Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14

Wisata Alam Kalibiru.

Maryam membuntuti langkah Hafez. Titi gantung di hadapannya dipandang sepi.

"Cepatlah." Hafez menghulur tangan. Maryam hanya pandang tangan itu. Tidak menyahut. Kakinya melangkah perlahan ke atas titian gantung itu. Hafez sambung melangkah.

Apabila mereka berada di tengah-tengah titi, Hafez berpaling dan mengambil gambar Maryam yang mukanya masam mencuka. Sengih nipis muncul di wajah Hafez. Maryam yang perasan akan perubahan wajah lelaki itu berasa sedikit lega.

"Awak tak takut tinggi ke?" Maryam saja buka topik.

"Tak."

"Apa yang awak takut?"

"Almost nothing."

Maryam pandang belakang tubuh Hafez.

"Tak mungkin tak ada."

Hafez berhenti melangkah dan menoleh ke belakang. Maryam hampir terlanggar tubuh lelaki itu apabila lelaki itu berhenti secara mengejut. Wajah mereka menghala ke arah satu sama lain.

Sudah hilang wajah tegang. Maryam seakan-akan mahu tersenyum. Tapi cepat-cepat dia menyorokkannya.

"Kucing. Aku geli kucing," beritahu Hafez.

Langkah diteruskan.

"Saya ada dua ekor kucing," kata Maryam.

"Seriously? The poops?"

"Dia orang ada pasir. Toilet trained. Nak risau apa."

"The smell."

"Clump. Tak ada bau."

"Fur?"

"Sikat. Vacuum."

"Food?"

"Dry and wet. Sometimes makan ikan dengan nasi. Like everyday sebenarnya ikan dengan nasi." Tubuh lelaki itu masih membelakanginya. Maryam rasa seronok pula bercerita pasal kucingnya.

"Names?"

"Puss, Mocoon."

"How you came out with Mocoon?"

"Baka Maine Coon."

"Nice."

Maryam toleh jam lagi. Hafez tiba di penghujung titi.

"Jangan risau. I'll be there on 1.30 pm," kata Hafez memandang ke arah Maryam yang masih di atas titi gantung. Maryam senyum nipis.

"Jalan la cepat." Hafez kembali ke dirinya yang suka mengarah. Dengan straight facenya. Senyum pun idok!

Belum sampai kaki Maryam ke pondok yang teguh, Hafez menggoncang tali titi dari tepi. Jantung Maryam macam nak gugur!

"Hei!" jerit Maryam. Orang lain di belakang turut sama berkerut dahi. Siapa tak takut mati?

Hafez ketawa berdekah.

BEBERAPA keping gambar dibelek Maryam. Terima kasih pada Hafez, gambar yang diambil sangat cantik! Betullah orang kata, iPhone 7 punya gambar, no joke doh!

"Gambar-gambar ni saya send dekat WhatsApp saya, eh?" minta Maryam. Memandang Hafez yang sedang memandu menuju ke hotel Maryam.

"No way." Hafez rampas kembali telefon bimbitnya. Atau lebih tepat, telefon bimbit Mikael. Heh.

"Helo, tu semua gambar saya. Saya tak minta gambar awak pun."

"My phone, my rule."

"Handphone Mikael." Maryam mencebik dan membuang pandang ke luar tangkap. Hafez ketap gigi. Eh budak ni kalau aku tumbuk sekali terus terkeluar dari jip ni karang. Biadab nak mampus.

"Nak gambar-gambar ni?" tanya Hafez. Maryam mengangguk teruja.

"Work for it." Telefon disimpan di dalam poket seluar.

"Soon awak pergi, Mikael yang datang. Saya boleh minta dengan dia. I don't need your permission." Maryam peluk tubuh.

"Itu kalau dia tahu password aku."

Zaman dah maju, wahai si dungu Maryam Yusoff. Galeri pun boleh buat password. Maryam muncung mulut.

"Awak nak saya buat apa?"

"Bila aku muncul, bila masa sahaja... You need to be here. Sebelah aku. Kau akan dapat satu gambar untuk satu hari tu."

"Gila."

"Terpulang. Cantik gambar-gambar ni kalau bubuh kat Instagram kau. Lagi pula kau suka main theme bagai, kan? Aku boleh editkan cantik punya," sengih Hafez. Maryam ketap gigi. Eh, kejap. Apa?

"Macam mana awak tahu saya ada theme untuk Insta saya?"

"Aku dah follow kau."

"Since when?"

Hafez hanya sengih menampakkan barisan gigi putihnya.

"Insta Meen pun aku dah follow." Hafez tunjuk gigi. Aduh senyuman diaaa... Sinis nak mampus!

"Sejak bila?"

"Right before dia privatekan Instagram dia."

Maryam peluk tubuh. Ergh, geram! So, aku privatekan aku selama ni, sia-sialah?!

MARYAM tidak keluar dari perut jip. Hatinya masih mendidih. Geram! Antara nak dengan tidak. Tapi sumpah gambar-gambar tu semua cantik!

"Awak kata kalau saya teman awak untuk satu hari, awak akan kasi satu gambar, kan?" Maryam buka mulut.

"Depends."

"Apa pula?!"

Hafez jongket bahu.

"Saya teman awak sampai ke airport hari ni. Means setengah hari saya dengan awak."

"I said, one day."

"Gila la macam tu. At least saya teman awak, okey!"

Hafez berfikir sejenak. Dengan muka selamba dia. Eee, aku rasa macam nak tenyeh-tenyeh kepala dia macam aku tenyeh cili atas pinggan.

"Alright then." Akhirnya Hafez setuju.

TEKSI berhenti di lapangan terbang. Hafez keluar dari perut kereta diikuti Maryam. Bagasi di dalam bonet dikeluarkan oleh pemandu teksi.

"Terima kasih," ujar Maryam dengan senyuman nipis.

Hafez langsung tidak mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Bayar tambang pun tidak! Kuajo namanya laki ni, hah.

"Hei! Tunggulah!" Maryam berjalan pantas untuk mengejar langkah Hafez.

Gedebuk!

Maryam terasa pedih di bahagian depan tubuhnya. Sakitnya itu boleh tolak tepi lagi. Tapi malunya lebih berat! Orang keliling memandang Maryam dengan pelbagai pandangan. Hafez yang berhenti dan menoleh hanya memandang Maryam dan menjongket kening.

"I don't know her," katanya seraya berlalu. Kurang ajar! tempik Maryam dalam hati.

Cepat-cepat Maryam bangun apabila sudah ada dua tiga orang yang datang menghampiri.

"Are you okay?" tanya lelaki Eropah itu.

"I'm fine." Maryam sengih segan dan pantas berlalu dari tempat itu. Sakit oi, jatuh atas jalan tar.

Lutut mulai terasa pedih. Dagunya ada sedikit calar.

"Hafez! Hafez!" Maryam cuba untuk tidak menjerit di dalam lapangan terbang itu. Hafez terlalu laju berjalan.

Maryam berlari juga walaupun kakinya sedikit sakit.

Hafez berhenti. Maryam cepat-cepat brek kaki supaya tak terlanggar lelaki itu lagi.

"Sakit?" tanya Hafez.

"Hell! Baru nak tanya? Tadi kata tak kenal?"

"Oh yeah. I don't know you. Anyway, padan muka."

"Teksi pun saya bayarkan, bajet tak kenal. Rude!" gumam Maryam.

"Kau kan pernah hutang aku naik Gereja Ayam."

"Baru Rp 10,000!"

"I'll pay you the rest at KL. Okey, Yam?"

Sekali lagi dia panggil aku Yam, aku sumpah aku gigit dahi dia. Aku sumpah!

Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan sekeping gambar dihantar kepada WhatsApp Maryam. Telefon yang bergetar dari dalam sling bag Maryam dikeluarkan.

Maryam kerut dahi melihat gambar itu. Gambar yang bergetar dengan muka buruknya bila dia cuba memberhentikan Hafez daripada terus mengambil gambarnya.

"Hei! Bukan gambar ni!" Gambar ni mana boleh masuk Instagram!

Hafez kenyit mata.

"Jangan lupa, fix your knee. See you in KL, Yam." 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro