BAB 12
Telefon yang berdering dipandang sepi. Lenyap terus lagu yang berkumandang. Hanya kedengaran nada dering telefon bimbitnya.
Talian itu mati.
Mesej diterima.
You're good? - Mikael
Maryam pelik memandang mesej itu. Mulanya dia malas nak membalasnya, tapi dia terasa pelik akan bunyi mesej itu.
Just fine. - Maryam
Nampak macam tak. - Mikael
Maryam terus angkat kepala dan memerhati sekeliling. Tapi susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Kita jumpa dekat bumi Jogja ni macam planned. Tapi sumpah, I didn't plan for this. And meeting you again, here... Saya sumpah sekali lagi, saya tak rancang pun. - Mikael
Mana awak? - Maryam
Don't worry. Saya takkan tunjuk muka kalau awak tak nak tengok. I'll go. But, I just want to make sure you are okay before I go to something else. - Mikael
Maryam mendengus. Yep! Dia perlukan seseorang ketika ini. Kalau tidak, dia tak tahu bila empangan tubir mata ni akan pecah.
Ke sini. - Maryam
Beberapa saat kemudian, Mikael muncul dari belakang dengan senyuman janggal. Rasa serba salah pun ada juga.
"Serius, I just want to make sure you are okay. Nampak gaya macam nak menangis," beritahu Mikael yang masih berdiri.
"Duduklah," pelawa Maryam.
"Tak apa ke?"
"Awak kan kawan saya?" Maryam senyum nipis. Earphone ditarik keluar dari bawah selendang.
Mikael mengambil tempat di hadapan Maryam.
"Mana awak menyorok?" tanya Maryam.
"Kitchen."
"Serius la?"
"Serius!" Mikael mengangguk bersungguh. Maryam ketawa.
"Macam mana awak tahu saya kat sini?" Soalan kedua Maryam.
"Sumpah saya tak tahu. Saya datang dulu okey. Saya baru selesai makan, and having my tea. Tiba-tiba ternampak waiter tu hantar air kat awak," jelas Mikael.
Maryam kecilkan mata.
"Ya ke ni?"
"Sumpah!" Mikael angkat tangan kanan seakan-akan berikrar. Maryam ketawa lagi.
"Banyak kali bersumpah ni. Kalau tipu ni, makan sumpah jadinya," sengih Maryam.
"Sum... Pah," sambung Maryam dan mereka berdua ketawa. Maryam membuang pandang ke luar.
"Boleh kita bersembang?" tanya Mikael. Maryam kembali memandang Mikael.
"Sure."
"Saya ada soalan," beritahu Mikael.
"Apa dia?"
"Seminggu awak tak contact saya, tak jawab WhatsApp, tak angkat call, tu semua sebab Hafez ke?"
Maryam ambil nafas sedalamnya sebelum menjawab.
"Saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen. Yalah, awak nampak lain sangat. Kasar, degil... Entah. Jadi orang yang saya langsung tak kenal. Lagipun saya baru aje kenal awak. Boleh jadi awak memang jenis macam Hafez tu. Mana la saya nak sangka awak dengan dia tu... Hmmm." Maryam senyum dan teguk kopi.
Mikael sengih.
"Awak datang sini?" Mikael membiarkan soalan itu tergantung. Maryam boleh faham sendiri.
"Cuti." Maryam senyum.
"Tanya saya... Awak tu?" Maryam sambung ayatnya.
"Cuti. Actually more to treatment. Lepas tak dapat contact awak seminggu, saya rasa saya perlukan masa saya sendiri. Saya ingat boleh pergi sendiri. This is my first time keluar tanpa Isaac," terang Mikael.
Maryam masih kelihatan sugul. Tak faham. Mikael ketawa dan meneruskan cerita.
"Bila saya marah, Hafez akan keluar. Bila saya teringatkan ibu saya, Adam yang keluar. Bila saya rindukan ayah, Suffian yang muncul and many more."
"Many more? Maksudnya?"
Mikael buang pandang ke luar.
"It's okay kalau awak tak nak cerita." Maryam menunduk.
"Awak akan tahu once awak kenal saya dah lama. And saya rasa awak pun akan jadi macam orang lain. You won't stand by me. That explained why I'm here alone. And alone all the time." Lelaki itu menuturkan kata tanpa rasa sedih langsung! Siap gelak lagi.
"Macam mana awak tahu yang saya sama macam orang lain? Awak tak kenal saya. I'm a loyal person. Very." Maryam tegas.
Mikael sengih.
"Dah banyak orang try buang saya. Since saya belajar kat Switzerland, satu kawan pun saya tak dapat. Isaac tu stick dengan saya sebab dia tu psychologist saya aje. Kalau bukan sebab kerja, entah-entah dia pun sama."
"Again, macam mana awak tahu? Awak tak boleh persoalkan sebab seseorang tu boleh stick dengan awak atau tidak. Mana tahu, Isaac tu memang ikhlas dengan awak, nak berkawan dengan awak." Hilang terus rasa sedih dalam diri Maryam.
"Awak ikhlas nak kawan dengan saya?" Mikael pandang tepat ke dalam anak mata Maryam.
"For sure I am! Saya tak kesah kalau awak ni ada 100 personaliti pun. Asalkan semua personaliti awak boleh kawan dengan saya." Maryam kedengaran yakin.
Mikael ketawa lagi. Tapi tawanya itu hambar.
"You don't know..."
"Apa yang saya tak tahu? Yes, memang saya tak kenal awak sangat. Baru aje kut kenal awak. And see, awak pun tak kenal saya. You can't judge me."
"Awak tak tahu Hafez macam mana..." Belum sempat Mikael menghabiskan ayat, Maryam letak kedua-dua lengannya di atas meja dan mendekat dengan Mikael.
"I don't care a about Hafez dan kalau dia nak biadab dengan saya, I don't care! Dia tak tengok lagi biadab saya macam mana. Kalau dia gila, I can be double gila daripada dia. So, chill. Saya boleh jadi kawan awak." Kata-kata Maryam sedikit sebanyak membuatkan hati Mikael lega. Tapi dia tahu benda itu takkan bertahan lama.
"Actually, your words... Convincing." Mikael senyum. Maryam juga.
"See. Tak susah pun nak buat kawan. As long as the other parties boleh terima kita."
"Awak dah buat saya jatuh hati dekat awak." Mikael berterus terang. Mulut Maryam terus terkunci. Lesap senyuman dari bibir.
"Chill. Saya tahu tempat saya kat mana. I'm not asking more. Not for now la." Gurauan Mikael langsung tidak menerbitkan senyuman pada Maryam.
"Okey, fine. Saya cuba untuk tak jatuh cinta. Saya boleh undo this love. Saya tahu saya boleh. I've been doing it for million times. Adding one more shouldn't bother me."
"Serius la million times." Maryam jongket kening.
"Hiperbola la sikit. Maybe 3 times."
"Wow. Senang betul awak tukar feeling," sindir Maryam.
"Saya tak tukar. Saya tambah."
"Maksudnya?"
"Saya sayangkan Muaz, sayangkan ibu, sayangkan Syira... Turns out untuk semua yang tinggalkan saya. Buang saya. Nak tak nak, I have to quit loving them."
"Errr... Dia orang..."
"Family." Laju Mikael menjawab.
"Syira?"
"Adik."
Maryam bungkam.
"Ibu saya hantar saya ke Switzerland untuk duduk dengan ibu bapa angkat saya waktu Syira belajar kat sini. Actually dia buat benda yang betul. Sebab saya tak mungkin akan jadi macam ni kalau saya still duduk dengan dia orang. Parents angkat saya baik dan sangat memahami. Dia kenal semua personaliti saya tapi still tak buang saya. Pelik kenapa ibu tiri saya takut sangat dengan saya." Mikael senyum nipis memandang Maryam.
"Awak, okey?" Hanya itu yang mampu Maryam suarakan. Mikael ketawa.
"I'm 30, Maryam. That happened to me after berbelas tahun dulu. I'm fine. More than fine. Too fine." Mata lelaki itu makin mengecil bila otot pipinya naik hampir ke telinga.
"Awak kat sini sampai bila?" tanya Mikael. Tukar topik.
"Lusa saya balik."
"Too bad. Saya kena balik esok."
"Kita still boleh jumpa kat KL," kata Maryam.
"Awak nak jumpa saya ke?"
"I'm officially your friend," jawab Maryam bangga.
Senyum. Mikael tahu ia takkan kekal. Senyum selagi boleh, Mikael.
MIKAEL kemas pakaiannya dan meletakkan segala benda yang dia perlukan esok. Hatinya rasa tak sedap. Dia tarik kertas kosong yang disediakan pihak hotel di atas meja dan menulis sesuatu di atasnya.
Telefon bergetar.
Siap packing? - Maryam
Done. - Mikael
Have a safe flight. - Maryam
Maryam, in case... In case other personality take over, help me. - Mikael
Sure. I'll call you next morning. - Maryam
Thank you. - Mikael
My pleasure. - Maryam
Saya tidur. - Mikael
Tidurlah. - Maryam
Good night. - Mikael
Good night, Mikael. - Maryam
Good night, Maryam. - Mikael
Okay. - Maryam
Maryam geleng kepala. Ada aje budak ni.
Mikael senyum dan melekatkan nota itu di cermin. Lampu bilik ditutup. Jangan fikir, Mikael. Hatinya saat ini bergolak seakan-akan tsunami melanda. Berombak kencang dadanya. Jenuh dia berpusing ke kiri dan kanan. Matanya masih tidak mahu lelap.
Shit. Aku tak patut act macam aku okey depan Maryam tadi. No. Aku tak patut buka cerita pun! Mikael ketap gigi.
Dia kemudiannya bangun dan mencari pil tidur dari dalam beg pakaiannya. Dua biji ditelan. Dia kembali melelapkan mata.
Mata Mikael mencelik. Terbuka luas! Senyumnya menyenget. Terus dia bangkit dari katil dan menuju ke cermin. Automatik pandangan matanya berubah. Menjadi lebih gelap dan senyuman tak lekang.
"Helo, Hafez."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro