02
❝ All of life is an act of letting go, but what hurts the most is not taking a moment to say goodbye. ❞
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Jarum tajam aku ambil di dalam kotak yang dipenuhi benang berwarna putih.
Wajah pucat isteriku aku pandang sekilas. Cantiknya dia, bibir merahnya jarang sekali tidak membuatkan hati ku berdegup kencang.
"Sayang, saya akan hias awak dengan cantik sekali untuk malam nanti. Awak mesti nampak sempurna malam ni. Cantik, seksi dan pastinya indah." Dahi isteriku kucup lembut. Rasa sayang pada makin bertambah setiap hari bahkan setiap saat.
"Sayang, awak tau tak saya sayangkan awak sangat-sangat? Setiap saat terasa bagaikan seribu tahun menahan rindu di hati." Senyuman manis ku ukiran manis di bibir, jari mula naik mengusap bibirnya.
"Jiwoo, t-tak! Bibir awak tak boleh kering!" Kakiku pantas berlari ke dapur mengambil air hangat dari Coway. Laju Kakiku kembali dihayun ke bilik di mana isteri ku berada.
Kain kecil ku ambil di dalam laci, dan merendam nya ke dalam air hangat lalu dituam ke bibir kering jiwoo.
"Sayang bibir awak tak boleh kering tau, kan saya dah cakap kalau bibir awak kering atau apa-apa yang jadi dekat tubuh awak bagitau saya?"
Hatiku menjadi resah bercampur aduk dengan risau. Tak mungkin aku akan benarkan dia 'pergi' dari hidup aku sekali lagi.
"Jaga diri awak tau sayang.." Bicaraku mengendur saat darah mula menitis keluar dari celahan jahitan di perut isteri ku. "J-jangan kenapa bocor! Sial!"
Celaka, tak guna punya benang! Pergi mati la kau argh! Kenapa semuanya tak berjalan dengan lancar?
Baik aku sambung jahit tubuh dia.
Aku mahu dia kelihatan 'sempurna' malam ini.
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro