BAB 14
Bas dipandu laju ke arah Isma Fatieha. Mujurlah tangan Isma Fatieha ditarik. Gadis itu didakap erat Alif Najmi. Bas tadi dipandu sipi, hampir mengenai tubuh Isma Fatieha. Angin momentum mengibarkan kain labuh dan belakang tudung Isma Fatieha.
"Isma okey?" kata Alif Najmi, lembut.
Isma Fatieha mengangguk kecil. Dia memandang wajah lelaki itu. "Saya okey."
Tangannya dipegang.
"Dah. Jom. Nanti, lambat pula," kata Alif Najmi.
Setelah lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau, mereka melintas jalan bersama sambil berpegangan tangan. Mereka menuju masuk ke dalam stesen LRT. Tren yang baru tiba, terus dimasuki mereka berdua. Masing-masing kepenatan berlari.
"Abang Najmi... tak ada kereta sendiri ke?" soal Isma Fatieha.
"Ada, tapi abang lagi suka guna kenderaan awam," jawab Alif Najmi menjinjing begnya.
"Oh."
Penumpang semakin ramai dan sesak di dalam tren. Pintu tren ditutup. Tren berlalu pergi ke stesen seterusnya. Akibat ramai dan terpaksa bersesak di dalam tren, bahu Isma Fatieha dipeluk ke dada Alif Najmi. Hanya sebelah tangan Alif Najmi menggenggam pemegang yang tergantung. Wajah mereka pula terlalu dekat. Entah apa yang dirasai mereka.
Tiba-tiba, seseorang melanggar bahu Alif Najmi dari belakang. Mereka saling memandang. Mata Alif Najmi tertumpu pada pistol di tangan lelaki itu.
"Shh..." arah lelaki bersenjata itu dengan jari pada bibir.
Alif Najmi berdiam sahaja. Kemungkinan dia bakal ditembak sebaik tiba di stesen berikutnya. Lelaki misteri itu menghubungi seseorang.
"Bos, aku dah jumpa laki tu," kata lelaki itu, perlahan.
"Bagus. Buat apa yang perlu," balas dalang kejadian itu.
Panggilan ditamatkan. Lelaki misteri itu tersenyum sinis. Alif Najmi terpaksa mencari jalan untuk hidup. Dia memandang sekeliling terlebih dahulu. Dirinya dikelilingi orang awam termasuk Isma Fatieha. Kemungkinan gadis itu dalam bahaya. Pandangan dibuang ke arah lelaki misteri itu. Pistol masih di tangan lelaki itu. Keluhan dilepaskan.
Dalam gerakan pantas, Alif Najmi menolak tangan lelaki itu ke atas. Tembakan dilepaskan secara tidak sengaja ke bumbung. Dengan itu, para penumpang di situ terjerit ketakutan. Alif Najmi terus bergelut dengan lelaki itu. Pistol dari tangan penjahat itu terus dicampak ke tepi.
"Abang!" seru Isma Fatieha, terkejut.
Tiba-tiba, muncul pula seorang lagi lelaki menyerang Alif Najmi dari belakang. Alif Najmi dibelasah dua lelaki jahat. Isma Fatieha mahu membantu tetapi seorang lelaki berbadan besar sempat menghalangnya. Dia dipeluk kuat sehinggakan dia tidak mampu bergerak.
"Hei, lepaslah!!" jerit Isma Fatieha cuba melepaskan diri dari pelukan.
Alif Najmi rebah lalu terus dibelasah. Dia disepak, ditendang kuat sehingga terbatuk darah.
"Berhenti!" jerit Isma Fatieha menangis.
Tubuh Alif Najmi menjadi longlai.
"Berhentilah!" jerit wanita itu lagi.
Akhirnya, Alif Najmi berpejam. Dia tidak bergerak langsung, terus terkaku di lantai.
"Dia dah tak ada," kata lelaki yang membelasah Alif Najmi tadi.
Isma Fatieha tersentak seketika. Dia menundukkan pandangan, berdiam seketika.
=Split Personality Mode=
Isma tersebak melihat buah hatinya dibelasah teruk sebegitu. Hantu Sudu memegang bahu Isma lalu mengambil alih badan.
=End Split Personality=
Isma Fatieha kekal membisu.
"Kau nak buat apa sekarang? Laki kau dah tak ada dah. Inipun sebab dia dah bunuh kawan kitorang sebelum ni. Jadi, inilah akibatnya, kan?" kata lelaki berbadan kurus itu memandang Isma Fatieha.
Isma Fatieha memandang lelaki tersebut dengan wajah kosong. Lelaki yang menahan di belakangnya itu tiba-tiba badannya dibelah dua. Darah pekat merecik ke dinding, tingkap LRT dan sebahagian penumpang di situ. Mayat lelaki itu rebah dengan dua bahagian. Isi perut lelaki itu jelas dilihat. Dua lelaki tadi hilang kata.
"Kau ni memang..." kata seorang lagi lelaki sambil mengeluarkan pistolnya.
Dengam pantas, kepala lelaki itu dipenggal hanya dengan sudu perak milik Isma Fatieha. Habis darah memancut ke dinding. Mayat lelaki itu rebah tanpa kepala. Lelaki yang tertinggal itu menggigil ketakutan yang amat. Dia merayu.
"Maafkan ak..." ucap lelaki itu belum habis bicara.
Isma Fatieha terus menikam leher mangsanya lalu merebahkannya. Kepala lelaki itu ditikam berkali-kali dengan sudu perak. Alif Najmi mencelikkan mata sedikit lalu melihat Isma Fatieha menikam wajah musuh. Dia kembali menutup mata, pengsan. Kewarasan Isma Fatieha dikuasai Hantu Sudu, macam orang gila.
"BERANI KAU BUAT MACAM NI DEKAT LAKI AKU!!!" jerit Isma Fatieha, gila.
Setelah puas menikam muka lelaki penjahat itu, Isma Fatieha bangun dengan dahinya yang gelap. Pipi dipegangnya. Senyuman tercalit di bibir lalu beransur dengan ketawa gila.
"MUAHAHAHAHAHAAHAHHAAHAHAA!!!" tawanya seperti hilang akal.
Tangisan bayi menangis tidak dihiraukan. Tawa Isma Fatieha semakin menghilang. Gadis psiko itu melihat tubuh Alif Najmi yang dibasahi darah lalu mendukungnya.
Tepat pada masanya, tren berhenti di stesen. Isma Fatieha melangkah keluar dari tren itu sambil mendukung Alif Najmi di belakang badannya. Orang ramai di situ memberi laluan kepada psikopat itu.
Setelah jauh meninggalkan platform, barulah empat anak buah Alif Najmi muncul di tempat kejadian. Az dan Harris terkejut melihat darah di sana-sini. Fazz terus pitam lalu rebah ke atas tubuh Firsha. Dua gadis itu terduduk di lantai.
"Hmm... Dari mana mayat ni muncul? Ada kejadian pembunuhan ke?" soal Az terfikir.
"Hmm... Misteri," kata Harris menyentuh dagunya.
⭐⭐⭐
Isma Fatieha menunggu Alif Najmi di luar wad. Maizatul muncul tidak sama kemudian.
"Kak Isma, apa terjadi ni?" kata Maizatul terkejut.
"Najmi, kena belasah tadi," kata Isma Fatieha menunduk.
Maizatul melabuhkan punggung di sebelah Isma Fatieha. Dia mendakap gadis tiga tahun lebih tua darinya itu. "Sabarlah. Semua ni ujian untuk dia."
"Ya."
Air mata yang bergelinang sempat dikesat. Sebak cuha ditahan. Pakaian yang dipenuhi darah belum lagi ditukar.
Tidak lama kemudian, Fauzi muncul. Dua gadis itu terus bangun dari tempat duduk.
"Macam mana doktor?" soal Isma Fatieha.
Fauzi memperbetulkan cermin matanya. "Alif mengalami kecederaan ringan di bahagian perut, muka dan pinggul. Dia mengalami kecederaan paras di rusuk kanan dan kritikal di dalam otak. Kami terpaksa tahan dia untuk hari ni. Esok, baru dia boleh keluar."
"Ya Allah," ucap Maizatul terkejut mendengarnya.
"Saya sarankan, jangan biarkan dia stres selalu. Disebabkan dia menghidap simpton DID, saya cadangkan kamu untuk buatkan dia ceria atau biarkan dia buat apa yang dia suka. Kalau dia terus murung, mandatori dia akan menghadap barah otak. Itu je saya nak pesan."
"Baik, doktor."
Fauzi beredar masuk ke dalam wad semula.
"Kita balik dulu ya, Kak Isma," pinta Maizatul, lembut.
Isma Fatieha mengangguk perlahan lalu beredar dari situ bersama Maizatul. Fauzi mengintai pemergian mereka berdua lalu kembali memandang Alif Najmi yang masih tidak sedarkan diri.
"Mereka dah pergi, inspektor," kata Fauzi kepada Insyirah yang turut berada di dalam wad kecemasan itu.
"Baik. Kita boleh mulakan pembedahan otak dia," kata Insyirah bertopeng mulut.
"Baik."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro