BAB 10
"Siapa?" soal Alif Najmi, serius.
"Dia perempuan," jawab Saranisa dan Nurliyana serentak.
"Perempuan?" kata Insyirah berfikir.
Saranisa memandang pegawai polis itu. "Ya. Dia pun pelanggan tetap kitorang tetapi selalu muncul waktu malam."
"Dia datang pukul berapa?" tanya Alif Najmi.
"Pukul 8.30 malam lebih kurang," jawab Saranisa.
Insyirah memandang jam tangannya. "Tujuh minit lagi baru dia datang."
"Kalau macam tu, kita tunggu," kata Alif Najmi bersandar pada kerusi.
Tujuh minit kemudian,...
"Musang, dia dah sampai," tegur Saranisa cuba kejutkan Alif Najmi yang sedang tertidur.
Alif Najmi mencelikkan matanya. Kepala diangkat dari permukaan meja. Insyirah masih setia di depannya tetapi sedang memandang sesuatu. Air liur di hujung bibir dikesat dengan tisu yang dihulur Nurliyana.
"Mana dia?" soal Alif Najmi dalam keadaan mamai.
Nurliyana memegang kepala Alif Najmi lalu memusingkan kepalanya ke arah seorang wanita berambut panjang. Alif Najmi melihat wanita ala K-popper itu.
"Jap... macam kenal," kata Alif Najmi xuba mengenalpasti wanita itu.
=Split Personality Mode=
"Tak silap aku, tu Nad," kata Hoshiko, yakin.
"Betul ke? Comelnya," kata Musang tergoda.
"Jap. Aku pergi dekat dia."
=End Split Personality=
Alif Najmi bangun dari tempat duduknya lalu berjalan mendekati Isma Fatieha. Tiga wanita itu hanya melihat gerak-geri lelaki itu. Alif Najmi memakai hoodie jaket hitamnya.
"Dia kenal ke perempuan tu?" soal Nurliyana memperbetulkan cermin mata bulatnya.
"Entah," balas Insyirah sepatah.
Alif Najmi melabuhkan punggung di hadapan Isma Fatieha. Wanita berpenampilan ala artis Korea itu memandang Alif Najmi. Keningnya nenjadi senget.
"Siapa kau?" soal Isma Fatieha.
"Kau tak kenal aku? Apakah kau dah lupakan aku ni? Baka!" kata Alif Najmi bertukar baran.
Pakk!! Satu tamparan luat melekat ke pipi Isma Fatieha.
Mereka yang melihat, terkejut.
"Apakah?" kata Saranisa terpegun.
"Nani?" kata Nurliyana turut terpegun.
"Aku ingatkan aku seorang je yang baran," kata Insyirah, wajah kosong.
Isma Fatieha memandang Alif Najmi dengan mulutnya mencebik. "Hoshi?"
Alif Najmi segera bangun lalu menarik Isma Fatieha keluar dari McDonald's.
"Depa nak pi mana tu?" soal Nurliyana, hairan.
"Mana nak pi tau. Tanya kat aku pasai pa?" marah Saranisa dengan kebodohan Nurliyana.
Pakk!! Satu tamparan mengenai belakang kepala Nurliyana.
"Aduh, sakitlah!" marah Nurliyana.
Insyirah mengeluh kecil. "Aku nak tanya ni."
Dua pekerja McDonald's itu memandang pegawai polis itu. "Apa dia?"
"Korang suka Farid ke?"
⭐⭐⭐
Alif Najmi membawa Isma Fatieha keluar dari KL Central, terus kawasan terpencil. Isma Fatieha menolak tubuh Alif Najmi.
"Sakitlah, Hoshi!" kata Isma Fatieha, mengetap gigi.
"Kenapa kau pakai macam ni? Mana tudung kau?" tegas Hoshiko, marah.
"Jangan marah. Nad ikut artis..."
"Banyak cantik ikut artis Korea. Aku tak kisah kau nak pakai baju macam mana. Aku cuma nak kau tahu." Alif Najmi memegang bahu Isma Fatieha.
Isma Fatieha memandang wajah lelaki itu lalu melihat anak mata coklatnya. "Apa dia?"
"Kau tak pernah cantik macam artis Korea..."
Hancur hati Isma Fatieha mendengar kata-kata keji itu.
"...sebab kau dah cukup cantik untuk jadi teman hidup aku," sambung Alif Najmi menghabiskan ayatnya.
Hati Isma Fatieha kembali pulih. Sungguh mengusik hati walaupun terasa sakit sedikit.
=Split Personality Mode=
Empat personaliti Alif Najmi berwajah dingin terhadap sikap romantik Hoshiko.
"Hoshi, sejak bila pandai buat pickupline ni?" soal Alif kebingungan.
"Sejak awak masuk hati saya," jawab Hoshiko berbisa.
Mereka berasa loya mendengarnya kecuali Musang.
"Oh... So sweet sayang," kata Musang tergoda.
"Oi! Oi, dengan diri sendiri pun nak bersayang juga ke?" kata Farid bereaksi dingin.
"Whatever la apa korang cakap. Janji kami bahagia. Kan Musang?" kata Hoshiko, manja.
"Ya. Malam nanti, kita tengok anime genre ecchi tau," kata Musang, lembut.
"Okey." Hoshiko mengenyitkan matanya kepada Musang.
=End Split Personality=
Isma Fatieha mula berasa pelik terhadap Alif Najmi yang bercakap sendirian tadi.
"Hoshi, okey?" kata Isma Fatieha, hairan.
Alif Najmi mengenyitkan matanya sekilas, membuatkan Isma Fatieha yang berpersonaliti Nad Kenny bertambah hairan. Wajah mereka dihampiri lalu bibir mereka bertindihan.
=Split Personality Mode=
Personaliti Alif Najmi yang lain terkejut sakan melihat tindakan Hoshiko. Perempuan cium perempuan! Huru-hara dibuatnya.
Begitu juga dengan personaliti Isma Fatieha. Terjerit terlolong dibuatnya. Segalanya di luar kawalan.
=End Split Personality=
Dari jauh, tiga gadis memerhatikan mereka. Mereka terkejut melihat pasangan itu bercumbuan.
"Diorang... bercium?" kata Saranisa terpegun.
"Aduh... Broken aku," kata Nurliyana mengurut dadanya.
"Dia kan split. Faham-fahamlah," kata Insyirah berwajah dingin.
Pasangan itu melepaskan ciuman. Isma Fatieha berwajah pucat.
"Hoshi..." kata Isma Fatieha, perlahan.
"Kenapa kau datang sini?" soal Alif Najmi pegabg tangan wanita itu.
"Sebab nak makan McD la. Saya selalu lepak sini sorang-sorang. Kemudian, awak tarik saya."
"Awak makan dengan sudu ke?"
"Ya."
"Sudu sendiri?"
"Ya, milik hantu..." Segera Isma Fatieha menutup mulutnya, hampir terlepas kata.
Alif Najmi mengangkat kening sebelah. "Hantu apa?"
Isma Fatieha menggeleng laju. Alif Najmi terus menarik tangan wanita itu dari mulut lantas memegang kolar baju.
"Bagitau cepat! Kau kenal hantu sudu kan?" tegas Alif Najmi.
Fikiran Isma Fatieha berserabut.
=Split Personality Mode=
"Kenny!" monolog Hantu Sudu, geram.
Cik Queen memicit kepalanya. Serabut. Hantu Sudu terus menolak Nad Kenny lalu mengambil alih tubuh Isma Fatieha.
=End Split Personality=
Isma Fatieha memandang wajah Alif Najmi. Senyuman sinis terukir. "Kau rasa?"
Alif Najmi terdiam seketika.
=Split Personality Mode=
Hoshiko ditarik Musang.
"Biar aku ambil alih," kata Musang.
"Sabar Musang. Jangan apa-apakan dia dulu!" pesan Najmi.
"Aku tahulah."
=End Split Personality=
Riak wajah Alif Najmi berubah.
"Ya, aku yang bunuh doktor tu. Ada masalah?" kata Isma Fatieha, jujur.
Dbok!! Satu tumbukan menghinggap ke muka Isma Fatieha.
Hidung Isma Fatieha berdarah. Tawanya perlahan-lahan kedengaran.
"Bodoh," kata Isma Fatieha tersengih.
Tak guna, desis hati Alif Najmi.
Tiba-tiba, seorang pengawal keselamatan menghampiri mereka. "Hei, berhenti kat sana! Saya nampak tadi."
Alif Najmi melepaskan Isma Fatieha lalu berdiri menghadap pengawal itu. "Jangan kacau tepi kain..."
Isma Fatieha terus menolak Alif Najmi ke arah pengawal itu lantas melarikan diri. Alif Najmi yang terjatuh bersama pengawal itu terus bangun lantas mengejar Isma Fatieha. Insyirah yang melihat dari jauh, terus mengejar mereka. Saranisa dan Nurliyana terkejut dengan tindakan Insyirah melompat pagar besi.
Persimpangan dilintasi mereka yang berkejaran. Habis kereta di situ berhenti mengejut. Ada yang bunyikan hon. Malam sebegini memang banyak kenderaan lalu-lalang. Isma Fatieha mencelah setiap kenderaan. Alif Najmi terus melompat dan meluncur atas hud kereta. Insyirah pula terpaksa berhenti mengejar akibat nyaris dilanggar kereta tadi.
"Terlepas pula!" keluh Insyirah, geram.
Selepas melintas jalan yang sibuk, Isma Fatieha berlari ke perhentian bas. Sebuah bas berhenti di situ memuntahkan segelintir penumpang. Isma Fatieha menaiki bas itu lalu membayar tambang.
Akibat terlambat, bas berlalu pergi. Alif Najmi berhenti berlari lalu melihat Isma Fatieha memandangnya. Sempat lagi Isma Fatieha bergaya seperti menembak Alif Najmi dengan jari. Alif Najmi mengeluh dengan kekalahan kali ini. Insyirah tiba tidak lama kemudian.
"Musang, macam mana tadi?" soal Insyirah mendekati Alif Najmi.
"Suspek terlepas," jawab Alif Najmi.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro