Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

BAWANG putih dan bawang besar dihiris. Timun air sebiji dipotong sederhana besar. Minyak zaitun dituang sedikit ke dalam periuk. Bawang putih dan bawang merah dicampak masuk dan ditumis hingga naik bau. Air dicurah hingga setengah periuk. Garam dicubit sedikit. Air mendidih dan timun air dimasukkan. Beberapa minit kemudian, api dimatikan.

"Aku pun kena diet sekali ke?" tanya Meen yang duduk di bar dapur.

"My house, my rule." Selamba balas Maryam.

"Sini dah ada kes culik ke?" Maryam mencedok masuk sup timun air itu ke dalam mangkuk untuk dibawa ke bar dapur.

"Tak ada."

"Dah tu? Yang kau sibuk nak ambil aku tadi kenapa?" Soalan Meen membuatkan perlakuan Maryam terhenti.

Aku cuma tak nak kau bertembung dengan dia, jawab ringkas dalam hati Maryam.

"Precaution. Lain kali kau nak datang sini, bagi tahu aku awal-awal. So, aku boleh ambil kau kat bawah. Okey?"

"Yalah, yalah."

"Puss! Dah makan?" Si Sokoke debab datang menggesek tubuh di kaki Meen.

Maryam ambil tempat di hadapan Meen dan mula mencedok sup sayur itu. Hanya itu yang dia jamah untuk makan malam.

"Meen, bila kau free?" tanya Maryam tiba-tiba.

"Sekarang," jawab Meen selamba.

"Hah, main-main! Seriuslah."

Meen ketawa.

"Boleh aje aku minta cuti bila-bila aku nak. Tapi sekarang projek tengah banyak. Kalau aku cuti, balik nanti mesti kerja menggunung atas meja aku. Kenapa kau tanya?"

"Aku ingat nak pergi bercutilah. Dah lama aku tak cuti. Asyik kejarkan kerja aje. Kerja memang takkan habis."

"Wow. Lady boss nak travel. Kau nak pergi mana?"

"Dekat-dekat aje. Indon, Vietnam..."

"Bila?"

"Tak sure lagi. Maybe minggu depan. Aku nak minta tolong kau tengokkan anak-anak aku ni. Boleh?"

"Cis! Aku ingatkan kau nak ajak aku. Fine. Boleh takde masalah. So, bila kau nak gerak nanti, bagi tahu akulah. Boleh aku pack barang."

"Pack barang? Untuk apa?"

"Eh, kau ni. Duduk sinilah. Nak jaga anak-anak kau."

"Errr... Boleh tak kalau aku hantar anak-anak bulus aku ni pergi rumah kau?" Maryam sengih.

"Seriously, Yam? Apa yang kau sembunyikan daripada aku ni?" Meen silang tangan di atas meja.

"Nothing." Maryam geleng kepala dan menyuap sup ke dalam mulut.

"Your nothing is something." Meen tenung dalam-dalam anak mata Maryam.

Maryam urut belakang tengkuk mencari idea.

"No. Dahlah aku minta tolong kau, lepas tu kalau kau duduk sini tak ke jauh nak pergi tempat kerja kau ulang-alik? Dengan jammed lagi. Aku fikirkan kau." Maryam hela nafas lega.

Meen kecilkan mata.

"Sure?"

"Ya!"

"Alright then. Boleh aje. Tapi kau kena janji dengan aku. Kau kena bawa oleh-oleh untuk aku dan selalu update gambar kau kat sana. Boleh?"

Maryam senyum hingga ke telinga.

"Sure!"

"Alright then." Meen kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

"Tawar la sup kau ni," rungut Meen.

"Makan ajelah. Jangan banyak bunyi," jeling Maryam.

HAFEZ berbaring di atas katil sambil telefon masih di tangan. Bibirnya tersenyum dari tadi gambar-gambar Maryam dan Meen dibelek satu per satu. Cantik. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Dia mula selongkar Instagram. Mencari following Mikael. Dia cari nama itu.

Akaun Instagram Maryam tidak private. Satu per satu gambar diperhatikan. Ah... Meen. Dia senyum. Instagram Meen dibuka. Juga tidak private. Ini stok-stok instafamous memang tak reti nak privatekan akaun. Tanpa fikir dua kali, butang follow ditekan untuk kedua-dua akaun. Sengihnya hingga ke telinga.

Gambar-gambar dari akaun Maryam dibelek satu per satu. Senyum tak lekang. Getaran dari telefon itu mengejutkan Hafez sehingga telefon itu jatuh mengena mukanya.

"Shit! Sakit." Hafez bangun dari perbaringan dengan kerutan seribu di dahi.

Nyawa.

"Helo..." Panggilan dijawab.

"Helo?" Suara serak tua di hujung talian kedengaran.

"Hai, bahhh," sapa Hafez panjang. Hanya satu dalam semua personaliti itu yang akan panggil dia begitu.

"Hafez?"

"Yeah."

"I miss you so much." Dengar aje suara lelaki itu. Penuh kegirangan. Hafez ketawa perlahan.

"I miss you too. So how's going?"

"Good. Hafez, bila nak balik sini?"

"Tak tahulah, bah. This belongs to Mikael. Whenever he wants, I guess."

"It's been three years..." rintih suara Encik Isa.

"Baru aje balik sana last raya, kan? It's not that three years." Hafez suara bergurau.

"Tadi, ada perempuan angkat call. Her name is Maryam. Hafez kenal dia ke? Girlfriend Mikael ke?"

"No. Dia bukan girlfriend Mikael. Jiran aje."

"Are you sure?"

"Yes, bah."

"Bilalah kamu ni nak kahwin?"

"Dad, I got to go. Send my love to mama. I love you guys."

Talian terputus.

Hafez merengus. Mikael dengan Maryam? No way. Tapi Hafez hanya tersenyum bila nama Maryam disebut ayah angkatnya.

LAMPU ruang tamu masih belum dimatikan. Hafez pandang dari jauh susuk tubuh tua yang sedang terbongkok-bongkok menarik paip getah di garaj rumah. Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

"Ibu! Buat apa malam-malam kat luar ni? Sejuklah," sapa Syira dari belakang.

"Tadi Abang Muaz cuci kereta petang tadi lupa nak simpan paip getah ni. Ibu nak simpan balik la getah ni."

"Esok pun boleh buat, ibu. Jomlah masuk."

"Kejap aje ibu gulung paip getah ni."

"Okey-okey. Ibu masuk, adik buat okey?" Getah paip beralih tangan.

Puan Misha masuk ke dalam rumah meninggalkan Syira di luar menyelesaikan kerja ibunya.

Hafez hanya memerhatikan Syira. Dah besar dah kau, Syira. Seakan-akan terdengar orang memanggil namanya, Syira mendongak dan memandang sekeliling.

Kereta yang diparking di bawah pokok berhadapan dengan rumahnya diperhati lama. Cepat-cepat Syira menggulung getah paip apbila hatinya mula rasa tidak selesa. Selesai itu, dia terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumah. Jantungnya berdegup laju.

Hafez merenggangkan otot-otot di bahu dan tengkuknya sebelum menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

MARYAM membaling plastik hitam itu tepat ke dalam tong sampah. Dia menyedut hingus yang terasa hampir meleleh keluar dari hidungnya. Butang lif ditekan sambil tangan digosok-gosok untuk memanaskan tubuhnya.

Lelaki bersweater hitam itu berdiri tegak di sisinya. Pada mulanya Maryam tidak sedar. Tapi setelah dia menoleh, matanya membuntang. Jantungnya berdegup laju macam nak meletup. Geramnya sudah sampai kemuncak. Langsung tidak ditegur lelaki itu.

Apabila lif terbuka, Maryam pantas masuk ke dalam dan menekan butang 15. Dibiarkan lelaki itu menekan sendiri butangnya.

"Weh," tegur Hafez.

Maryam tidak menjawab tetapi sekadar menjeling.

"Weh," panggil Hafez sekali lagi. Tidak menyahut. Bahu Maryam dicengkam kuat.

"Aku panggil ni," katanya membuatkan Maryam menyeringai kesakitan.

"Nak apa?" getus Maryam dengan wajah garang dan menepis tangan Hafez dari terus memegang bahunya.

"Aku nak nombor Meen."

"Minta la sendiri dengan dia."

"Rumah dia kat mana?" soal Hafez lagi.

"Tanyalah dia sendiri."

"Kalau aku ada nombor dia, boleh la aku tanya mana dia tinggal. Bodoh la kau ni."

Maryam buntang mata. Bodoh kau kata aku? Dia menoleh ke belakang. Ting! Tingkat 15.

Baru sahaja dia mahu buka mulut. Maryam genggam penumbuk dan terus keluar dari perut lif. Lelaki memang semua sama aje!

Hafez hanya melihat kelibat Maryam hilang dari pandangan dan masuk ke dalam rumahnya. Dia garu kepala yang terasa gatal. Snow cap ditanggalkan. Kepala mula terasa panas.

Sampai tingkat 21. Hafez hela nafas berat. Pintu lif ditutup semula dan butang 15 ditekan.

Apabila sampai di hadapan pintu rumah Maryam, loceng ditekan.

"Yam! Ada siapa yang datang rumah tengah-tengah malam ni?" Meen yang sedang leka menonton televisyen terkejut dengan bunyi loceng.

"Hah?" Maryam keluar dari bilik.

"Kau nak aku bukakan pintu?" tanya Meen. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro