
Weapon: Revolver
Condition:
Stress 50%↑

Siti Nur Arifah binti Ramzi
Status: Neutral
Condition:
Fear 50%↓

Melihat keadaan dua beranak itu, Alif Najmi mengubah personaliti dengan sendiri. Matanya terpapar personaliti pilihan.

Alif Personality OFF
Farid Personality ON
Musang Personality ON
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality OFF

Dua personaliti digabungkan.

"Habis tu, kau nak tahan aku?" kata Alif Najmi, dingin dan sedikit kasar.

Insyirah tersentak.

Nurain Insyirah binti Farhan
Status: Neutral
Condition:
Stress 50%↑

Dia menjeling ke arah dua beranak itu. Alif Najmi turut memandang mereka berdua berpelukan. Keadaan masih sama. Lelaki itu kembali memandang pegawai polis itu.

"Kalau kau nak tahan diorang, tahan aku sekali," pesan Alif Najmi, tegas.

Sekali lagi Insyirah tersentak.

Nurain Insyirah binti Farhan
Status: Neutral-Hostile
Condition:
Stress 65%↑

Nur Farzana binti Ramzi
Status: Friendly
Condition:
Stress 30%↓

Siti Nur Arifah binti Ramzi
Status: Neutral-Friendly
Condition:
Fear 30%↓

Insyirah menggigit bibir bawahnya, mencebik. Kepalanya digeleng perlahan.

"Kau dah banyak berubah," kata Insyirah, sedih.

Alif Najmi menundukkan kepala, terasa bersalah.

Alif Personality ON
Farid Personality OFF
Musang Personality OFF
Hoshiko Personality OFF
Najmi Personality ON

"Insyi, maafkan aku. Aku tak terniat pun nak marah. Lagipun, tak boleh tangkap macam tu je. Kita dengar dulu masalah diorang," pesan Alif Najmi, lembut.

Nurain Insyirah binti Farhan
Status: Neutral
Condition:
Stress 45%↓

"Benda boleh bawa berbincang. Boleh, kan?" kata Alif Najmi cuba menenangkan Insyirah.

Nurain Insyirah binti Farhan
Status: Neutral-Friendly
Condition:
Stress 25%↓

Insyirah mengangguk setuju. "Yelah, awak."

Alif Najmi memandang dua beranak itu. Mereka kelihatan semakin tenang.

Nur Farzana binti Ramzi
Status: Friendly
Condition:
Stress 15%↓

Siti Nur Arifah binti Ramzi
Status: Friendly
Condition:
Fear 10%↓

Lelaki itu kembali memandang Insyirah. "Kita masuk dulu. Bawa berbincang."

Nurain Insyirah binti Farhan
Status: Friendly
Condition:
Stress 10%↓

Wanita itu memasuki rumah kayu itu. Alif Najmi memandang sekeliling. Tiada orang pun di kawasan kampung pada tengah hari terik sebegitu.

Tanpa disedari, Isma Fatieha memerhati dari jauh di sebalik pokok. Sudu perak digenggam kuat di tangan. Gadis itu terus beredar dari situ dengan dendam kesumat yang tersemat sedalam-dalamnya di hati.

Sementara itu, Insyirah berbincang dengan Farzana secara santun. Arifah pula asyik bermain Mobile Legends bersama Alif Najmi.

"Jadi, saya tak bersalah dalam kes ni?" soal Farzana inginkan kepastian.

"Tentulah salah, tapi tak apa. Saya akan tolong cik nanti. Kami akan lindungi cik dari pembunuh yang kami cari tu," kata Insyirah mengukirkan senyuman ikhlas.

"Terima kasih, puan."

Alif Najmi memandang dua wanita itu, melihat mereka bersalaman dan berpelukan.

Nurain Insyirah binti Farhan
Alias:
PDRM (Inspector)
+Red Mannequin

Nur Farzana binti Ramzi
Alias:
Red Mannequin (Leader)
+PDRM

Senyuman tercalit di bibir Alif Najmi. Nampaknya, dia perlu mahirkan lagi gunakan kemahiran membaca minda manusia. Entah bagaimana dia boleh rasai kuasa bacaan minda itu. Pasti menarik nanti.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro