21[last]
☀️
[Taman]
Dari jauh aku nampak Hyunjae baring di atas bangku di taman itu.
Bajunya yang berwarna putih itu sangat menonjol apabila melihat dari jauh.
Aku berjalan mendekatinya dengan berhati-hati.
Apabila tiba di sampingnya, aku mencangkung bagi melaraskan wajah kami.
Aku merenung Hyunjae yang sedang memejamkan mata sambil mendengar lagu melalui earphone.
Dia kelihatan sangat khusyuk dalam dunia dia sendiri.
Aku mengangkat tanganku lalu menghalang cahaya matahari yang menyinari wajahnya.
Dari dahi berkedut, jadi tidak berkedut.
Hyunjae membuka mata kerana tertanya-tanya Kemana sinaran matahari itu pergi.
Anak mata kami saling bertentangan.
Hyunjae pandang aku terkejut.
Tanpa bergerak dari bangku itu, Hyunjae terus tarik kepalaku masuk ke dalam dakapannya.
"Ahh, rindunya dengan awakkk" kata Hyunjae sambil memelukku kemas.
"Hyunjae rambut saya" rungutku sambil menepuk lengannya lembut.
"Ah, Mian" Hyunjae terus melepaskan aku.
Aku pandangnya tajam.
Habis rambut aku.
Hyunjae pandang aku takut lalu membetulkan rambut aku.
Aku membiarkan dia membetulkan rambut aku.
Selepas dia membetulkan rambut ku, dia menatap wajahku.
Tangan aku dipegang erat.
"Bogoshipeo" ujarnya dengan wajah sedih.
Aku tersenyum kecil.
"Macam mana semalam? Semuanya berjalan dengan lancar?" Soalku sambil melabuhkan punggungku di sebelahnya.
"Nae. Tapi saya bosan tahu tak duduk dekat sana"
"Wae?"
"Sebab awak tak ada"
"Kenapa saya pulak? Keluarga Hyera pinggirkan awak ke?"
"Bukan macam tu. Saya cuma nak bersama dengan awak. Kalau boleh saya nak ikat diri saya pada awak. Macam ni" Hyunjae memeluk lengan aku lalu duduk rapat dengan aku sehingga tiada ruang di antara kami.
Aku hanya mampu gelak dengan kelakuan kekanakan dia.
"Jadi...awak nak bawa saya kemana hari ni?" Soalku selepas teringat tujuan sebenar kami berjumpa ni
"Rahsia. Awak ikut je saya. Nanti awak tahulah" ujarnya sambil mengangkat punggungnya.
"Rahsia?" Aku mendongak kepala memandang dia yang sudah berdiri.
"Nae. Kajja" Hyunjae menghulurkan tangannya.
Aku tersenyum lalu menyambut huluannya.
•••
[LEEHWA wedding shop]
Aku merenung papan kedai itu.
Leehwa wedding shop?
Kedai...perkahwinan?
Kenapa dia bawa aku kesini?
Takkan lah dia nak ajak aku kahwin?!
Dengan usia yang muda ni?!
Eyy, takkan lah.
Mesti ada sebab lain dia bawa aku kesini.
"Yunha, kajja" panggil Hyunjae yang sudah berada di pintu masuk kedai itu.
Aku mengikut Hyunjae masuk ke dalam itu dengan perasaan gemuruh.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kedai itu, baju pengantin memenuhi pandangan aku.
"Hyunjae, kita buat apa dekat sini?" Soalku kerana aku rasa tidak berapa selesa berada di dalam kedai itu tanpa tujuan.
Tanpa menjawab pertanyaan aku, dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.
Dia menunjuk kad kredit warna hitam padaku.
"Nuna saya bagi kad ni untuk beli suit untuk saya sempena hari perkahwinan dia minggu depan" beritahu Hyunjae.
"Bwo? Jaerin unnie dah nak kahwin? Woahh chukahae"
"Sebab tu saya bawa awak ke sini sebab saya nak minta awak tengokkan suit yang sesuai untuk saya"
Aku menganggukan kepala tanda faham.
•••
Selepas lama memelih suit, akhirnya kami jumpa suit yang sesuai dengan Hyunjae.
Aku melihat-lihat dress di luar sementara menunggu Hyunjae siap menukar pakaiannya.
"Yunha" panggil Hyunjae.
Aku memalingkan wajahku ke arah suaranya.
Aku membeku seketika kerana terpegun melihat ketampanan Hyunjae dengan suit itu.
"Macam mana? Okey tak?" Soal Hyunjae sambil memandang penampilannya di cermin.
"Sempurna" kataku sambil berjalan mendekatinya.
"Sempurna? Jinjja?"
"Nae. Sangat sempurna."
"Kalau macam tu, saya pilih suit ni je lah. Ha, kita pilih dress untuk awak pulak"
"Nae? Dress untuk saya?" Aku pandangnya bingung.
"Nuna saya jemput awak ke majlis tu minggu depan. Lepastu, dia minta kita buat persembahan. Jadi dia bagi kad ni untuk belikan dress untuk awak sekali"
"Tapi...bukan ke dekat sini cuma ada dress untuk orang kawin je--"
"Tidak. Kami ada jual dress biasa di sini juga" ujar pelayan kedai itu.
Pelayan tu dah cakap macam tu, aku ikut je lah. Malu pulak sebab ada orang nak belikan aku dress.
"Saya akan carikan dress yang sepadan dengan suit yang Hyunjae-nim pakai"
•••
Aku pandang diri aku di cermin.
Aku malu nak keluar sambil pakai dress ni.
Jarang sekali aku pakai dress begini.
"Yunha, awak dah siap?" Soal Hyunjae dari luar bilik.
"Nae"
Aku menghela nafas berat lalu berjalan keluar dari bilik persalinan itu dengan langkah yang berat.
Aku tidak dapat mengangkat kepalaku kerana malu.
"Woah, namu yeoppo" puji Hyunjae.
Aku hanya mampu tersenyum kerana aku terlalu malu.
"Wae? Awak malu ke?" Soal Hyunjae sambil mendekati aku.
"Tak" nafiku.
Hyunjae menundukkan kepalanya untuk melihat wajahku yang tertunduk.
Hyunjae tersenyum apabila anak mata kami bertembung.
"Awak tak boleh nak tipu saya~" ujar Hyunjae.
Aku mengalah.
Aku mengangkat wajahku.
"Betul ni cantik?" Soalku untuk kepastian.
"Nae. Namu yeobbo. Ah, saya tak boleh biarkan lelaki lain tengok awak"
"Kenapa pulak?"
"Sebab mereka akan terus jatuh cinta dengan awak. Nampaknya saya perlu jaga awak dekat majlis tu nanti"
Aku tergelak mendengarnya.
"Kamu nak saya ambilkan gambar?" Soal pelayan kedai itu.
"Boleh juga" kata Hyunjae gembira lalu hulurkan telefonnya pada pelayan itu.
"1...2...3!"
•••
🌼🌼🌼
Dengan hanya latihan selama 1 minggu, aku dan Hyunjae nyanyikan lagu Not Spring, Love, or Cherry Blossom di majlis perkahwinan Nuna Hyunjae.
Aku rasa sangat nervous kerana semua orang menumpu ke arah kami semasa kami menyanyi bersama.
Aku bernasib baik kerana Hyunjae menemani dan menenangkan aku di sebelah.
Aku hanya memandang ke arahnya semasa menyanyi.
Dari mula sehingga habis.
Aku tersenyum lega sebaik sahaja lagu itu tamat.
Baru je aku nak beredar dari pentas itu, tiba-tiba...
"Yunha"
Aku memandang Hyunjae bingung.
Hyunjae secara tiba-tiba memanggil aku melalui mic yang dipegangnya.
Tetamu yang datang ketika itu kembali memandang ke arah kami semula.
Hyunjae berjalan mendekati aku.
Aku memandang wajahnya dalam keadaan gemuruh.
Jantung aku berdegup dengan laju.
Hyunjae mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dari belakangnya.
Aku tak tahu bila masa ada bunga ros tu ada dekat belakang dia.
Jadi jangan tanya aku.
"Yunha..."
Aku terus menatap wajahnya menanti apa yang dia ingin katakan.
"Saranghae" sebutnya dengan lembut.
Dengan hanya 1 perkataan itu, mampu membuatkan aku rasa pelbagai emosi.
Belum sempat aku nak balas apa-apa, semua tetamu menyorak pada kami.
Begitu juga dengan Nuna Hyunjae.
"Yunha" panggil Hyunjae.
Aku kembali memandang ke arah Hyunjae.
Dia menghulurkan bunga ros itu.
Aku tidak dapat menyembunyikan kegembiraan aku.
"Nado saranghae" balasku sambil mengambil bunga ros itu.
Semakin kuat sorakan dari tetamu di bawah pentas.
Hyunjae memelukku sambil mengusap kepalaku.
"Tiada lagi perpisahan antara kita berdua. Saya akan mencintai awak selamanya. Saya janji" bisik Hyunjae semasa dia memeluk aku.
"Saya juga"
🌸THE END🌸
Thank u korangggg
Sayang korang❤️
Thank sbb still baca fanfic ni sampai habis.
Actually jalan cerita fanfic ni dah terpesong jauh dari idea asal.
Disebabkan author sibuk, jadi author lupa idea asal untuk fanfic ni.
Tapi tak pelah. Author akan buat idea asal tu dekat fanfic lain.
Jumpa dekat next fanfic
😁
IG: hxrxsixm
______________________________
Next fanfic spoiler
My _ _ _ _ _ || ☀️ TBZ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro