Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

∅6

🏫

"Younghoon!"

Aku berlari ke arah Younghoon yang tidak jauh dari aku.

Dia pandang aku sekilas lalu sambung berjalan.

"Annyeong" sapaku dalam keadaan tercungap-cungap.

Dia hanya mendiamkan diri.

Ini mesti dia marah disebabkan semalam.

"Younghoon, saya ada sesuatu untuk awak" kataku lalu hulurkan coklat padanya.

Dia tidak menghiraukan coklat itu dan terus berjalan.

"Ambillah coklat ni. Penat tau malam tadi saya jalan jauh-jauh sebab nak belikan coklat ni untuk awak" pujukku.

Dia hanya memandang ke depan dan tidak hiraukan coklat tu.

Aku mencebik.

"Tak pelah kalau awak tak nak. Saya bagi orang lain je lah"

Baru je aku nak simpan coklat tu, Younghoon ambil coklat itu.

Dia ambil coklat tu dengan bersahaja lalu simpan di dalam koceknya.

Aku tersenyum gembira.

"Macam mana dengan pinggang awak? Sakit lagi ke?" Soalku serba salah.

"Tak. Sakit sekejap je. Hari ni dah okey" ujarnya.

"Nasib baik."

"Younghoon sunbae" panggil seseorang.

Seorang junior perempuan datang mendekati Younghoon.

Yeochin Younghoon ke? Dia tak pernah lagi cerita pasal Yeochin dia.

Aku hanya perhatikan mereka dari tepi seperti melihat drama.

"Younghoon sunbae, saya sebenarnya suka sunbae" luah yeoja itu.

Aku yang berada di tepi menutup mulut tidak percaya.

Seriouslah yeoja tu luahkan perasaan dia pada Younghoon macam tu je?!

Woahhhhhhhh

Teruja pulak aku nak dengar balasan dari Younghoon.

Younghoon merenung wajah yeoja tu beberapa saat lalu berlari pergi.

WHAT-

Dia tinggalkan yeoja tu macam tu je??

Yeoja itu bergenang air mata.

Rasa bersalah pulak aku dengan yeoja tu.

Sampai hati Younghoon pergi macam tu je!

Nak kena Younghoon ni!

•••


[Class]

Aku memandang tajam ke arah Younghoon yang sedang duduk selesa di tempatnya.

Aku pergi ke arahnya dengan perasaan geram.

"Kenapa awak tinggalkan yeoja tu macam tu je?" Soalku.

"Kenapa? Salah ke saya buat macam tu?"

"Bukan salah, cuma tindakan awak tu tak betul. Mesti dia malu sebab saya tengok dia kena reject."

"Habis tu saya nak buat macam mana?"

"Awak bawalah dia ke tempat lain atau cakap baik-baik dengan dia"

Younghoon hanya mendiamkan diri.

"Tapikan, kenapa awak tak terima dia je? Diakan cantik. Ke awak dah ada Yeochin?" Soalku dengan tersenyum sinis.

"Yeochin? Saya tak ada Yeochin lah"

"Yeke? Kalau macam tu...ke awak ada suka seseorang?" Soalku lagi sambil menaikkan sebelah keningku.

Dia mengelak bertentangan mata denganku.

"Betul lah tu awak ada suka seseorang" kataku sambil menepuk lengannya.

"Siapa yeoja tu? Tak nak share ke?" Soalku teruja.

Younghoon mengelengkan kepalanya.

"Ele~ malu nak share pulak" kataku sambil mencucuk-cucuk lengannya.

Aku berhenti mengusik Younghoon apabila anak mataku bertentangan mata dengan Hyunjae.

Riak wajahku berubah. Tanganku yang mencucuk-cucuk lengan Younghoon diturunkan.

Younghoon memandangku pelik.

•••


"Baik Kelas, Seperti yang kamu tahu 2 minggu lagi sekolah akan mengadakan Festival sukan. Setiap kelas akan turut serta dalam sukan yang dianjurkan. Jadi, saya nak kamu isi nama kamu di bahagian sukan yang kamu nak join. Kertas tu saya beri pada Donghyuk. Kalau tiada apa-apa, saya keluar dulu"

"Terima kasih Saem!"

Sebaik sahaja Saem Song keluar dari kelas, semua orang berkumpul di meja Donghyuk.

"Okey, siapa nak masuk bola se--"

"Aku!!!!!"

"Aku! Aku!"

"Aku tak kenal siapa 'aku' tu. Sebut nama baru aku tulis" kata Donghyuk tegas.

"Jun!"

"Jaehyun!"

"Seokmin!"

"Taeyang!"

"Jangjun!"

"Eunwoo!"

"Junhoe!"

"Mingyu!"

"Byungchan!"

"Hanse!"

...

"Itu je? Lagi? Siapa lagi yang nak join? Tinggal lagi satu tempat je ni." Soal Donghyuk.

Semua orang mendiamkan diri.

Aku pandang Hyunjae yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

Sebenarnya, Hyunjae pernah bermain bola sepak dekat sekolah lama kitaorang. Dia merupakan atlet bola sepak dekat sekolah lama kami.

"Apa kata Hyunjae join bola sepak" cadangku.

Hyunjae terus memandang aku apabila aku sebut namanya.

"Kau okey ke Hyunjae?" Soal Donghyuk.

"Aku? Em...okey" jawab Hyunjae teragak-agak, lalu kembali memandang aku.

Aku memandangnya sesaat lalu pandang ke arah lain.

"Okey, pasukan bola sepak dah lengkap. Next...memanah. ada sesiapa yang nak masuk memanah?"

"Eunki!"

"Jihoon!"

"Younghoon!"

Aku pandang Younghoon tidak percaya.

Seriouslah dia nak masuk memanah?! Pandai ke dia memanah~😏

•••


[Padang]

PAP!🏹

Tergamam aku melihat panahan Younghoon terkena nombor 9.

Wow.

"Macam mana? Dah percaya yang saya pandai memanah?" Soal Younghoon berlagak.

"Yela~ saya percaya~"

"Bagus,Bagus" kata Younghoon sambil mengusap kepala aku.

Aku membeku seketika dengan tindakan spontan Younghoon.

"Awak tak pergi berlatih berlari?" Soal Younghoon.

"Berlari ni kena ada banyak tenaga. Jadi saya tak nak membazirkan tenaga saya. Hehe"

"Cakap je lah malas"

"Betul tu. Malas. Hehe"

Younghoon mengelengkan kepalanya lalu pergi cabut anak panah yang dari papan.

Sementara menunggu Younghoon cabut anak panah dia, aku melihat ke arah pelajar lelaki kelas kami yang bermain bola sepak di tengah padang.

Tumpuan aku cuma pada dia je.

Melihat dia bermain bola sepak, mengingatkan aku ketika kami berada di sekolah lama kami dulu.

Aku selalu melihat dia bermain setiap perlawanan yang dianjurkan.

Aku juga selalu jenguk dia semasa dia buat latihan.

"Yunha, awak nak cuba?" Soal Younghoon sambil menghulurkan pemanahnya.

"Boleh ke? Saya tak pernah main benda ni" Soalku sambil mengambil anak panah tu teragak-agak.

"Boleh je. Biar saya ajar" ujarnya.

Aku berdiri di depan papan pemanah lalu menarik anak panah itu.

Younghoon berdiri di belakang aku, lalu membetulkan kedudukan tangan aku.

Secara tiba-tiba, jantungku berdegup dengan laju apabila tangannya memegang tangan aku.

Tumpuan aku pada anak panah itu hilang.

Pada masa yang sama, ada sesuatu yang menyentuh kaki aku.

Aku memandang ke arah kaki aku.

Bola.

Seorang lelaki datang ke arah kami lalu ambil bola itu.

Aku mengangkat kepalaku.

Hyunjae.

Dia pandang aku sekilas dan berlalu pergi.

Riak wajahnya itu...

Membuatkan aku serba salah.

Tambahan lagi dengan posisi ini.

"Younghoon, tangan saya sakitlah" kataku lalu memberikan pemanah itu pada Younghoon semula.

"Tangan memang akan sakit kalau mula-mula main. Lama-lama dah biasalah" Beritahu Younghoon.

Aku tidak mengambil perhatian sepenuhnya pada Younghoon.

Mataku hanya pandang ke arah Hyunjae yang sedang bermain bola sepak dalam keadaan tidak bersemangat.










TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro