Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌹LUAHAN HATI...🌹

Lena mendongak ke arah langit yang kelihatan redup;tidak seperti kebiasaannya.Cuaca hari ini terlihat sangat sesuai untuk beriadah di taman mahupun sekadar bersiar-siar sahaja untuk melepaskan tekanan.Disusuli pula dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa yang kadangkala turut menampar lembut tubuh yang terdedah.Tidak hairanlah jika Lena katakan bahawa cuaca dan suhu pada musim bunga ini terlihat seakan-akan bersahabat.

Sesekali matanya meliar pula pada bunga azalea,magnolia dan beberapa tumbuhan liar lainnya yang mekar berseri.Hanya satu perkataan yang wujud di fikirannya kala ini.Indah.Tiada apa yang dapat digambarkan selain daripada perkataan ini apabila matanya disajikan dengan pemandangan indah musim bunga yang baru sahaja bermula.

Lamunannya terhenti tatkala bunyi microwave menyapa gegendang telinganya.Dia berlari-lari anak ke arah peti sejuk yang menempatkan pelbagai minuman terlebih dahulu untuk mengambil minuman kegemarannya sebelum dia beralih pula pada microwave yang sedari tadi berbunyi.Lena mengeluarkan secawan mi segera dari microwave tersebut sambil kadangkala terdengar rungutan 'panas' yang keluar dari mulut mungilnya.

Dengan tersenyum girang,dia membawa kakinya ke bahagian luar kedai serbaneka 24 jam itu yang menyediakan sebuah meja bersama dengan sebuah payung yang menutupi keseluruhan meja dan kerusi di atasnya;cukuplah sekadar menahan terik matahari apabila tiba musim panas.Lena melabuhkan punggungnya lalu tanpa berlengah lagi,penutup aluminium cawan mi segera tersebut segera dikoyaknya.Chopstik di sebelahnya yang sudah pun dikeluarkan dari bungkusannya terus diambil lalu dikacau mi segera itu bersama kuahnya agar menjadi lebih sebati sebelum menjamah makanan tersebut.

"Hoi!buat apa tu?"teguran secara tiba-tiba ditambah pula dengan tangan yang diletakkan di bahunya oleh entah siapa-siapa membuatkan Lena yang sedang menikmati mi segera tersebut terus menelannya tanpa sempat dia mengunyah.Lena terbatuk-batuk apabila mi segera yang tidak sempat dikunyahnya itu seolah-olah tersekat di kerongkongnya lalu minumannya di atas meja dicapai sebelum meneguknya dengan rakus.

"Eh-eh,kau okay tak ni?"suara tersebut yang kedengaran sangatlah familiar di telinganya membuatkan dia menoleh.Matanya dipincingkan apabila orang yang dijangkanya benar-benar sedang duduk di hadapannya bersama dengan seorang lagi lelaki sambil sedang bergelak ketawa.Entah apa yang lucunya pun,Lena tidak tahu.Kelakar sangat ke tengok orang yang dah kehabisan oksigen ni?Ke memang dah ada niat dalam hati tu nak tengok aku mati?Telahnya dalam hati.

"Hoi!main kasar eh budak dua orang yang terencat akal ni?Korang ni memang nak aku mati tersedak ke apa,ha?Eh,kecil besar je aku tengok korang ni!Dahlah main datang macam tu je.Tak ada adab ke apa?Ke memang ada niat nak makan cawan mi segera ni.Meh la aku sumbat dalam tekak tu.Manalah tau,sebelum ni asyik makan mi segera je,ni nak tukar angin pulak,nak merasa cawan mi segera pulak kan?Takpe aku bagi lagi pakej,ni ha...chopstik pun ada.Boleh aku sumbat dalam tekak korang tu.Satu penghujung kat kau...satu lagi kat kau.Biar korang tersekat berdua selama-lamanya,nak?"ujar Lena dengan panjang lebar sambil menurunkan chopstik yang dipegangnya untuk memberi keterangan pada dua orang di hadapannya ini tadi.Tanpa mempedulikan orang-orang di sekeliling mereka yang sedari tadi asyik memerhatikannya bercakap,dia terus sahaja menjeling kedua orang itu.Peduli apa dia?Ada dia kisah?

"Eleh,orang gurau pun nak marah kan,Minwoo?"Ujar Hyemi sambil mencebikkan bibirnya diikuti oleh anggukan dari Minwoo.Ketawa yang gila-gila dari mulut mereka tadi telah lama hilang ditelan angin,entah ke mana.Mungkin ke Paris?Mungkin ke London?Mungkin Jakarta?Atau...Korea?Eh,apa bendalah yang dia merepek ni?Sempat lagi kau ek,Hyemi?Kawan kau tengah berasap macam udang kena panggang tu,sempat lagi kau fikirkan benda yang tak penting.Kepala Hyemi terus menggeleng;membuang benda-benda merepek yang mempengaruhi mindanya itu.

"Eh,kau ni dah kenapa?Tergeleng-geleng dari tadi?Dah tersampuk hantu ketawa ke apa?Ke ada hati nak tambah kekosongan kat dalam senarai untuk masuk hospital mental?Ishh...tak boleh buat isteri langsung macam ni."kata Minwoo dengan selamba badaknya sambil menggelengkan kepalanya.Muka simpati mula ditunjuknya ke arah setiap orang yang lalu lalang di sekitar kedai serbaneka itu.

"Mulut kau tu tak boleh jaga sikit ke,ha?Sesedap ramen je kau kutuk aku kan?Memang tak sayang mulut ke apa?Lagi satu,kalau aku nak masuk hospital mental pun,kau kisah apa?Ada aku suruh kau teman aku kat sana?Tak kan?Nasib baik Lena ada,dia boleh jaga aku.Kan,Lena?"ujar Hyemi sambil membuat muka comel di hadapan Lena yang sedang menghirup kuah mi segeranya itu.

Lena hanya tersenyum membuatkan Hyemi bertambah angkuh di hadapan Minwoo."Memang tak la.Kau fikir aku tak ada kerja lain nak tengok kau kat sana?Kau yang nak sangat duduk kat sana,kan?Jadi...duduk lah sampai punggung kau lebam."ujar Lena dengan selamba diikuti oleh gelak ketawa yang sangat kuat dan nyaring oleh Minwoo.Meja yang diduduki oleh mereka ditepuk kuat sehinggakan cawan mi segera milik Lena hampir sahaja tergolek.Nasib baik,Lena sempat menangkapnya.

Hyemi bertambah geram mendengar luahan dari Lena itu.Ditambah pula gelak ketawa dari seekor monyet yang baru terlepas ni.Dah tak reti nak diam ke apa?Sape yang kena sampuk dengan hantu ketawa sebenarnya ni?Aku ke dia?Hyemi menghentikan lamunannya tatkala terdengar kerusi jatuh di sebelahnya membuatkan dia segera menoleh.Terasa saat ini,hendak sahaja,dia menyorokkan kepalanya di dalam baju atau setidaknya di dalam mana-mana tong sampah yang ada.Terasa malu apabila melihat Minwoo yang ketawa sakan sehingga tergolek jatuh dari atas kerusi.Dia menepuk dahinya.

"Dahlah tu Minwoo.Aku rasa kau ni dah over dah ni.Kalau ye pun,tengoklah kita ni kat mana?Kalau kau nak cari publisiti murahan,tolong jangan kaitkan dengan aku sekali,please?Tu...pergi kat sana tu.Tengah-tengah jalan tu.Suka hati kau lah nak buat macam mana pun.Kot-kot dah bersedia sangat nak jumpa Tuhan,boleh suruh orang langgar kau sekali."ujar Lena dengan nada yang nenyindir sekali gus mematikan ketawa yang keluar dari mulut Minwoo.Dengan wajah yang sebal,dia bingkas berdiri lalu membetulkan kerusinya sebelum kembali melabuhkan punggungnya di situ.

"Ha,padan muka kau!Kan dah kena sebijik."Hyemi berkata sambil tersenyum puas.Akhirnya,ada juga orang faham perasaan dia tadi.Faham tak malu dia macam mana?Tuhan je yang tahu...

"Eh,diam lah kau.Sibuk je.Suka lah tu ada orang sebelahkan kau,kan?"ujar Minwoo tidak berpuas hati.Wajahnya sengaja didekatkan kepada wajah Hyemi."Suka?Suka?"sambungnya lagi membuatkan Hyemi hampir sahaja hendak memukul kepalanya sebelum Lena menepuk meja itu dengan kuat membuatkan mereka berdua terkejut beruk.

"Eiii...korang ni boleh diam tak?!Memekak je dari tadi.Aku nak makan pun susah.Sejak dari datang tadi,sampai sekarang mulut korang tu tak berhenti pot pet pot pet.Aku yang mendengar ni pun dah naik jemu dah.Bercakap entah apa benda entah.Tak mendatangkan faedah langsung.Lainlah kalau bukak je mulut tu,ada keluar makanan ke,emas ke duit ke.Adalah mendatangkan faedahnya ni tak..."ujar Lena diakhiri dengan satu keluhan panjang di akhirnya.Dia menongkatkan dagunya di atas meja dengan tangannya sambil matanya meliar memandang orang yang keluar masuk kedai serbaneka itu.

"Sebenarnya aku pelik lah dengan perangai kau hari ini.Kenapa kau macam tak ada mood je;tak macam selalu?Dari tadi,semua yang keluar dari mulut kau semuanya berbaur sindiran.Telinga aku ni dah pedih setiap kali kau bercakap,kau tahu tak?"Hyemi berkata sambil menunjukkan telinganya seakan-akan telinganya itu sudah tidak mampu mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut rakan baiknya itu.

"Aku stres.Aku stres dengan hidup ni.Kenapa hidup aku tak macam kehidupan orang lain?Kenapa hidup aku tak seindah dan sebahagia hidup korang?Semua ni buatkan aku jadi penat,Hyemi...Minwoo..."ujarnya sambil mengeluh.

Hyemi menarik kerusinya lebih rapat dengan rakannya yang satu itu.Tangannya cuba mengusap belakang Lena dengan harapan agar Lena menjadi lebih tenang."Kenapa ni,Lena?Cuba kau ceritakan semuanya dekat kitorang.Cuba luahkan semua perasaan dan isi hati kau untuk kitorang dengar.Baik aku mahupun Minwoo,kitorang berdua kawan baik kau.Jadi,kalau kau ada benda nak kongsikan,jangan malu untuk cakap dengan kami."

"A-Aku ta-tak tahulah nak cakap macam mana.Kenapa semua orang langsung tak pernah nak faham apa yang aku rasa?Tambahan pula dengan omma dan appa ya-yang..."Lena menunduk sebelum sempat menghabiskan kata-katanya.Dia menggigit bibirnya menahan tangisan yang bila-bila sahaja boleh terlepas.

Lena dan Minwoo agak terkejut dengan perubahan sikap Lena itu.Minwoo mengeluh seketika sebelum berkata."Kenapa ni Lena?Kenapa lagi dengan orang tua kau tu?Apa pulak diorang dah buat kali ni?"Walaupun,Minwoo dikenali sebagai seorang yang humor namun apabila melibatkan ibu bapa Lena,dia langsung tidak boleh berkompromi lagi.

"Dio-diorang tak bagi aku kawan dengan korang..."ujar Lena perlahan.Sedikitpun,dia tidak memandang ke arah dua orang rakan baiknya itu kerana dia cukup tahu ayatnya itu pasti akan menyebabkan hati rakan-rakannya ini terguris.Air mata yang bertakung jelas kelihatan di tubir matanya.

Minwoo dan Hyemi saling berpandangan."Apa?Sampai macam tu sekali omma dan appa kau bencikan kami?Tak cukup lagi ke diorang dah pisahkan kami dengan kau sampai 7 tahun lamanya dan sekarang pun diorang tak bagi kami kawan dengan kau?Apa?Kami ni jahat sangat ke,Lena?Kami ni beri pengaruh buruk ke untuk kau sampaikan omma dan appa kau beria-ria pisahkan kita?Ye!Aku tahu yang kami tak kaya macam kau tapi tu semua bukan alasan,kan?"ujar Minwoo sambil menahan amarah yang bila-bila masa sahaja boleh meletus.

"Minwoo...sudahlah!Lena pun tak nak benda ni jadi tapi kita nak buat macam mana.Kalau omma dan appa Lena sendiri tak bagi kita jumpa dengan Lena..."Hyemi menghentikan kata-katanya.Sebak di dada cuba ditahan namun di sendiri tahu,ianya bukanlah mudah."Kita kena ikut jugak..."sambungnya lagi.

"Sampai bila,Hyemi?Sampai bila kita kena ikut apa yang diorang nak sedangkan kau sendiri tahu yang diorang tak akan mampu berikan apa yang Lena nak dalam hidup ni?Kenapa kita yang kena berkorban?Kenapa kita yang harus jadi mangsanya walau hakikatnya selama ni hanya kita yang dapat beri kebahagiaan pada anak diorang sendiri?Kenapa diorang tak pernah nak cuba untuk  faham?"Minwoo menghamburkan kemarahannya pada Hyemi yang sedari tadi menunduk.

"Kerana kita tak setaraf dengan Lena,Minwoo...Kita tak akan pernah setaraf dengan dia.Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka berkawan dengan orang sebarangan macam kita sedangkan mereka nak yang terbaik untuk satu-satunya anak mereka?"balas Hyemi dengan nada yang sangat lembut sambil matanya menikam lembut anak mata milik Minwoo."Kau sendiri kata yang kau sayangkan Lena,bukan?Jadi,jika memutuskan persahabatan ini adalah yang terbaik untuk kita...kau kena terima.Demi aku...demi Lena..."

"Apa benda yang korang merepek ni?Benda tu takkan sesekali terjadilah."hambur Lena dengan nada yang agak tinggi."Korang berdua jer kawan baik aku.Aku tak pernah kisah dengan kenyataan yang korang tak setaraf dengan aku.Aku dah muak dengar benda merepek tu semua.Kekayaan tak bawa aku ke mana pun.Kekayaan yang aku ada selama ni tak pernah sekali pun menjanjikan kebahagiaan yang aku impikan selain berada dengan korang.Jadi,tolonglah...tolong jangan tinggalkan aku.Aku mohon..."Lena menghamburkan tangisannya pada petang itu di dalam pelukan Hyemi yang juga turut menangis.Minwoo juga terlihat mengelap air matanya yang kelihatan menitis tanpa dapat ditahannya.

"Aku sayang korang...Aku hanya ada korang je.Jangan tinggalkan aku lagi,please?"kata Lena yang masih dalam pelukan Hyemi membuatkan Hyemi memejamkan matanya serapat yang mungkin."Tak...kitorang tak akan sesekali tinggalkan kau.Kami akan sentiasa ada dengan kau,baik ketika kau senang mahupun susah.Kan,Minwoo?"ujar Hyemi lalu matanya menala ke arah Minwoo yang sedang mengangguk.

Lama mereka berpelukan begitu.Menghamburkan tangisan dan kesedihan terhadap orang-orang di sekeliling mereka terutamanya orang tua Lena yang tidak pernah memahami ataupun setidaknya cuba untuk menyelami perasaan anak mereka sendiri.Mereka hanya bijak berkata-kata namun tidak pula cuba untuk bertindak.Mereka bertiga hanyalah mangsa keadaan bagi kerakusan dan ketamakan ibu bapa Lena sendiri yang lebih mementingkan darjat dan harta berbanding erti kasih sayang.

~Tiada siapa yang berhak menentukan kegembiraan yang kamu impikan;melainkan diri kamu sendiri.Jika benar 'itu' adalah kebahagiaan mu,mengapa mudahnya dirimu melepaskan ia tanpa berfikir bagaimana sukarnya dirimu menggapainya  dulu?~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro