07 - end
❝ It was the most painful type of loss. you. slowly melting away. make sure you burnt every last piece of my heart. ❞
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Tubuh Jiwoo di dukung gaya bridal style menuju ke arah meja makan.
Disetiap laluan, terdapat lilin berwarna merah mengelilingi mereka berdua menambahkan lagi rasa romantis di ruangan itu.
Mata hazel milik Taehyung memandang redup wajah jelita milik isterinya. Dia bagai di pukau mabuk cinta. Terpegun dan terpesona.
"Awak cantik sangat malam ni sayang..." Suara husky milik Taehyung memecah keheningan.
Pada malam ini, hanya sinar rembulan dan cahaya lilin yang menemani saat romantis pasangan suami isteri.
Mereka saling bertatapan tanpa bicara. Berkali-kali juga ciuman penuh cinta dihadiahkan di bibir merah delima milik si isteri.
Tubuh dingin Jiwoo di letakkan perlahan di atas kerusi yang dihias rapi oleh Taehyung.
Hidangan yang masih berasap panas terlihat mewah di atas meja panjang.
Semuanya di perbuat dari daging 'segar' hasil tangan Taehyung, suaminya.
"Sayang, saya buat semua ni untuk awak. Special for you." Suara serak basahnya lembut menyapa cuping telinga. Tangannya mula mengusap lembut tangan isterinya.
"Demi awak, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk kita hidup bahagia bersama. Tak kira kalau saya harus mati menempuh bahaya demi awak, saya rela."
"Dan demi cinta, saya sanggup berkorban untuk lihat awak 'hidup' semula, dengan apa cara sekalipun."
Air hangat mula berlinang di Taehyung. Wajah nya memerah menahan sebak di dada, bibir dikemam. "A-apa sahaja..ya. "
"A-apa sahaja, w-walau apa sahaja. Semua u-untuk sayang."
Srett! Kerusi ditolak kebelakang, Taehyung mula mendekati tubuh Jiwoo yang keras di kerusi.
"S-saya sayang awak Jiwoo, janji. Jangan tinggalkan saya lagi, tolonglah! S-saya tak mampu hidup tanpa awak, sayang..." Air matanya mula mencurah deras di gaun berdarah milik isterinya.
Tubuh Jiwoo dipeluknya erat, sangat erat! Sehingga jahitan di pinggang mula terputus.
"Jiwoo! " Laungan kuat Taehyung menggegarkan rumah mereka.
"T-tak, Malam ni kau pasti kena kelihatan sempurna sayang! M-macam mana aku nak pasang semula dan jahit tubuh kau yang terpisah...macam mana?!"
Darah mula membuak-buak keluar memercik ke muka Taehyung! Kuat raungan rintihan terlolos dari bibirnya.
"Tunggu.."
"Ini yang sepatutnya yang menjadi istimewa dan unik. M-macam ulang tahun perkahwinan kita, sayang.." Bibirnya menguntum kan senyuman kotak miliknya.
Ya, ini yang dinamakan malam istimewa. Malam yang romantis bersama isteri kesayangannya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke - 6 sayang. Dan.."
"Selamat hari ulang tahun kematian yang ke - 2 , isteri ku. " Tubuh separuh badan Jiwoo dipeluknya sekali lagi. Kucupan keikhlasan diberi penuh rasa cinta dibibir.
Indahnya kisah cinta pasangan sehidup - semati ini. Suaminya sanggup menjaga dan mengawet mayat isterinya selama 2 tahun demi ingin bersama setiap masa dengannya.
Sanggup berkorban apa sahaja, mencintai sepenuh masa dan...
Membunuh demi kebahagian mayat isteri tercinta.
- THE END -
❝ I heard a song and it made me think of you.❞
❝ The song ended and that made me think of you..❞
❝ Too. ❞
- Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro