20
☕
[Cafe]
Aku dan Hyunjae duduk bersebelahan lalu memandang Omma Hyera yang duduk di hadapan kami.
"Sebelum tu, saya ingin meminta maaf bagi pihak anak saya Hyera." Ujar Omma Hyera.
Aku dan Hyunjae saling berpandangan.
Kami terkejut.
Kenapa tiba-tiba nak minta maaf?
"Saya tahu apa yang Hyera lakukan pada kamu berdua. Jadi saya harap kamu berdua dapat memaafkan Hyera."
Kami jadi serba salah.
"Maaf nak bertanya, saya harap apa yang saya nak tanya ni tak menguriskan hati aunty. Hyera...ada apa-apa penyakit ke? Maafkan saya kalau soalan saya ni agak kasar. Tapi, saya ada dengar dari bekas rakan sekelas saya kata begitu" soalku memberanikan diri.
Omma Hyera mengeluh berat.
"Nae. Hyera sedang menghadapi penyakit sekarang ni. Pada akhir tahun lepas, ada kejadian yang ditimpa oleh Hyera sehingga dia trauma. Disebabkan trauma itu, kelakuan dan perangai dia berubah. Apa yang dia suka atau minat, dia akan dapatkannya walau sesusah mana pun ataupun berbuat pelbagai cara untuk dapatkan apa yang dia inginkan. Boleh dikatakan macam obses kepada sesuatu sehinggakan ingin jadi benda tu miliknya. Apa yang dia suka dan diminati dia sekarang ni ialah kamu Hyunjae. Sebab tu...saya mahu jumpa dengan kamu. Saya ingin minta sikit pertolongan dengan kamu."
"Aunty nak saya tolong apa?" Soal Hyunjae takut jika diminta tolong buat benda yang teruk.
"Saya akan hantar Hyera ke New Zealand untuk merawatnya. Jadi, sebelum saya hantarnya ke sana, saya nak kamu datang makan di rumah aunty dan berjumpa dengan Hyera seketika sebelum dia berangkat ke luar negara." ujar Omma Hyera.
Hyunjae terdiam.
Begitu juga dengan aku.
•••
☀️🍨
[Keesokannya]
[Baskin Robbins]
"Yunha~ boleh tak kalau saya tak pergi"
"Mana boleh. Kan dah janji. Kesian Omma Hyera masak banyak-banyak dekat rumah tu. Pergi je lah. Hari ni je kan" pujukku.
Hyunjae mencebik.
Aku tersenyum kecil melihatnya.
Comel.
"Hyunjae" panggilku.
Dia pandang aku dengan masih memuncungkan mulutnya.
"Saya...nak pergi keluar makan dengan Younghoon tau" beritahuku.
Wajahnya terus berubah.
"Kenapa nak pergi keluar makan dengan dia?"
"Dia dah layan saya dengan baik. Jadi saya nak belanja dia makan. Boleh kan? Awak tak cemburukan?"
"Cemburu? Awak rasa?" Kata Hyunjae sambil menyilangkan tangannya.
"Alohhh tak payahlah cemburu. Lagipun awakan keluar makan dekat rumah Hyera. Situasi kita sama. Awak jaga batas dengan Hyera, saya pula jaga batas dengan Younghoon. Okey?"
Hyunjae fikirkannya sambil memandang aku.
"Okey. Baiklah."
Aku tersenyum gembira.
"Jangan nak senyum sangat. Lagi-lagi depan Younghoon. Senyuman awak tu mudah mencairkan lelaki tau." ujar Hyunjae.
Aku tergelak mendengarnya.
Malu pun ada juga.
"Habis tu kalau saya tak senyum nanti orang ingat saya sombong pulak"
"Biar je diorang ingat awak sombong. Janji tak de siapa boleh tergoda dengan awak"
Aku tersenyum lalu memegang tangannya.
"Jangan risau. Saya cuma perlukan awak."
"Kalau macam tu, cakap sarang--"
"Saranghae"
Hyunjae pandang aku terkejut.
Tibe dia rasa malu pulak aku cakap macam tu.
"Okey. Saya percayakan awak."
Aku memandang jam tangan di pergelangan tangan aku.
Jam telah menunjukkan pukul 4.30pm.
"Hyunjae, awak perlu gerak sekarang. Nanti sampai lewat pula" beritahuku.
"Ah, cepatnya masa."
"Kan. Kalau kita berdua bersama mesti masa berlalu dengan cepat."
Hyunjae mengangguk kepala setuju denganku.
Selepas kami berdua mengangkat punggung, Hyunjae datang ke arah aku lalu memelukku.
"Hati-hati jalan tu. Kita jumpa lagi nanti" ujar Hyunjae sambil mengusap belakangku.
"Nae~"
Hyunjae melepaskan aku lalu berjalan keluar dari kedai itu.
Dia tidak henti-henti pusing memandang aku sepanjang dia berjalan pergi.
•••
[Jungsik Seoul Restaurant]
Aku mengangkat tangan melambai tangan ke arah Younghoon yang baru tiba.
Younghoon balas lambaian aku lalu duduk berhadapan dengan aku.
"Kenapa awak nak jumpa saya dekat sini?" Soal Younghoon keliru.
Aku tersenyum teruja.
"Saya nak belanja awak makan" beritahuku.
"Belanja makan?" Younghoon pandang aku terkejut.
Younghoon pandang makanan yang telah dihidangkan di atas meja.
"Kenapa awak tiba-tiba nak belanja saya makan ni?"
"Erm...sempena persahabatan kita? Awak dah banyak tolong saya dan layan saya dengan baik. Jadi saya nak belanja awak makan."
Younghoon memandang wajahku lama.
"W-Wae?" Soalku agak kekok.
"Tak ada apa" kata Younghoon sambil mengelengkan sedikit kepalanya.
"Hyunjae mana? Dia tak makan sekali?" Soal Younghoon sambil mengambil penyepit makanannya.
"Dia tak de. Dia ada hal" beritahuku.
"Dia tak risau ke awak keluar dengan saya ni?"
"Tak. Kitaorang dah buat perjanjian"
"Perjanjian?"
"Nae. Younghoon ,saya dah tengok gambar awak dekat laman web sekolah. Awak nampak bergaya sangat walaupun pakai baju sekolah. Apa kata awak jadi model? Semuanya dah ada pada awak. Tinggi, badan tegap, dan paling penting! Handsome" kataku sambil menunjuk ibu jari kepadanya.
Younghoon ketawa kecil.
"Model? Saya sesuai jadi model?"
"Nae. Sesuai sangat. Kalau awak jadi model, mesti gambar awak berada di mana-mana je. Senang saya nak tengok awak"
Younghoon menganggukkan kepalanya sambil memikirkannya.
"Hmmm... saya akan fikirkannya. Kalau awak nak jadi apa selepas habis belajar nanti?"
"Saya? Erm...saya masih tak tahu nak jadi apa lepas habis belajar nanti. Ermmm...ha! Apa kata saya jadi pereka fashion. Awak bolehlah jadi model saya"
"Woah! Idea yang bagus!" Kata Younghoon teruja.
"Kalau Hyunjae jadi model pun bagus juga" gumamku.
Younghoon pandang aku apabila dia terdengar gumamku.
"Yunha" panggil Younghoon.
Aku mengangkat kepalaku memandang wajahnya.
"Kita berdua...akan terus berkawan kan?" Soal Younghoon sedikit khuatir.
Aku melemparkan senyuman.
"Mestilah. Awak adalah kawan terbaik saya"
Younghoon tersenyum kecil.
"Kalau...awak ada apa-apa masalah, telefon atau jumpa sahaja dengan saya. Saya akan...bantu awak. Saya juga...akan menantikan awak" kata Younghoon sambil menatap wajahku.
Aku tersenyum kecil.
"Baiklah. Saya akan jumpa dengan awak jika saya ada masalah"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro