BAB 13
Cahaya matahari sudah pun kelihatan. Nota di cermin dibaca Hafez. Tapi sedikitpun tidak dihiraukan. Telefon terus dicapai.
Hafez, flight pukul 2 petang. - Mikael
Nama Maryam dicari. Belum sempat dia mendail nombor wanita itu, terlebih dahulu nama itu keluar di skrin telefon bimbit. Sengih Hafez melebar.
"Hello bayyyby." Semangat betul Hafez menjawab panggilan.
"Mikael?"
"Tet! I!"
"Hafez!" Maryam ketap gigi.
"Aku tak sukalah orang pertama yang kau sebut tu, Mikael. Lain kali kalau kau call nombor ni, nama pertama yang kau kena sebut, Hafez. Lantaklah dia Mikael sekalipun. Faham?"
"Kenapa pula saya nak kena dengar cakap awak?"
"Sebab kau kena!"
"If not?"
"Pay for your damn mistake."
"Awak nak buat apa? Tolak saya jatuh bangunan?" Maryam mencebik.
"No way."
Maryam sengih sinis. Tau pun tak berani.
"Tak cukup seksa," tambah Hafez. Maryam terkedu.
"Awak tak tahu Hafez gila macam mana..."
Teringat perbualannya dengan Mikael semalam.
"Dalam setengah jam, aku tunggu kat lobi hotel kau." Arahan dikeluarkan dan talian dimatikan.
"Helo! Helo!" Maryam merengus. Jam diperhatikan. Oh shoot! Mandi pun tidak lagi. Maryam pantas bangun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air.
Tangannya baru sahaja nak oles eyeliner di kelopak mata, telefonnya sudah berdering.
Telefon diangkat.
"Boleh sabar tak?"
"Wow. Garangnya. I'll give you another 5 mins," beritahu Hafez.
"Mana sempat!"
"Okey. 3 minit."
"Hei!"
"App! 3 minit atau aku naik atas?"
"Heh. Macamlah awak tahu bilik saya kat mana." Maryam bersandar di kerusi. Lega. Dalam masa yang sama dia rasa seronok sebab dia tahu lelaki itu takkan tahu.
"Come on. Hafez selalu tahu. Floor 9, bilik 231. Dan jangan rasa aku tak boleh buka pintu bilik kau."
Mati terus sengih Maryam. Elok muka dah berwarna, terus pucat jadinya!
Maryam matikan talian. Eyeliner ditinggal tepi. Dia terus mencapai tas tangan dan menyarung kasut. Terus dia berlari ke hadapan pintu lif. Ting!
Pintu lif terbuka luas dan kelihatan Hafez sedang berdiri di dalam perut lif dengan tangan di dalam poket seluar.
"Tak sampai 3 minit lagi! I don't even put my eyeliner on!" Maryam membebel dan melangkah masuk ke dalam perut lif.
"Just make sure 3 minute. Kalau dah 3 minit kau still tak keluar bilik, aku dah ready nak crash in."
Maryam menjeling Hafez.
"Awak kena naik flight pukul 2."
"Siapa kata?"
"Mikael."
"Oh... Dah jadi kawan baik ke?" sindir Hafez.
"Hafez, please. Boleh tak awak berhenti susahkan dia?"
"Aku? Susahkan dia?" Hafez pandang tepat ke dalam anak mata Maryam.
Kaki lelaki itu melangkah dekat dan makin dekat hingga tubuh Maryam tersandar di dinding lif. Ting!
Ya Allah, inilah kali pertama aku rasa bunyi ting ni bunyi yang paling sangat-sangat aku nak dengar!
Maryam hela nafas lega bila pintu lif terbuka. Cepat aje Hafez menutup kembali pintu lif dan menekan butang paling atas, 25.
Maryam kembali pucat.
"Apa awak buat ni?"
"Aku susahkan dia?" Soalan dibalas dengan soalan.
Maryam, apa kau buat ni?
"Ya! Memang betul awak susahkan dia. Dia banyak habiskan duit untuk awak, habiskan masa untuk awak. Tanggung semua salah yang awak tinggalkan untuk dia. Tambah dosa dia."
"Aku! Protect dia!" Tempikan Hafez membuatkan lutut Maryam lemah. Aduhai lutut, kenapa terasa longgar ni? Skru balik! Skru balik!
"Protect macam mana yang awak maksudkan? Awak tinggalkan kerja separuh jalan! Awak cuma opening! What matters is the ending?" Maryam turut sama tinggikan suara.
"Aku buat benda yang dia sendiri tak berani nak buat!" Hafez menjawab.
"Benda yang dia sendiri tak nak! Bukan dia tak berani buat! Tapi dia tak nak. Mikael bukan jenis yang menyakitkan orang lain."
"Macam mana kau tahu? Kau kenal dia baru beberapa minggu. Aku kenal dia for whole of my life!"
Maryam raup wajah.
"Dia sendiri tak kenal awak." Suara Maryam makin mengendur.
Ting! Tingkat 25. Pintu ditutup semula.
"Bullshit! Dia sendiri yang keluarkan aku untuk protect dia. Kau ingat dia suka-suka nak keluarkan aku? Dia buat bersebab! Sebab dia tak berani nak berdepan dengan realiti hidup dia! Sebab dia pengecut!"
"The bravest man I've ever met is Mikael. Awak bukan dia."
Hafez ketawa besar.
Ting! Tingkat 20. Pintu terbuka. Beberapa orang tunggu giliran untuk masuk. Tetapi dengan hanya satu jelingan tajam, kesemuanya tak berani nak masuk hingga Hafez tekan butang tutup sekali lagi.
"Orang nak masuk lif la!" Maryam melenting.
"I don't give a damn with people who wants to come in! Aku dengan Mikael sama!"
"Tak! Tak sama langsung!"
Hafez rentap lengan Maryam.
"Aku dengan dia orang yang sama. Aku lebih berani daripada dia, aku lebih kuat daripada dia," bisik Hafez ke telinga Maryam tegas.
Ting! Tingkat 14. Pintu terbuka. Terbungkam dua orang pelancong melihat Hafez dan Maryam yang sudah begitu dekat.
Hafez terus tekan butang tutup.
"See! Awak buat lagi! Mikael takkan buat apa yang awak buat." Maryam cuba tarik lengannya.
"Kau tahu kenapa Mikael tak marah? Sebab semua kemarahan dia, aku yang pegang. I'm the purest anger... of him. Tu yang sebabkan kau nampak dia macam malaikat sejati." Kata-kata Hafez membuatkan Maryam tersentak.
Ting! Tingkat 10. Hafez melepaskan rentapannya. Maryam toleh ke arah Hafez yang sudah berdiri menghadap pintu lif.
"Awak akan tutup pintu lif lagi?" Dalam banyak-banyak soalan, soalan bodoh itu juga yang terkeluar dari mulut Maryam.
Hafez diam membisu. Mungkin terkilan.
Tujuh orang lelaki Eropah memasuki perut lif sekali gus memenuhi ruang kosong.
Maryam tersepit di penjuru lif. Hafez terus merapati Maryam dan medepakan lengannya ke dinding lif. Maryam pandang lengan lelaki yang berada dekat dengan paras lehernya. Air liurnya tidak tertelan. Jantungnya berdegup laju.
"MASUK," arah Hafez. Maryam hanya menurut. Wajah lelaki itu langsung tidak beriak. Tali pinggang dipakai.
Hafez membelek telefon bimbit. Waze. Mencari jalan untuk ke destinasi.
"Kita nak pergi mana?" tanya Maryam.
"Ikut aje." Mata Hafez pada skrin telefon bimbit.
"Awak tahu kan, flight awak pukul 2?" Maryam takut-takut untuk bersuara. Hafez tarik nafas dalam dan menoleh ke arah Maryam tanpa berkata apa-apa. Maryam ketap bibir dan menunduk.
Hafez kembali membaca laluan Waze. Untuk beberapa minit kemudian, pedal minyak ditekan.
Maryam kejap-kejap mengerling jarum jam di tangan. Macam mana kalau dia tak sempat naik flight?
"Awak dah check out?" Soalan Maryam memecah hening.
Hafez hanya membisu. Perjalanan yang mengambil masa sejam 15 minit itu berakhir.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro