Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

∅7

🏠🌙

Siap sahaja aku membersihkan diri aku, aku terus rempuh masuk ke dalam bilik Juyeon lalu baring di atas katilnya.

Juyeon tidak kelihatan terkejut dengan tindakan aku.

Dia dah biasa dengan sikap aku.

Selalu dah aku rempuh masuk ke dalam bilik dia macam tu je.

Lagipun Juyeon tak kisah.

Dia hanya fokus pada gamenya tanpa menghiraukan aku yang baring di atas katilnya.

"Juyeon~ tolong Nuna..."

Juyeon menurunkan headphonenya lalu pusing memandang aku.

"Kenapa? Nuna sakit ke?"

"Nae. Nuna sakitttt sangat"

"Nuna sakit dekat mana? Nuna demam ke?"

"Aniyo. Nuna sakit kepala. Nuna pening sekarang ni" ujarku sambil menyentuh kepalaku.

"Kalau macam tu, Nuna makan lah ubat pening. Nuna tunggu sini sekejap. Juyeon pergi ambilkan u--"

"Tak perlu. Nuna tak perlukan ubat tu. Ubat tu takkan hilangkan pening Nuna ni" kataku sambil menarik balik Juyeon yang ingin keluar pergi ambil ubat.

"Nuna ada sakit yang tak dapat diubati ke?" Soal Juyeon risau.

"Nae. Tapi bukan sakit yang nak mati tu."

Juyeon memandang aku bingung.

"Habis tu sakit apa?"

Aku mengeluh kecil.

"Beginilah. Sebenarnya Nuna pening sangat memikirkan perasaan Nuna yang bercampur-campur ni" beritahuku.

Wajah Juyeon jelas menunjukkan dia masih tak faham apa yang aku ingin sampaikan.

Dia terus berdiam diri dan mendengar apa yang aku nak katakan.

Takpelah. Janji dia nak dengar apa yang aku katakan.

"Nuna tahu, Juyeon takkan faham apa yang Nuna nak cakapkan ni. Tapi Nuna tak boleh nak buat apa sebab Nuna dah tak ada orang lain yang dapat Nuna luahkan benda ni. Jadi...boleh tak Juyeon dengar luahan Nuna ni?" Soalku dengan wajah simpati.

"Mestilah. Nuna luah je lah. Juyeon akan dengar luahan Nuna" ujarnya semangat.

"Baiklah. Nuna sebenarnya pernah ada Namchin sebelum ni. Kami bersama cukup lama juga. Tapi...lepas Nuna nampak dia dengan yeoja lain, Nuna pun tinggalkan dia."

"Kenapa Nuna tinggalkan Namchin Nuna macam tu je? Nuna ni jenis yang kuat cemburu ke? Nuna tak boleh langsung tengok yeoja dekat dengan Namchin Nuna ke?"

"Haish! Nuna tak teruk macam tu eh. Yeoja tu sebenarnya suka dengan Namchin Nuna tu. Namchin Nuna tu tahu yang Yeoja tu suka pada dia. Tapi dia tetap jumpa yeoja tu. Yeoja tu pulak selalu buatkan Nuna rasa cemburu. Kadang-kadang dia sengaja bermesra-mesra dengan Namchin Nuna dekat depan mata Nuna. Dan...dia tak pernah putus asa untuk jadikan Namchin Nuna tu milik dia"

"Ada juga yeoja macam tu. Lepastu Nuna?"

"Lebih kurang sebulan, namchin Nuna tu pindah ke sekolah kita" beritahuku.

"Seriouslah?!" Juyeon pandang aku terkejut.

"Nae. Dia satu kelas dengan Nuna sekarang ni"

"Bwo?!"

"Nuna pun terkejut juga masa jumpa dengan dia tu."

"Jadi apa yang jadi? Nuna mesti rasa tak selesa duduk satu kelas dengan dia."

"Sudah semestinya Nuna tak selesa. Tapikan Juyeon...Nuna kadang-kadang rasa serba salah tengok dia. Nuna rasa macam Nuna pulak yang jahat dan penyebab hubungan kitaorang putus"

"Kenapa Nuna nak rasa serba salah pulak? Namchin Nuna tu yang mulakan"

"Itulah masalahnya. Nuna tak tahu apa perasaan sebenar Nuna pada dia. Nuna keliru" kataku lalu mengeluh berat.



•••

[Festival Sukan]
🏫☀️

Selepas sekian lama, akhirnya aku datang sekolah bersama adik sedaraku yang tersayang a.k.a Juyeon.

"Nuna tak makan apa-apa pun tadi. Nuna okey ke berlari dengan perut kosong?" Soal Juyeon risau.

"Ala, Nuna okey je lah. Jangan risau lah. Juyeon tahukan perut Nuna ni sensitif pagi-pagi. Kalau Nuna sakit perut nanti lagi susah"

"Betul ni okey?"

"Nae. Jangan risaulah"

"Kalau Nuna cakap macam tu tak apalah. Nuna jangan lupa tengok Juyeon main bola sepak nanti"

"Mestilah Nuna tengok. Nanti jangan lupa jerit nama Nuna waktu Nuna berlari nanti. Jerit kuat-kuat okey"

"Nae~"

•••



Keadaan di padang sangat meriah.

Semua pelajar di sekolah itu berkumpul di sekeliling padang mengikut kelas masing-masing.

Semua pelajar kelihatan sangat bersemangat.

Bermacam-macam ragam pelajar di situ.

Ada yang mengetuai member-member mereka.

Ada yang mencari member mereka yang menghilangkan diri.

Ada yang sensitif dengan matahari duduk dan di tempat teduh.

Ada yang muka masam sebab di paksa sertai festival itu.

Ada yang terlebih excited.

Ada yang menyinggah-nyingah di kelas lain seperti hentian r&r.


"Acara pertama yang akan diadakan ialah sukan memanah. Semua peserta memanah sila pergi ke tengah padang"

Aku terus pandang Younghoon di sebelah aku dengan teruja.

Member mula dulu lah~

Excited pulak.

"Hwiting!" Kataku pada Younghoon yang sedang bersiap-sedia.

Younghoon hanya balas dengan senyuman.

Dia sempat mengusap kepalaku sebelum dia pergi ke tengah padang.

Sentuhan itu membuatkan aku rasa berdebar seketika.

Pada masa yang sama, aku bertentangan mata dengan Hyunjae.

Hyunjae memandang aku sekilas lalu pergi ke tempat lain bersama kasut bolanya.

•••


Selepas beberapa perlawanan, akhirnya Younghoon masuk ke peringkat akhir.

"Kim Younghoon dari kelas senior tahun 2 akan berlawan dengan Choi Chanhee dari kelas junior tahun 1. Siapakah yang akan memenangi sukan Memanah pada tahun ini?"

Aku dan rakan sekelas aku yang lain tidak henti-henti menjerit nama Younghoon.

Aku tak sangka Younghoon begitu handal dengan sukan memanah.

Aku kagum dengan kemahirannya.

"Hwiting" kataku dengan gerakan mulut apabila Younghoon memandang aku.

Dia tersenyum kecil lalu kembali fokus pada pertandingan itu.

•••


Mereka berdua ada 3 peluang untuk memanah.

Panahan pertama Younghoon terkena pada ruang nombor 8.

Panahan pertama Chanhee pula terkena pada rumah nombor 9.

Younghoon kelihatan sedikit resah apabila dia mula ketinggalan.

Panahan kedua Younghoon terkena pada rumah nombor 9.

Younghoon rasa sedikit lega apabila dia dapat panah di nombor yang lebih besar.

Tapi rasa lega hanya seketika apabila panahan kedua Chanhee terkena pada ruang nombor 10.

Jumlah nombor yang mereka dapat sekarang ialah...

Younghoon-17

Chanhee-19

Younghoon tertinggal 2 mata dari belakang

Younghoon pandang ke arah papan itu dengan tekat.

Dia menarik panah itu lalu lepaskannya.

Aku dan rakan sekelas ku automatik mengangkat tangan apabila panahan Younghoon terkena tepat di tengah-tengah papan.

10!

Younghoon juga terkejut dengan hasil panahannya.

Tapi itu bukan penamatnya.

Keputusan akhir akan keluar selepas Chanhee melepaskan panahan akhirnya.

Kami semua pandang Chanhee dengan berharap dia dapat nombor yang rendah.

PAP!

7!

Panahan terakhir Chanhee terkena pada nombor 7!

Ini bermakna...

"Kim Younghoon dari kelas senior tahun 2 memenangi sukan memanah pada tahun ini! Tahniah!"

Kami semua terus berlari ke arah Younghoon lalu mengerumuni sekeliling Younghoon.

Aku hanya mampu pandang dia dari jauh kerana aku tidak dapat menyelit di antara mereka.

Selang beberapa saat, Younghoon tiba-tiba keluar dari kerumunan itu lalu datang memeluk aku.

Aku sedikit terkejut.

Tubuhku kaku.

Tubuhku bertambah kaku apabila Hyunjae memandang aku.

Hyunjae mengeluh kecil lalu pergi dari situ.










TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro