∅9
[BILIK RAWATAN SEKOLAH]
Perlahan-lahan aku membuka mataku.
Pandanganku yang kabur, perlahan-lahan menjadi jelas.
Aku memandang dinding di depan aku.
Banyak poster tentang kesihatan ditampal di dinding itu.
Nampaknya aku ada di dalam bilik rawatan.
Perkara terakhir yang aku ingat ialah aku tiba-tiba jadi lemah lalu pengsan dan...
Ada orang yang menyambut aku...
Aku menoleh ke sisi katil lalu ternampak seorang lelaki duduk di kerusi sambil bermain dengan telefonnya.
"Siapa awak?" Soalku teragak-agak.
Lelaki itu mengangkat wajahnya.
Mataku membulat.
Hyunjae?
"Awak dah sedar? Awak rasa lebih baik sekarang?" Soalnya sambil berjalan mendekati aku.
"Nae" jawabku sambil mengelak dari bertembung mata dengannya.
"Awak ada rasa sakit dekat mana-mana?" Soal Hyunjae lagi sambil meletakkan tangannya di dahiku.
"Tak ada" jawabku.
Hyunjae mengeluh kecil lalu menjauhkan tangganya dari dahiku.
"Awak tak makan sebelum perlawanan tu kan?" Teka Hyunjae.
Aku terkejut kerana tekaan Hyunjae betul.
"Nae."
Hyunjae hanya merenung wajahku dengan keluhan kecil.
"Lain kali makan dulu sebelum datang ke sekolah. Tak kisahlah awak sakit perut ke tidak, janji awak makan walaupun sedikit. Arraseo?"
Aku mengangguk kepalaku.
"Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, panggil cik Kim. Dia ada duduk dekat depan tu" ujar Hyunjae.
"Jakkaman" aku memegang tangannya menghalangnya pergi.
"G-Gomawo" ucapku teragak-agak.
Dia merenung wajahku seketika dan berlalu pergi.
Semakin lama, semakin bingung aku dibuatnya.
Siapa yang mula menghancurkan hubungan aku dengan Hyunjae?
Hyunjae atau aku?
Kenapa aku yang rasa teruk?
•••
🏫☀️
"Yunha!" Panggil seseorang.
Aku menoleh ke arah suara itu.
Younghoon berlari ke arah aku.
"Macam mana dengan keadaan awak? Awak dah okey?" Soal Younghoon risau.
"Nae. Saya baik-baik sahaja."
"Syukurlah. Maafkan saya sebab tak jumpa awak dekat bilik rawatan semalam. Saya ada singgah ke sana tapi waktu tu awak masih belum sedar. Saya ingatkan nak tunggu awak sampai bangun, tapi...saya ada hal sikit. Jadi Hyunjae tolong temankan awak semalam" ujar Younghoon serba salah.
Ouh...sebab tu dia ada dalam bilik rawatan semalam...
"Gwenchana. Saya okey je semalam. Hyunjae pun...ada tolong saya semalam" kataku.
"Baguslah. Nasib Hyunjae sempat sambut awak semalam sebelum awak rebah ke tanah. Kalau tidak, kepala awak pasti cedera" ujarnya.
"Hyunjae yang sambut saya?"
"Nae. Waktu tu dia ada dekat dengan garisan penamat tu. Jadi dia sempat sambut awak"
Aku mengangguk kepala tanda faham.
•••
[CLASS]
"Pengetua datang! Pengetua datang! Duduk cepat!" Jerit Donghyuk lalu duduk di tempatnya.
Dengar sahaja amaran dari Donghyuk, kami semua duduk di tempat masing-masing lalu menunggu kedatangan pengetua dengan rasa berdebar.
"Yah, Donghyuk. Kenapa pengetua tiba-tiba datang kelas kita?" Soal Saerom pada Donghyuk dengan suara yang diperlahankan.
Donghyuk mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Tidak lama itu, pengetua masuk ke kelas kami bersama Saem Song.
Suasana kelas menjadi sangat sunyi seperti tiada penghuni di dalam kelas itu.
Pelajar kelas sebelah pulak sibuk mengendap kami.
Kami mengelak bertentangan mata dengan pengetua apabila pengetua merenung wajah kami seorang demi seorang.
"Baiklah. Kamu semua tidak perlu membuat wajah serious begitu." Ujar Pengetua itu.
Walaupun pengetua berkata begitu, wajah kami tetap sama kerana ketakutan.
Tambahan lagi dengan wajah pengetua yang bengis itu.
"Saya datang ke sini sebab saya nak bagitahu sesuatu pada kamu semua. Memandangkan gred kelas kamu meningkat baru-baru ni, saya ingin kelas kamu wakil sekolah kita untuk sertai program motivasi di Daegu University minggu depan"
Terbutang luas mata kami semua.
Daegu?!
Kitaorang akan ke Daegu?!
Wajah kami semua mula tersenyum-senyum mendengar berita itu.
"Ingat. kamu pergi kesana bukan untuk bercuti tapi untuk menuntut ilmu. Kelas kamu dan kelas tahun junior yang terpilih akan sertai lawatan ke Daegu University. Kamu boleh mula pilih baju yang nak dibawa kerana lawatan itu akan mengambil masa 2 hari 1 malam. Itu sahaja dari saya. Saya harap kamu dapat menjaga adab dan perangai kamu disana kerana ada pelajar sekolah lain yang turut sertai program itu. Itu sahaja daripada saya. Saya harap kamu semua selamat sampai di sana dengan selamat."
Selepas Pengetua dan Saem Song keluar dari kelas kami, kami semua terus bersorak kegembiraan.
"Younghoon, esok saya nak pergi shopping untuk dipakai waktu lawatan nanti. Awak nak ikut?" Soalku teruja.
"Boleh juga"
"Okey nice. Nanti saya bagitahu dekat mana kita perlu jumpa"
•••
🌙🏠
Seperti biasa, aku merempuh masuk ke dalam bilik Juyeon.
Seperti biasa juga, Juyeon bermain game di dalam biliknya.
"Juyeon~" aku mencucuk-cucuk lengannya mengacau dia main game.
"Nuna, jakkaman. Bagi Juyeon habiskan game ni. Argh! Kalah..."
Aku ketawa kecil lalu duduk di atas katil Juyeon.
Juyeon mengeluh kecil lalu pusing memandang aku.
"Apa pulak kali ni?" Soalnya.
Aku tersenyum gembira.
"Juyeon nak tahu tak, Minggu depan Nuna pergi ke Daegu~" kataku berlagak.
"Lawatan ke Daegu University ke?"
"Nae"
"Ouhh...Juyeon pun pergi" ujarnya.
"Bwo?! Bukan ke satu kelas je ke yang pergi?"
"Mana ada. 2 kelaslah yang pergi. Wakil kelas tahun senior dengan wakil kelas tahun junior." Beritahu Juyeon.
Ahh...mungkin aku tak dengar tadi.
"Kalau macam tu, Juyeon nak ikut Nuna pergi shopping mall esok?"
"Tak pelah. Juyeon ada janji dengan kawan Juyeon esok"
"Ouh ok. Nuna baru nak belanja." Kataku lalu berjalan keluar dari bilik itu.
"Nuna jakkaman" panggil Juyeon.
Aku hentikan langkahku lalu memandang ke arah Juyeon.
"Ex-Boyfriend Nuna tu...Hyunjae ke?" Soal Juyeon.
Aku pandangnya terkejut.
"Macam mana Juyeon tahu?"
"Bukan ke dia pelajar baru? Tak ramai pelajar baru dekat sekolah dan...dia sekelas dengan Nuna. Juyeon nampak dia semalam dekat padang" beritahu Juyeon.
Aku mengeluh kecil.
"Betullah tu. Nama dia Hyunjae"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro