BAB 5
"Dia nampak macam stabil. Probability untuk berkahwin tu ada." Analisa Meen dengan mata tak lepas dari memandang Mikael.
"Habis tu, boyfriend kau?"
"Hm..." Meen alih pandangan. Matanya merenung dalam anak mata Maryam.
"Dia macam tak ada effortlah, Maryam. Sibuk dengan concert dia. Kawan-kawan dia. Gitar dia. Habis tu aku? Kita ni dah 27 tahun tau. Bukan 17 lagi. Takkan nak suruh aku tunggu 10 tahun lagi?" Meen merengus.
"Well, jodoh tu kan rahsia Allah. Kenapa kita nak pertikaikan?" Maryam sedut air minumannya.
"Ya. But, of course we need to work out too. Benda takkan datang bergolek kalau kita tak usaha, kan?"
"Then, kalau kau tak nak Irsyad dah, cakap depan-depan dia. Jangan biar dia fikir yang kau boleh tunggu dia for another 10 years," nasihat Maryam.
"Kau nasihat orang memang pandai, kan. Tapi tengok diri sendiri? Kau bila nak buka pintu hati kau tu?" Meen mencebik.
Maryam ketawa kecil.
"Aku tak tahu mana jodoh aku. Aku tak nak sia-siakan masa dan hati aku jaga jodoh orang." Maryam pandang Mikael yang sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya. Beberapa saat kemudian, mata mereka bertentang.
"Oh My God, Yam! Dia pandang aku!" Meen yang berada di sebelah menekup mulutnya yang hampir terlopong.
Maryam toleh sebelah. Dia menggeleng dan tersengih.
"Aku nak pergi makan. Dari layan kau ni, bukannya perut aku boleh kenyang. Kau nak makan tak?"
"Tak. Diet," jawab Meen sambil matanya masih memandang ke arah Mikael yang sudah mengubah pandangan. Sengih Meen masih tak lekang. Dia pandang aku. Berbunga-bunga Meen dibuatnya.
TELEFON bimbit Maryam bergetar disebabkan mod Silent. Suapannya dihentikan. Tangan kiri laju menekan skrin telefon.
Mikael: Dah nak balik, bagi tahu. Saya boleh tunggu awak.
Maryam: It's okay. Meen boleh hantar saya balik. I might stay sampai petang.
Mikael: Then, saya tunggu awak.
Maryam: No, really. Saya boleh balik dengan Meen.
Mikael: I pick you up like a gentleman, I'll send you home like one.
Maryam angkat kepala memandang meja di hujung sana. Mikael senyum nipis. Terus Maryam tidak membalas WhatsApp itu. Tandanya setuju.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.47 petang. Tetamu yang hadir juga makin berkurang. Hanya tinggal saudara-mara yang jauh sahaja. Maryam mendekati Myna yang masih sibuk melayan tetamu yang baru hadir.
"Baby... I balik dulu, eh? Sebab I datang pun dengan Mikael. I tak nak la dia tunggu lama-lama. I dah cakap dengan dia nak balik dengan Meen, tapi dia dengan kepala batu dia nak tunggu juga. I tak nak la susahkan orang. Will you be fine?" Panjang cerita Maryam.
Myna tenung dalam-dalam anak mata Maryam. Jemari Maryam kedua-dua belah tangan digenggam.
"Yam, you..." Seakan-akan dapat dibaca apa yang ada dalam kepala Myna, Maryam menggeleng dan ketawa.
"It's not like what you're thinking. We're just being a good neighbour to each other. Jimatkan minyak, and yeah trying to be friend dengan jiran. Not more than that," terang Maryam.
Myna senyum.
"I bukan apa. Akim ada cakap yang Mikael tu jenis player. So, I tak nak la you pun terkena sama."
"Apa you ni? There's no one other than Aryan." Tegas Maryam.
"Itu satu hal lagi. Aryan dah tak ada, Yam. Can you just please move on? With anyone pun, I tak kesah. Tapi bukan Mikael la since I dah tahu yang dia tu macam mana."
Maryam senyum.
"Dah la. I nak balik. You, congrats and be a good wife, okay. I nak anak sedara cepat-cepat to call me ibu. Since I mungkin lambat lagi nak kahwin. I nak merasa anak you panggil I ibu dulu." Maryam kenyit mata penuh makna.
"Eee! Jijik tau." Lengan Maryam ditepuk kuat sebelum kedua-dua mereka ketawa.
"SAYA ingat awak nak stay sampai malam." Mikael memecah hening. Maryam picit tengkuk yang terasa sengal.
"Esok dah Isnin, bukan saya aje yang kerja. Awak pun kerja juga, kan?"
"Oh. Esok start menyapu kat mana?" Mikael cuba bawa bergurau.
Maryam menjeling sambil bibir tanpa sedar tersenyum.
"Esok siapa mangsa awak?" Maryam turut sama cuba bergurau.
"Awak mungkin?" jawab Mikael selambah. Wajah Maryam terus pucat. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup. Memang lelaki itu bergurau, tapi bila ayat itu yang keluar dia jadi teringat dengan kelibat lelaki yang malam tadi dia jumpa. Mikael yang bukan rupa macam Mikael.
"Hei, take it easy. Saya gurau aje pun." Mikael ketawa. Matanya kembali fokus ke jalan raya.
Maryam peluk tubuh dengan muncung sedepa. Bahaya lelaki ni.
Setengah jam kemudian, mereka tiba di parking lot. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.
"Saya naik dulu. Tadi lupa nak solat asar siap-siap." Maryam capai telefon bimbit yang diletakkan sebentar tadi di dalam cup holder berdekatan dengan gear.
"Errr, alright." Mikael terpinga-pinga apabila Maryam terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta. Macamlah dia seorang aje nak solat.
Mikael membuntuti langkah Maryam dari belakang. Dia masih tak faham kenapa Maryam seakan-akan mahu lari darinya. Saya naik dulu? Mungkin Maryam masih ada rasa ragu-ragu pada dirinya dek gurauan setengah jam yang lepas.
Pintu lif terbuka apabila sampai di tingkat 15.
"Bye," kata Maryam tanpa menoleh ke belakang dan berjalan pantas ke pintu rumah. Mikael hanya memerhati tingkah Maryam yang terkocoh-kocoh membuka pintu rumah sementara pintu lif masih belum tertutup.
"Hei, Puss! Mocoon! Sorry akak lambat. Lapar, ya? Tak nak makan dry food dah? Kejap lagi akak gaul ikan dengan nasi, okey?" Kelibat dua kucing dewasa yang montel mengejutkan Mikael. No wonder la dia sibuk nak balik cepat. Mikael tersenyum sebelum pintu lif tertutup rapat dan naik ke tingkat 21.
Maryam meletakkan tas tangannya di sofa dan berlari ke dapur. Pintu peti ais dibuka luas dan dia mengeluarkan sebuah Tupperware yang berisi ikan tongkol. Kemudiannya dia membawa ikan itu ke singki. Pili air dibuka perlahan membiarkan air mengalir mengena ikan itu agar lebih cepat cair.
"Akak nak solat dulu. Kejap lagi akak rebus ikan, okey? Tunggu sekejap aje." Maryam membelai kedua-dua ekor kucing kesayangannya itu sebelum berlalu masuk ke bilik untuk membuang mekap dan mengambil wuduk.
Jarum jam sudah beranjak ke angka 7.01 malam. Maryam memberi salam yang terakhir apabila telefon bimbitnya berdering kuat membuatkan dia terkejut. Deringan itu pelik.
Dia mencapai telefon bimbit yang berada di atas katil dan terkejut melihat nama yang sedang memanggilnya.
Ah, shoot! Ni bukan phone I. Maryam garu kepala yang terasa gatal. Dia yakin dia tersilap mengambil telefon bimbit ketika mahu keluar dari perut kereta Mikael sebentar tadi.
Panggilan itu masih belum terhenti. Maryam mundar-mandir. Tidak tahu sama ada dia layak untuk mengangkat panggilan itu atau tidak.
Nyawa.
Nama itu keluar di skrin telefon bimbit untuk kali yang keempat. Maryam garu tengkuk. Kalau I angkat, girlfriend dia akan salah sangka tak, eh? Maryam risau.
Meow! Kuat bunyi meow Si Mocoon menyentak Maryam yang sedang risau.
"Mocoon! Sorry, akak lupa nak rebus ikan awak." Maryam terus berlalu keluar dari biliknya. Dia toleh ke belakang semula.
"Ah!" Telefon Mikael itu dicapai dan panggilan itu diangkat sambil kakinya pantas ke dapur.
"Helo?" Suara lelaki di hujung talian membuatkan Maryam terhenti langkah. Nyawa = lelaki?
"Er... Helo?" Maryam menyapa.
"Mikael?" Suara tua itu seakan-akan berumur hampir 70-an.
"Maaf, saya bukan Mikael. Saya Maryam. Telefon kami mungkin tertukar tadi. Kejap lagi saya pulangkan semula telefon dia dan inform encik call dia," beritahu Maryam.
"Maryam?" Encik Isa termangu sebentar.
"Yah, ada perempuan yang picked up his phone, nama Maryam. Dia pernah cerita kat awak ke yang dia ada girlfriend?" Encik Isa menyoal bininya yang sedang menyiapkan makanan.
"Tak pula," jawab Puan Sabariah.
Maryam yang terdengar perbualan itu cepat-cepat memperbetulkan sangkaan lelaki yang berada di hujung talian itu.
"No. Saya bukan girlfriend dia. Saya jiran dia. Boleh saya tahu ni siapa? Saya akan minta dia call semula."
"His father," jawab Encik Isa. Jauh di Switzerland.
"Oh." Maryam kaget. Tak tahu nak cakap apa.
"It's okay. I'll call him back later. Thank you, Maryam." Sepatah-sepatah perkataan itu keluar dari mulut sang tua.
"Alright." Maryam senyum nipis. Talian dimatikan.
Senyuman itu masih tidak lekang. Comelnya dia. Save number ayah dia as Nyawa.
Meow! Suara kucing itu makin kuat.
"Alright! Alright! Jom masak untuk awak okey." Maryam terus ke dapur.
Lengan baju disentengkan hingga ke paras siku. Ikan yang sudah siap disiang dicuci dengan asam keping dengan selawat ke atas Nabi sebanyak tujuh kali.
Air dituang ke dalam periuk dan diletakkan ke atas dapur. Api dinyalakan. Ikan tadi dimasukkan ke dalam periuk. Garam sedikit, asam keping sedikit. Done.
"Kita tunggu lima belas minit okey, sayang?" Maryam mengambil tempat di sofa dan televisyen dihidupkan. Telefon bimbit Mikael dibelek.
Hm. Touch ID or enter password. Ada rahsia apalah sangat dalam telefon bimbit dia ni sampai berpassword bagai. Maryam campak telefon itu ke hujung kaki di atas sofa.
MIKAEL ambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Air dibiarkan mencurah-curah mengena tubuhnya dari kepala hingga ke kaki. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Bunyi lain macam aje!
Mikael yang sedang syampu kepala menolak kepala pili air dan air berhenti mencurah ke atas lantai. Dia menggunakan deria telinga sebaiknya untuk mendengar bunyi itu.
"Macam bunyi alarm telefon aje." Mikael terus keluar dari bilik air dengan syampu masih belum dibilas.
Telefon dicapai.
Meeting tomorrow.
Alarm itu berbunyi begitu. Mikael kerut dahi. Bila masa pula aku ada meeting esok?
Alarm itu dimatikan. Telefon itu diselongkar. Perkara pertama, gallery. Bulat matanya bila gambar-gambar itu semua ada Maryam. Mikael kemudiannya ketawa kecil.
Dia kembali masuk ke dalam bilik air untuk selesaikan mandinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro