Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

Lelaki itu berdiri menghadap cermin yang memberi pantulan tubuhnya. Bibir itu perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Hujung bibir yang berdarah dikesat dengan belakang tangan.

Rambut yang sudah serabai dibiarkan begitu sahaja. T-shirtnya ditanggalkan. Lantas tubuhnya ditelentangkan di atas katil. Siling bilik diperhatikan dengan pandangan kosong. Nafasnya masih belum teratur dek mengah berlari.

Matanya dipejam sebentar. Mengingatkan apa yang terjadi sebentar tadi.

Imbas kembali...

"LONG time no see, bro." Muaz sengih hujung bibir. Sekumpulan lelaki di belakangnya masing-masing memegang batang besbol dan kayu. Tak tercicir juga dengan parang dan kapak. Ni bukan budak yang bajet-bajet punk, skinhead, gothic dan sebagainya, eh. Ni bukan samseng Chow Kit tau. Bukan!

Pandangan Mikael masih belum jelas siapa yang berdiri di celah lorong betul-betul di bawah lampu jalan berwarna kuning. Wajah lelaki itu masih belum dapat dikenal pasti apabila hood sweater menutup kepala lelaki itu. Ditambah lagi dengan gelap malam.

"Kau siapa?" Mikael yang sedang melepak dengan kaki terjuntai di atas tong sampah segi empat besar belakang restoran terus menjejakkan kakinya ke atas lantai dan bergerak ke hadapan sedikit. Mengharap dengan selangkah dia ke hadapan, dia mampu untuk melihat dengan lebih jelas wajah lelaki itu.

Muaz sengih sinis.

"Takkan dah lupa aku?" Kolar T-shirt yang tinggi menutup sedikit mulutnya.

Mikael kerut dahi.

"Kau?" Penumbuknya sudah dikepal.

"Pergh. Lama betul nak tunggu kau ingat aku, kan?" Muaz ketawa.

"Rindu aku tak?" tambah Muaz.

Muaz terus beri isyarat kepada yang lain untuk memulakan serangan apabila Mikael sudah meludah ke kiri. Mikael lebih pantas mengelak setiap serangan... Ah, bukan dia baru hidup sebulan dua. Bukan dia baru kenal Muaz sehari dua.

Pantas yang lain mengejar. Mikael hanya ketawa sebelum bersiap sedia membuka langkah.

"Budak-budak mentah macam ni kau suruh lawan aku, Muaz? Seriously?" Mikael hanya ketawa sambil penumbuknya melayang-layang kiri dan kanan tanpa henti. Ada la beberapa kali dia tidak sempat mengelak dari tumbukan padu mengena pipinya membuatkan dalamnya pecah!

"Sampah macam kau ni patut lupus terus dari muka bumi ni!" jerit Muaz.

Ada dua orang lelaki di hadapan Mikael yang melayangkan penumbuk dan kedua-dua penumbuk itu mampu dielak Mikael. Bahkan mereka pula yang tertunduk menahan perit apabila perut mereka menjadi sasaran Mikael. Atau ketika ini lebih dikenali sebagai Hafez. Ya. Hafez dan Mikael adalah orang yang sama. Cuma yang lain... Identiti!

Kini hanya tinggal Muaz dan Mikael.

"Sudah-sudahlah, Muaz. Berhentilah. Macam mana kau boleh cari aku ni?" sindir Hafez.

"Selagi kau tak mampus, selagi tu aku kejar kau, Mika. Oh no! My bad, Hafez! Kalau Mika, dia takkan serang aku. Tiga tahun aku perhatikan kau sejak kau balik Malaysia. Dah terlalu lama aku kasi kau hidup aman." Muaz bersiap sedia untuk menyerang Hafez tetapi nampaknya Hafez lebih pantas dalam bab bertumbuk.

Muaz terbaring ke belakang apabila Hafez sedikit pun tidak menunggu lama untuk mengayunkan penumbuknya.

"Aku tak kacau kau, kenapa kau kena kacau aku hah?!" tempik Hafez.

Muaz ketawa berdekah.

"Aku akan kejar kau sampai kau mati!" ketawa Muaz lagi dengan bibir berdarah.

HAFEZ terjaga daripada lamunannya. Badan yang terasa lekit memaksa dirinya untuk bangun ke bilik air dan mandi.

Pili air dipulas hingga air mencurah-curah berlari mengena tubuhnya. Sedang dia termenung dalam keadaan berdiri, kepalanya terasa sakit yang teramat!

"Arghhh!" jerit Hafez. Kakinya lemah dan akhirnya dia terduduk.

Beberapa saat kemudian, kepalanya terasa kosong. Mikael tersedar. Pili air ditutup. Dia meraup wajahnya dengan nafas lega. Sampai ke bibir, dia terasa perit yang amat. Segera dia menoleh ke arah cermin yang tidak jauh dari pili air. Kesan bengkak kelihatan. Peristiwa tadi jelas di dalam mindanya. Tapi sedih, dia seakan terkurung di dalam apabila Hafez ambil alih tubuhnya. Dan dia hanya mampu melihat tindakan Hafez dari dalam.

"Hafez, apa kau buat lagi ni?" Mikael merengus lemah.

MARYAM memusingkan pensel kayu melalui jari-jemarinya. Kepalanya masih memikirkan hal tadi. Pelik sangat dengan Mikael. Kenapa lelaki itu pandang dia begitu? Pandangan seakan-akan lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Dengan pakaian gelap macam tu. Bibirnya...

Maryam tersentak. Darah!

Maryam segera mencapai telefon bimbitnya. Nama Myna dicari. Talian berdering beberapa kali sebelum telefon diangkat.

"Myna! Myna! Myna!"

"Eh, kenapa mak cik ni?" Myna pelik.

"Sorry kacau malam honeymoon you." Sempat Maryam mengusik.

"Eh, budak ni kan! Mana adalah. Kenapa?"

"Em... Boleh tolong tanya Akim tak rumah Mikael tingkat berapa dan nombor berapa."

Myna tersentak.

"Kenapa you nak tahu?"

"Hah?" Maryam garu hidung. Ah, apa alasan aku nak bagi ni?

"Tadi I pergi buang sampah. Seems like dia tercicir kunci," bohong Maryam.

"Oh. I ingatkan apa. Kejap I tanya Akim, eh?"

Maryam hela nafas lega. Takut juga kalau-kalau Myna nak tanya lebih. Apa pula jawapan yang dia nak kasi?

Beberapa minit kemudian, Maryam menyarung tudungnya dan mencapai satu tube krim Burnol dan sekeping plaster. Dia berlari menuju ke lif.

Nombor 21 ditekan. Kukunya digosok-gosok tanpa sedar. Sampai sahaja di tingkat 21, Maryam mencari nombor 4. Beberapa kali loceng ditekan. Pintu diketuk-ketuk. Tapi tiada sahutan. Maryam bertambah risau. Kerana sebentar tadi dia baru sahaja perasan ada darah di hujung bibir Mikael.

Maryam cuba menekan loceng lagi. Kali ini pintu terbuka sedikit.

"Siapa?" tanya Mikael.

"Aaa. Maryam," jawab Maryam. Mikael pelik. Jarum jam diperhatikan. Jam sudah hampir berganjak ke angka 12 tengah malam. Daun pintu ditolak lagi luas.

"Macam mana awak tahu saya tinggal sini?" soal Mikael.

"Saya tanya Akim."

"Ada apa?"

"Awak okey ke?" Soalan Maryam membuatkan Mikael jongket kening. Rambutnya yang masih basah tidak bersikat diperhatikan dengan ekor mata Maryam.

"Okey aje. Kenapa?"

"Awak marah saya ke sebab saya tak jawab soalan awak petang tadi? Sebab tu awak buat-buat tak kenal saya waktu jumpa kat luar?" Pelbagai soalan yang bermain di dalam kepala Maryam.

"Hah?" Mikael garu kepala. Ah, sudah. Apa aku nak jawab ni? Hafez! Ergh.

"Saya tak perasan awak kut."

"Tak perasan? Tadi dalam lif saya tegur awak, awak tak perasan ke? Bukan awak ada pandang saya juga ke?"

Mikael merengus.

"Sorry okay. Mood saya tak berapa nak baik sekarang ni." Mikael beri alasan.

"Bibir awak dah okey?" Maryam pandang hujung bibir Mikael yang sudah hilang kesan darah itu.

Mikael menyentuh bibirnya. Terasa betul peritnya.

"Okey aje."

"Nah. Burnol ni bagus untuk luka. Walaupun saya tak tahu macam mana awak boleh dapat luka tu, tapi be careful. Bukan perempuan aje boleh terima risiko bahaya kalau duduk bersendirian. Lelaki pun sama. Zaman sekarang tak kira jantina," nasihat Maryam. Burnol dan plaster dihulur. Dua barang itu bertukar tangan. Mikael sedikit kaget.

Maryam garu belakang kepala.

"Saya bukan apa. Since saya dah tahu awak ni kawan Akim, saya tak boleh buat-buat tak kenal awak. Kalau awak agak-agak nak pergi klinik tapi tak larat, awak boleh call saya." Maryam senyum kekok. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke lif, namanya dipanggil.

"Thanks. Tapi macam mana saya nak call awak kalau nombor pun awak tak tinggalkan?" Mikael senyum nipis. Maryam garu kepala. Isy, kau ni Maryam.

Kaki diayun semula hingga ke hadapan pintu rumah Mikael. Tuala yang masih bersangkut di leher Mikael dipandang sekilas.

"Pinjam phone awak," pinta Maryam.

Telefon bertukar tangan dan segera Maryam mengisi nombor telefon bimbitnya ke dalam telefon Mikael.

"Awak boleh call saya kalau awak perlukan saya," beritahu Maryam.

"Okey."

"Okey," jawab Maryam juga. Rasa kekok sangat-sangat. Maryam menekan butang untuk turun. Mikael masih memerhati. Beberapa saat kemudian dia keluar dari rumahnya dan melangkah menuju ke arah Maryam. Tangan sebelahnya diseluk ke dalam poket seluar tidur berwarna putih coklat.

Terkejut Maryam dibuatnya.

"Awak nak turun ke?" tanya Maryam.

"Teman awaklah. Dah pukul 12 ni. Awak tak takut ke sorang-sorang turun?" balas Mikael.

Maryam ketawa.

"Nak takut apa? Hantu?"

"Boleh jadi waktu awak masuk lif, lampu terpadam. Lif tersekat. Awak bukan tahu kalau kat penjuru lif tu ada siapa, kan?" Kata-kata Mikael membuatkan Maryam telan air liur. Okey, fikirkan aje pun dah seram.

"Tapi saya dah tinggal lama kat sini. Tak ada orang teman nak balik pun. Okey aje," jawab Maryam.

"Itu sebab kita tak kenal. Sekarang kan dah kenal. Saya pun tak boleh buat-buat tak kenal kat awak sedangkan kita duduk dalam satu kondo yang sama."

Maryam hanya senyum nipis. Kedua-dua mereka kemudiannya melangkah masuk ke dalam lif dan nombor 15 ditekan.

"Esok nak gerak sekali?" tanya Mikael tiba-tiba.

"Oh... Haah, kan. Saya hampir lupa esok kenduri. Boleh juga nak gerak sekali. Kereta saya ke kereta awak?"

"Mine la."

"Sure. Thanks." Pintu lif terbuka.

"Jumpa pukul 9 pagi esok kat parking lot," beritahu Mikael.

"Alright. Sure do. Bye." Maryam terus berjalan laju ke rumahnya. Pipinya mula merah. Eh, panas pula rasanya. Esok nak hujan ke macam mana? Bahangnya!!!

Mikael tersenyum melihatkan belakang tubuh Maryam yang begitu laju meninggalkan dirinya untuk masuk ke dalam rumah. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro