"awak dah siap sapu lantai makmal sains?" Soalku pada Younghoon.
"Dah. Awak pun?"
"Nae"
"Tapi...apa awak buat dekat sini?" Soal Younghoon.
"Saya...nak jumpa dengan--"
"Hyunjae?" Potong Younghoon.
Aku terdiam seketika.
Younghoon terus memandang wajahku.
"Jom pergi ke padang. Saem Song minta semua pelajar yang dah siap pergi ke padang" ajak Younghoon secara tiba-tiba.
"Nae, kajja"
Aku sedikit tersentak apabila Younghoon tiba-tiba memegang tanganku.
Younghoon pandang aku keliru.
Aku perlahan-lahan melepaskan tangan aku dari pegangan Younghoon.
Aku mengelak bertentangan mata dengannya lalu berjalan pergi.
•••
[Padang sekolah]
Sedikit demi sedikit pelajar berkumpul di padang selepas selesai menyiapkan tugas yang diberi.
"Baiklah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu semua yang telah membantu guru-guru untuk membersihkan dan mencantikkan sekolah ini. Sebagai balasan saya kepada awak semua, saya sediakan makanan yang tidak pernah dihidangkan di Canteen. Kamu semua boleh bergerak ke sana untuk menjamu selera."
Dari muka masam terus bertukar gembira apabila dengar tentang makanan.
Semua pelajar berpusu-pusu ke Canteen.
Kami bersorak gembira apabila melihat banyak bungkusan kotak pizza berada di setiap meja.
•••
Aku dan Younghoon makan pizza dengan sangat berselera.
Aku tidak menghiraukan orang sekeliling dan terus makan pizza dihadapan aku.
"Yunha" panggil Younghoon yang duduk di depan aku.
Aku memandangnya.
Tanpa berkata apa-apa, Younghoon mendekatkan tangannya dengan bibirku.
Sebelum tangannya menyentuh bibirku, aku sempat menepis tangan Younghoon dengan lembut.
Younghoon memandang aku sedikit terkejut.
Aku lap bibirku dengan tisu.
Aku perlu bagitahu perkara ini pada Younghoon secepat mungkin.
Aku tak nak lukakan hati sesiapa.
"Younghoon" panggilku.
"Nae?"
"Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak" kataku dengan wajah serious.
"Cakaplah" kata Younghoon dengan lembut.
Aku melihat sekeliling aku lalu pandang wajah Younghoon semula.
"Saya...ingin kembali bersama Hyunjae" beritahuku padat dan ringkas.
Wajah Younghoon jelas menunjukkan dia terkejut dan keliru.
"Tapi, kenapa?" Soal Younghoon seperti sedikit tidak puas hati.
"Hyunjae tak bersalah. Saya yang bersalah. Jadi...saya ingin kembali pada dia" beritahuku tekat.
Younghoon terdiam.
"Saya tak tahu Hyunjae akan terima saya semula atau tidak. Kalau dia tidak terima saya lagi dalam hidup dia, saya akan terimanya." Kataku sambil memandang Hyunjae berada tidak jauh dariku.
Wajah Younghoon yang asalnya ceria terus bertukar muram.
Aku rasa sangat bersalah dengan dia.
Aku tahu yang dia sukakan aku. Jadi, aku rasa bersalah kerana telah memberi harapan palsu kepadanya.
Aku tak patut muncul dalam hidup dia.
Dia terlalu baik untuk disakiti.
Mianhae Younghoon...
•••
Aku singgah dewan selepas balik dari tukar baju.
Kelihatan ada beberapa orang pelajar lelaki sedang bermain bola keranjang di dalam dewan itu.
Pelajar yeoja juga ada di dalam itu. Mereka bersorak pada pelajar lelaki yang bermain bola keranjang seperti sekumpulan peminat.
Tapi tengok pelajar lelaki yang main bola keranjang tu, memang patut ada peminat sebab masing-masing ada rupa seperti idol.
Sekejap.
Itu bukan ke Hyunjae?
Nampak sahaja Hyunjae, kaki aku terus melekat disitu.
Aku curi-curi pandang dia di sebalik pintu dewan.
•••
Selesai sahaja perlahwanan itu, mereka pun keluar dari dewan itu dan tinggal Hyunjae seorang yang masih bermain bola keranjang seorang diri.
Selepas memastikan tiada sesiapa selain Hyunjae berada di dalam dewan itu, aku berjalan masuk ke dalam dewan itu.
Aku mendekati Hyunjae yang sedang mencampak bola ke jaring.
"Hyunjae" tegurku teragak-agak.
Dia menoleh memandang aku.
"Ouh, Yunha. Apa awak buat dekat sini?" Soalnya sambil mengutip bola yang dibalingnya.
"Saya nak cakap sesuatu dengan awak" kataku.
Dia kembali pada aku selepas mengambil bolanya.
"Awak nak sambung cakap pasal tadi?" Soal Hyunjae.
"Tak. Saya nak cakap pasal benda lain"
"Cakaplah apa yang awak nak cakap"
"Sa--"
PAP!
Keadaan di dalam dewan menjadi gelap secara tiba-tiba.
Semua lampu terpadam.
"Yunha, awak ada bawa telefon? Telefon saya tertinggal dekat kelas" soal Hyunjae.
Aku mengambil telefon aku dari poket skirt lalu beri padanya.
Hyunjae membuka password aku lalu membuka touchlight.
"Rasanya bekalan elektrik dekat dewan terputus. Selepas saya ambil barang saya, kita keluar dari sini" ujar Hyunjae sambil menghulurkan cahaya ke beg yang di letakkan di tepi dewan.
"Jakkaman" halangku.
Hyunjae memandang aku keliru.
"Awak tak perasan?" Soalku.
Hyunjae kelihatan sangat keliru.
"Perasan apa?"
"Password telefon saya" kataku.
Hyunjae memandang telefon aku dan masih memikirkan maksud aku.
"Saya masih jadikan tarikh lahir awak sebagai password telefon saya. Awak masih tak faham?" Soalku sedikit hampa.
Hyunjae merenung wajah aku. Dia cuba membaca fikiran aku.
Tidak lama itu, matanya membulat seperti dapat tahu sesuatu.
Melihat riaksi wajahnya itu membuatkan aku sedikit lega.
"Awak--"
"Hyunjae, saya nak kembali bersama awak" beritahuku dan terus merenung wajahnya.
Hyunjae terkejut dengan kenyataanku.
Melihat Hyunjae tidak memberi sebarang balasan membuatkan aku rasa sedikit khuatir.
Dengan itu, aku ambil keputusan untuk melutut di depannya.
Melihat tindakan aku itu, Hyunjae terus melutut di depan aku.
"Yunha, kenapa ni? Jangan melutut macam ni. Tolong bangun" rayu Hyunjae.
Aku tetap melutut di depannya lalu menundukkan kepalaku.
"Hyunjae, maafkan saya. Saya dah buat keputusan yang salah." Kataku.
"Yunha bangun. Kita cakap benda ni dekat tempat lain. Nanti lutut awak sakit"
"Saya patut berlutut macam ni sebab dah merosakkan hubungan kita. Maafkan saya Hyunjae. Saya tidak patut minta kita bersama semula selepas lukakan hati awak. Tapi saya tak dapat menahan diri saya. Maafkan saya Hyunjae"
Selang beberapa saat, aku dapat rasa kehangatan tubuhku.
Hyunjae memeluk aku erat.
"Awak tak salah. Tiada sesiapa yang salah dalam hal ni. Lupakan benda yang lepas. Tak perlu fikirkan benda yang lepas lagi. Saya tak mahu awak rasa susah hati dengan benda yang dah terjadi. Fokuskan pada yang terjadi sekarang." Ujarnya sambil mengusap belakangku dengan lembut.
Aku terus berada di dalam dakapannya. Jujur aku cakap, aku sangat selesa berada di dalam dakapan Hyunjae sejak dulu lagi.
Aku rasa tenang apabila berada di dalam dakapannya.
"Hyunjae boleh tak awak jaga saya seperti dulu? Saya tak nak orang lain jaga saya. Awak tak sama dengan orang lain. Walaupun ada ramai lelaki di dunia ni, mereka tak sama dengan awak. Saya rindu dengan hubungan kita dulu..." Luahku.
Hyunjae meleraikan pelukan itu.
Dia memandang tepat ke arah anak mataku.
"Awak satu-satunya yeoja saya. Tak ada sesiapa yang boleh lawan perasaan saya terhadap awak. Walaupun ada wanita kaya atau artis sekali pun, perasaan saya tetap sama. Saya hanya cintakan seorang yeoja yang berada di depan saya ni" ujar Hyunjae sambil menyentuh pipiku.
Perlahan-lahan air mataku mengalir.
"Gomawo" ucapku dengan nada yang bergetar.
Aku sangat terharu dan bersyukur yang dia masih ada perasaan yang sama pada aku selepas pelbagai rintangan berlaku.
Aku sangat berterima kasih pada dia.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro