Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11

"SEE you when I see you." Hafez senyum nipis sambil bersandar di pintu jip. Maryam menjeling.

"Huh." Maryam buat muka toya. Hafez senyum dan menggeleng sebelum masuk semula ke dalam perut jip.

"Hei, Yam!" jerit Hafez dari dalam perut jip. Maryam menoleh. Yam? Amboi, suka hati mak bapak kau aje tempik nama aku Yam. Kau ingat kau kawan baik aku apa nak panggil-panggil Yam.

"Balik bila?" tanya Hafez.

Maryam mencebik. Tak mahu jawab dan terus melangkah masuk ke dalam hotel. Hafez hanya muncung mulut dan jongket bahu. Berlagak nak mampus.

Jip itu terus berlalu laju membelah laluan jalan raya. Maryam toleh ke luar pintu kaca hotel. Pintu lif masih belum terbuka. Kelibat lelaki itu hanya dipandang tanpa ada apa-apa rasa. Kosong.

Ting! Pintu lif terbuka. Maryam tidak peduli langsung orang yang baru keluar dari perut lif itu. Dia melangkah masuk apabila lif itu kosong.

Hidung Maryam kembang kempis menghidu bauan di dalam lif. Cepat-cepat tangannya menahan pintu lif daripada tertutup. Kelibat manusia sudah hilang dari mata kasarnya. Dia kenal bauan itu.

Jantung Maryam berdegup laju. Tidak mampu untuk diredakan hingga pintu lif itu tertutup dengan sendirinya.

Imbas kembali...

"Maryam," panggil Aryan.

"Hm?" Maryam berhenti membelek barang-barang antik di hadapannya.

"Kau plan nak kahwin bila?"

"Kahwin? Entah. 23, 24 kut."

Aryan sengih.

"Dengan siapa?"

"Entah. Sesiapa ajelah yang nak aku." Maryam ketawa.

Sengih Aryan hilang.

"Habis aku ni?"

"Kau nak aku ke?"

"Nak la! Tanya lagi." Aryan menjeling dan mencapai barang antik berbentuk gajah duduk.

"So, aku kahwin dengan kau la nanti." Maryam jawab selamba.

Aryan kembali menyengih.

"Kau tunggu aku tau," bisik Aryan. Kawan-kawan yang lain sedang sibuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Berapa lama nak kena tunggu?"

"Berapa lama kau boleh tunggu?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Berapa lama kau nak buat aku menunggu?"

Aryan senyum.

"Aku cuba ASAP."

Kedua-dua mereka tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Yang kau orang berdua ni sengih-sengih dah kenapa?" tegur Meen yang perasan akan gelagat mereka berdua.

"AKU tak tahulah, Meen. Tapi aku asyik nampak kelibat Aryan aje kat sini." Maryam mengadu. Dia tahu Meen aje yang boleh dia luahkan segalanya buat masa ini.

"Itu sebab kau yang gatal pergi sana. Habis semua benda akan flashback baliklah. Cuba kau pergi tempat lain. Tempat yang tak mengingatkan kau pasal dia. Takkan kau jumpa kelibat dia punya," rengus Meen. Kakinya digoyang-goyang. Sengaja tarik perhatian Puss dan Mocoon yang sedang fokus menangkap kakinya.

Maryam memuncung. Hatinya terasa berat tiba-tiba.

"Kalau kau rasa susah, berat, asyik teringatkan dia... Kau baliklah sini cepat. At least aku dekat dengan kau kat sini. Boleh temankan kau," tambah Meen.

"Aku ada tiga hari lagi kat sini," pintas Maryam.

"Boleh tak jangan diseksa hati kau tu?" Meen mengeluh.

"Aku bukan nak seksa hati aku. Aku cuma takut aku lupa dia. Aku takut aku lupa muka dia, lupa kenangan aku dengan dia, lupa apa yang kita orang pernah bualkan. Sumpah, aku tak berniat nak buang tu semua."

"Itu maksudnya kau tak move on. Come on, Yam. Dah berapa lama dia pergi? Dekat tujuh tahun tau. Kau kenal dia cuma setahun lebih aje. Perlu ke kau setia dengan dia sampai tujuh lapan tahun?"

"Kau tak faham, Meen. Dia first love aku. Aku rasa macam aku dah jumpa sebahagian daripada diri aku sendiri. Aku rasa complete bila dia ada. Dan aku rasa hilang bila dia pergi." Maryam raup wajah.

"Bagi aku good reason kenapa dia berhenti kolej separuh jalan sedangkan tinggal lagi satu semester aje lagi? Kenapa dia kena pergi luar negara at the very end?" Meen rasa nak marah.

Maryam diam sejenak.

"Apa yang kau cuba nak sampaikan?"

"Yam... Benda dah lepas, aku tak nak ungkit. Lagipun dia dah tak ada." Meen tahu dia salah untuk bangkitkan semula isu lama.

"Tak. Tak... Aku tak faham. Apa sebenarnya yang kau nak cakap?" Maryam tak puas hati.

"Nothing..." Meen hela nafas berat.

"Look, kau kena yakin dengan qadak dan qadar, okey? Things happened dan kau kena move on. Anak-anak kau dah bising dah ni. Aku tak kasi makan lagi pagi tadi," omel Meen.

"Hei! Seriuslah kau tak bagi dia orang makan lagi?" Maryam menyinga. Meen tergelak.

"Aku tak kasi makan nasi lagi. Dry food memang selalu ada. Lagipun kucing kau ni dah gedempol sangatlah. Kau kena kasi dia diet sikit. Esok dengan lusa aku kasi dia orang puasa, okey? Biar kurus sikit. Ini aku nak angkat pun tak larat," ketawa Meen.

"Don't you dare! Aku bunuh kau karang."

"Haha. Orait, beb. Chow. I love you. Stay safe," ujar Meen.

"Bagi dia orang makan! I love you too. And hey, thanks." Maryam senyum nipis.

"My pleasure."

Kota Gede.

Maryam mengeluarkan kamera Olympus Digital. Bangunan yang kian usang diambil gambarnya satu per satu. Ada masanya dia meminta pelancong yang turut berada di situ untuk mengambil fotonya sendiri melalui telefon bimbit.

Setelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, foto itu terus dimasukkan ke laman Instagramnya.

Kakinya berjalan lagi. Pemakaian tradisional Indonesia sedikit sebanyak menarik minatnya. Kemudiannya dia menulis beberapa perkara di dalam buku kecil yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja.

Telefon Maryam bergetar menandakan ada panggilan masuk. Terus dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum," sapa Mikael.

"Waalaikumussalam."

"Boleh kita jumpa sekejap?"

"Saya kat Kota Gede."

"Awak tunggu sana. Saya datang."

Maryam membelek-belek gambar di dalam kameranya. Kakinya diayun-ayun lembut. Punggung terasa lenguh dek duduk lama di tebing simen. Panas sudah terasa terik.

"Hai," sapa Mikael.

"Waalaikumussalam." Selamba Maryam menjawab. Mikael sengih.

"Lambatnya," kata Maryam.

"Saya sampai awal tadi. Cari awak aje yang buatkan lambat," beritahu Mikael.

"Callkan boleh?"

Mikael hanya senyum.

"Kenapa nak jumpa saya?" Maryam terus ke soalan.

"Semalam awak keluar dengan Hafez?" Mikael menjawab.

Maryam terdiam seketika. Dia mengangguk kemudiannya. Mikael mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan menyerahkan telefon itu kepada Maryam.

Bulat mata Maryam melihat gambar-gambarnya sedang lena tidur di dalam jip. Bila aku tidur? Aku rasa dia tak kasi aku tidur pun! Mulut Maryam ternganga sedikit.

"The worst is..." Telefon bertukar tangan dan sekali lagi telefon itu diserahkan kepada Maryam.

Nama Maryam di dalam senarai pemanggil sudah bertukar. Hafez's.

AIR liur Maryam terasa seperti tak tertelan. Rasa macam likat sangat air liur sampai tak boleh nak masuk ke dalam kerongkong!

"Nampaknya saya ada pesaing," kata Mikael memecah sunyi di antara mereka. Segera nama Maryam diubah semula.

"Tapi... Meen..." Maryam cuba mencari apa-apa sahaja tanda yang menyatakan bahawa Hafez langsung tiada perasaan dengannya.

"Kan saya dah cakap. Kalau dia nak nombor Meen, dia boleh cari sendiri. Within a second dia boleh dapat. Tapi kenapa dia sibuk minta kat awak?" Mikael mengambil tempat di sisi Maryam.

"So, awak nak cakap apa ni?"

"Dia suka awak."

"Saya yakin dia tak ada perasaan kat saya."

"Yeah? What if, kalau dia memang..."

"Tak." Maryam memintas.

"Kalau saya?" Mikael tenung anak mata Maryam yang berwarna hitam pekat.

Maryam terkedu. Kemudiannya dia senyum.

"Awak tak kenal saya."

"Saya boleh kenal awak."

"Kalau saya tak nak kenalkan diri saya pada awak?"

"Then, saya akan cari tahu sendiri pasal awak." Mikael kelihatan bersungguh-sungguh.

Maryam ketawa perlahan.

"Wrong girl." Maryam turun dari tebing dan berjalan terus untuk mengambil lebih banyak gambar.

"Kenapa pula?"

"Sebab saya tak nak. Hati saya takkan terbuka untuk sesiapa pun."

"Serius la?" Mikael saja buat bulat matanya.

Maryam ketawa lagi.

"Serius!"

"Okey kalau macam tu, saya tak boleh nak paksa. Tapi awak boleh jadi kawan baik saya, kan?"

"Saya dah banyak kawan baik."

"Add another man to be your best friend should be fine, right?"

"Kenapa saya kena tambah lagi? I had enough."

"Sebab saya akan jadi jiran yang sangat baik dan ambil berat akan jirannya yang lain. Especially, you."

Maryam mengecilkan matanya. Cuba melihat ketulusan hati seorang lelaki yang ada split personality.

"Come on. Kawan aje kut." Mikael masih memujuk.

Maryam berfikir sejenak.

"Alright then."

Mikael senyum hingga ke telinga.

"Nak pergi makan?" ajak Mikael yang sudah jalan ke depan.

"Hah? No. Saya banyak lagi benda lain nak buat daripada pergi makan."

"Then saya boleh teman awak pergi mana awak nak pergi."

"Saya tak perlukan itu."

"Saya kan kawan awak." Mikael hanya pamer sebaris gigi putih bersih.

"Tak bermakna awak kawan saya, awak boleh buat apa yang awak suka. Saya nak ruang saya, masa saya sendiri." Kedengaran kasar. Maryam sendiri telan air liur.

"Sure." Tapi Mikael lebih pantas berfikir. Memahami.

"Call saya kalau awak perlukan apa-apa." Lelaki itu kenyit mata. Maryam terdiam sejenak.

Bayangan lelaki itu hilang dalam beberapa saat. Maryam hanya menunduk dan meneruskan langkah.

Candi Sambisari.

Dengan bayaran Rp 2000, Maryam dibenarkan masuk ke kawasan candi itu. Pelbagai gambar diambil. Luasnya! Dia ada terfikir, macam manalah orang dulu hidup dengan penuh kreativiti?

Penat pusing satu candi, Maryam tukar arah apabila sudah 3 kawasan candi dia lawat. Nafasnya sudah pendek. Letih!

Matahari pun hampir tenggelam. Maryam ada satu lagi tempat yang perlu dia tuju.

Bukit Bintang, Jogjakarta.

Beberapa tahun lalu dia pernah ke sini. Dengan Aryan. Bila kakinya jejak kafe di atas, automatik segala memori daripada hippocampus membanjiri segenap inci tubuhnya tanpa henti.

Tanpa ada kewarasan minda, air mata Maryam bergenang. Perlahan-lahan Maryam mengambil tempat di meja kosong. Tebing tepi menjadi tempat untuk dia merehatkan lengannya.

Hijau dedaun tidak dapat dilihat dengan jelas apabila matahari sudah mulai terbenam. Hanya kelihatan lampu-lampu kediaman yang mulai menerang.

Maryam sangkut earphone ke dalam lubang telinga dan irama lagu mula kedengaran.

I'm sleeping through the day,

I'm trying not to fade,

But every single night,

I've just been lying awake,

Cause I, I can't get you off my mind...

Rentak lagu rancak. Tapi bait-bait katanya pedih. Segala yang berlaku 7 tahun lepas rancak berdansa dalam benaknya. Secawan kopi terhidang di hadapannya. Dengan senyuman tawar, Maryam mengucapkan terima kasih.

The moment that we met, I didn't know yet,

That I was looking at a face I'll never forget,

Cause I, I can't get you off my mind... 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro