🏠🌙
Ting!
Hyunjae❤️:
Selamat malam
Hyunjae❤️:
Jumpa esok dekat sekolah
Hyunjae❤️:
Saranghae
Aku tersenyum seorang diri selepas baca chat yang dihantar oleh Hyunjae.
Aku rasa seperti aku kembali pada diri aku yang sebenar.
Me:
Selamat malam☺️
Me:
Nado saranghae❤️❤️
Aku baring di atas katil aku lalu memandang ke arah siling bilikku.
Sekali lagi aku tersenyum seorang diri.
Aku rasa sangat bahagian sekarang ni.
"Gwenchana?" Tegur Juyeon yang berada di pintu bilikku.
Aku mengangkat kepalaku memandang ke arah Juyeon.
"Nae. Wae?"
"Dari tadi Juyeon nampak Nuna tersenyum seorang-seorang. Kenapa? Ada berita gembira ke?" Soal Juyeon yang turut merebahkan tubuhnya di sebelah aku.
"Nae. Berita yang sangat mengembirakan"
"Apa beritanya tu?"
Aku memusing memandang Juyeon.
"Nuna dah kembali bersama dengan Hyunjae" beritahuku.
"Bwo? Tapi macam mana?"
"Erm..ada salah faham dalam hubungan kitaorang. Kami dah selesaikan salah faham tu dan kembali bersama."
"Kalau Nuna dah kembali pada Hyunjae Hyung, macam mana dengan Younghoon Hyung? Nuna tahukan perasaan Younghoon Hyung pada Nuna"
Senyumanku hilang.
"Nuna serba salah dengan Younghoon. Nuna dah bagitahu pada dia. Nuna tak tahulah apa yang dia fikirkan. Tapi...dia nampak sedih. Eottokaji? Apa patut Nuna buat?"
"Kalau macam tu, Nuna tak boleh bagi dia harapan palsu pada dia. Nuna jangan layan dia terlalu baik atau terlalu jahat pada dia. Layan sederhana sahaja supaya tak ada timbul apa-apa kekeliruan."
Aku mengangguk kecil kepalaku faham dengan apa yang dikatakan oleh Juyeon.
•••
🏫☀️
Tiba sahaja di sekolah, kelihatan Hyunjae berdiri di depan pagar sekolah sambil melambai ke arahku.
Aku terus tersenyum lebar lalu membalas lambaiannya.
Aku berlari ke arahnya.
"Annyeong" sapaku sambil tersenyum gembira.
"Ah, Gwiyowo" ujar Hyunjae sqmbil mengusap kepalaku.
"Kajja" ajakku.
Hyunjae mengangguk kepalanya lalu kami berjalan menunju ke kelas bersama-sama.
•••
Aku pandang tempat Younghoon yang masih kosong.
Kelas dah nak mula, tapi dia masih tak datang.
Aku risau kalau ada apa-apa berlaku pada dia.
Mana tahu dia cuba buat sesuatu berbahaya ke selepas dapat tahu aku dan Hyunjae dah bersama.
"Yunha, wae?" Soal Hyunjae dari tempatnya.
"Younghoon tak datang sekolah lagi. Saya risaulah" kataku.
"Dah cuba telefon dia?" Soal Hyunjae.
"Nae. Tapi dia tak angkat"
"Chat?"
"Tak. Dia tak balas"
"Awak tak perlu risaulah. Dia pasti baik-baik sahaja. Waktu rehat nanti awak cuba telefon dia lagi. Kalau tak dapat juga, kita pergi ke rumah dia balik ni." Ujar Hyunjae.
Aku mengangguk kepalaku setuju dengan cadangan Hyunjae.
Aku mengeluh berat lalu memandang ke tempat Younghoon yang kosong itu.
•••
"Kita sambung pelajaran kita pada hari esok. Awak boleh pergi rehat."
Selepas Saem Song keluar dari kelas, seorang demi seorang pelajar di dalam kelas itu menghilangkan diri menunju ke kantin.
Semasa aku sedang mengemas barang-barangku, telefon aku berbunyi.
Nama Younghoon terpapar di atas skrin telefon aku.
Dengan pantas aku mengangkat panggilan itu.
"Yobosaeyo, Younghoon"
•••
[Dewan]
Aku dan Hyunjae singgah ke dewan selepas makan di kantin.
Kelihatan beberapa orang pelajar sedang melakukan photoshoot.
Mataku melilau mencari Younghoon.
"Yunha!" Panggil seseorang.
Aku menoleh ke arah suara itu.
"Younghoon!"
Aku berlari ke arahnya dengan wajah kerisauan.
"Younghooniee~"
Younghoon pandang aku je terus dia mengeluh.
"Saya tengah photoshoot untuk majalah sekolahlah. Tak payahlah nak telefon banyak kali."
"Bukan apa. Saya risau je kalau awak buat benda yang bukan-bukan"
"Benda yang bukan-bukan?" Younghoon pandang aku bingung.
"Ala, macam bunuh diri ke..." Kataku dengan suara yang semakin diperlahankan.
Younghoon mengelengkan kepalanya.
"Kalau ia pun saya kena tolak, saya takkan buat macam tu. Nyawa saya lebih berharga okey" ujarnya sambil menyentuh dadanya.
Aku tersenyum kecil.
"Jinjja?"
"Mestilah"
Aku tersenyum sinis padanya.
Younghoon pandang aku seram.
"Younghoon sunbae" tegur seseorang.
Seorang perempuan berambut lurus panjang datang dekat ke arah kami.
Aku terpegun sekejap semasa melihat yeoja itu.
Yeoja tu sangat cantik!
Aku mengaku yeoja tu lebih cantik dari aku!
Suara dia tu pun lembut je.
Macam perempuan Korea terakhir gitu.
"Giliran kita berdua pulak" ujarnya malu-malu.
"Okey, baik. Nanti saya ke sana"
Perempuan tu menundukkan kepala kepadaku lalu pergi ke tempat photoshoot.
Woah sopan betul.
"Younghoon" panggilku.
"Bwo?"
"Bwo? Mentang-mentang dah jumpa yeoja lagi cantik dari saya, terus cakap kasar pada saya eh" usikku.
"Apa pulak. Mana ada kasar. Saya tak mencarut pada awak pun" kata Younghoon cemas.
"Eleh, masa dulu kalau saya panggil awak akan balas...nae? Wae? Lembut je. Sekarang bwo? Woahhhh cepat betul awak berubah hati"
"Mana ada berubah hati. Awak ada je dalam hati saya ni...huh...kalau Hyunjae buat hal dengan awak lagi, saya aku terus mendekati awak dan rampas awak dari dia. Jadi, jangan sampai hubungan korang rosak lagi" ujar Younghoon pasrah.
Aku tersenyum mendengarnya.
"Gomawo" ucapku sambil pandangnya dengan wajah terharu.
"Janganlah pandang saya macam tu. Awak baliklah ke kelas sana. Hyunjae tak risau ke awak berbual dengan saya lama-lama ni"
"Halau eh. Merajuklah"
"Ish dia ni. Nak merajuk dengan Namchin sendiri. Dah pergi sana"
"Hahaha. Yela~ Younghoon yeoja tadi pun boleh tahan. Yeoja tu macam ada hati dengan awak. Bolehlah awak try. Haha. Bye~"
Aku terus meninggalkan dia dalam kebingungan disitu.
Aku pergi ke arah Hyunjae yang dari tadi perhatikan aku dari pintu dewan.
"Korang cakap apa je?" Soal Hyunjae ingin tahu.
"Tak ada apa."
"Takkan lama-lama macam tu, tak cakap apa-apa."
Aku tergelak kecil.
"Younghoon cakap, kalau awak buat hal, dia akan rampas saya dari awak" beritahuku.
"Bwo? Berani dia nak rampas awak dari saya. Jadi, kalau saya buat hal, awak akan bersama dengan dia?"
"Erm...mungkin" kataku dengan senyum jahat.
Hyunjae pandang aku tidak percaya.
"Bwo? Awak cakap serious ke ni?"
"Mestilah."
Hyunjae pandang aku geram.
Sebelum Hyunjae buat apa-apa pada aku, baik aku cabut lari dulu.
"Yunha! Jakkaman!"
•••
Aku dan Hyunjae berjalan keluar dari sekolah bersama-sama.
Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba ada seorang yeoja memeluk Hyunjae.
Bukan aku dan Hyunjae sahaja, tapi pelajar-pelajar disitu terkejut melihat yeoja tu tiba-tiba memeluk Hyunjae.
"Hyunjae~ bogoshipeo~"
Mataku terbeliak melihat Hyera di sini.
Macam mana dia tahu Hyunjae ada dekat sini??
Hyera menjeling aku lalu berdiri di antara aku dan Hyunjae.
Dia terus memeluk lengan Hyunjae.
Hyunjae memandang aku serba salah.
Aku dah tahu perangai Hyera macam mana, jadi aku tidak berapa marah pada Hyunjae.
Tapi ada sikit cemburulah sebab Hyera peluk Hyunjae.
Baru sahaja Hyunjae ingin memisahkan Hyera darinya, tiba-tiba ada 2 orang lelaki berbadan tegap datang ke arah kami.
2 orang lelaki itu membawa Hyera masuk ke dalam kereta.
Hyera menjerit-jerit sambil cuba melepaskan diri dari lalaki itu.
Aku dan Hyunjae membeku seketika.
Adakah Hyera baru sahaja diculik di depan kami?
"Annyeonghasaeyo" sapa seorang wanita berusia 50-an.
Aku dan Hyunjae balas sapaan itu dengan membongkokkan badan.
"Nugusaeyo?" Soal Hyunjae teragak-agak.
"Saya Omma kepada Hyera." Beritahunya.
Mendengar sahaja, kami berdua terus jadi kekok.
"Kamu Hyunjae kan?" Soal wanita itu atau dikenali sebagai Omma Hyera pada Hyunjae.
"Nae, saya Hyunjae"
"Dan kamu pula Yunha?" Soal Omma Hyera pada aku pula.
"Nae" jawabku takut-takut.
Macam mana Omma Hyera tahu nama kitaorang??
Jangan cakap Omma dia nak seksa kitaorang sebab dah buat jahat pada anak dia walaupun realitinya anak dia yang buat jahat pada kitaorang.
"Boleh saya ambil sikit masa kamu berdua?" Soal Omma Hyera.
"Boleh. Tapi...kenapa?" Hyunjae mengetuai aku.
"Saya nak cakap sesuatu dengan kamu berdua" beritahunya.
Aku tibe rasa tidak sedap hati.
Aku memegang tangan Hyunjae erat.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro