Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ Five]

[ Flashback on ]

Di dalam sebuah rumah agam terdapat sebuah keluarga yang bahagia,

"Mama, papa dengan abang pergi berlatih lagi ke ?" tanya Boboiboy yang baru sahaja berumur 6 tahun itu..

Sambil memeluk patung dinasour jingga pemberian abangnya...

"Iya sayang. Nanti abang kamu balik lah," kata ibu Boboiboy, Nasha, yang merupakan seorang manusia biasa yang berkahwin dengan seorang vampire, Izwan.

Dia mengusap kepala putra keduanya dengan lembut

"Tapi abang tak apa-apa kan ? Abang tak luka kan nanti ?" soal Boboiboy dengan mukanya yang risau.

"Yea. Abang kamu tak akan apa, jangan risau ye," Nasha mengucup dahi anaknya dan terus menyambung membuat kerjanya

Sesungguhnya, Boboiboy amat sayang pada satu-satunya abangnya iaitu Khairul. Kerana Khairul adalah orang yang selalu bermain dengannya dan rapat dengannya. Dia cukup risau kalau abangnya itu luka atau apa-apa terjadi pada abangnya. Dia tidak sanggup apabila melihat abangnya yang luka walaupun sedikit akibat latihan yang diberikan oleh ayahnya untuk Khairul jadi kuat seperti seorang lagenda galaksi iaitu ayahnya sendiri. Itu lah mengapa ayah mereka memberikan latihan yang amat teruk dan berbahaya kepada Khairul. Dan dia ingin Khairul pula yang mengajarkan kuasa istimewa vampire yang sudah tidak wujud sejak berjuta-juta ribu tahun yang lalu. Dan Izwan atau ayah kepada Khairul dan Boboiboy adalah satu-satu vampire yang masih wujud di zaman itu.

Hari demi hari, Khairul dilatih dengan tegas dan teruk oleh ayahnya. Walaupun begitu dia tidak pernah melupakan adik kesayangannya yang ingin perhatian darinya.

"Boboiboy, dengar cakap abang ok ?, nanti abang balik lah yea, adik abangkan comel. Nanti dah tak comel bila nangis. Jadi jangan nangis yea," kata si abang yang selalu cuba menenangkan adik kesayangannya itu..

Setelah dua tahun, Khairul yang berumur 17 tahun itu berjaya menjadi kuat seperti ayahnya. Tapi sebuah peperangan antara ayahnya dengan lembaga hitam telah berlaku di sebuah planet. Ayahnya tewas.. bukan kerana ayahnya lemah.. Tapi ayahnya tidak ingin hidup lagi.. ayah khairul memberikan kuasa miliknya kepada Khairul...

"Khai-khairul, am-ambil lah kuasa ayah dan ja-jadi lebih kuat da-dari se-sekarang. A-ayah nak ka-kamu jaga keluarga kita untuk ayah, bo-bolehkan.. uhuk.." kata Izwan sambil darah keluar melalui mulutnya.. dan akhirnya menghembus nafas untuk kali yang terakhir..

"Ayaahh! hiks.. baik Khai akan cuba ayah.. Khai akan buat apa yang ayah suruh.. hikss..," dia menangis sambil meletakkan kepalanya di atas perut ayahnya..

Khairul yang mempunyai kuasa yang berjuta kali ganda kuasa vampire yang boleh menghancurkan lebih sepuluh planet dalam masa yang sama itu menyerang habis-habisan lembaga-lembaga itu.. Selepas semua lembaga itu habis dihapuskan oleh Khairul, Khairul terus pulang ke rumah.

Setibanya Khairul di rumah ibu bapanya, dia amat terkejut melihat seekor(?) lembaga hitam membunuh ibunya dengan kejam dan sadis manakala adiknya, Boboiboy menangis dengan kuat sekali lagi. Dia terus lari ke arah adiknya dan memeluk adiknya..Tanpa dia(khairul) sedar, lembaga hitam itu terus masuk ke dalam badan Khairul.

Khairul berasa badannya sangat berat dan lemah. Dia akhirnya pengsan dan pandangan terakhir yang dia lihat adalah adiknya menjerit namanya.

Boboiboy yang berumur 8 tahun itu menangis dan akhirnya terlelap.

____________________

Boboiboy terjaga apabila dia rasa ada seseorang menampar mukanya dengan kuat..

"Amboi kena tampar baru nak bangun ?' dan dia tahu siapa pemilik suara itu

"A-abang, kena-"

"Stop panggil aku abang. Aku bukan abang kau!" Boboiboy terkejut dan terus dia menangis

"Tak payah nak menangis bagai, buang masa je. Dah pergi belikan aku makanan cepat!!" arahnya sambil menghulurkan kad kreditnya pada Boboiboy dan terus meninggalkan Boboiboy yang sedang menangis  kerana dia sekarang telah dihasut oleh lembaga hitam itu dengan kata-kata lembaga hitam tu;

"Kamu tak perlu jaga adik kamu, dia tak pernah sayangkan kamu. Dia tahu kalau ibu dan ayah mati harta kami diberikan kepada kamu dan adik kau cuma nak kan duit tu sahaja. Jadi kamu tidak perlu membuat baik padanya malah kamu kena pukul dia untuk berikan pengajaran yea, sayang anak mama" kata lembaga itu di dalam suara ibu Khairul dan Boboiboy yang membuatkan Khairul percayakan apa yang lembaga itu cakap dan membuatkan lembaga itu berjaya mengambil alih badan Khairul..

__________

Khairul dan Boboiboy telah berpindah ke planet yang bernama bumi dan mereka tinggal dan sana. Boboiboy akan memakai sebuah topi berbentuk dinosour manakala abangnya hanya memakai baju hoodie untuk menutup rambut putih mereka yang menandakan mereka separuh vampire.

Setiap hari mesti ada sahaja siksaan yang Boboiboy terima. Pelbagai siksaan yang Boboiboy dapat tidak kira menggunakan kuasa atau senjata...

"A-abang sakit.."

Khairul yang dengar rintihan adiknya terus melibas adiknya dengan rotan yang apabila terkena libasannya akan mengeluarkan elektrik yang amat kuat dan juga mengeluarkan darah dari tubuh badannya.

Tahun demi tahun, Boboiboy dikseksa oleh abangnya sehingga sekarang (boboiboy;-10tahun) dia hanya pasrah menerima segala dan mula tidak berasa apa-apa..

Fikirannya jadi kosong ..

Dia dah tak kisah dengan apa yang abang dia buat..

Dia tidak pernah dapat kasih sayang seorang abang lagi..

Tapi dia ada seorang 'kawan'..

Iaitu alter egonya sendiri..

Yang mengubah dirinya..

Baginya ia tidak berubah kerana dia..

Daripada seorang ceria hanya bertukar ke seorang yang bertopengkan muka ceria..

__________________________

Pada suatu hari, Khairul betul-betul marah atas sesuatu perkara dan dia pergi ke sebuah hutan untuk menghancurkan pokok di situ untuk melepaskan amarahnya dan waktu tu dia terjumpa adiknya. Dia terus melepaskan amarahnya dekat adiknya dengan menyerang adiknya dengan kuasa secara bertalu-talu. Disebabkan dia terlalu fokus mencedarakan adiknya, dia tidak sedar bahawa ada sese'orang' di belakangnya. 'Orang' di belakangnya terus menghisap tenaga Khairul menggunakan kuasa tenaganya. Khairul jatuh kerana dia tidak mempunyai tenaga lagi dan disebabkan 'orang' itu belum berhenti menghisap tenaga Khairul, Khairul pengsan kerana tidak mempunyai tenaga lagi.

'Orang' itu berjalan mendekati Boboiboy..

"Kamu tak apa-apa?"

Boboiboy hanya menggeleng dan terus berlari..

'Orang' itu memandang badan Khairul dan dia terkejut apabila melihat lembaga hitam itu keluar daripada badan Khairul

'Itu bukan ke lembaga hitam yang hebat dalam menghasut tu. Jangan-jangan..' kata 'orang' itu dalam hatinya

"Berani kau hisap tenaga mangsa aku!!!!" jerit lembaga hitam itu pada orang itu tetapi 'orang' itu tidak mempedulikannya dan terus mengeluarkan pedang tenaganya dan menghapus kan lembaga hitam..

"Hm.. mesti lembaga tu hasut lelaki ni untuk serang adik dia sendiri.. pasti dia kecewa dengan apa yang dia lakukan pada adik dia.. hm.." kata 'orang' itu..

Bagaimana 'orang' itu tahu kalau Boboiboy dengan Khairul adalah adik beradik ? Sewaktu dia berlawan dengan lembaga hitam itu dia telah mencari maklumat tentang mereka berdua dan 'orang' itu juga mendapat maklumat bahawa mereka berdua adalah manusia separuh vampire

'orang' itu mendekati Khairul dan meletakkan tangannya di dahi Khairul. Dia menutup matanya dan terus dia mengeluarkan kuasanya. Dia memadamkan semua memori khairul sewaktu Khairul mencedarakan Boboiboy dan juga memori dia(khairul) terhadap Boboiboy.

Selepas beberapa minit dia melepaskan tangannya daripada dahi Khairul dan dia melihat Khairul sudah sedar dari pengsan.

"A-aku dekat mana ni ?" tanya Khairul

"Kita dekat bumi lah, dekat mana lagi,' kata 'orang' itu

"K-kau siapa ?"

"Aku ? Aku kawan kau lah, Kaizo! siapa lagi"

"Kawan? Jadi kau tau siapa aku.."

"Yea. aku tahu. Tapi aku akan jaga rahsia kau"

Khairul memandang muka Kaizo

"Thanks"

Sebenarnya inilah perjumpaan kali pertama Kaizo and Khairul. Tapi agar Khairul tak mengesyaki apa-apa Kaizo tipu yang dia dengan Khairul nerupakan kawan. Tapi one day nanti dia akan ceritakan perkara yang sebenar juga.

-----------------------

Boboiboy berlari masuk ke rumahnya dan terus mengemas bajunya. Dia ingin pulang ke kampungnya. Dia fikir dia nak tinggal di sana terus tapi dia fikir dulu sebab dia takut dia tak selesa tinggal di sana.

Jadi dia ambil keputusan untuk tinggal di sana untuk sementara dahulu. Dia keluar dari rumahnya. Dia cuba mengukir senyuman.

Dia mengetuk pintu rumah sebelahnya dan keluar seorang lelaki.

"Eh.. Boboiboy. Kamu nak apa ?"

"Abang boleh tak hantar saya pergi rumah atuk saya ?"

"Ohh.. Boleh je. Kejap yea."

Lelaki itu masuk ke dalam rumahnya dan mengambil beberapa barangnya dan akhirnya mereka sampai di station kereta api. Lelaki itu membeli tiket dan mereka menunggu kereta api yang mereka akan naik.

------------------

Akhirnya mereka di station kerta api di Pulau Rhintis.

"Terima kasih, bang sebab hantar Boboiboy!"

"Ha.. Sama-sama.. Kirim salam kat Tok Aba"

"Okey!" Boboiboy hanya tersenyum palsu tapi senyuman itu boleh menipu sesiapa sahaja.

Dan kembali pada Boboiboy Season 1

*Information:TokAba pernah cakap dekat Boboiboy yang Boboiboy satu-satunya cucu yang dia ada dalam cerita Boboiboy yang sebenar tapi dalam cerita ni kan Khairul dengan Boboiboy so author buatkan yang Khairul (waktu dia kena hasut) padamkan memori atuknya tentang maklumat dirinya (Khairul)*
-----------------------
Kaizo yang berumur 19 itu memanggil adiknya yang berumur 10 tahun ke kamarnya.

"Ada apa abang."

"Abang nak kau jalankan misi dekat bumi."

"Misi ? Misi apa?"

"Kau tau kan pasal si Khairul dengan adik dia tu kan ? Abang nak kau perhatikan dia dan abang nak kamu berdua jadi kawan. Supaya lebih senang abang nak rapatkan hubungan diorang. Tapi bila anggota tapops tanya pasal misi ni. Kamu cakap ini misi untuk mengambil jam kuasa yang dia dengan kawan-kawannya, faham ?"

"Yea, adik faham."

"Biar abang hantar okay"

----------------

Selepas beberapa minggu, Boboiboy pun dah nak pulang ke rumahnya.

Dia berkawan 'baik' dengan semua kawan barunya iaitu Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot.

Selepas berbual-bual dengan mereka, Boboiboy yang berjalan masuk ke dalam kereta api itu berselisih dengan Fang yang ingin keluar dari kereta api.

Dan waktu itu tangan Fang mengeluarkan alat yang sangat kecil dan boleh terbang. Alat itu terus mengikut Boboiboy dan melekat pada belakang Boboiboy tanpa dia sedari.

Alat itu adalah alat untuk mengimbas lokasi seseorang.

--------

Boboiboy sudah sampai di hadapan rumahnya.

Sunyi..

Dia masuk ke dalam.. Dan tiada sesiapa.. Dia terus ke biliknya dan baring di atas katilnya...

"Mungkin dia dah pergi.." katanya

"Diorang ajak aku sekolah dekat sana.. Hm.. Baiklah.. Tahun depan aku sekolah jelah dekat sana,"

"Tadi waktu aku nak masuk dalam kereta api ada budak yang keluar.. Muka dia mirip macam.. "

"Hmm..."

"Oh ya macam lelaki yang selamatkan aku hari tu,"

"Tak kisahlah.."

--------
Tahun depan..

Boboiboy memasuki sekolah rendah dan -boboiboy season2-3and-themovie-
--------
2 tahun kemudian (14 tahun)

Boboiboy dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habisnya persekolahan..

Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memanggilnya..

"Boboiboy!!"

Dia menoleh..

"Fang! Ada apa ni?" tanya Boboiboy dengan membuat muka terkejut melihat Fang yang termengah-mengah berlari tadi memanggilnya.. Manakala hatinya sudah memaki hamun Fang kerana dia ingin pulang ke rumah cepat untuk berehat..

"Takde ape.. Cuma aku nak bagitahu kau yang abang aku nak tinggal dekat bumi dengan aku.."

Mereka berjalan sambil berbual

"Oohh.."

"Oh ye, abang aku ada bawa kawan dia sekali.."

"Siapa ?"

"Tak silap nama dia.. Hm.. Khairul"

Terus muka Boboiboy berubah terkejut.. Dengan cepatnya dia bertanya pada Fang..

"Fang, macam mana rupa dia ?"

'Takkanlah waktu abang kaizo selamatkan aku dulu tu dia berkawan dengan mamat tak guna tu' kata boboiboy dalam hati.

"Kalau rupa dia ada mirip macam kau."

"Ohh.. Ye-ye ke?"

"Boboiboy, abang aku suruh kau datang rumah kitaorang. Kau boleh je datang kan ?"

"Erm.. Ye aku boleh, mungkin?"

"Dahlah jom pergi jelah!"

Fang menarik lengan Boboiboy pergi ke arah jalan rumah Fang..

*Information:Fang tak sekolah kat sini. Dia sekolah dekat planet dia. But dia selalu datang bumi. Dekat cerita ni jelah. Ni kejadian sebelum Boboiboy tahu pasal TAPOPS.*

--------

Sesampainya mereka berdua di hadapan rumah Fang..

"Erm... Fang.. Aku tak nak masuk, boleh ? Suruh abang kau jumpa aku kat luar"

"Ah! Takde-takde! Masuk juga!" kata Fang sambil menolak Boboiboy masuk ke rumahnya..

'Aduh macam mana ni,'

Boboiboy pun terpaksa masuk ke dalam rumah Fang. Apabila dia masuk dia boleh melihat kelibat 2 makhluk sedang berborak sambil duduk di atas sofa.. dan dua makhluk tersebut adalah Kaizo dan Khairul. Boboiboy dengan Fang berjalan menuju ke arah mereka berdua

"Abang, Boboiboy dah datang,"

Boboiboy hanya diam tak berkata apa-apa sambil memandang ke arah Kaizo. Fang pula sudah naik ke biliknya

"Boboiboy perkenalkan ini Khairul, kawan abang. Boleh tak abang nak cakap berdua je dengan kamu," kata Kaizo lembut dan Boboiboy hanya mengangguk sambil melihat Khairul yang sedang tersenyum manis ke arah dirinya

'Shit.. Jadi betul la dia.. tapi.. Kenapa dia senyum dekat aku ni.. takkan lah jadi baik pula.. ke dia ada muslihat lain.. hmm..'

"Boboiboy..??" panggil Kaizo sambil menghayunkan tangannya di hadapan muka Boboiboy..

"Ehh.. Maaf abang. Hehehe.." balas Boboiboy sambil menggaru-garu pipinya yang tidak gatal itu..

Kaizo hanya berjalan menuju ke belakang rumahnya dan Fang itu sambil Boboiboy mengikutinya dari belakang..

Mereka berdua menarik nafas panjang..

"Jadi, apa yang abang nak cakap ?" tanya Boboiboy sambil memandang ke arah Kaizo

"Kau kena jujur.. Kau sebenarnya kenal kan siapa si Khairul tu.."

Boboiboy hanya diam.. Pandangannya diahlihkan ke bawah.. Dia tak tahu nak jawap apa.. Dan dia sebenarnya tak sedar.. Yang dia..

Menangis...

Kaizo perasan akan tentang itu tapi dibiarkan sahaja..

Sebenarnya, walaupun Boboiboy benci akan Khairul atau abangnya itu dia tetap sayangkan Khairul sebagai abangnya.. Cuma egonya yang tinggi itu lebih memihak untuk membenci Khairul..

"Ke-kenapa, abang Kaizo ta-tanya ?"

"Boboiboy, jawab soalan abang,"

Boboiboy yang tadi menunduk terus lari ke rumahnya sambil air matanya mengalir laju..

'Aku sayangkan dia.. Tapi kenapa aku bencikan dia?'

'Itu sebab kau sendiri yang biar aku, kawal diri kau'

--------------------------------

Fang pergi ke luar rumahnya melihat abangnya yang berseorangan di situ..

"Jadi nampaknya tak berjaya," kata Fang pada abangnya

"Yea.. Haih.. Susah juga ni.. Ego dia tinggi sangat.."

"Memanglah. Kalau abang buat macam tu dekat adik juga mesti adik susah nak maafkan abang punya.."

"Hmm.. Jangan risaulah.. Abang tak akan buat macam tu dekat adik manja abang yang comel ni.. Hahaha" kata Kaizo mencubit dan menekan pipi Fang lembut

"Adik bukan budak kecil lagi lah," kata Fang terus memeluk abangnya dan pelukkannya dibalas abangnya..

"Ehh.. Kenapa korang peluk-peluk ni?? Ada apa-apa ke??" tanya Khairul dengan muka yang agak innocent yang entah muncul dari mana.

Kaizo dan Fang terus melepaskan pelukkan mereka.

"Takde ape-ape lah.." kata Kaizo dengan Fang serentak..

"Oh.. Ok? Mana kawan Fang tadi tu pergi ? Apa nama dia.. Em.. Boboiboy ?"

"Oh dia dah balik. Kenapa ?" tanya Kaizo pula

"Saje. Tapi rasanya macam pernah dengar je nama tu..," kata-kata Khairul itu membuatkan Fang dan Kaizo terkejut dan terus mereka memandang diantara satu sama lain..

"Ah! Memang lah abang Khairul pernah dengar, kan tadi abang ada sebut nama dia.."

"Ohh ye tak ye jugak.."

"Dah lah, jom masuk dalam" kata Kaizo lalu mereka masuk ke dalam rumah..

'Tapi betul ke ? Aku rasa aku dah pernah dengar nama tu banyak kali.. Macam familiar je dengan aku..' kata Khairul dalam hatinya

--------------------------------

Hari demi hari, Boboiboy cuba mengelak daripada berjumpa dengan Khairul dan Kaizo..

Khairul pula pelik kenapa Boboiboy nak mengelak daripadanya.. Jadi satu hari ni dia dekat rumah dengan Kaizo dengan ruang sebab dia yang ajak sebab dia nak tanya pasal Boboiboy tu..

"Kai kenapa si Boboiboy tu macam mengelak dari kita ?,"

"Hm.. Entahlah.." itu sahaja yang Kaizo balas. Lagi pun tak kan lah dia nak cerita perkara yang sebenar kan ?

"Takkan lah kau tak tahu? Kau dah lama kenal dia kan ?"

"....."

"Kai, mesti kau tahu tapi kau tak nak bagi tahu aku. Cerita jelah, aku cuma nak tahu, tak kan nak tahu pasal benda tu pun tak nak bagitahu, bagitahu lah Kai, aku betul-betul nak tahu ni, aku janji aku tak bagitahu siapa-siapa, bagitahu lah aku, pleasee Kaizo.. Kau kacak, bergaya, macho dan banyak lagi lah.. Kai pleaseee tak kan tak nak bagitahu kawan kau yang comel ni ? Bagita-"

"Okay, stop! Aku tak tahu apa-apa dan aku tak tahu apa yang kau cakap, bye.." Kaizo bangun jalan menuju ke biliknya dan sebelum masuk ke biliknya dia menoleh ke arah Khairul sambil berkata "Thanks kata aku handsome~" sambil membuat flying kiss and wink dekat Khairul dan terus masuk ke biliknya manakala muka si Khairul bertukar merah sedikit..

"A-apelah.. Kai.. Ni.." kata Khairul sambil mengalihkan mukanya ke arah lain..

----------------

Boboiboy yang sedang duduk di bangku taman itu hanya diam memandang tasik di hadapannya..

(*waktu malam)

Dia hanya diam.. Memirkan sesuatu.. Sehinggalah...

"Hai, boleh abang duduk sini," Boboiboy tahu empunya suara itu.. Dia hanya mengangguk perlahan..

"Boboiboy kan ? Kamu buat apa dekat sini ?" tanya si dia atau lebih dikenali sebagai Khairul..

"...."

Sudah 3 minit berlalu..

"Er.. Boboiboy, abang minta maaf ye kalau kamu tak selesa dengan abang.."

"Bu-bukan.."

"Hm ??"

"Emm.. Takde pape lah, saya cuma nak ambil angin sahaja,"

"Ouhhh, kamu comel,"

"Co-comel ?" Boboiboy mula teringatkan dirinya selalu dipanggil comel oleh abangnya waktu dia masih kecil..

"Iye.." Khairul tersenyum manis ke arah Boboiboy yang mula memandangnya..

"Abang nak tanya boleh?,"

"Erm.. Tanya apa.." Boboiboy mengalihkan pandangannya ke tasik semula..

"Kita baru berjumpa tahun ni ke ? Abang tanya bukan sebab apa.. Tapi abang rasa macam abang dah biasa bila dengar nama kamu.. Boboiboy... Abang sendiri pun tak tahu kenapa...,"

Boboiboy hanya diam mengangkat bahunya.. Manakala dalam hatinya dia berkata..

'Abang dah tak kenal Boy lagi ?.. Dulu abang pukul Boy, seksa Boy dan sekarang abang dah lupakan Boy ?'

Jujur dalam hatinya dia sedih. Sedih bila abang dia sendiri tak kenal dirinya.. Dia sendiri tak faham kenapa dengan dirinya.. Bukan kah dulu dia benci kan abangnya kenapa sekarang dia rasa lain ?

Seolah-olah rasa sayang terhadap abangnya mula datang kepada dirinya...

Tetapi..

Bila dia fikirkan balik... Khairul dah banyak seksa dia dulu sampai dia berubah.. Bahkan sekarang ni dia fikir yang Khairul betul-betul bencikan dia kerana.. Dia fikir Khairul dah lupakan dirinya..

Dia tak tahu pasal perkara yang telah berlaku sebenarnya...

Tanpa dia sedar.. beberapa titis air mengalir di pipinya..

"Boboiboy, kamu tak apa-apa ke ?, Boboiboy ?" Khairul yang perasan yang sedang orang di sebelahnya sedang mengalirkan air mata itu bertanya dalam keadaan sedikit terkejut..

Boboiboy mula sedar dari lamunanya dan terus dia mengesat air matanya sambil menggeleng laju...

"A-abang.. Boy-"

"Boy ?" tanya Khairul pelik sebab tiba-tiba sahaja Boboiboy bahasakan dirinya 'boy'. Tapi sungguh dalam hati dia.. Dia macam pernah dengar je.. Dan cara nada 'boy' tu disebut macam seseorang yang dia pernah kenal tapi dia tak tahu siapa..

"Erm.. Tak-takde ape lah.."

Mereka berdua hanya diam tak berkata apa-apa.. Sehinggalah..

"Erm.. Boboiboy abang nak tanya, kamu ada adik beradik ?" tanya Khairul dengan lembut..

Boboiboy mengetap bibirnya.. Menahan air matanya dari jatuh semula... Sedih.. Kerna dia dikir Khairul betul-betul dah lupakan dirinya.. Dia tak tahu nak balas apa... Tapi sebab dia tidak ingin menipu abangnya sendiri.. Dia akan mengaku yang dia mempunyai abang.. Tapi siapa tahu.. Dalam hatinya.. Dia betul-betul sedih dengan abangnya Khairul itu...

"Sa-saya ada seorang abang.."

"Ohh.. Ye ke.. Apa nama dia ?" tanya Khairul.. Setahunya Kaizo cakap kalau Boboiboy ini anak tunggal..

Sementara Boboiboy pula tak tahu nak berkata apa.. Adakah dia perlu menipu atau jujur tentang nama abangnya.. Dan akhirnya dia pilih untuk jujur sahaja...

"Na-nama a-abang saya tu.. Sama macam abang.."

Khairul pula terkejut.. Tapi lepastu tu dia dah okay.. Dia fikir mungkin nama aje sama.. Dan dia juga berfikir mungkin itu sebabnya Boboiboy cuba untuk manjauhinya.. Tapi bila dia fikirkan balik.. Kenapa pulak kena jauhi kan ?

"Ouh.. Abang tak pernah pun nampak dia.. Dia dekat mana ye sekarang.. Boleh lah nanti abang berkenalan dengan dia.."

Boboiboy hanya diam.. Dia sudah tidak dapat menahan air matanya lagi.. Air matanya mula mengalir laju di pipinya...

Sementara Khairul pulak sudah tidak keruan, terkejut semua ada.. Dia tidak tahu apa.. Dia pelik kenapa tiba-tiba Boboiboy menangis.. Dia ada silap tanya ke ?

Tiba-tiba badan dia seolah bergerak sendiri.. Dia memeluk Boboiboy sambil mengusap topi Boboiboy dengan lembut.. Dia sendiri terkejut dengan perbuatanya itu..

"Erm.. Boboiboy... Kamu ada masalah ke ? Kalau ye kamu boleh luahkan dekat abang. Abang sudi dengar.."

Boboiboy tak membalas. Dia hanya diam menyandarkan kepalanya ke dada Khairul sambil memeluknya erat..

Sementara itu..

Dua ekor(?) alien sedang memerhati mereka..

--------------------------

Malu...

Ya.. Dia malu..

Dengan tingkah lakunya terhadap Khairul beberapa bulan yang lalu..

Sampai kini dia tak pernah nak bersemuka dengan Khairul lagi..

Perasaan lama.. Benci.. Dendam semuanya bercampuk aduk..

Dia sendiri tidak tahu kenapa..

-Disisi lain-

"Aku ada buat salah ke selama ni dengan dia.."

"Dari mata dia.. Dia nampak macam trauma tentang sesuatu.."

"Kenapa dengan dia.."

"Aku macam pernah kenal dia sebelum ni.."

"Kenapa dia menjauh dari aku.."

"Siapa dia sebenarnya dekat aku.."

"Atau siapa aku dekat dia.."

"Sebab aku rasa dia.. Pernah jadi orang yang terpenting dalam hidup aku.."

"Aku akan cuba untuk dekati dia kembali jikalau dia adalah kunci kepada semua soalan tu..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahun demi tahun berlalu sehingga Boboiboy mencecah umur 16 tahun....

[ Flashback off ]

Author's P. O. V.

"Maafkan abang.. Boboiboy.."

Mata Boboiboy terbeliak besar.. Dia tidak sangka abangnya kini mengenalinya semula..

Dia yang dipeluk abangnya itu menjenguk kebelakang Khairul untuk melihat frame gambar yang dilihat abangnya tadi..

Dan tidak disangka-sangka air matanya gugur membasahi pipinya..

Gambar kenangan terakhir mereka berdua dengan ibu ayah mereka sewaktu mereka masih kecil..
Mereka semua memasang senyum bahagia..

Boboiboy terus menagis semahu-mahunya di dalam pelukan abangnya..
Tidak kurang samanya dengan Khairul..

"Tap.. Tap.." (bunyi tapak kasut)

"Khairul aku minta maaf sebab dah tipu kau sebelum ni. Kali pertama aku jumpa kau dekat hutan tu, aku cakap seolah-olah aku ni salah seorang kawan kau padahal aku tak kenal kau pun waktu tu. Aku kebetulan terjumpa kau waktu tu sebab aku tengah menjalankan misi dekat situ. Waktu tu aku dengar seorang budak lelaki menjerit dan aku pergi tengok dan aku tengok kau sedang siksa adik kau tapi kau sebenarnya takde niat pun nak buat macam tu dekat adik kau. Tapi lembaga-lembaga hitam tu yang hasut diri kau sampai kau tak sedar apa yang kau buat. Waktu lembaga hitam tu keluar daripada badan kau, kau terus pengsan dan aku yang kalahkan lembaga hitam. Tapi disebabkan aku tak nak kau rasa bersalah dengan ape yang kau buat aku pun padam semua memori kau terhadap keluarga kau. Aku nak minta maaf sebab tak pernah bagitahu pasal benda ni dekat korang berdua. Aku betul-betul minta maaf, Khairul, Boboiboy. "

Khairul dan Boboiboy amat terkejut sekali apabila mendengarnya..
Mereka melepaskan

"Abang Kaizo.. Betul ke apa yang abang Kaizo cakap tadi.."

"Kaizo.. Betul ke semua tu.."

"Yea.. Memang betul ape yang abang aku cakap kan tu. Abang aku buat semua tu untuk kebaikan korang berdua dan hilangkan kesalah fahaman Boboiboy terhadap abang Khairul."

"Kalau korang nak tahu dari dulu lagi aku dah buat rancangan untuk jumpakan korang semula. Aku hantar Pang ke bumi dengan memberitahu ahli Tapops untuk mencari pengguna kuasa elemental tapi yang sebenarnya aku nak suruh Pang berkawan dengan Boboiboy untuk memudah lagi aku jumpakan korang berdua. "

"Kaizo, Fang, terima kasih sebab dah tolong aku.."

"Abang Kaizo, Fang terima kasih sangat-sangat sebab dah cerita kan perkara sebenar. Kalau tak sampai sekarang aku tak akan percaya dan maafkan abang aku.. Terima kasih.."

Kaizo dan Fang hanya mengangguk sambil tersenyum memandang Khairul dan Boboiboy.

Khairul yang duduk berhadapan dengan Boboiboy itu mengesat air mata Boboiboy yang masih tersisa

" Jadi Boboiboy maafkan abang?.. "

" Yea.. Boy dah maafkan abang.. Tapi Boy pun nak minta maaf jugak.."

Boboiboy terus memeluk Khairul seerat-eratnya sambil tersenyum bahagia..

"Yea.. Mari kita mulakan buku baru, okay?"

©®The End

Oky first author nak cakap thanks pada sesiapa yang baca cerita ni sampai la habiss.. T^T penat menaip oiii.. Lepastu nak cakap maaf sangat kalau jalan cerita dia pelik sikit ke ape ke sebab sebenarnya cerita ni dah dibuat pada tahun 2017 sampai la chapter 4 dan chapter 5 ni..(cuma tak publish) Lepastu start 2018 tu saya ada banyak sangat kerja nak buat sampai tak sempat nak buka wattpad.. Tahun ni baru buka dan baru sedar.. Eh sejak bila aku buat cerita ni.. Jadi aku pun try balik nak buat cerita ni.. Walaupun dah bace balik still pening jugak last kali hentam jelah nak buat macam mane pun XD Anyway, thanks sangat-sangat sebab dah baca cerita ni kasi vote sikit kalau korang suka.. Hehehe.. Oh ye name watak ibu dan ayah boboiboy tu sebenarnya diambil dari nama Iwan dengan Nasha dari cerita Bola Kampung.. Nama iwan author tukar sikit jadi Izwan.. Hehehe baru cool.. Okay tu je kot.. Bye2..

Vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro