Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9

Maryam membisu. Dia hanya membiarkan orang di hujung panggilan yang bersuara. Dadanya berombak naik turun. Marahnya masih belum hilang. Sebolehnya dia tidak mahu fikir apa yang lelaki itu lakukan kepadanya. Benci!

"Maryam." Mikael panggil lagi bila pertanyaannya tidak berjawab sebentar tadi.

Maryam hela nafas berat.

"Saya dah bagi tahu awak hari tu, kalau awak nak nombor Meen, awak usaha sendiri. Saya takkan senang-senang kasi kat awak." Tegas Maryam.

"Hei, hei. Calm down. Kenapa ni? Bila masa saya minta nombor Meen pula ni? Anyway, siapa Meen?" Mikael tidak faham.

"Mikael, jangan buat bodohlah. Saya tak faham la dengan awak ni. Pura-pura baik dengan saya padahal nak dapatkan kawan saya? Saya boleh bagi awak berkawan dengan Meen, tapi cara awak tu tak betul!" bentak Maryam.

"Maryam, seriously awak salah faham dengan saya ni." Mikael cuba memujuk.

Maryam tidak mahu dengar apa-apa lagi lantas talian dimatikan. Buang mood aku aje. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Hah, padan muka kau habis kredit banyak-banyak.

BUNYI kereta hon sana sini kedengaran nyata di telinga Maryam. Dengan kamera digital Olympus di tangan, kaki melangkah di tepi jalan. Kedai-kedai makan yang berada di tepi jalan menarik sedikit minatnya untuk diambil gambar.

Sedang matanya fokus mengambil gambar, dari lensa kamera tubuh yang dikenali itu sekali lagi melintas di hadapan. Maryam mengalihkan kamera daripada matanya. Dahi berkerut.

"Kalau kau sendiri yakin dalam hati kau yang paling dalam tu yang tu dia, aku percaya kau takkan lepaskan peluang untuk jumpa dia balik. Tapi sebab kau sendiri tak yakin. Betul tak? Back to reality, Yam. He's gone. Like seriously gone. Aku tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat, Jogja juga yang kau nak pijak."

Kata-kata Meen seakan-akan berdengung di corong telinga. Maryam ketap gigi. Lebih baik dia kejar lelaki itu. Kalau dia salah pun, dia tahu dia akan berpuas hati.

Cepat-cepat Maryam mengekori kelibat lelaki yang dia rasakan Aryan itu. Dalam hati penuh berdoa agar lelaki itu memang betul-betul Aryan walaupun jauh di dasar hatinya mengeyakan Aryan sudah tiada.

Lelaki itu lebih laju melintas jalan raya dan Maryam tidak mampu mengejarnya apabila lampu isyarat bertukar warna hijau. Berduyun-duyun kereta lalu di hadapannya. Mata Maryam masih mencari-cari kelibat itu.

Dup! Dup! Jantungnya daripada pantas terus seakan-akan berhenti. Susuk tubuh Aryan hilang. Bebola mata Maryam kini fokus kepada susuk tubuh lain yang sedang menangis di tepi jalan.

"IBU..." Lelaki yang tingginya berukuran 182 cm itu menangis di bahu jalan. Tidak tahu dia di mana. Lampu pejalan kaki bertukar dari merah kepada hijau. Pada saat itu semua kereta berhenti dan memberi ruang untuk pejalan kaki. Maryam perlahan-lahan melintas sambil matanya masih tidak lepas daripada susuk tubuh lelaki yang sedang menangis itu.

"Mikael?" tegur Maryam.

Mikael tidak mempedulikannya. Tapi masih sibuk menangis.

"Mikael!" Bahu lelaki itu dicuit.

Terus dia berpaling kepada Maryam dengan mata yang sudah bengkak.

"Akak, akak kenal tak mak Adam? Nama mak, Sakinah. Adam cari mak tak jumpa." Dia kembali mengongoi.

Maryam garu kepala.

"Mikael, awak buat apa ni? Tak kelakarlah." Maryam menggoncang kedua-dua belah bahu Mikael.

Bertambah menangis lelaki itu dibuatnya.

What the hell. Maryam ketap gigi.

"Ergh!" rengus Maryam.

"Okey, Adam... Adam dari mana ni?" Maryam mulai rasa ada tidak kena dengan lelaki ini.

"Tak tahu. Tadi Adam dalam bilik. Adam cari mak tak jumpa. Lepas tu Adam keluar. Adam tak jumpa mak." Teresak-esak lelaki itu bercerita.

Telefon bimbit Maryam dikeluarkan dari beg silang kecilnya. Nombor Myna didail.

"Helo, Myna. Akim ada tak kat sana?" tanya Maryam dengan intonasi suara yang risau.

"Kenapa ni, Yam? You okey ke?"

"I okey. I nak cakap dengan Akim kejap. Boleh?"

"Kejap, eh?" Telefon bertukar tangan.

"Helo." Suara Akim kedengaran.

"Helo. Akim, you kena cerita kat I, what the hell is wrong with Mikael. Kejap-kejap kata nama dia Hafez, kejap-kejap Adam," rengus Maryam.

"Erk... Kenapa ni? You bukan kat Jogja ke sekarang?" Akim garu kepala.

"Ya, I kat Jogja ni. I jumpa Mikael. Tengah menangis tepi jalan! Searching for his mom, Sakinah!"

"Astaghfirullahalazim. Yam, you boleh tolong dia kejap tak bawa dia balik bilik dia dulu? Kejap lagi I call you balik," beritahu Akim.

"I tak tahu bilik dia kat mana. Dia sendiri tak ingat."

"Then, you bawa la dia dulu pergi bilik you." Akim beri solusi.

"What?!"

MARYAM peluk tubuh dan bersandar di kerusi sambil matanya tidak lepas memandang Mikael. Lelaki itu dibiarkan tidur di atas katilnya. Nyenyak sekali tidurnya. Dah sedap dapat makanan, terus tertidur. Telefon Maryam sekali lagi berdering.

"Helo, Akim."

"Yam... Errr... Mikael tengah buat apa?"

"Tidur. Tadi I dah kasi dia makan, now he's sleeping like a baby!" Intonasi Maryam kedengaran geram.

"I tak tahulah kenapa dia ke sana. Tapi pasal Adam dengan Hafez... Hmmm..." Akim serba salah untuk memberitahu Maryam.

"Apa dia?" Maryam tidak mahu menunggu.

"Dia ada DID. Split personality. I kenal dia pun waktu dia mula-mula datang sini. First time I jumpa dia, I jumpa karakter Adam dulu. Maybe sama macam you, I jumpa waktu dia lost dan cari ibu dia, Sakinah." Akim yang bertugas sebagai seorang polis menceritakan sedikit sebanyak pasal Mikael.

"So, Hafez pun..."

"Yeah, personaliti dia yang lain. Hafez tu boleh kata kerap juga keluar. Selalunya dia keluar bila Mikael tengah marah."

Maryam pandang susuk tubuh Mikael yang masih tidur.

"Berapa banyak personaliti yang dia ada?"

"So far 3 yang I tau. Selalunya kalau Mika pergi luar negara, dia akan bawa Isaac sekali. Isaac tak ada dengan dia ke?"

"Isaac siapa? Tak nampak pula sesiapa yang dekat dengan dia tadi."

"Personal doctor dia. Kejap lagi I WhatsApp you nombor Isaac. You try tanya dia dulu. Dia yang selalu handle Mika."

"Alright then. But now? Macam mana ni?" Maryam mengeluh lemah.

"Nak buat macam mana. For now you kena jaga la Adam tu dulu. I rasa dia 9 atau 10 tahun. Budak kecil. So, you handle la macam budak kecil." Akim ketawa kecil di hujung talian.

"Tak kelakarlah!" Maryam mendengus. Talian terputus. Kredit habis kut, fikir Maryam.

"Er... Mikael." Maryam goncang lengan baju lelaki itu. Masih tidur.

"Em. Adam." Suara Maryam sedikit kuat. Adam terjaga.

Mikael = Adam + Hafez. Orang yang sama. Ish, pening la!

Lelaki itu pandang keliling. Pelik bila susun atur bilik itu tidak sama dengan apa yang ada di dalam biliknya. Dek terkejut, Mikael terus bangun dari perbaringan dan turun dari katil. Nafasnya kencang.

"Wow... Wow... Relaks, Adam." Maryam cuba menenangkan Mikael. Lelaki itu kerut dahi.

"Apa awak buat kat sini?" tanya Mikael.

"Mikael?" Maryam dah tak tahu siapa yang ada di depannya.

Mikael raup rambut. Kepalanya ditekan kuat dengan jemarinya.

"Macam mana saya ada kat sini?"

"Hah? Saya jumpa awak dekat traffic light. Awak nampak macam lost dan menangis aje," cerita Maryam.

Mikael gelabah dan cuba keluar dari bilik Maryam.

"Hei, kejap!" Maryam memintas.

"Awak kena jelaskan kat saya, apa yang jadi sebenarnya ni?! Saya berhak tahu!" tegas Maryam.

16 tahun lalu...

Encik Arsyad menaiki anak tangga satu per satu. Lemah badannya dek penat bekerja. Terpaksa dia ambil separuh hari untuk hari ini. Kakinya berhenti apabila melalui bilik Muaz. Entah kenapa dia rasa pelik. Hatinya rasa tidak tenang.

Bunyi-bunyian dari dalam bilik Muaz mengusik rasa ingin tahu Encik Arsyad. Jarum jam baru pukul 1.30 petang. Sekolah habis 1.50 petang. Awalnya Muaz balik?

Tombol pintu dipulas. Matanya membuntang melihat asap berkepul-kepul di dalam bilik. Boleh dikatakan berkabus jugalah isi bilik Muaz.

"Apa abang buat ni?!" tempik Encik Arsyad.

Muaz yang sedang khayal terkejut dan beberapa saat kemudian dia ketawa. Matanya seakan-akan berat untuk dibuka.

"Nak?" tanya Muaz sambil menghulur ganja.

Tangan Encik Arsyad menggigil.

"Aku bela kau dari kecil sampai besar, bukan suruh jadi orang yang macam ni!" Encik Arsyad meluru masuk ke dalam bilik dan terus memukul belakang badan Muaz tanpa henti.

"Sakitlah!" Muaz menjerit kuat.

Marah Encik Arsyad masih tidak turun. Tangannya terlepas dari nak pukul belakang badan, terkena kepala Muaz. Kuat hingga remaja itu tersungkur mencium lantai. Hidungnya mulai mengalir darah merah yang panas.

"Bodohlah!" Muaz bangun dari lantai dan menolak tubuh Encik Arsyad.

"Kau tu yang bodoh! Kalau mak kau tahu apa yang kau buat ni, kau fikir tak betapa kecewanya dia dengan kau?!" tengking Encik Arsyad.

"Kau bukan bapak aku! Tak payah berlagak nak nasihat aku, orang tua tak guna!" Sekali lagi Muaz menolak kedua-dua belah bahu Encik Arsyad hingga tubuh lelaki tua itu terkebelakang, keluar dari biliknya.

"Kau jangan biadab, Muaz! Jangan nak ikut perangai setan bapak kau dulu tu! Kau tak ingat ke dia buat apa dengan mak kau hah?!" Tinggi suara Encik Arsyad.

"Kau siapa nak kata bapak aku setan!" Dek terlalu marah, kali ketiga Muaz menolak tubuh Encik Arsyad dan kali ini tolakannya itu terlalu kuat hingga Encik Arsyad tergelincir jatuh dari anak tangga.

Tubuh tua itu bergolek jatuh hingga ke tingkat bawah. Muaz tercengang. Hilang rasa khayalnya sekejap.

Pintu rumah utama ditolak lembut.

"Assalamualaikum," sapa Mikael.

Mata Mikael terkunci pada tubuh ayahnya yang sudah terlentang berdekatan dengan tangga.

"Ayah... Ayah!" Segera Mikael mendekati ayahnya.

"Ayah!" Mikael memanggil Encik Arsyad berkali-kali.

"Mika..." Encik Arsyad sempat melihat wajah anak lelakinya itu. Darah yang mengalir dari belakang kepala mengejutkan Mikael.

"Ayah, jangan tidur. Jangan tidur! Mika panggil ambulans! Ayah jangan tidur!" Macam-macam yang bermain di dalam kepala Mikael. Dia tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kalau ayahnya tiada di sisi. Cukuplah ibunya pergi dahulu. Tolonglah jangan ayah pula yang pergi.

Segala drama, cerita yang pernah dia tonton di kaca TV bermain di dalam kepalanya. Macam mana kalau pengakhirannya sama? Macam mana kalau ayah mati?

Dengan tangan terketar-ketar, Mikael mendail nombor kecemasan. Beberapa saat kemudian, talian dimatikan dan dia kembali mendekati tubuh ayahnya. Air mata tak berhenti berlinang.

"Ayah! Ayah jangan tidur! Mika ada kat sini. Ayah bangun!!!" Mikael menggoncang tubuh Encik Arsyad apabila lelaki itu hampir melelapkan mata.

Pintu utama terbuka.

"Assalamualaikum," sapa wanita itu. Matanya terbuntang.

"Ya Allah! Abang!" Puan Misha melempar tas tangannya dan terus mendekati suaminya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Mika?" Wanita itu turut menangis.

Mikael berhenti menangis. Dadanya berombak kencang.

"Kau! Semua punca daripada kau, kan!" tempik Mikael dengan menunjuk ke arah Muaz yang terpinga-pinga di tangga.

"Apa hal pula?! Ayah yang terjatuh sendiri. Aku tak sempat nak capai tangan dia," beritahu Muaz dengan suara terketar-ketar.

"Kau jangan nak menipu, Muaz!"

"Apa bukti yang kau ada hah?! Apa?!" tengking Muaz.

"Sudah! Jangan bergaduh kat sini! Sekarang ni kita kena bawa ayah pergi hospital," putus Puan Misha membuatkan Mikael sedikit terkilan. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro