Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10

MARYAM teguk air mineral dari botol berisipadu 1.5 liter itu. Dia menggaru kulit kepala yang terasa gatal.

"Saya minta maaf, Maryam. Mungkin orang yang sebelum ni awak jumpa tu, bukan saya. Maafkan saya, tak terus terang dengan awak. Maafkan saya buatkan awak terluka dengan kata-kata atau tindakan Hafez yang biadab tu... Maafkan saya..."

"Kenapa minta maaf dengan saya?" Maryam senyum nipis menatap wajah Mikael yang sugul.

"Saya tak tahu awak fikir apa, tapi tak semua orang sempurna. Setiap orang mesti ada kelemahan dia sendiri. Betul tak? Mungkin ini kelemahan awak yang awak tak nak orang lain tahu. Saya faham itu. Awak tak perlu minta maaf. So, sekarang saya dah tahu keadaan awak, tak adalah saya nak terus marahkan perangai Hafez tu. By the way, he is rude." Maryam mencebik mengenangkan apa yang Hafez katakan kepadanya.

Mikaael ketawa kecil.

"Dia banyak susahkan awak?"

"Bukanlah menyusahkan. Tapi menyakitkan hati. For one second, saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen," cerita Maryam.

"Meen?" Mikael jongket kening.

"Yeap. Meen, kawan baik saya tu. Tapi sekarang saya rasa, Hafez yang tertarik dengan Meen."

"Hafez tanya pasal Meen?" Mikael kerut dahi.

"Tanya? No! Dia minta nombor telefon Meen. Desperately." Maryam ketawa kecil. Kelakar bila mengingatkan betapa bodohnya dia marahkan Mikael waktu itu.

Mikael terdiam sejenak.

"Kenapa dia perlu minta dekat awak sedangkan dia boleh dapatkan sendiri?" Mikael jadi tertanya-tanya.

"Mana saya tahu? Malu, maybe?" Maryam senyum.

"Hafez tak pernah malu. Tak pernah takut. Dia tak perlu tanya awak kalau dia desperate nak tahu. Sebab dia boleh buat semuanya. Sendiri," kata Mikael. Mati senyuman Maryam. Terasa macam darah dipam keluar dari saluran pembuluh darah. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup untuk seketika.

SELESAI makan malam, Maryam dan Mikael berjalan seiringan menuju ke hotel Maryam. Suasana sepi seketika.

"Tadi saya ada call Akim. Dia kata selalunya kalau awak ke luar negara, awak akan bawa Isaac. Kenapa kali ni awak tak bawa dia sekali?" Soalan Maryam memecah hening suasana.

"Kalau ada kerja luar, yes saya akan minta dia ikut saya. Cuma kali ni saya ingat, saya nak bersendiri. Ambil masa untuk diri sendiri. Ingatkan boleh handle diri sendiri, seems like I failed," sengih Mikael. Wajah lelaki itu sudah naik sedikit jambang dan misai yang baru dicukur.

Daripada baby face, kini nampak lebih maskulin. Mata lelaki itu tak pernah tenang. Setiap kali Maryam pandang mata lelaki itu, ia seakan-akan melempar rasa benci dan marah. Mungkin kerana bulu mata bawahnya itu lebat. Tetapi mata itu sungguh menarik perhatian Maryam. Lebih-lebih lagi apabila Hafez yang muncul. Seakan-akan mata itu memang khas untuk Hafez yang berperwatakan garang dan baran. Pandangannya tajam, tapi untuk seketika, Maryam merasakan mata itu mencuit... Ergh. Abaikan perasaan itu!

"Maryam?" Mikael mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Maryam membuatkan wanita itu tersentak dan lamunan terhapus.

"Fikirkan apa?" Mikael ketawa perlahan.

"Tak ada apa." Maryam menggeleng dan tersenyum. Selendangnya dibetulkan sedikit.

"So, awak datang sini untuk bercuti ajelah?" Maryam kembali ke dunia realiti.

"Haah. Tak sangka jumpa awak. Jodoh takkan pernah lari, kan?" sengih Mikael.

Maryam senyum janggal. Kaki mereka berhenti apabila telah tiba di hadapan pintu hotel Maryam.

"Awak patut balik sekarang." Maryam bersuara.

"Masuklah dulu. I'll be just fine," jawab Mikael. Maryam senyum dan menoleh. Kakinya berhenti dari terus menapak.

"Call saya bila-bila awak perlukan saya. Saya boleh jadi kawan awak. Saya boleh tengok-tengokkan awak," kata Maryam. Mikael senyum nipis.

"Saya harap bila saya call kali ni, awak jawablah," usik Mikael. Maryam ketawa.

"Good night." Maryam lambai tangan sebelum masuk ke dalam lobi hotel.

"Good night, Maryam." Mikael hanya memerhati gerak langkah Maryam yang hilang apabila pintu lif tertutup.

JARUM jam menunjukkan pukul 3 pagi. Deringan telefon bimbit Maryam membuatkan mimpi wanita itu lenyap tiba-tiba. Dia mencapai telefon bimbit dan menjawabnya dengan suara serak.

"Helo?" Maryam paksa diri untuk bersuara.

"Olla, chika." Suara itu membuatkan darah seakan-akan berlari laju naik ke kepala Maryam hingga dia dapat merasakan jantungnya sedang berdegup-degup.

Maryam lihat nama si pemanggil. Mikael.

"Hafez?" Maryam bangun dari tidur tertiarapnya.

"Nice! Kau dah kenal aku. Aku rasa aku dekat Indon la sekarang. And last call dalam call log Mika, is you." Hafez pandang cermin di hadapannya yang melantunkan wajah dia sendiri.

KELIBAT lelaki yang memakai jaket hitam dari jauh diperhati. Kedua-dua belah tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam poket jaket itu. Maryam hela nafas berat. Berat-berat nafasnya, berat lagi mata nak buka nak, oiii! Dah la pukul 3.30 pagi dia panggil.

"Apa yang Mikael marahkan sangat sampai awak pula yang keluar?" tegur Maryam dari belakang. Hafez toleh dengan kening terjongket.

"Excuse me?"

"Saya dah tahu semua cerita. Mikael dah cerita semua. Awak cuma other personality yang keluar dari badan dia." Maryam peluk tubuh.

Hafez ketawa.

"So?"

"So lepas ni apa pun yang awak cakap, apa pun yang awak buat, itu semua bukan refleks daripada Mikael." Maryam senyum menang.

"Well, itu tak bermakna apa-apa pun pada aku. As long as aku yang take over body dia, aku boleh buat apa pun yang aku suka," balas Hafez dengan senyuman sindir.

Senyuman Maryam mati. Dia jadi geram pula.

"Awak nak apa sebenarnya? Nak minta nombor Meen lagi? Jangan jadi budak-budaklah," keluh Maryam.

"Nope." Hafez hanya memandang wajah Maryam yang kelihatan sebal.

"Lagi seronok kacau kau daripada orang lain." Senyum nakal Hafez membuatkan Maryam sedikit takut.

"For what? Awak suka Meen..."

"Dan Mika suka kau." Hafez cantas ayat Maryam. Tangannya ditepuk sekali.

"So, as you know Mika tu domain. Tuan rumah. Aku ni umpama tetamu kekal dia. Aku kena hormatlah dengan tuan rumah walaupun aku tak suka. So, aku decide untuk suka apa yang dia suka." Hafez senyum tunjuk gigi.

Tiba-tiba bunyi keliling lesap. Telinga Maryam seakan dipekakkan. Suara Hafez berdengung-dengung di corong telinga.

"Apa yang awak mengarut ni?"

"Aku admit yang Meen tu lagi hot daripada kau. Lagi cantik daripada kau. Tapi aku pilih kau, instead of Meen." Hafez peluk tubuh. Dia rasa yang personaliti itu sedang berkuasa di dalam segenap inci tubuh Mikael.

"Whatever." Maryam malas nak fikir dan dia pantas ingin berlalu dari tempat itu.

"Hei." Laju aje lengan Maryam direntap Hafez.

"Kalau aku nak, aku selalu dapat," sengih lelaki itu menampakkan gigi taringnya. Sekali lagi jantung Maryam seakan berhenti berdegup. Lengan Maryam segera ditarik untuk membuntuti langkah Hafez.

"Lepaslah!" tegas Maryam.

"No way," kata Hafez seakan-akan berbisik sendiri. Senyumnya tiada henti.

JIP yang disewa itu hanya dihuni oleh dua orang manusia yang salah seorang daripadanya seperti sudah 50 peratus akalnya hilang.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Saya nak tidur tahu tak!" bentak Maryam. Tingkap kereta diturunkan dan Maryam buang pandang ke luar.

Hafez hanya ketawa. Seronok tengok eye bag Maryam yang sudah melayut bawah mata.

"Guess what? Kau takkan dapat tidur sampai subuh."

Maryam mengeluh berat. Angin yang menyapa wajahnya sedikit sebanyak membuatkan dia makin hanyut dengan belaian itu dan matanya makin lama makin menutup.

"Hei!" Hafez menggoncang bahu Maryam membuatkan wanita itu kembali terjaga ke dunia realiti.

"Tidur? Jangan haraplah." Hafez sengaja mengusik supaya Maryam tidak tertidur.

"Saya mengantuklah! Tak boleh ke esok aje kita bercakap?" Maryam membelakangi Hafez dan memeluk tubuh. Dia cuba untuk tidur kali kedua.

"Hei! Bangun. Bangun! Esok belum tentu aku keluar." Hafez tetap mengganggu tidur Maryam.

"Pedulilah awak keluar atau tak. Sekarang ni saya mengantuk, faham tak?"

"Tak." Senyum Hafez. Maryam ketap gigi menahan marah yang sudah sampai ke puncak Gunung Everest. Elok-elok Gunung Everest ni tak ada gunung berapi, terus boleh timbul gunung berapi ni.

Ah, tak peduli. Maryam tutup mata sekali lagi.

"Jangan tidur!" Hafez menggosok-gosok kepala Maryam hingga selendang wanita itu ke depan dan ke belakang. Hancur!

"Eee!" getus Maryam. Dia mengalah. Dia berpeluk tubuh dan memandang tepat ke hadapan. Perjalanan sedikit menyeramkan apabila melalui jalan yang sepi dan gelap.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Maryam.

"Bila sampai nanti, kau akan nampak," beritahunya.

Hilang kata-kata. Tak tahu nak cakap apa dah dengan lelaki ini. Memang degil, tak pernah nak dengar cakap orang!

Empat puluh lima minit kemudian, mereka tiba di lokasi.

"Hutan apa ni?" Maryam tidak mahu turun dari kereta.

"Kau ada phone, kan? Guna flashlight dari situ." Hafez mengeluarkan lampu suluh dari bawah tempat duduk.

"Tak ada lebih flashlight ke?" tanya Maryam.

"This is mine." Hafez keluar dari perut jip. Maryam mencebik.

"Tunggu apa lagi? Turunlah." Hafez mengetuk pintu jip kuat. Maryam tersentak.

"Awak nak buat apa tengah-tengah hutan macam ni?" Tipulah kalau dia tak rasa takut langsung.

"Out," arah Hafez.

"No way." Maryam berkeras tidak mahu turun. Hafez tarik nafas dalam dan pintu kereta dibuka dari luar. Maryam terkesima apabila Hafez membuka tali pinggang keledarnya dan menarik lengan Maryam untuk turun dari jip.

"Lepaslah!" Maryam rentap semula lengannya.

"Kau susah sangat nak dengar arahan. Kan bagus kalau kau dengar aje arahan aku. Tak payah aku nak cakap berulang kali," bebel Hafez.

"I barely know you! And what's worst is awak personaliti yang jahat! Macam mana saya nak dengar cakap awak?" tempik Maryam.

"Jahat?" Hafez terdiam seketika berfikir. Mukanya tidak beriak marah atau kecewa. Bibirnya dimuncung ke depan.

"Well then. I'll be the bad guy." Lengan Maryam terus ditarik untuk mengekorinya meskipun banyak kali Maryam cuba meloloskan diri.

"Lepaslah!" Kaki Maryam tidak mampu untuk ditahan daripada terus melangkah.

Sejuknya suasana malam mencengkam hingga ke tulang. Maryam akhirnya pasrah dan mengikuti sahaja langkah Hafez apabila dia tak mampu nak melawan.

Hafez senyum dan terus berjalan.

"Kan senang macam ni," ujar bibirnya perlahan.

Mereka memasuki bangunan yang usang. Sebelum itu, Hafez ada menghulur beberapa keping not wang kepada si penjaga bangunan. Ada hampir sepuluh orang juga yang turut sama naik ke situ.

"Tempat apa ni?" tanya Maryam.

"Gereja." Hafez melepaskan pegangan dari lengan Maryam yang hampir 15 minit dia pegang.

Maryam pandang sekeliling.

"Naik atas," arah Hafez.

Ada anak tangga di hadapan. Maryam berhati-hati untuk melangkah naik ke atas hingga ke puncak. Suasana subuh yang dingin didatangi dengan cahaya matahari yang baru mahu terbit.

Tak subuh ke lelaki ni? Maryam hanya mampu menyoal dalam hati.

"Rumah Doa Bukit Rhema. Atau orang panggil Gereja Ayam. Dia dipanggil Gereja Ayam sebab bentuk dia macam ayam. And we are on the top of this chicken's head," beritahu Hafez sambil bersandar di simen yang menyerupai mahkota.

"Tempat yang bagus untuk lepaskan tension," tambah Hafez.

"Instead of gereja, masjid lagi bagus untuk hilangkan tension," balas Maryam sinis.

"Ini bukan pasal agama. This is about history and arts. Few years back, dalam 17 tahun lepas, dia orang stop pembangunan gereja ni sebab tak cukup fund. Epik, kan?"

"Tak epik pun." Maryam menyangkal.

"Oh, come on. Tuhan cipta semua benda dengan keunikannya dia sendiri. From this top, kau boleh nampak seluruh hutan ni. Amazing, kan? Kau ingat manusia boleh cipta benda ni? And now you're looking at the two most unique things on earth." Hafez sengih.

Maryam jongket kening.

"Apa dia yang unik?"

"Me. My existence." Hafez seakan-akan bangga dengan dirinya. Bila teringatkan Mikael, Maryam rasa kasihan. Sedaya upaya dia ingin buang personaliti-personaliti yang ada di dalam tubuhnya hanya untuk menjadi dirinya sendiri. Tapi Hafez, lelaki ini terlalu bangga dan seronok menempek dalam badan orang lain.

"Awak tak rasa bersalah ke buat Mikael macam ni? You made the mess, dia yang kena bersihkan untuk awak. Kalau awak kat tempat dia, awak tak rasa marah ke? Or even, penat?" Maryam tenung dalam-dalam anak mata Hafez.

Mata lelaki itu terlalu cantik. Mata yang kecil tetapi kelilingnya seakan-akan memakai maskara atas dan bawah! Likat betul warna bulu matanya. Dengan kening tebal dia. Maryam segera memandang ke tempat lain.

Mulanya muka Hafez tegang. Tetapi ekspresi mukanya perlahan-lahan berubah.

"Kenapa?" soal Hafez.

"Kenapa apa?" Maryam lihat dunia.

"Kau tak boleh tengok tepat muka aku." Hafez mengambil tempat di hadapan wajah Maryam. Pandangan wanita itu berubah lagi.

"See! Kau tak boleh tengok muka aku." Hafez ketawa.

"Kenapa pula?"

"I don't know. Ask yourself. Kau suka aku ke?" teka Hafez.

Tawa Maryam terhambur.

"Kalau Mikael, itu tak mustahil. Sebab soft spot dia. Awak? Soft spot pun tak ada. Oh, please." Maryam ketawa sambil mencari jalan untuk turun semula.

Lengan Maryam sekali lagi ditarik dan tubuh wanita itu dirapatkan ke dadanya. Maryam terbungkam.

Mereka berdua membisu. Hanya sengih nakal muncul di bibir Hafez. Maryam cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Hafez.

"Saya kena balik. Saya dah mengantuk sangat ni." Maryam terus menuruni anak tangga. Hafez hanya ketawa kecil dan membuntuti.

"Kau hutang aku sepuluh ribu rupiah. Don't forget that." Hafez memintas jalan Maryam dan terus menonong ke depan.

"Eh, kenapa pula?"

"Fee masuk sini," balas Hafez.

"Saya tak nak pun datang sini, okey? Awak yang paksa. Charge on you la," bidas Maryam.

"Whatever, kau still hutang aku." Hafez langsung tak ambil pusing. Maryam mendengus. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro