BAB 13
Pagi yang subur mendamaikan suasana Tadika Bersatu. Kanak-kanak berjalan masuk ke dalam kelas. Tepat jam lapan pagi, pelajar enam tahun itu berkumpul, hanya tiga sahaja pelajar lelaki dana selebihnya perempuan. Aya melangkah masuk ke dalam kelas bersama Alif Najmi.
"Baiklah, murid-murid. Hari ni, kita ada cikgu baru," kata Aya, ceria.
Murid-murid di situ melihat Alif Najmi berpenampilan baju senaman. Aya memandang lelaki itu.
"Okey, Hoshi. Ganbatte!" ucap Aya mengenyitkan matanya.
Alif Najmi menganggukkan kepalanya. Aya melangkah keluar dari kelas. Alif Najmi mengambil alih pengajaran, memandang para pelajar yang comel-comel belaka.
"Baiklah, anak murid sekalian. Nama cikgu..." kata Alif Najmi cuba memperkenalkan diri.
"Muka ada misai. Kami panggil atok boleh?" kata Mako, kanak-kanak perempuan berambut merah tua.
Alif Najmi terdiam seketika.
=Split Personality Mode=
"Atok? Aku ni perempuan!" kata Hoshiko, menahan geram.
"Sabar, Hoshi. Budak-budak tu," kata Farid, dingin.
Hoshiko mengeluh, terpaksa terima gelaran atok. "Yalah."
=End Split Personality=
Alif Najmi berwajah ceria. "Boleh. Panggil atok, Tok Hoshi ya. Boleh semua?"
"Boleh," balas satu kelas.
"Okey. Nama atok Hoshiko Najimi. Boleh panggil Tok Hoshi macam atok kata tadi. Atok akan ajar kamu semua PJK. Kita akan bina badan-badan kebenaran dan hapuskan segala kejahatan demi kebenaran," kata Alif Najmi ala-ala Papazola dalam kartun Boboiboy.
"Wah!" Kagum.
"Tapi... malang sekali, tadika ini... tidak sediakan baju senaman. Oleh itu, cikgu akan sediakan baju senaman untuk kamu semua secara percuma!" Lagak Alif Najmi tidak ubah seperti Papazola.
"Wahhh~"
Arika, kanak-kanak perempuan berambut biru langit mengangkat tangan. "Cikgu! Cikgu! Cikgu main tak ML?"
"ML? Ya, sudah pasti," kata Alif Najmi lalu mengeluarkan kotak kecil dari poket seluar.
Alif Najmi memberi sekeping kad kepada setiap pelajar. "Nah, ambil seorang satu."
Ichiro, kanak-kanak lelaki yang suka memakai topeng Masked Rider tertanya-tanya. "Apa ni tok?"
"Hoho, ni kad bisnes atok. Semua pasal atok ada kat situ."
Haruko, kanak-kanak perempuan bertocang satu mengeluarkan mancis lalu membakar kad tersebut.
"Apakah? Berani kamu bakar kad bisnes kebenaran!" kata Alif Najmi, tegas.
"Bakar! Bakar! Muahahahahahaha!!!" kata Haruko, psiko.
Melissa, kawan rapat Haruko cuba menenangkan Haruko. "Haru, janganlah macam ni."
Alif Najmi berdiri di hadapan Haruko. Kanak-kanak itu memandang gurunya.
"Dah sedia terima hukuman?" kata Alif Najmi mengepal penumbuknya.
Haruko menelan air liurnya.
Seminit kemudian,...
"Atok!! Muahahahahahah!!! Gelilah!!!" tawa Haruko ketika digeletek penuh seksanya.
"Nak buat lagi, tak?" soal Alif Najmi.
"Okey! Haru tak nak buat lagi dah!"
Alif Najmi berhenti 'menyeksa' Haruko. Senyuman manis terukir.
"Atok, hari ni nak buat apa?" soal Kiryuu, kawan kepada Ichiro.
"Kita kenal-kenal dulu sebab atok tak kenal lagi nama kamu," kata Alif Najmi tersengih sambil mengurut belakang leher.
Alif Najmi mengambil senarai nama di atas meja lalu melihatnya. Cermin mata diperbetulkan.
"Okey, dengar ya. Siapa tak datang, sila tangan nanti," pesan Alif Najmi.
Nafas ditarik.
"Arika. Haruko. Haruka. Mako. Kyo. Dania. Nabila. Arifah. Melissa. Hikari. Ichiro. Kiryuu. Bella. Ayume. Kumisu. Nisa. Ryo. Nas. Nana. Miyako. Narra. Yukina. Sarena. Flora. Leo. Erenillo. Alex. Lya. Daniel. Eilana. Okey, ada yang tak hadir?" kata Alif Najmi dalam satu nafas.
Tiada seorang pun menjawab persoalan.
"Bagus, semua hadir! Atok bagi markah penuh!" kata Alif Najmi, sporting.
"Tadi kata tak tahu nama," kata Kiryuu, hairan.
⭐⭐⭐
Sementara Alif Najmi bekerja sebagai guru tadika, suasana di pejabat menjadi sepi sedikit di bahagian Thriller.
"Farid mana ni?" soal Firsha, hairan.
"Dia kata, dia kerja part time dekat tadika. Dia PM aku tadi," kata Fazz bersuara perlahan.
"Apa?" Az seperti terkejut.
"Biarlah dia kerja sana," kata Harris, dingin.
Fazz melihat mesej yang diterimanya lagi. "Haa... Dia kata lagi. Dia pesan, 'Carilah kes untuk idea jalan cerita korang. Manalah tahu nanti dapat inspirasi baru'. Itulah katanya."
"Kes? Nak selesaikan kes apa?" kata Az, bingung.
Harris menampar belakang kepala Az.
"Aduh, sakitlah!" keluh Az memegang belakang kepalanya.
"Kita tolonglah selesaikan kes yang Musang cuba selesaikan ni. Kes kematian Sarah tu. Apa kata kita cuba tolong ketua kita tu?" kata Harris, tegas sedikit.
"Harris, sejak bila kau macam ni?"
"Jangan banyak bunyilah! Jom keluar."
Lalu mereka berempat pun berjalan keluar dari pejabat.
⭐⭐⭐
Alif Najmi melangkah masuk ke dalam bilik guru. Hanya Aya dan El, guru besar di situ. Dia melabuhkan punggung menghadap Aya.
"Encik Hoshi, macam mana tadi? Boleh tak tadi?" kata El, mesra.
"Boleh saja. Budak-budak tu nampak mesra je," kata Alif Najmi tersenyum.
"Tak apa ke kamu kerja sini? Yelah kan. Tadika kami ni taklah seberapa sangat. Gaji pun tak sampai 300 sebulan."
"Tak apa, tuan. Lagipun, saya suka budak-budak. Diorang macam cucu saya dah."
"Baguslah macam tu."
Sarena melangkah masuk ke dalam bilik guru lalu mendekati Alif Najmi. Baju lelaki itu ditarik dari belakang, menarik perhatian Alif Najmi.
"Ya, cu," kata Alif Najmi memandang Sarena.
"Jomlah main ML. Semua tengah tunggu," ajak Sarena, lembut.
Alif Najmi mengusap rambut pendek Sarena. "Ya, sekejap eh."
Pandangan dibuang ke arah dua rakan sekerja itu. Senyuman diberikan.
"Baiklah, saya pergi dulu," kata Alif Najmi meminta diri.
"Ya, elok-elok," balas Aya.
Alif Najmi terus pergi bersama Sarena. Aya melepaskan keluhan kecil.
"Seronok tengok dia manja dengan budak-budak tu," kata Aya menongkat dagu dengan tangan kirinya.
"Kita bila lagi nak ada anak?" soal El kepada Aya, isterinya.
"Orang tengah period la," jawab Aya dingin.
⭐⭐⭐
Isma Fatieha belajar di sekolah tinggi. Selalunya dia akan masuk pejabat sejurus tamat sesi persekolahan pada jam dua petang.
"Baik, murid-murid, boleh kamu tulis puisi yang berkait dengan alatan dapur? Dalam 15 minit cikgu nak kamu bacakan. Yang dah siap, boleh bacakan awal dan boleh balik awal," pinta guru Bahasa Melayu di depan pelajarnya.
Persoalan itu menarik perhatian Isma Fatieha lantas dia memegang pen birunya lalu sebuah soneta bertajuk 'Sudu' di atas kertas kosong.
Kecil tapi berguna
Untuk diceduk
Tapi bukan senduk
Kerana perak warnanya.
Garfu sahabatnya,
Bukan untuk mengetuk
Mahupun mematuk
Kerana lain caranya.
Mampu menjadi bahaya,
Lebih dari ular patuk.
Tikaman mampu menusuk
Ke dalam hati buaya.
Apakah gerangannya?
Sudu perak yang dirasuk.
Sekejap. Kenapa aku tulis pasal sudu? Desis hati Isma Fatieha.
"Isma, dah siap? Boleh bacakan?" kata gurunya.
Isma Fatieha memandang gurunya. Kepala diangguk lalu dia berdiri. Soneta karyanya ditulis dengan iramanya. Mereka yang lain hanya mendengar.
"Wah, soneta! Bagus, Isma. Kamu boleh balik," puji gurunya kagum.
Isma Fatieha tersenyum lebar lalu menggalas begnya. "Terima kasih, cikgu!"
Lalu gadis itu berjalan keluar dari kelasnya. Dia keluar dari kawasan sekolah. Terlebih dahulu, dia bergerak ke tandas awam berdekatan untuk menukar pakaian. Pakaian kasual ditukar dengan pakaian pejabat, lebih formal. Dia kembali keluar dari tandas.
Dalam asyik berjalan ke tempat kerja, Isma Fatieha bertembung dengan Alif Najmi yang baru habis dari kerja di tadika. Dia bergegas mendekati lelaki tersayang itu.
"Hai, Abang Najmi," sapa Isma Fatieha muncul di sebelah lelaki itu.
Alif Najmi memandang Isma Fatieha di sebelahnya. Dia terkejut lalu tersenyum. "Hai, Isma. Dari mana ni?"
"Dari sekolah. Abang pula?"
"Dari tadika."
"Buat apa?" Isma Fatieha kehairanan.
"Kerja kat sana. Tak apa kan?"
"Tak apa. Isma tak kisah pun abang jadi cikgu tadika."
"Tak apalah juga dari duduk dalam pejabat."
Isma Fatieha hanya tersengih. Alif Najmi terfikir sesuatu.
"Hmm... Kalau macam ni, apa kata abang hantar Isma pergi sekolah. Macam mana?" cadang Alif Najmi.
"Isma okey je. Nanti, Isma bagi alamat. Okey?" balas Isma Fatieha tersenyum.
"Okey." Alif Najmi berbalas senyuman.
Pon! Pon! Hon sebuah bas kedengaran.
Sedang asyik berbual, baru mereka sedar bahawa mereka berada di persimpangan. Masing-masing terbeliak mata melihat bas RapidKL dipandu laju.
"Ya Allah."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro