BAB 15
Selama 18 jam terlelap. Mata Alif Najmi dicelik. Dia melihat siling rumahnya.
"Apa terjadi semalam?" monolog Alif Najmi kehairanan.
~Throwback~
Tiba-tiba, muncul pula seorang lagi lelaki menyerang Alif Najmi dari belakang. Alif Najmi dibelasah dua lelaki jahat. Isma Fatieha mahu membantu tetapi seorang lelaki berbadan besar sempat menghalangnya. Dia dipeluk kuat sehinggakan dia tidak mampu bergerak.
"Hei, lepaslah!!" jerit Isma Fatieha cuba melepaskan diri dari pelukan.
Alif Najmi rebah lalu terus dibelasah. Dia disepak, ditendang kuat sehingga terbatuk darah.
"Berhenti!" jerit Isma Fatieha menangis.
Tubuh Alif Najmi menjadi longlai.
"Berhentilah!" jerit wanita itu lagi.
Akhirnya, Alif Najmi berpejam. Dia tidak bergerak langsung, terus terkaku di lantai.
~End Throwback~
"Auch!" keluh Alif Najmi mengurut lehernya.
Matanya meliar sekeliling lalu tertumpu pada jam loceng. Sudah hampir pukul sembilan pagi.
"Huwaaaaa!!! Dah lambat!" Terus lelaki itu bangun lantas bersiap ke tadika.
Dia memasuki bilik mandi. Badan dibasuh secara mandi kerbau. Dia kembali keluar lalu meluru ke almari. Pakaian senaman dipakainya. Beg digalas lantas bergerak pantas keluar dari apartmennya.
Sebaik sahaja melangkah keluar, hujan lebat membasahi bumi.
"Haih, waktu lambat ni la nak hujan pun," keluh Alif Najmi.
Dia berfikir seketika.
"Sekejap."
~Throwback~
"Tolonglah jangan bunuh aku. Kau ambillah kereta Mazda RX-7 aku tu tapi jangan bunuh aku," rayu lelaki itu.
"Okey, terima kasih untuk kereta tu."
Untuk kali terakhir, Alif Najmi membakar muka lelaki itu hingga rentung.
~End Throwback~
"Aku ada kereta, kan?" monolog Alif Najmi.
Pakk!! Satu tamparan menghinggap ke pipinya.
"Kenapa aku guna moto selama ni?"
Lantas, dia memasuki rumahnya semula untuk mengambil kunci kereta lalu berjalan ke tingkat bawah setelah mengunci pintu. Dia mendekati kereta Mazda RX-7 lalu menekan butang kunci kereta.
Kababoom!! Kereta tersebut meletup di depan mata Alif Najmi.
"What the hell," kata Alif Najmi, dingin.
Alif Najmi melihat sebuah van hitam bergerak laju meninggalkan tempat itu.
"Jangan harap kau boleh lari." Segera Alif Najmi menaiki motosikalnya.
Dengan kelajuan pantas, motosikal ditunggang ke arah van hitam. Seorang penumpang van tersebut mengeluarkan separuh badannya sambil memegang submachinegun (SMG) MP-5. Dia membidik ke arah sasaran.
"Haih, sekali lagi," kata Alif Najmi mengeluh.
Tembakan dilepaskan ke arah Alif Najmi. Mujurlah lelaki itu sempat mengelak, menunggang ke bahagian kanan van. Seorang lagi penumpang mengacu senjata yang sama ke arah Alif Najmi.
"Apa motif korang bunuh aku ni?" tengking Alif Najmi marah.
Tembakan dilepaskan lagi. Alif Najmi terus membrek motosikal secara mengejut. Terpaksalah dia mengekori van hitam itu.
Beberapa minit kemudian, mereka memasuki metropolis yang penuh sesak. Van penjenayah dipandu di celah kenderaan yang lain sehingga tersekat dalam kesesakan lalu lintas itu. Mereka yang berada di dalam van itu terus keluar dari van. Alif Najmi memerhatikan mereka lalu mengejar. Pistol dari celah pinggangnya dikeluarkan lalu menunggu masa yang sesuai untuk menembak.
Bang! Bang! Dua butir peluru dilepaskan suspek.
Alif Najmi hilang tumpuan lantas memberhentikan motosikal. Dia bergerak turun dari motosikal lalu berlindung di sebalik kereta awam. Beberapa das tembakan dilepaskan oleh suspek. Kesemuanya empat orang yang memburu Alif Najmi.
Bang!
Sebutir sniper dilepaskan dari tempat tinggi lalu mengenai pipi sasaran. Bukan empat, tetapi lima orang. Mata Alif Najmi meliar ke sekitar tempat. Terdapat seorang penembak hendap di sebelah landasan LRT. Alif Najmi kembali berlindung. Pipinya disentuh. Terdapat darah di jarinya.
"Wah, pandai korang rancang eh!" puji Alif Najmi sinis.
Mata Alif Najmi meliar lagi.
=Split Personality Mode=
Bahu Musang ditepuk. Musang memandang Hoshiko.
"Ada apa Hoshi?" soal Musang, hairan.
"Tak apa. Biar aku buat benda ni," kata Hoshiko, tersengih.
"Hah?"
"Benda ni macam main game je. Easy."
=End Split Personality=
Alif Najmi terus bangun lalu menembak seorang suspek yang muncul di sebelah, tepat mengenai kepala. First Blood!
Dia menyimpan pistol di celah pinggang lalu mengambil SMG MP-5 milik suspek. Dia memandang sekeliling sambil membidik senjata. Seorang suspek muncul lalu ditembak bertalu-talu ke arah kaki sahaja. Alif Najmi mencampak senjata di tangannya lantas berlari ke arah suspek. Dia menjadikan suspek sebagai tebusan lalu mengeluarkan pistolnya. Dia menembak seorang suspek yang muncul di depannya dengan pistol. Seorang lagi suspek rebah. Double Kill!
Krakk!! Leher tebusan dipatahkan. Triple Kill!
Bang! Sebutir peluru sniper mengenai mayat rakannya secara tidak sengaja.
Badan tebusan dicampak ke lantai. Alif Najmi membidik ke penembak hendap itu. Nafas ditarik dalam-dalam.
Bang! Tembakan dilepaskan tepat mengenai kepala penembak hendap.
Penembak hendap itu rebah ke belakang lalu terjatuh ke atas landasan LRT. Sebuah LRT terus merempuh mayat lelaki itu. Mayat itu terbelah dua dek digilis roda kereta api magnet itu. Badan mayat itu terjatuh ke atas jalan. Terperciklah darah pekatnya ke persimpangan jalan. Ditambah pula dengan lori yang lalu di persimpangan itu membuatkan kepala mayat pecah mengeluarkan inti otak dan biji mata. Maniac! Brutality!
Mata Alif Najmi meliar mencari seorang lagi suspek. Kelihatan seorang lelaki berlari meninggalkan tempat kejadian.
"Hoho! Nak lari ke mana?" kata Alif Najmi, psiko.
Alif Najmi terus berlari mengejar suspek yang terakhir itu. Dia memanjat ke bumbung kereta lalu melompat ke bumbung kenderaan yang lain. Makian para pemandu tidak dihiraukan. Alif Najmi terus melompat dan melompat lagi ke bumbung kereta, seperti musang. Suspek itu berlari ke lorong pejalan kaki, diekori Alif Najmi.
Tidak jauh dari mereka, Nurliyana dan Saranisa berjalan bersama menuju ke tempat kerja.
"Eh, tu kan... Musang?" kata Nurliyana terlihat Alif Najmi berlari ke arahnya bersama suspek.
"Dia kejar siapa tu?" kata Saranisa kehairanan.
Mereka berdua terus ditolak kasar oleh penjenayah itu sehingga terjatuh.
"Hei!" jerit dua gadis itu.
Alif Najmi tidak menghiraukan mereka berdua, malah terus mengejar lelaki itu. Saranisa bangun lalu membantu Nurliyana berdiri. Mereka memandang dua lelaki yang berkejaran.
"Kita ikut diorang nak?" cadang Saranisa.
"Boleh juga," balas Nurliyana akur.
Dua gadis itu terus mengejar mereka. Mereka melalui lorong terpencil lalu menemui jalan mati. Penjenayah itu memanjat tembok tetapi kakinya sempat disambut Alif Najmi.
"Kau nak lari ke mana?" kata Alif Najmi tersenyum sinis.
Satu tendangan kuat mengenai muka Alif Najmi. Lelaki itu terjatuh membuatkan suspek melarikan diri. Alif Najmi bangun lalu memanjat tembok setinggi dua meter itu.
Tidak lama kemudian, dua gadis tadi muncul lalu berhenti berlari.
"Tak guna! Jalan mati!" kata Nurliyana, geram.
"Haih, tak ada guna juga kita kejar diorang. Diorang laju," kata Saranisa, pasrah.
"Yelah."
Tanpa disedari, seseorang menghalang laluan keluar dua gadis itu. Sudu perak sudah sedia di tangannya.
"Nak ke mana tu, sayang?" soal Isma Fatieha bertopi hitam menutup bahagian mata.
Dua gadis itu melihat kehadiran Isma Fatieha. Perlahan-lahan Isma Fatieha mendekati dua gadis itu.
"Siapa dia tu?" soal Nurliyana menjongketkan keningnya.
"Liyana, tengok sudu tu," kata Saranisa melirik ke sudu yang dipegang Isma Fatieha.
Nurliyana melihat sudu tersebut.
"Tak mungkin dia?" kata Nurliyana ragu-ragu.
"Tak apa. Aku cakap dengan dia," kata Saranisa tidak tahu apa-apa.
Saranisa melangkah berani mendekati Isma Fatieha. Nurliyana hanya berdiam di tempatnya berdiri.
"Hai, cik. Kita pernah berjumpa, kan?" kata Saranisa mengukirkan senyuman mesra.
Tanpa ragu-ragu, satu tikaman sudu perak menusuk ke perut Saranisa. Nurliyana terbeliak mata melihat rakan sekerjanya ditikam dengan sudu sahaja. Memang di luar kotak fikiran.
Saranisa ditolak ke lantai. Dia sudah nyawa-nyawa ikan. Matanya samar-samar melihat cahaya. Isma Fatieha duduk di atas perut Saranisa. Satu tikaman maut menusuk ke otak Saranisa bertalu-talu.
"Apa ni? Lebih baik aku lari!" monolog Nurliyana ketakutan.
Segera, Nurliyana berlari keluar dari lorong kecil itu, meninggalkan Saranisa mati ditikam dengan kejam. Air matanya mengalir deras dengan kematian Saranisa.
"Maafkan aku, Nisa!" ucap Nurliyana menangis.
Isma Fatieha bangun, melihat Saranisa mati dengan muka yang parah. Dia memandang Nurliyana yang larikan diri dalam hujan.
"Kau boleh lari, tapi tak boleh sembunyi," kata Isma Fatieha dengan senyuman ngeri.
Lalu pembunuh itu melangkah keluar dari lorong kecil itu, mencari mangsa seterusnya, Nurliyana.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro